Tuesday 11 December 2012

JJCP Australia: Day 03 (Part #1)

Tarikh:
25 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Wollongong - Sydney

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6 pagi saya berdua dah bangun. Excited nak ke Sydney. Mandi dan bersiap-siap. Abang saya nak ke universiti pagi ni, sambil tu dia boleh hantarkan saya berdua dengan ditemani oleh Farisha dan Farah ke train station. Lepas breakfast jam 7 pagi kami berempat dah bersiap sedia. Cuaca agak mendung dan dingin. Abang saya kata tak perlu nak pakai jaket tebal pun. Saya pun hanya pakai t-shirt dan seluar yang dipinjam dari abang. Yelah, memang sebelum datang ke sini abang saya kata tak payah bawak pakaian banyak-banyak, boleh pinjam dia punya je. Kebetulan saiz seluar dan baju pun sama. Makanan lebihan breakfast tadi dibuat bekal. Jimat punya pasal.

Driving route: From rumah Abang Lan to Wollongong Station

Tepat jam 7.15 pagi kami menuju ke Wollongong Train Station. Jam 7.40 pagi abang drop kami depan Wollongong Train Station. Kami terus pergi ke kaunter untuk beli return ticket 10.80AUD/person. Sebelum naik train, kami meronda dulu sekitar bandar Wollongong. Memang besar. Masuk dalam Wollongong Central dan Crown St. Mall tapi kedai pun belum bukak lagi. Saje je nak amik gambar. Takut nanti tak sempat nak ronda-ronda kat bandar ni. Masa jalan-jalan nak amik gambar, ada sorang perempuan offer untuk amik gambar kami berempat. Terkejut jugak sebab kami tak mintak pun. Agak peramah orang Wollongong ni. Tq lady.

Depan Wollongong Train Station. Pegi beli tiket dulu.

Daily pass train ticket


Meronda sekitar bandar Wollongong. Kedai pun tak bukak lagi.

Walking route: From Wollongong Station to Wollongong Central

Thanks lady for taking our pictures, without asking..

Sampai semula kat Wollongong Train Station jam 8.40 pagi. Next train sampai lagi 5 minit. Perjalanan dari Wollongong ke Sydney sejauh 83 km. Lebih kurang 1 jam 45 minit masa perjalanan. Takde apa yang boleh dibuat dalam train selain melihat keindahan bumi. Saya berdua tersenyum sepanjang masa kerana tak sangka dapat juga sampai di sini.


Dah ada balik kat train station. Sydney kami datang..

Dalam train station. Train tak sampai lagi, kita amik gambar dulu.

Sebijik macam komuter. Harap servis tak sangkut tengah jalan.

Tak ramai yang naik train. Maybe diorang awal pagi dah keluar kot.

Train route: From Wollongong Station to Sydney Central Station

@ Sydney

Jam 10.30 pagi kami berempat sampai di Sydney Central Station. Farisha dan Farah membawa saya berdua ke arah bandar Sydney melalui Belmore Park, terus ke Sydney's Paddy's Markets. Dikatakan Paddy's Markets ni ada jual macam-macam. Dari pasar basah hingga ke pakaian dan barang souvenirs. All in one place. Sampai je sana, tak bernasib baik sebab Paddy's Markets tutup hari Selasa. Aduh, takde rezeki nak window shopping kat situ. Akhirnya masuk ke Market City yang terletak kat bahagian atas Paddy's Markets.


Akhirnya menjejakkan kaki di bumi Sydney. Alhamdulillah.

Tram lalu atas jalanraya. Hati-hati bila melintas ye.

Disebabkan tutup, amik kat luar pagar je. Huhu.

Banyak jugak kedai yang menarik kat dalam Market City ni. Ada jugak factory outlet yang jual branded items dengan harga yang murah. Kat sini factory outlet yang paling popular adalah DFO - Direct Factory Outlet. Tapi saya tak sempat nak menuju ke sana sebab masa yang tak mengizinkan. Lagipun tujuan utama datang ke sini hanyalah untuk explore bandar Sydney dan melawat Sydney Opera House. Bangunan yang jadi mercu tanda Sydney. Kalau tengok image Sydney dalam internet mesti ada Opera House ni. Tak sah trip ke Sydney kalau tak ke Opera House.

Dalam Market City. Window Shopping je.

Di luar Market City.


Lepas lebih sejam meronda dalam Market City, kami keluar menuju ke Darling Harbour. First time melihat city tram melintas depan mata. Kena alert kalau nak melintas, takde pagar yang menghalang landasan. Meronda di sekitar Darling Harbour sambil mengambil gambar. Bila dah agak puas, kami bergerak balik ke Central Station untuk naik train ke Sydney main attractions, Opera House.

Meronda sekitar Darling Harbour.

Nasib baik sedar tram tengah lalu.

Jumpa Starbucks terus amik gambar, walaupun tak beli.

Rileks jap kat Belmore Park sambil layan makanan yang ditapau.

Waking Area @ Sydney

Sampai di Central Station jam 1.15 petang. Terus tanya pada staff kat situ train mana menuju ke Opera House. Rupanya tiket yang dibeli di Wollongong tadi adalah daily pass dan boleh digunakan semula. Kami pun naik train yang menuju ke Opera House. Sampai di Circular Quay Station kami turun. Terjadi satu kisah masa nak keluar dari station. Kami masukkan tiket dalam slot dan pintu pagar terbuka tapi tiket tak dapat balik, padahal tiket kami adalah daily pass dan return tickets. Takkan nak beli tiket lagi untuk balik. Tanya pada guard, rupanya time keluar tak perlu masukkan tiket tersebut. Ada laluan yang tak perlu guna tiket. Nasib baiklah guard tu baik, dia bukaknye tempat tiket tu dan cari balik tiket kami. Selak punya selak tiket yang berlambak dalam tu akhirnya berjumpa. Alhamdulillah. Tq kerana effort untuk membantu kami. Selamat duit tiket untuk balik nanti.

Sementara menunggu train menuju ke Opera House.

Menanti dengan penuh kesabaran, dan keletihan.

Tak sabar nak tengok Opera House live depan mata nih.

Turun je dari Circular Quay Station terus nampak jeti bot yang besar. Kami berjalan menyusuri tepian jeti hingga ke Sydney Opera House. Akhirnya dapat jugak saya melihat dengan mata kepala sendiri bangunan Opera House ni. Sebelum ni selalu tengok dalam kalendar je. Huhu. Kagum melihat keindahan binaannya. memang patutla Opera House menjadi mercu tanda Sydney. Kami naik tangga sampai ke pintu masuk Opera House, walaupun takde kerja saya nak masuk dalam tu. Bergambar sampai puas. Hujan pun turun renyai-renyai, menambah lagi kesejukan. Dah la saya pakai t-shirt je. Menyesal tak bawak jaket. Memang sejuk!. Berteduh di bawah Opera House sampai hujan berhenti.

Train route: From Sydney Central Station to Circular Quay Station

Turun di Circular Quay Station.

Di jeti feri Circular Quay.

Sydney Harbour Bridge. Boleh naik sampai atas tiang tu, tapi kena bayar la.

Walking route: From Circular Quay Station to Sydney Opera House

Sydney Opera House. Sampai jua akhirnya..

Kasi ada body mark kat dinding Opera House ni. Nuar wuz here.. Hehe

Hujan renyai dan cuaca sejuk ku gagahi jua..

Aktiviti seterusnya ingat nak berjalan kaki sampai balik ke Central Station. Tapi Farah mencadangkan kami naik feri dan turun di Darling Harbour, tempat mula-mula sampai tadi. At least kurang sikit jarak nak berjalan kaki. Kami terus ke jeti tadi dengan harapan harga tiket tak mahal. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Train tickets : RM70.20
  - Jumlah          : RM70.20

**Website yang membantu:

Wollongong

CityRail

Sydney's Paddy's Markets

Market City

Darling Harbour

Sydney

Sydney Opera House

No comments:

Post a Comment