Monday 3 October 2016

JJCP Thailand: Persiapan Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun trip ke Thailand je, tapi persediaan awal kena buat jugak. Tarikh nak travel dah ada. Cuti pun dah apply siap-siap. Cuma siapa yang nak join masih belum confirm lagi. Ada yang mula-mula nak ikut, tapi tetiba tak jadi pulak sebab ada hal lain. Saya dah biasa dah dengan situasi macam ni. Masa jadi cikgu dulu pun sama jugak. Buat trip camping dengan budak sekolah. Last minit terpaksa batal atas alasan yang pelbagai. Anak kucing mati la, tayar basikal hilang sebelah la. Huhu.. Main bagi je alasan bila tarik dari di saat terakhir. Itu budak sekolah, mungkin parents tak bagi pergi last minute. Masa saya buat team trekking di kalangan cikgu pun sama. Gunung yang terakhir saya daki adalah Gunung Swettenham (2009) di sempadan Pahang-Kelantan, di mana mula-mula dalam 20 orang nak join, last-last tinggal 3 orang je. Merajuk sampai bubar kelab dan saya terus announce bersara dari arena pergunungan. Tapi saya masih berkawan rapat dengan diorang sampai la sekarang. Kawan saya Fa yang join trip ke Jepun dan Western Europe tu salah sorang ahli group trekking saya. Hehe..

Gambar trekking gunung terakhir sebelum bersara. Huhu..
Team MYFitt dalam kenangan. Sedih tau..
# HERE MAPS

Here Maps yang saya pakai masa ke Western Europe haritu saya guna untuk trip ke Thailand ni. Amat berpuas hati dengan apps ni. Pada saya antara offline maps yang paling senang nak operate dan reliable. Ada masa terluang lepas balik dari kerja saya akan cari info lokasi dan save dalam Here Maps. Kali ni kena check betul-betul option yang ada dalam Here Maps. Takut jadi macam kisah di Western Europe. Masa bila ntah tetiba option avoid tunnels dipilih. Patutlah Here Maps asyik mintak saya keluar dari highway sebab banyak tunnels. Huhu.. Sekali dah kena takkan la nak kena lagi kan. Hehe.. Jangan buat pasal, nak konvoi ramai-ramai ni.

Here Maps Apps.. Saya mesti pilih!.. Hehe..
# ITINERARY PLANNING

Tarikh konvoi yang telah dipersetujui bersama bermula 4 hingga 8 Februari 2016. Cadang mula bergerak dari Kuala Lumpur waktu malam. Boleh la pergi kerja lagi pagi tu. Maknanya saya cuma apply cuti sehari je pada 5 Februari 2016. Maklumlah, nak kumpul cuti untuk akhir tahun. Manalah tau ada trip luar negara di hujung tahun macam sebelum ni. Hihi.. Cuti Tahun Baru Cina pada 8 dan 9 Februari 2016. Saje je cadang balik awal sehari. Boleh la berehat kat rumah pada 9 Februari tu. Cover penat memandu. Hihi.. Jangkamasa travel selama 5 hari 4 malam ni macam tak logik pulak kalau nak sampai ke Bangkok kan. Jadi kami cuma akan ke Krabi dan Phuket je. Jika ada masa, kami akan singgah di Hatyai. Ada orang dah mula pesan kacang pistachios. Huhu.. Tengok lah kalau sempat singgah masa balik dari Phuket nanti. Cadangan itinerary konvoi kami ke Thailand adalah seperti berikut:

- DAY 01 (Khamis, 4/2/2016): Kuala Lumpur - Kedah
- DAY 02 (Jumaat, 5/2/2016): Kedah - Krabi
- DAY 03 (Sabtu, 6/2/2016): Krabi
- DAY 04 (Ahad, 7/2/2016): Krabi - Phuket
- DAY 05 (Isnin, 8/2/2016): Phuket - Hatyai - Kuala Lumpur

Harap-harap berjayalah kami ikut itinerary ni. Kalau tak dapat ikut, plan B tetap ada sebagai backup. Hehe.. Yang penting tujuan utama untuk jejakkan kaki di bumi Thailand dapat dicapai. Dan juga jejakkan kaki ke Hard Rock Cafe Phuket. Hihi..

Our main destination for this trip..
# AHLI KONVOI

Saya update dengan wife saya family mana yang dah confirm join trip ke Thailand sebab majoriti yang nak join adalah geng opis Bank Rakyat wife saya dan saya pun amat mengenali semuanya. Saya mintak final listing selewatnya seminggu sebelum travel sebab nak setting beli insurance dan urusan bawa masuk kereta ke Thailand. Sebelum sampai masa seminggu lagi nak travel, memang banyak la isu jadi dan tak jadi. Huhu.. Untuk meramaikan ahli konvoi saya ajak jugak kawan dari opis saya. Ada yang berminat rupanya. Hihi.. Sampai tarikh seminggu lagi sebelum travel saya pun finalise family yang akan ikut konvoi ke Thailand:

- FAMILY 1: My Family (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 2: En. Khai (4 Dewasa, 1 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 3: Abg Sabri (3 Dewasa) = 3 orang
- FAMILY 4: Wan (4 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 5: Saiful (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 6: Pae (4 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 7: Kodin (2 Dewasa, 3 Kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 8: Muiez (2 Dewasa, 2 Kanak-kanak) = 4 orang
- SINGLE 1: Jay (1 Dewasa) = 1 orang

Jumlah semua ahli konvoi ke Thailand seramai 40 orang (24 Dewasa, 16 Kanak-kanak). Wahh, meriah ni. Hehe.. Sebenarnya Jay bawak kawan-kawan bujang dia sekali, tapi nampaknya kawan-kawan dia macam tak berapa nak join konvoi, just tumpang sewa hotel yang sama je. So, Jay akan naik kereta dengan saya. Maknanya total 8 buah kereta akan konvoi ke Thailand. Bestnya..

Ahli group yang sertai road trip convoy ke Thailand 2016. Terbaiklah!..
# CAR INSURANCE & FORMS

Disebabkan trip kali ni melibatkan family yang lain, jadi saya mintak wife saya carikan agen untuk urusan insurans kereta. Takut timbul masalah bila buat sendiri. Kalau family saya je memang dah tentu tak pakai agen. Walaupun info yang saya dapat menyatakan amat mudah nak buat insurans kereta, tapi biarlah agen uruskan semuanya. Wife saya dapatkan contact sorang agen di Kedah. Agak mudah berurusan dengannya. Dia akan sediakan semua dokumen dan upah yang dikenakan hanya RM50.00 (all-in) dan tambah RM5.00 untuk setiap kenderaan. Senarai bayaran yang dikenakan:

- KENDERAAN: MPV @ RM20.00, Sedan @ RM17.00
- UPAH: RM50.00 + RM5.00/car

Borang yang perlu diisi pula ialah Borang TM2, TM3 dan TM6. Semua dokumen beserta borang yang berkenaan agen tu akan emelkan pada wife saya untuk diisi kecuali Borang TM6 sebab kena ambil kat pejabat imigresen masa kat border nanti. Setelah dikira semua kos dan bilangan kereta yang akan masuk ke Thailand, family saya cuma perlu bayar RM31.25. Takdelah mahal sangat. Hehe.. Selesai satu urusan. Alhamdulillah..

Car Insurance for Thailand
Contoh pengisian Borang TM2
Contoh pengisian Borang TM3
Borang TM6 yang boleh diambil kat pejabat imigresen di border
# KELULUSAN PERMOHONAN

Bagi penjawat awam, seperti biasa kena buat permohonan kelulusan untuk ke luar negara. Jangan amik mudah benda ni walaupun hanya ke negara jiran je. Jadi apa-apa boleh kena surcharge. Menangis tak berlagu jadinya. Huhu.. Lagipun bukan kena keluar duit nak buat permohonan ni. Hanya sebagai satu peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam surat pekeliling am bil.3/2012. Fuhh, siap cerita pasal surat pekeliling lagi. Hehe.. Bak orang kata kalau tak kena tu takpelah. Sekali dah terkena memang menjawab la. Huhu.. Saya memang simpan format borang permohonan ni. Dah banyak kali buat sebelum ni. Hanya tukar tarikh dan negara yang nak dilawati je. Mudah bukan? Hehe..

Kelulusan telah diperkenankan. Yezzaa..
# FAMILY INSURANCE

Kereta dah ada insurans, takkan la orang yang nak pergi takde pulak kan. Saya sebagai penjawat awam ada option untuk mendapatkan insurans dari kerajaan. Tapi saya tak apply sebab permohonan insurans tu hanya boleh dibuat setahun sekali. Baik jangan buat dulu, tunggu travel yang jauh baru amik. Hehe.. Kadang-kadang ada kes di mana tak apply tapi dapat jugak. Cemana tu? Huhu.. Rugilah kalau lepas tu nak apply dalam tahun yang sama untuk ke luar negara yang lain dah tak boleh. Salah siapa disitu? Hihi.. Untuk ke Thailand ni saya amik insurans luar untuk cover satu family. Ada banyak insurance company yang provide travel insurance ikut kadar masing-masing. Saya mintak wife saya uruskan hal ni. Kami pilih insurans dari Ace Jerneh. Tak pernah cuba lagi dengan company ni. Tak tau efisien ke tak dalam urusan nak claim. Tapi sebelum ni pun saya tak pernah claim mana-mana travel insurans lagi. Hahah.. Harap bagus la company ni hendaknya..

First time guna travel insurance dari Ace Jerneh
# GERAN KENDERAAN

Untuk bawa kereta masuk ke Thailand, geran kereta perlu dibawa. Mula-mula confuse juga samada geran fotostat boleh digunakan atau hanya geran asal je yang diterima. Malas nak fikir, baik saya pergi bank dan mohon untuk dapatkan geran asal. Maklumlah, kereta masih ada hutang lagi. Hihi.. Hanya buat surat rasmi yang simple dan bagi sebab kenapa nak geran asal. Mudah je. Family yang lain pun saya maklumkan awal untuk mereka sediakan geran. Jika kereta yang dibawa tu kereta adik-beradik atau sedara-mara, kenalah sediakan satu surat rasmi perakuan dari tuan empunya geran dan ditandatangan serta disahkan. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu di Thailand. Tak perlu nak buat International Driving Permit.

Contoh geran kereta original. Semua tau rasanya. Huhu..
# CURRENCY RATE

Dulu senang je nak kira rate duit kita dengan Thai Baht (THB). 100THB sama dengan RM10. Tapi itu cerita zaman dulu kala. Sekarang dah tak dapat dah. Terpaksalah terima kenyataan sekarang bahawa 100THB = RM11.90. Saya bundarkan kepada RM12.00 untuk mudahkan pengiraan. Saya takde lah sampai nak ke Midvalley untuk tukar duit kat tempat biasa tu. Tak banyak pun yang nak ditukar. Kat Aeon Big Wangsa Maju je mudah sebab dekat dengan rumah. Hihi..

Nilai '0' tak sebanyak rupiah dan dong. Hihi.. (Ihsan Google Images)
# HALAL FOODS

Part ni saya agak hati-hati sikit. Takut tersilap makan daging je. Huhu.. InsyaAllah akan berjumpa kedai atau restoran halal di sepanjang jalan. Ada orang yang amat particular tentang status halal sesuatu produk. Sampaikan kedai yang ada pamer logo halal pun masih ragu-ragu lagi. Takde cop halal Jakim katanya. Haduii, kat luar negara mana la nak dapat logo halal Jakim. Huhu.. Sampai macam tu sekali keraguannya. Entahlah, itu hak masing-masing untuk menilainya. Sayur kat UK pun tak berani makan agaknya. Sukar nak travel dengan orang macam ni. Huhu.. Pada saya kalau dah ada rasa ragu-ragu tu baik takyah makan. Masa kat Jepun dulu saya makan jugak roti plain yang dijual kat kedai runcit Family Mart. Nak tunggu Jakim datang bagi sijil halal roti kat Jepun tu ntah bila lah agaknya ya. Hehe..

Sedapnya tengok tomyam ni. Slrrppp..(Ihsan Google Images)
Kak As cadangkan kami semua collect duit makan siap-siap untuk sepanjang trip kat sana. Jadi tak perlulah nak collect sorang sikit masa nak bayar. Nanti ada yang tak puas hati makan sikit tapi kena bayar banyak. Huhu.. Nampaknya semua family bersetuju buat bayaran makan sebanyak RM80.00/adult dan RM40.00/child (4 - 11 tahun) untuk lunch dan dinner. Kalau kurang kak As tambah. Kalau ada lebih pulak nanti boleh arrange satu hari makan besar kat KL. Hihi.. Janji seronok dapat makan ramai-ramai. Selesai urusan kos makan kat sana.

# THAI POWER SOCKETS & PLUG

Sebagai seorang frequent traveller, benda ni antara yang menjadi keutamaan saya sebelum travel ke luar negara. Kena tau jugak jenis plug yang digunakan. Nanti tak pasal-pasal kena beli charger dan plug baru. Seperti kebiasaan, universal adapter sentiasa dibawa bersama. USB port pun saya bawak jugak untuk charge semua device yang ada. Kadang-kadang bilik hotel provide satu plug je. Camna nak charge phone, powerbank, bateri camera dan bateri GoPro cap ayam sekaligus. Hehe..

Power Sockets and plug used in Thailand
# BORDER GATE INFORMATION

Saya ingatkan border gate Thailand beroperasi 24 jam. Rupanya tidak. Lain border lain waktu buka dan tutup. Nasib baik agen tu inform kat saya. Manalah tau, sebelum ni ingat pukul 1 pagi boleh masuk Malaysia. Tak pasal-pasal kena bermalam kat Danok sebab gate dah tutup. Huhu.. Kalau dah tau tak sempat, baik stay kat Hatyai ke atau bandar lain yang terdekat. Banyak aktiviti boleh dibuat. Hihi..

Waktu buka dan tutup di sempadan Thailand. Banyaknya jalan masuk ke Thailand. Huhu..
# BOAT TOUR

Antara aktiviti utama yang kami nak buat di sana adalah layan aktiviti boat tour di Krabi. Selain daripada tu cuma nak jalan-jalan je. Saya ada dengar banyak scam tentang boat tour di Krabi dan Phuket. Untuk lebih yakin, wife saya book melalui Krabi Tourism website. Kami book awal, takut last minit tak dapat book sebab time cuti ni ramai juga orang Malaysia yang datang ke Krabi dan Phuket. Wife saya book tour 4 Island yang berharga 650THB/adult dan 300THB/child (3 - 7 years old). Total semua 19,850THB. Setelah tolak diskaun, kami cuma perlu bayar 19,000THB. Ikut pada bilangan ahli, family saya kena bayar 2,435THB. Kira ok la jugak. Harap-harap tak kena tipu la masa naik bot nanti. Huhu..

Krabi Tourism. Harap tak kena scam. Huhu..
# ACCOMODATION

Agak susah juga nak mencari hotel yang sesuai dan berdekatan dengan tempat shopping di Krabi dan Phuket. Nasib baik lah google map boleh tunjuk street view keadaan di sana walaupun tak semua tempat boleh tengok. Dapat tengok kat area tengah bandar pun jadilah.. Boleh la cari hotel yang sesuai dan yang penting ianya walking distance untuk kami jalan-jalan cari pengalaman. Harga pun kena la cari yang berpatutan. Mahal sangat kang lari bajet pulak. Dah la baru balik dari Western Europe. Tabung travel masih kosong lagi. Hehe..

Mencari hotel yang berpatutan di Krabi dan Phuket..
Selesai sudah persiapan untuk aktiviti konvoi ke Thailand. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kereta masing-masing kena servis bagi tiptop. Taknak tetiba sangkut di tengah jalan. Huhu.. Risau juga bila dengar macam-macam kes jenayah di sempadan walhal orang Thailand boleh dikatakan agak peramah juga. Mungkin segelintir saja yang begitu, sama seperti di Malaysia. Jangan kami cari pasal kat sana nanti sudah. Takut tak masuk Malaysia je nanti. Nauzubillah. Harap dijauhkan perkara yang tak diingini. Tujuan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik, insyaAllah. Sementara menunggu hari untuk konvoi, kerja di pejabat kena disiapkan juga. Awal tahun banyak kerja yang nak diselesaikan. Itu lebih penting sebab salah satu punca pendapatan keluarga. Hihi.. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - CAR INSURANCE          : RM31.25
  - FAMILY INSURANCE     : RM121.00
  - KRABI 4 ISLAND TOUR : RM292.20
  - LUNCH & DINNER        : RM280.00
  - JUMLAH                      : RM724.45

4 comments:

  1. Assalamualaikum boss...Ada lagi tak konvoi beramai-ramai ke krabi ujung november 2016 ni..kalau boss nk buat konvoi berkereta, insya allah saya nk pergi..saya pn x pernah smpai ke sana lg seumur hidup..

    apa-apa boss boleh email saya..naiemee@gmail.com contact 0137421341

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bro Ishaak..
      Hujung tahun ni saya dah ada rancangan ke tempat lain. Tahun depan insyaAllah akan ke sana kalau cukup korum. Hehe.. Kalau jadi saya inform ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam En..Saya nak tanya pasal insurance kereta yg memasuki Hatyai. untuk MPV berapa Rm yer?insurance cover passenger dlm kereta ke? nak tya kalau saya ke hat yai & Krabi. which package better compulsory or voluntary?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Salwani..
      Insurance untuk MPV hanya RM20.00.. Harga tak termasuk penumpang. Untuk penumpang saya ambil pakej family dari insurans luar yang berharga RM121.00 dan cover semuanya. Kedua-dua pakej tiada masalah bergantung pada jangkamasa travel. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete