HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 20 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ STORTORGET
@ PARLIAMENT HOUSE
@ STOCKHOLM CENTRAL STATION
@ STOCKHOLM GRAND MOSQUE
Terlalu banyak construction di bandar Stockholm ni membuatkan agak cacat sikit pemandangan. Banyak bangunan yang dihalang oleh tembok tinggi. Lorong pejalan kaki pun banyak yang berubah. Betul-betul punya renovation ni. Huhu.. Apa-apa pun kecantikan bangunan lama di sini masih dijaga dengan baik. Dah kena time datang sini ada renovation, nak buat macam mana. Apa-apa pun kami masih tetap melayan keindahan di sini. Alhamdulillah..
Construction works di Stockholm Palace |
@ STORTORGET
Jam 11.45 pagi kami sampai di Stortorget, iaitu kawasan di mana salah satu historical landmark di Gamla Stan. Bangunan di sinilah yang menjadi gambar utama dalam website atau majalah travel mengenai Stockholm. Keadaan di sini agak happening kerana ada christmas market. Nampaknya bangunan yang menjadi landmark juga sedang renovate. Yang kami nampak hanya poster besar yang menutup seluruh bangunan yang berwarna-warni tu. Kecewa sungguh la. Huhu.. Takpe, cukup lah ianya menjadi tanda dan kenangan buat kami.
Walking route: From Stockholm Palace to Stortorget |
Jadilah buat kenangan kami dah sampai sini. |
Kami teruskan perjalanan keluar dari kawasan Gamla Stan menuju ke pusat bandar Stockholm. Kami melalui semula di tepi Stockholm Palace hingga sampai di jambatan yang memisahkan Gamla Stan dan pusat bandar. Rasa macam tak puas meronda di Gamla Stan kerana kami sampai agak awal pagi tadi dan banyak kedai yang belum buka. In shaa Allah, esok jika ada masa sebelum balik kami akan singgah lagi di sini. Malam ni kita kira dulu souvenir yang dah kami beli untuk kawan-kawan. Kalau tak cukup boleh tambah esok. Rasanya souvenir di Stockholm yang paling murah berbanding bandar besar yang kami dah pergi seperti Copenhagen, Helsinki, Gothenburg dan Oslo.
The other side of Stockholm Palace entrance |
Sampai di jambatan sebagai tanda berada di hujung Gamla Stan |
@ PARLIAMENT HOUSE
Di antara jambatan yang menghubungkan Gamla Stan dan pusat bandar Stockholm, terdapat satu pulau di mana terletaknya Parliament House. Kelihatan ramai tourist yang sedang beratur untuk masuk dan melihat keadaan di dalam Parliament House. Benda kena bayar, jadi kami lalu je. Hihi.. Di sini lah kot tempat Perdana Menteri kita bermesyuarat di Stockholm. Harap dapat berbincang dan belajar tentang bagaimana Sweden menguruskan sampah mereka. Bagus juga kalau Malaysia boleh implement seperti apa yang Sweden buat. Tapi macam biasa, mentaliti kena ubah dulu. Sehingga sekarang masih ramai lagi yang buang sampah dari tingkap kereta. Buang sampah dari balkoni rumah flat tingkat 10 pun ada lagi. Huhu..
Weather forecast @ Stockholm |
Walking route: From Stortorget to Parliament House |
Laluan merentasi Parliament House. Tengok ikut tingkap je lah. Hehe.. |
Lepas dari bangunan Parliament House, kami melalui satu lagi jambatan sebelum sampai di pusat bandar Stockholm. Kami masuk ke dalam satu kedai menjual souvenir yang agak ekslusif. Tray yang cantik digantung di luar kedai yang membuatkan kami teruja untuk masuk dan melihat harganya. Tray ni kalau beli pun rasa sayang nak pakai. Buat display je lah. Tapi harganya lagi mahal dari gelas yang ada kat rumah. Akhirnya kami cuci mata je sebab tak perlu keluar duit. Hehe..
Cantik sangat tray ni. Iman kena kuat. Hehe.. |
Kain dapur tu pun cantik-cantik semuanya. Geram tengok. Hihi.. |
Jauh juga kami berjalan hari ni. Perut dah mula lapar. Cadangnya nak makan lewat petang sikit. Kami singgah di satu gerai yang menjual donut dan churros. Pertama kali saya nampak gerai jual churros di sini. Bau cinnamon dan coklat yang kuat menarik perhatian kami, walaupun kami tak suka makan cinnamon. Huhu.. Untuk alas perut, kami beli satu set churros 6 batang dengan chocolate dip yang berharga SEK50.00. Terkebil-kebil juga mata bila membayarnya. Haha.. Nasib baik saiz churros ni besar. Wajib makan sampai licin.
Cukuplah untuk alas perut sebelum makan berat kejap lagi |
Nak makan sambil jalan agak susah sebab cuaca amat sejuk. Kami berteduh di bawah flyover berdepan dengan gerai untuk menikmati churros. Sedap juga rasa dia sebab masih panas lagi. Kat sini tak boleh makan lewat sikit, sekejap je makanan dah sejuk. Selesai makan semuanya dan minum kopi panas yang sentiasa dibawa bersama, kami teruskan berjalan menuju ke metro station sambil mencari WC. Baru saya perasan, sejak dari mula perjalanan pagi tadi langsung tak nampak public toilet. Option yang ada untuk WC adalah di dalam shopping complex, cafe atau restoran. Saya masih belum rasa terpanggil lagi. Bagi peluang kawan-kawan berurusan dulu. Hihi..
Berjalan mencari metro station untuk ke destinasi seterusnya |
Jam 1.20 petang kami sampai di T-Centralen T-Bana. Kali ni saya pulak rasa terpanggil untuk ke WC. Kebetulan ada Starbucks di pintu masuk. Boleh la beli citymug untuk koleksi peribadi saya. T-Centralen T-Bana antara metro station yang besar di sini. Boleh pulak Starbucks ni takde WC. Huhu.. Saya mencari WC sementara yang lain menunggu saya di Starbucks. Habis pusing dalam station tak jumpa di mana WC. Saya cari di luar dan jumpa McDonalds. Ada WC tapi kena bayar SEK5.00 guna kad kredit. Huhu.. Di seberang jalan kelihatan pintu masuk ke Central Station. Takkan la dalam station yang besar ni takde public toilet kot. Teruk sangat Stockholm ni. Huhu..
Bagi diorang lepak kat Starbucks dulu |
@ STOCKHOLM CENTRAL STATION
Saya lintas jalan dan masuk ikut pintu utama Central Station. Ramai orang kat sini. Saya ikut signboard menuju ke WC yang berada di tingkat bawah. Sampai je di pintu masuk ada kaunter yang dijaga oleh seorang staff. Rupanya kat sini pun kena bayar juga. Huhu.. Mahal pulak tu. Tak tau kat mana lagi nak cari WC, saya bayar jugak la SEK10.00 hanya untuk gunakan public toilet. Ikutkan hati kalau bawa baju, nak je saya mandi sekali kat sini sebab dah bayar mahal. Haha.. Nasib baik keadaan dalam WC ni bersih. Bayangkan la dengan orang yang ramai kat Central Station ni, sehari agak-agak berapa ya keuntungan dengan bisnes public toilet. Huhu.. Dulu ingatkan kat Switzerland je mahal, rupanya kat Sweden pun sama. Ada modal buat bisnes public toilet je, mungkin boleh jadi kaya. Haha.. Dah selesai, saya ambil peluang untuk meronda dalam Central Station sebelum kembali ke pangkuan kawan-kawan.
Pintu masuk ke Stockholm Central Station |
Sempat lagi jalan-jalan kat dalam ni |
Jam 1.45 petang saya dah berada bersama yang lain. Kami teruskan perjalanan menuju ke terminal di dalam T-Centralen T-Bana. Kami nak naik metro untuk ke Stockholm Grand Mosque. Waktu Maghrib hari ni masuk jam 2.48 petang. In shaa Allah sempat sampai sana sebelum Maghrib untuk kami solat jamak. Sempat lagi kami masuk kejap dalam kedai roti. Teruja dengan bau roti yang amat sedap membuatkan perut kami lagi kuat berbunyi. Terus teringat pada roti yang diberikan oleh Anne masa di Copenhagen. Lembut dan gebu. Makan dengan salted butter pun dah cukup puas. Balik Malaysia nanti mesti terkenang pasal roti kat sini. Hihi..
Vete-Katten adalah antara kedai roti yang terkenal di sini |
Menunggu train sampai |
Jam 1.50 petang, metro Line 17 sampai di terminal. Untuk ke Stockholm Grand Mosque yang hampir dengan Medborgarplatsen T-Bana, boleh je naik sama ada Line 17, 18 atau 19, ikut yang mana sampai dulu. Perjalanan hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai di Medborgarplatsen T-Bana. Kami keluar dari station dan berjalan menuju ke Stockholm Central Mosque yang terletak dalam 350 meter dari sini.
Metro route: Line 17/18/19 from T-Centralen to Medborgarplatsen |
@ STOCKHOLM GRAND MOSQUE
Tepat jam 2.00 petang kami sampai di Stockholm Grand Mosque. Lokasi masjid ni agak tersorok dari jalan utama. Guna google maps in shaa Allah jumpa. Kami masuk ikut pintu utama masjid. Tak ramai jemaah di dalam kerana ada masa lebih kurang 50 minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib. Ruang solat jemaah wanita berada di tingkat atas. Saya turun ke tingkat bawah untuk ambil wudhuk. Kemudian saya naik semula dan masuk ke ruang solat utama.
Walking route: From Medborgarplatsen T-Bana to Stockholm Mosque |
Stockholm Grand Mosque dibuka pada tahun 2000. Seperti kebanyakan masjid yang dibina di bumi Eropah, terlalu banyak tentangan dan rintangan yang perlu dihadapi. Cadangan untuk pembinaan masjid ni bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu. Tahun 2000 barulah ianya direalisasikan di bawah tanggungjawab Islamic Association of Sweden. Masjid ini adalah yang terbesar di Stockholm dan boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu masa. Selain dari ruang solat dan tempat wudhuk, dalam masjid ni juga ada fasiliti seperti pejabat pentadbiran, perpustakaan, gimnasium, kedai buku, bilik kuliah, dapur dan juga cafe serta restoran.
Bahagian luar Stockholm Grand Mosque |
Ruang lobi masjid |
Tempat ambil wudhuk di tingkat bawah |
Ruang solat utama |
Selesai menunaikan solat jamak, jam 2.30 petang saya dah sedia menunggu yang lain di lobi. Sempat saya berborak dengan seorang staff masjid yang duduk di kaunter lobi. Saya bertanyakan tentang umat Islam yang ada di Stockholm. Dia kata jemaah Islam di sini agak ramai juga. Setiap kali masuk waktu solat, ramai juga yang solat berjemaah di sini terutamanya waktu Maghrib dan Isyak. Aktiviti di sini juga agak aktif dengan ceramah dan kelas agama. Setakat ni tiada lagi perkara buruk yang berlaku di sini. Setakat budak muda baling batu dan meletakkan flyers memburukkan Islam adalah perkara biasa. Alhamdulillah, moga umat Islam hidup dengan penuh ketenangan di bumi Stockholm ini. Wallahu 'alam..
Antara aktiviti yang akan berlangsung dalam masa terdekat |
No comments:
Post a Comment