Wednesday 2 September 2020

JJCP UK V.2: Day 05 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 1 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ ROBIN HOOD'S BAY
@ MIDDLESBROUGH CENTRAL MOSQUE


Daripada North Cave Market & Carboot, kami melalui jalan kampung yang sungguh indah. Dulu saya tak berkesempatan untuk jalan sampai di kawasan sini. Saya lebih kepada jalan di antara England dan Wales sebab masa tu nak lawat stadium di Liverpool dan Manchester. Kedua-duanya mempunyai ribuan fans di Malaysia. Old Trafford dah menjadi seperti satu landmark yang wajib dilawati jika ke UK. Walaupun saya tak minat kedua-dua team ni tapi saya tetap singgah sebab ianya popular di kalangan rakyat Malaysia. Amik gambar kat Elland Road tak ramai pun yang tau. Biarlah, janji saya suka. Leeds United till I die. Marching on Together!. Yeahh..

Indah sungguh countryside di UK. Tenang..
Yang seronoknya bila self-drive ni kita boleh nak berhenti di mana-mana tempat yang kita suka. Bila memandu terlalu lama kenalah berhenti untuk meregangkan badan. Di UK banyak hentian yang dibuat di bahu jalan untuk kenderaan berhenti seketika. Boleh dikatakan setiap 5 hingga 10 km mesti ada signboard untuk parking di bahu jalan. Kalau kawasan parking tu besar dan panjang kadang-kadang ada gerai menjual air dan snack. Masa saya drive masuk Wales dulu sempat singgah minum hot chocolates di tepian River Severn. Indah sungguh kenangan itu. Hahah..

Nampak pelangi di hujung padang, tiada masalah untuk berhenti sekejap. Hihi..

Hampir 3 jam memandu dan berhenti beberapa kali, akhirnya kami sampai di simpang masuk ke destinasi seterusnya. Kawasan sekeliling agak lapang dan kelihatan kumpulan berbasikal sedang menyusur keluar ke jalan utama. Jarak dari simpang hingga ke lokasi hanya 3.5 km. Kami melalui pekan kecil dan jalan yang makin sempit untuk sampai ke destinasi. Ramai murid sekolah melintas jalan. Baru habis waktu sekolah agaknya di sini. Jam 11.45 pagi kami sampai di penghujung jalan. Ada satu kawasan parking di sini iaitu Robin Hood's Bay Car Park tapi agak limited. 10 minit kami menunggu dengan harapan ada kereta yang keluar tapi tak nampak pun kelibat orang yang berjalan ke arah parking. Huhu.. Di sini ada satu lagi kawasan parking yang besar tapi agak jauh untuk kami berjalan. Apa boleh buat, terpaksalah gagahkan kaki masing-masing untuk melangkah jauh lepas ni. Huhu..


Sikit lagi nak sampai. Terasa lapang suasana kat sini.

@ ROBIN HOOD'S BAY

Tepat jam 12.00 tengahari kami sampai di kawasan parking yang kedua iaitu Station Car Park yang masih banyak kosong lagi. Saya cari spot yang paling sesuai untuk parking. Maklumlah, kereta panjang kena cari space yang agak luas dan mudah untuk keluar dari parking nanti. Sementara semuanya bersiap-siap untuk mulakan explorasi, saya mencari mesin untuk bayar parking. Alhamdulillah, musim winter parking di sini free. Suka betul bila dapat benda free kat negara yang serba serbi mahal ni. Boleh tahan mahal juga bayaran parking kat sini. Hehe..

Driving route: From North Cave Market & Carboot to Robin Hood's Bay
Parking yang luas untuk semua jenis kenderaan
Save la dalam RM15.00 untuk duit parking. Hihi..
Kami mula berjalan agak jauh menuju ke kawasan parking yang pertama tadi. Robin Hood's Bay adalah perkampungan nelayan yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri di England. Dikatakan tempat ini dijumpai sekitar 3000 tahun yang lalu. Semasa saya menyediakan ititnerary untuk trip ni, saya mencari mana-mana lokasi yang menarik untuk dilawati di sepanjang route perjalanan kami. Akhirnya jumpa tentang tempat ni. Melihatkan pada gambar pemandangan di kawasan ini membuatkan saya terus masukkan Robin Hood's Bay sebagai aktiviti utama dalam trip kali ni. Sejarah nama tempat ni masih menjadi misteri. Robin Hood tak pernah pun sampai tempat ni dan merompak duit orang kaya untuk diberikan pada orang miskin. Nampaknya tak dapatlah saya nak jumpa dengan hero di zaman kanak-kanak saya. Hihi..

Walking route: Robin Hood's Bay Area
Menyusuri deretan rumah, kedai dan hotel yang cantik
Sampai di penghujung jalan berhampiran dengan kawasan parking pertama tadi, kami menikmati pemandangan sekitar yang amat tenang dan aman. Angin yang bertiup agak kuat kerana kawasan terbuka menambah kesejukan. Memang betul cantik tempat ni seperti yang digambarkan. Cuma saya tak pandai nak guna setting dalam kamera smartphone saya. Main ambil je gambar tanpa set apa-apa pun. Huhu.. Kepada kaki fotografi memang digalakkan untuk singgah di sini. Bukan setakat sini je, malah kat mana-mana kawasan kampung di England ni semuanya cantik belaka. Bak kata orang macam gambar dalam kalendar. Beruntung pada yang pakar bermain dengan kamera.

Kita duduk dulu untuk tenangkan fikiran
Duduk tu bukan saje je, tapi tengah berbincang sama ada nak teruskan berjalan atau patah balik. Bukan apa, bermula dari tempat duduk ni kami kena turun cerun untuk sampai ke kawasan teluk. Masa turun memang best la kan. Dah pergi mesti kena balik. Itu yang tak berapa sedap sebab kena menapak naik semula. Huhu.. Alang-alang dah sampai takkan la nak duduk kat atas ni je. Buang masa je parking jauh tadi. Tak sedar rupanya Eiman dan Elysha dah separuh jalan di bawah tu. Saya panggil balik untuk ambil gambar sekeluarga. Ayah dah kata, kat tempat orang jangan berani sangat jalan sorang-sorang. Kang kena kidnap terus jadi nelayan kat sini. Level up sikitlah sebab nelayan oversea. Hihi..

Ambil gambar kenangan dulu sebelum berjalan ke bawah.
Dengan perlahan kami turun ke bawah. Penggunaan brek pada stroller amat penting pada masa ini. Keadaan jalan yang basah membuatkan kami lebih hati-hati. Wife saya yang paling berjaga-jaga. Takut kejadian jatuh atas salji masa kat Switzerland berulang kembali. Masa tu dia syok tengok smartphone sampai tak sedar jalan tu licin. Hehe.. Jalan tar sampai ke teluk hanya boleh memuatkan sebuah kereta je. Jenuh la kalau bertembung dengan kereta lain. Jalan curam pulak tu. Di kiri dan kanan jalan kelihatan deretan bangunan lama dan pokok yang tinggal ranting mencantikkan suasana. Boleh masuk dalam wishlist tempat tinggal bila bersara nanti. Hihi..

Check brek stroller dulu ya. Hehe..
Bila nak sampai hujung ni
Di penghujung jalan kelihatan teluk yang menjadikan nama tempat ni Robin Hood's Bay. Ada pulak kedai aiskrim kat sini. Eirfan mula mainkan peranan dia. Cuaca sejuk macam ni pun dia boleh mintak nak makan aiskrim. Memang tahan sejuk betul budak ni. Sepanjang jalan dia tak nak pakai kasut. Selamba je pakai stokin. Itupun kadang-kadang dia cabut sendiri stokin dia. Glove jangan cakap la, asal kami alpa je dia bukak. Rasanya doktor yang inject ubat sebelum travel haritu terbagi dos berlebihan kot. Huhuu.. Takpelah wahai anakku. Yang penting dia sihat walafiat dalam cuaca sejuk hingga hari ni. Kalau sakit lagi jenuh nak uruskan dia. Tak syok nak berjalan bila ada ahli keluarga yang sakit. Sebagai reward ayahnya pun beli la aiskrim. Janji dia behave. Anak yang lain pun apa lagi. Mana boleh beli satu aje. Hehe..

Layan la aiskrim tu asalkan bahagia. Hehe..
Sambil menikmati aiskrim sejuk di musim sejuk, kami melayan pemandangan di teluk. Ada pengunjung yang berjalan jauh menyusuri air teluk yang amat surut. Agaknya siput sedut ada tak kat sini? Hehe.. Anak-anak mintak untuk bermain di kawasan cetek. Jangan sampai basah satu badan sudah la. Lagi sejuk dibuatnya nanti. Eirfan tak mintak pun untuk turun dari stroller. Seronok dia menikmati aiskrim vanilla homemade tu. Sila habiskan ya, sebab berkaca juga mata bila tengok harga aiskrim tu. Hihi.. Saya dapat juga rasa sikit. Memang sedap. Sama macam rasa aiskrim masa kat Windermere dulu. Rasa aiskrim 8 tahun lepas pun boleh ingat lagi tu. Hahah..

Nampak feeling sungguh dia makan aiskrim tu. Hihi..
Inilah dia Robin Hood's Bay. Surut betul air hari ni
Jam 12.50 tengahari kami mula bergerak naik ke atas semula. Nasib baiklah cuaca sejuk. Takde terasa sangat penatnya nak mendaki. Peluh pun tak keluar. Kami masuk di beberapa lorong kecil untuk melihat suasana dari sudut yang lain. Di sini banyak kerusi kayu diletakkan di lereng bukit. Ketika musim panas ramai pengunjung datang ke sini untuk berpiknik dan juga mandi pantai. Cuaca sejuk macam ni memang takdelah orang nak berkelah kat sini. Hihi.. Di setiap lorong kami melalui rumah locals yang nampak kecil tapi comel. Biar kecil asalkan tenang dan bahagia. Hehe..

Gambar kedai ni famous dalam website mengenai Robin Hood's Bay
Sikit lagi mendaki tu. Usaha tangga kejayaan.
Tepat jam 1.00 petang kami dah sampai semula di atas dan duduk berehat seketika sambil bergambar kenangan. Tak dapat kami nak explore seluruhnya tempat ni. Sejam di sini sambil makan aiskrim, main air dan daki bukit dah cukup beri pengalaman hidup yang berguna buat kami. Hihi.. Selesai bergambar dan menikmati pemandangan terakhir di Robin Hood's Bay, kami mula berjalan ke parking kereta sebab anak-anak nak ke tandas. Cuaca sejuk memang selalu nak terkucil. Hihi.. Tadi ada tandas awam tapi kena bayar. Kami pulak tak bawak duit syiling. Dalam perjalanan saya singgah sekejap di Tourist Information Centre. Dah sampai sini kenalah ada satu kenangan untuk kami. Kat bawah tadi tak jumpa kedai souvenir. Apa lagi kalau bukan fridge magnet yang saya cari. Hehe..

Kenangan kami di Robin Hood's Bay
Sayang betul Eirfan dengan kereta yang dia dapat kat carboot pagi tadi. Kasut mana? Hihi..
Hanya satu toilet gunasama je yang berfungsi. Terpaksalah beratur ikut giliran menunaikan hajat masing-masing. Selesai semuanya kami ke kereta dan bersiap untuk mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. 1 jam yang penuh kepenatan sebab kena mendaki. Hihi.. Tepat jam 1.20 petang kami bergerak meninggalkan Robin Hood's Bay. Moga sampai sini lagi di lain masa. Seterusnya kami nak ke bandar yang terdekat iaitu Middlesbrough untuk menunaikan solat di masjid dan mencari restoran untuk sesi isi perut masing-masing. Penat mendaki lagi lapar dibuatnya. Hehe..

Selamat tinggal Robin Hood's Bay..
Dari Robin Hood's Bay, kami ikut jalan yang sama hingga ke simpang jalan besar dan belok ke kanan terus menuju ke arah utara. Perjalanan melalui kawasan padang luas dan beberapa puncak bukit yang jelas kelihatan dari jalanraya. Geografi dan iklim di sini membuatkan ianya nampak indah mata memandang. Malaysia juga tak kurang hebatnya tempat-tempat yang menarik dan cantik untuk dibanggakan. Cuma diharapkan mentaliti rakyat kita akan berubah menjadi lebih baik dan berdisiplin. Teringat saya berita tentang satu kawasan pantai di Kelantan yang baru dijumpai. Bila diviralkan maka ramailah yang datang. Tak sampai sebulan penuh sampah sarap kat kawasan pantai tu. Huhuu.. Itulah masalah utama yang sukar nak ubah. Boleh ubah tapi amat sukar. Itu belum cerita mentaliti ketika memandu. Lagi dahsyat ceritanya. Huhu..

Di padang yang luas terdapat bukit di tengahnya

@ MIDDLESBROUGH CENTRAL MOSQUE

Sejam memandu melayan pemandangan di sepanjang perjalanan, akhirnya kami dah sampai di bandar Middlesbrough. Saya ikut arahan Here Maps terus ke Middlesbrough Central Mosque. Harapnya bukalah masjid ni. Jam 2.35 petang kami tiba di depan masjid dan kelihatan ada beberapa kenderaan parking di perkarangan masjid. Kami nampak 2 orang jemaah lelaki sedang keluar dari pintu masjid. Alhamdulillah, dapat kami solat jamak di sini. Bangunan masjid kelihatan seperti sudah lama ianya wujud. Kami bersiap untuk masuk ke dalam masjid.

Driving route: From Robin Hood's Bay to Middlesbrough Central Mosque
Inilah dia Middlesbrough Central Mosque. Jom solat..
Sama seperti keadaan di luar bangunan masjid, struktur di dalam juga agak klasik. Ramai jemaah baru selesai solat dan berborak sesama mereka di ruang solat. Kami buka kasut dan terus ikut arah di pintu untuk ke tempat wudhuk. Sejuknya air kat sini. Lantai aluminium pulak tu. Kesejukan yang terus menusuk ke otak. Huhu.. Selesai ambil wudhuk kami masuk ke dalam ruang solat. Keluasan ruang solat dianggarkan boleh menempatkan 100 orang jemaah dalam satu masa. Ada 2 orang jemaah lelaki sedang berbincang sesuatu. Yang berkopiah tu mungkin imam masjid ni. Ruang solat wanita terletak di tingkat atas.

Ruang kasut, tempat wudhuk dan tangga untuk ke ruang solat wanita
Ruang solat utama. Bersih dan amat selesa. Alhamdulillah..
Selesai solat jamak, saya bersiap pakai kasut dan menunggu yang lain di luar. 10 minit menunggu barulah wife saya keluar dari masjid dan Eirfan selamba je jalan tak pakai stokin dan kasut. Tak rasa sejuk ke? Lain macam punya kebal dia ni dengan cuaca sejuk. Huhu.. Saya makin bertambah yakin dengan teori dia dapat overdose injection. Hahah.. Tepat jam 3.00 petang kami mulakan perjalanan mencari lokasi untuk makan. Ikutkan dekat je dari masjid ni, cuma nak cari parking yang agak jauh sikit. Takpe, makan punya pasal kita boleh jalan sama-sama. Hihi.. Moga restoran yang dituju ni bukak lah. Kalau tutup kami terpaksa cari restoran lain yang berdekatan. Di UK kebanyakan restoran halal beroperasi berhampiran dalam satu deretan bangunan. Jangan risau, makan itu pasti. Hihi..

Panjang betul kereta ni kan. Paling mencabar masa nak reverse dan side parking.

Wallahu 'alam..