Monday 3 October 2016

JJCP Thailand: Day 01

TARIKH:
4 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
WANGSA MAJU - R&R RAWANG - R&R GUNUNG SEMANGGOL - R&R GURUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari yang ditunggu sudah tiba. Habis je waktu kerja, tepat punch card pukul 5.30 petang saya terus balik ke rumah. Jarak perjalanan sejauh 45 km dari pejabat ke rumah. Kalau bawak kereta, 15 km yang terakhir paling mengerikan sebab kena tempuh jem bermula dari Jalan Tun Razak sampailah ke Wangsa Maju. Huhu.. Apa nak buat, itulah rutin harian orang KL. Selalunya saya naik motor tapi hari ni banyak barang yang nak dibawa balik, maka terpaksalah bawak kereta.

@ WANGSA MAJU

Sampai kat rumah lagi 5 minit nak masuk waktu Maghrib. Haduii.. Terus mandi, solat dan packing barang. Bila bawak anak-anak ni banyak benda yang nak kena prepare. Jam 10.00 malam Jay sampai di rumah dan park kereta kat parking lot depan rumah. Kami susun beg cantik-cantik dalam kereta supaya semua rasa selesa dalam perjalanan yang amat jauh ni. Dengan lafaz bismillah dan doa naik kenderaan, jam 10.30 malam kami memulakan perjalanan. Jay dah maklum siap-siap dia taknak bawak kereta. Wife saya lagilah.. Nampaknya trip kali ni saya akan jadi driver tetap sepanjang perjalanan. Huhu..

Baru kat Tol Jalan Duta mata dah mengantuk. Huhu..
@ R&R RAWANG

Dari rumah kami masuk Duke highway dan terus bersambung dengan PLUS highway di Jalan Duta. Lepas je dari tol hujan turun dengan lebatnya. Kami dah set untuk berkumpul di R&R Rawang jam 11.00 malam sebab semua family datang dari tempat yang berbeza. Sampai di R&R Rawang jam 11.15 malam. Yang dah sampai waktu tu di Starbucks cuma family En. Khai dan Abg Sabri. Kemudian tak sampai 10 minit barulah yang lain muncul dan tunggu kat dalam kereta sebab hujan lebat. Cuma Kodin je yang tak sampai lagi dari Klang. Jam 11.40 malam kami mulakan perjalanan dan bawak perlahan menunggu Kodin sampai. Tak sampai 20 minit Kodin dah ada dalam group konvoi kami. Alhamdulillah semua dah ada. Dalam perjalanan kami update guna group whatsapp je. Takde ahli yang ada walkie-talkie yang boleh dipinjam kat opis masing-masing. Hehe..

Driving Route: From Wangsa Maju to Starbucks R&R Rawang
Perjalanan agak lancar malam ni. Cuma hujan turun agak lebat membuatkan saya bawak perlahan. Dah nama pun konvoi kan, apa kejadahnya nak bawak laju-laju. Hehe.. Nak kata perlahan, dalam 120-130km/h jugak la saya bawak. Mata terasa amat letih sebab petang tadi masih bekerja. Memang begitu pun rutin harian saya kalau bekerja. Setiap hari ulang-alik sejauh 45 km sehala dari Wangsa Maju ke Cyberjaya sesungguhnya amat meletihkan. Ditambah pulak dengan jalan jem. Nasib baik la belum terjadi lagi kejadian tertidur dalam kereta masa jem. Mau hangin orang kat belakang sebab kereta depan tak bergerak-gerak. Hehe.. Lepas je exit Ipoh barulah hujan mula berhenti. Saya dah warning co-pilot awal-awal lagi supaya layan berborak dengan saya sepanjang perjalanan. Anak-anak kat belakang yang sentiasa bising dari awal perjalanan dah mula tak dengar suara. Dah tidur semuanya. Saya minum kopi Starbucks pun takde effect dah. Mengantuk yang amat. Huhu..

Lepas gambar ni diambil, masing-masing dah mula senyap. Zzzz..
@ R&R GUNUNG SEMANGGOL

Jam 2.00 pagi kami tiba di R&R Gunung Semanggol. Berhenti sebab ada yang nak ke tandas dan ada yang nak cuci muka sebab mengantuk. Nampaknya semua kereta konvoi masih ada. Saya amik peluang untuk pergi massage kejap. Bukan kedai tapi kerusi massage yang masuk duit tu. Hehe.. Satu badan keletihan. Rasanya tinggal 10% je lagi tenaga yang ada. Huhu.. InsyaAllah dapat bertahan sampai ke Kedah. Time sedap mengurut, ada yang nak jalan dulu. Kami set checkpoint berikutnya di R&R Gurun. Siapa yang sampai sana dulu bolehlah tidur sekejap dalam kereta atau kat dalam surau sampai waktu subuh. Setengah jam jugak saya layan kerusi massage ni. Barulah lega sikit rasa badan. Tapi mengantuk masih ada. Huhu..

Driving Route: From R&R Rawang to R&R Gunung Semanggol
Layan urutan dulu. Hehe..
@ R&R GURUN

Jam 2.45 pagi kami sambung perjalanan hingga ke R&R Gurun. Rasanya yang lain semua dah kat depan kami. Nak dapat masa tidur lama sikit agaknya kat R&R Gurun tu. Hehe.. Kami singgah sekejap di Shell Juru untuk isi minyak dan kemudian teruskan lagi perjalanan. Kami sampai di R&R Gurun jam 4.10 pagi. Ramai juga orang kat sini. Saya parking kereta dan terus rendahkan seat. Walaupun cuma dapat tidur kurang 3 jam, tapi harapnya tidur yang sempurna supaya dapat cover tenaga yang dah takde ni. Esok lagi jauh nak memandu. Wallahualam..

Day 01 estimated driving mileage = 403 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PETROL  : RM60.00
  - TOLL      : RM45.80
  - JUMLAH : RM105.80

**DAY 01 EXPENSES: RM105.80

JJCP Thailand: Persiapan Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun trip ke Thailand je, tapi persediaan awal kena buat jugak. Tarikh nak travel dah ada. Cuti pun dah apply siap-siap. Cuma siapa yang nak join masih belum confirm lagi. Ada yang mula-mula nak ikut, tapi tetiba tak jadi pulak sebab ada hal lain. Saya dah biasa dah dengan situasi macam ni. Masa jadi cikgu dulu pun sama jugak. Buat trip camping dengan budak sekolah. Last minit terpaksa batal atas alasan yang pelbagai. Anak kucing mati la, tayar basikal hilang sebelah la. Huhu.. Main bagi je alasan bila tarik dari di saat terakhir. Itu budak sekolah, mungkin parents tak bagi pergi last minute. Masa saya buat team trekking di kalangan cikgu pun sama. Gunung yang terakhir saya daki adalah Gunung Swettenham (2009) di sempadan Pahang-Kelantan, di mana mula-mula dalam 20 orang nak join, last-last tinggal 3 orang je. Merajuk sampai bubar kelab dan saya terus announce bersara dari arena pergunungan. Tapi saya masih berkawan rapat dengan diorang sampai la sekarang. Kawan saya Fa yang join trip ke Jepun dan Western Europe tu salah sorang ahli group trekking saya. Hehe..

Gambar trekking gunung terakhir sebelum bersara. Huhu..
Team MYFitt dalam kenangan. Sedih tau..
# HERE MAPS

Here Maps yang saya pakai masa ke Western Europe haritu saya guna untuk trip ke Thailand ni. Amat berpuas hati dengan apps ni. Pada saya antara offline maps yang paling senang nak operate dan reliable. Ada masa terluang lepas balik dari kerja saya akan cari info lokasi dan save dalam Here Maps. Kali ni kena check betul-betul option yang ada dalam Here Maps. Takut jadi macam kisah di Western Europe. Masa bila ntah tetiba option avoid tunnels dipilih. Patutlah Here Maps asyik mintak saya keluar dari highway sebab banyak tunnels. Huhu.. Sekali dah kena takkan la nak kena lagi kan. Hehe.. Jangan buat pasal, nak konvoi ramai-ramai ni.

Here Maps Apps.. Saya mesti pilih!.. Hehe..
# ITINERARY PLANNING

Tarikh konvoi yang telah dipersetujui bersama bermula 4 hingga 8 Februari 2016. Cadang mula bergerak dari Kuala Lumpur waktu malam. Boleh la pergi kerja lagi pagi tu. Maknanya saya cuma apply cuti sehari je pada 5 Februari 2016. Maklumlah, nak kumpul cuti untuk akhir tahun. Manalah tau ada trip luar negara di hujung tahun macam sebelum ni. Hihi.. Cuti Tahun Baru Cina pada 8 dan 9 Februari 2016. Saje je cadang balik awal sehari. Boleh la berehat kat rumah pada 9 Februari tu. Cover penat memandu. Hihi.. Jangkamasa travel selama 5 hari 4 malam ni macam tak logik pulak kalau nak sampai ke Bangkok kan. Jadi kami cuma akan ke Krabi dan Phuket je. Jika ada masa, kami akan singgah di Hatyai. Ada orang dah mula pesan kacang pistachios. Huhu.. Tengok lah kalau sempat singgah masa balik dari Phuket nanti. Cadangan itinerary konvoi kami ke Thailand adalah seperti berikut:

- DAY 01 (Khamis, 4/2/2016): Kuala Lumpur - Kedah
- DAY 02 (Jumaat, 5/2/2016): Kedah - Krabi
- DAY 03 (Sabtu, 6/2/2016): Krabi
- DAY 04 (Ahad, 7/2/2016): Krabi - Phuket
- DAY 05 (Isnin, 8/2/2016): Phuket - Hatyai - Kuala Lumpur

Harap-harap berjayalah kami ikut itinerary ni. Kalau tak dapat ikut, plan B tetap ada sebagai backup. Hehe.. Yang penting tujuan utama untuk jejakkan kaki di bumi Thailand dapat dicapai. Dan juga jejakkan kaki ke Hard Rock Cafe Phuket. Hihi..

Our main destination for this trip..
# AHLI KONVOI

Saya update dengan wife saya family mana yang dah confirm join trip ke Thailand sebab majoriti yang nak join adalah geng opis Bank Rakyat wife saya dan saya pun amat mengenali semuanya. Saya mintak final listing selewatnya seminggu sebelum travel sebab nak setting beli insurance dan urusan bawa masuk kereta ke Thailand. Sebelum sampai masa seminggu lagi nak travel, memang banyak la isu jadi dan tak jadi. Huhu.. Untuk meramaikan ahli konvoi saya ajak jugak kawan dari opis saya. Ada yang berminat rupanya. Hihi.. Sampai tarikh seminggu lagi sebelum travel saya pun finalise family yang akan ikut konvoi ke Thailand:

- FAMILY 1: My Family (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 2: En. Khai (4 Dewasa, 1 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 3: Abg Sabri (3 Dewasa) = 3 orang
- FAMILY 4: Wan (4 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 5: Saiful (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 6: Pae (4 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 7: Kodin (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 8: Muiez (2 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 4 orang
- SINGLE 1: Jay (1 Dewasa) = 1 orang

Jumlah semua ahli konvoi ke Thailand seramai 40 orang (24 Dewasa, 16 Kanak-kanak). Wahh, meriah ni. Hehe.. Sebenarnya Jay bawak kawan-kawan bujang dia sekali, tapi nampaknya kawan-kawan dia macam tak berapa nak join konvoi, just tumpang sewa hotel yang sama je. So, Jay akan naik kereta dengan saya. Maknanya total 8 buah kereta akan konvoi ke Thailand. Bestnya..

Ahli group yang sertai road trip convoy ke Thailand 2016. Terbaiklah!..
# CAR INSURANCE & FORMS

Disebabkan trip kali ni melibatkan family yang lain, jadi saya mintak wife saya carikan agen untuk urusan insurans kereta. Takut timbul masalah bila buat sendiri. Kalau family saya je memang dah tentu tak pakai agen. Walaupun info yang saya dapat menyatakan amat mudah nak buat insurans kereta, tapi biarlah agen uruskan semuanya. Wife saya dapatkan contact sorang agen di Kedah. Agak mudah berurusan dengannya. Dia akan sediakan semua dokumen dan upah yang dikenakan hanya RM50.00 (all-in) dan tambah RM5.00 untuk setiap kenderaan. Senarai bayaran yang dikenakan:

- KENDERAAN: MPV @ RM20.00, Sedan @ RM17.00
- UPAH: RM50.00 + RM5.00/car

Borang yang perlu diisi pula ialah Borang TM2, TM3 dan TM6. Semua dokumen beserta borang yang berkenaan agen tu akan emelkan pada wife saya untuk diisi kecuali Borang TM6 sebab kena ambil kat pejabat imigresen masa kat border nanti. Setelah dikira semua kos dan bilangan kereta yang akan masuk ke Thailand, family saya cuma perlu bayar RM31.25. Takdelah mahal sangat. Hehe.. Selesai satu urusan. Alhamdulillah..

Car Insurance for Thailand
Contoh pengisian Borang TM2
Contoh pengisian Borang TM3
Borang TM6 yang boleh diambil kat pejabat imigresen di border
# KELULUSAN PERMOHONAN

Bagi penjawat awam, seperti biasa kena buat permohonan kelulusan untuk ke luar negara. Jangan amik mudah benda ni walaupun hanya ke negara jiran je. Jadi apa-apa boleh kena surcharge. Menangis tak berlagu jadinya. Huhu.. Lagipun bukan kena keluar duit nak buat permohonan ni. Hanya sebagai satu peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam surat pekeliling am bil.3/2012. Fuhh, siap cerita pasal surat pekeliling lagi. Hehe.. Bak orang kata kalau tak kena tu takpelah. Sekali dah terkena memang menjawab la. Huhu.. Saya memang simpan format borang permohonan ni. Dah banyak kali buat sebelum ni. Hanya tukar tarikh dan negara yang nak dilawati je. Mudah bukan? Hehe..

Kelulusan telah diperkenankan. Yezzaa..
# FAMILY INSURANCE

Kereta dah ada insurans, takkan la orang yang nak pergi takde pulak kan. Saya sebagai penjawat awam ada option untuk mendapatkan insurans dari kerajaan. Tapi saya tak apply sebab permohonan insurans tu hanya boleh dibuat setahun sekali. Baik jangan buat dulu, tunggu travel yang jauh baru amik. Hehe.. Kadang-kadang ada kes di mana tak apply tapi dapat jugak. Cemana tu? Huhu.. Rugilah kalau lepas tu nak apply dalam tahun yang sama untuk ke luar negara yang lain dah tak boleh. Salah siapa disitu? Hihi.. Untuk ke Thailand ni saya amik insurans luar untuk cover satu family. Ada banyak insurance company yang provide travel insurance ikut kadar masing-masing. Saya mintak wife saya uruskan hal ni. Kami pilih insurans dari Ace Jerneh. Tak pernah cuba lagi dengan company ni. Tak tau efisien ke tak dalam urusan nak claim. Tapi sebelum ni pun saya tak pernah claim mana-mana travel insurans lagi. Hahah.. Harap bagus la company ni hendaknya..

First time guna travel insurance dari Ace Jerneh
# GERAN KENDERAAN

Untuk bawa kereta masuk ke Thailand, geran kereta perlu dibawa. Mula-mula confuse juga samada geran fotostat boleh digunakan atau hanya geran asal je yang diterima. Malas nak fikir, baik saya pergi bank dan mohon untuk dapatkan geran asal. Maklumlah, kereta masih ada hutang lagi. Hihi.. Hanya buat surat rasmi yang simple dan bagi sebab kenapa nak geran asal. Mudah je. Family yang lain pun saya maklumkan awal untuk mereka sediakan geran. Jika kereta yang dibawa tu kereta adik-beradik atau sedara-mara, kenalah sediakan satu surat rasmi perakuan dari tuan empunya geran dan ditandatangan serta disahkan. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu di Thailand. Tak perlu nak buat International Driving Permit.

Contoh geran kereta original. Semua tau rasanya. Huhu..
# CURRENCY RATE

Dulu senang je nak kira rate duit kita dengan Thai Baht (THB). 100THB sama dengan RM10. Tapi itu cerita zaman dulu kala. Sekarang dah tak dapat dah. Terpaksalah terima kenyataan sekarang bahawa 100THB = RM11.90. Saya bundarkan kepada RM12.00 untuk mudahkan pengiraan. Saya takde lah sampai nak ke Midvalley untuk tukar duit kat tempat biasa tu. Tak banyak pun yang nak ditukar. Kat Aeon Big Wangsa Maju je mudah sebab dekat dengan rumah. Hihi..

Nilai '0' tak sebanyak rupiah dan dong. Hihi.. (Ihsan Google Images)
# HALAL FOODS

Part ni saya agak hati-hati sikit. Takut tersilap makan daging je. Huhu.. InsyaAllah akan berjumpa kedai atau restoran halal di sepanjang jalan. Ada orang yang amat particular tentang status halal sesuatu produk. Sampaikan kedai yang ada pamer logo halal pun masih ragu-ragu lagi. Takde cop halal Jakim katanya. Haduii, kat luar negara mana la nak dapat logo halal Jakim. Huhu.. Sampai macam tu sekali keraguannya. Entahlah, itu hak masing-masing untuk menilainya. Sayur kat UK pun tak berani makan agaknya. Sukar nak travel dengan orang macam ni. Huhu.. Pada saya kalau dah ada rasa ragu-ragu tu baik takyah makan. Masa kat Jepun dulu saya makan jugak roti plain yang dijual kat kedai runcit Family Mart. Nak tunggu Jakim datang bagi sijil halal roti kat Jepun tu ntah bila lah agaknya ya. Hehe..

Sedapnya tengok tomyam ni. Slrrppp..(Ihsan Google Images)
Kak As cadangkan kami semua collect duit makan siap-siap untuk sepanjang trip kat sana. Jadi tak perlulah nak collect sorang sikit masa nak bayar. Nanti ada yang tak puas hati makan sikit tapi kena bayar banyak. Huhu.. Nampaknya semua family bersetuju buat bayaran makan sebanyak RM80.00/adult dan RM40.00/child (4 - 11 tahun) untuk lunch dan dinner. Kalau kurang kak As tambah. Kalau ada lebih pulak nanti boleh arrange satu hari makan besar kat KL. Hihi.. Janji seronok dapat makan ramai-ramai. Selesai urusan kos makan kat sana.

# THAI POWER SOCKETS & PLUG

Sebagai seorang frequent traveller, benda ni antara yang menjadi keutamaan saya sebelum travel ke luar negara. Kena tau jugak jenis plug yang digunakan. Nanti tak pasal-pasal kena beli charger dan plug baru. Seperti kebiasaan, universal adapter sentiasa dibawa bersama. USB port pun saya bawak jugak untuk charge semua device yang ada. Kadang-kadang bilik hotel provide satu plug je. Camna nak charge phone, powerbank, bateri camera dan bateri GoPro cap ayam sekaligus. Hehe..

Power Sockets and plug used in Thailand
# BORDER GATE INFORMATION

Saya ingatkan border gate Thailand beroperasi 24 jam. Rupanya tidak. Lain border lain waktu buka dan tutup. Nasib baik agen tu inform kat saya. Manalah tau, sebelum ni ingat pukul 1 pagi boleh masuk Malaysia. Tak pasal-pasal kena bermalam kat Danok sebab gate dah tutup. Huhu.. Kalau dah tau tak sempat, baik stay kat Hatyai ke atau bandar lain yang terdekat. Banyak aktiviti boleh dibuat. Hihi..

Waktu buka dan tutup di sempadan Thailand. Banyaknya jalan masuk ke Thailand. Huhu..
# BOAT TOUR

Antara aktiviti utama yang kami nak buat di sana adalah layan aktiviti boat tour di Krabi. Selain daripada tu cuma nak jalan-jalan je. Saya ada dengar banyak scam tentang boat tour di Krabi dan Phuket. Untuk lebih yakin, wife saya book melalui Krabi Tourism website. Kami book awal, takut last minit tak dapat book sebab time cuti ni ramai juga orang Malaysia yang datang ke Krabi dan Phuket. Wife saya book tour 4 Island yang berharga 650THB/adult dan 300THB/child (3 - 7 years old). Total semua 19,850THB. Setelah tolak diskaun, kami cuma perlu bayar 19,000THB. Ikut pada bilangan ahli, family saya kena bayar 2,435THB. Kira ok la jugak. Harap-harap tak kena tipu la masa naik bot nanti. Huhu..

Krabi Tourism. Harap tak kena scam. Huhu..
# ACCOMODATION

Agak susah juga nak mencari hotel yang sesuai dan berdekatan dengan tempat shopping di Krabi dan Phuket. Nasib baik lah google map boleh tunjuk street view keadaan di sana walaupun tak semua tempat boleh tengok. Dapat tengok kat area tengah bandar pun jadilah.. Boleh la cari hotel yang sesuai dan yang penting ianya walking distance untuk kami jalan-jalan cari pengalaman. Harga pun kena la cari yang berpatutan. Mahal sangat kang lari bajet pulak. Dah la baru balik dari Western Europe. Tabung travel masih kosong lagi. Hehe..

Mencari hotel yang berpatutan di Krabi dan Phuket..
Selesai sudah persiapan untuk aktiviti konvoi ke Thailand. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kereta masing-masing kena servis bagi tiptop. Taknak tetiba sangkut di tengah jalan. Huhu.. Risau juga bila dengar macam-macam kes jenayah di sempadan walhal orang Thailand boleh dikatakan agak peramah juga. Mungkin segelintir saja yang begitu, sama seperti di Malaysia. Jangan kami cari pasal kat sana nanti sudah. Takut tak masuk Malaysia je nanti. Nauzubillah. Harap dijauhkan perkara yang tak diingini. Tujuan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik, insyaAllah. Sementara menunggu hari untuk konvoi, kerja di pejabat kena disiapkan juga. Awal tahun banyak kerja yang nak diselesaikan. Itu lebih penting sebab salah satu punca pendapatan keluarga. Hihi.. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - CAR INSURANCE          : RM31.25
  - FAMILY INSURANCE     : RM121.00
  - KRABI 4 ISLAND TOUR : RM292.20
  - LUNCH & DINNER        : RM280.00
  - JUMLAH                      : RM724.45

Saturday 1 October 2016

Belum habis jetlag, ada lagi trip lain yang menunggu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru je balik dari trip Western Europe, saya terpaksa plan trip berikutnya. Kali ni trip family. Bukan setakat family saya, tapi melibatkan family kawan-kawan yang lain. Mulanya hanya cadangan je, tapi terkejut juga bila ramai yang berminat nak join family trip ni. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan hal family dan kerja di pejabat. Saya ingatkan planning ni tak jadi seperti sebelum ni yang mana cadangan hanya tinggal cadangan je. Hihi.. Terkejut juga bila ramai yang bersetuju. Satu petanda dan permulaan yang baik untuk buat family trip beramai-ramai. Alhamdulillah..

Travel again. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Walaupun penat dan demam jetlag masih belum reda, saya mula mencari info untuk family trip yang telah dicadangkan sebelum saya ke Western Europe lagi. Trip family beramai-ramai buat kali pertama ni adalah roadtrip ke Thailand. Dah banyak negara yang saya jejakkan kaki, tapi negara jiran masih belum sampai. Paris yang punya jauh tu pun dah dua kali saya sampai. Huhu..

Kali ni trip beramai-ramai!.. (Ihsan Google Images)
Ada empat perkara yang membuatkan saya amat teruja untuk buat roadtrip ke Thailand. Pertama, ia akan menjadi pengalaman pertama saya menjejaki bumi Thailand yang terkenal dengan makanan dan massage. Hehe.. Bila lagi nak merasa makan tomyam yang asli dan kualiti masssage yang sebenar. Kedua, trip ni melibatkan bilangan ahli yang besar. Ingat senang ke nak plan melibatkan banyak kepala ni. Makin banyak kepala makin banyak kerenah. Confirm banyak hal berlaku nanti sebab kami naik kenderaan masing-masing, bukan naik bas beramai-ramai atau naik flight. Huhu.. Ketiga, dapat juga saya merasa memandu kenderaan sendiri masuk ke Thailand. Dulu dah pernah drive masuk Singapore, kali ni masuk Thailand pulak. Katanya jalan kat Thailand cantik. Wallahualam. Dan yang keempat, trip kali ni ada Hard Rock yang bakal diterjah. Makin bertambah la koleksi HRC peribadi saya. Hehe..

Memang dah lama teringin nak ke Thailand (Ihsan Google Images)
Tarikh yang dicadangkan untuk family trip ke Thailand ni adalah pada masa Tahun Baru Cina. Sedang elok cuti jatuh pada hari Isnin dan Selasa. Cuma risau jalan jem kat highway PLUS. Saya fobia bila jalan time Tahun Baru Cina ni. Banyak kali juga saya ke utara dan kena menempuh jem yang teruk kat highway. Rasanya jem lebih teruk berbanding cuti Hari Raya Aidilfitri. Huhu.. Kalau boleh nak duduk diam-diam je kat rumah. Tapi disebabkan ramai ahli yang akan join trip dan tarikh pulak sesuai, jadi saya pun gagahkan juga tempuh highway dengan harapan tak jem teruk seperti sebelum ni. Kena plan pergerakan lewat malam. Kalau kena jem takdelah panas hati sangat sebab cuaca sejuk kat luar. Hihi..

Pemandangan biasa bila cuti di Malaysia. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Baju dalam beg balik dari trip Western Europe pun tak habis kemas lagi, dah kena standby untuk trip berikutnya. Kali ni lagi banyak nak prepare. Baju anak-anak je dah berapa banyak. Huhu.. Part tu saya serahkan pada wife saya. Hal booking hotel dan aktiviti lain di sana pun saya mintak wife dan yang lain-lain selesaikan. Saya cuma setting route dari Here Maps dan mencari lokasi yang menarik untuk dilawati. InsyaAllah sempat setting semuanya sebelum hari kejadian. Sebenarnya takdelah sukar sangat nak plan sebab drive sendiri. Kalau sesat nanti terus patah balik masuk Malaysia. Hihi. Maka pencarian maklumat untuk ke negara jiran pun bermula. Kurang sebulan lagi nak pergi ni. Harap sempat buat persediaan. Wallahualam..

Time to plan the next trip!. Yeayy.. (Ihsan Google Images)