Sunday 15 March 2020

Destinasi 2019 sudah muktamad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hampir sebulan mencari destinasi yang sesuai, akhirnya pada 9 Julai 2019 saya berjaya membeli tiket flight. Saya bakal ke UK semula!. Walaupun saya dah pernah sampai sana pada 2012, tapi trip kali ni pasti berbeza. Saya akan bawa satu family dan juga geng travel saya iaitu Fa dan Abang Fikri. Daripada banyak jemputan, diorang berdua je yang berminat. Yang lain memang dah boleh jangka alasan yang diberikan. Baru saya faham rupanya yang kata tak ajak tu hanyalah suka-suka je. Diorang tak berminat kot dengan trip bajet. Kalau stay kat hotel 5 bintang dan ikut travel agent yang pakai bendera tu mungkin diorang suka. Duit banyak, apa ada hal. Hehe..

Harga tiket flight ke London yang saya dapat
Kepada yang pernah beli tiket melalui website Skyscanner, sudah sedia maklum harga tiket yang tertera pada awalnya adalah yang termurah daripada senarai ticket agent yang available. Ada banyak deals yang boleh kita compare harga selain daripada flight company tu sendiri seperti Expedia, Mayflower, BudgetAir dan banyak lagi. Sebelum ni saya pernah beli tiket melalui PYO Travel dan juga GoToGate. Alhamdulillah memang betul tiket flight saya wujud. Takut juga kalau ada yang scam. Habis beribu ringgit beli tiket, akhirnya tak wujud pun. Huhu.. Selalunya selepas semak harga melalui Skyscanner, saya akan buka website flight company tersebut untuk bandingkan harga dan pastikan betul tak wujud tarikh flight tersebut. Kadang-kadang beli melalui flight company lebih murah dari agent yang lain. Yang penting kena pastikan kewujudan agent company tu. Boleh check dalam website untuk review tentang agent-agent ni. Kalau banyak yang komen negatif, lebih baik jangan beli. Huhu.. Setakat ni kedua-dua ticket agent yang saya beli tak mengecewakan saya.

Antara ticket agent yang offer harga termurah
Disebabkan saya tak pernah beli tiket melalui Tripair, jadi saya pilih GoToGate sebab pernah berurusan dengan jayanya sebelum ni. Takpelah lebih RM10.00 pun. Apabila saya buka website Royal Jordanian untuk semak tarikh dan harga tiket, ianya wujud tetapi harga punyalah mahal. Huhu.. Saya terus proceed beli tiket untuk kami sekeluarga. Tarikh yang saya pilih adalah pergi pada 27 November 2019 dan balik pada 12 Disember 2019. Cukup puas dah tu. Hihi.. Saya masukkan semua particular yang penting untuk membeli tiket. Tiket untuk kanak-kanak adalah dari 2 hingga 16 tahun. Maknanya keempat-empat anak saya dalam kategori kanak-kanak. Ingatkan yang sulung kena bayar tiket dewasa. Dapatlah jimat sikit. Hehe.. Untuk tiket return dewasa berharga RM1988.00/person dan kanak kanak RM1523.00/person. Jauh beza juga harga dewasa dan kanak-kanak. Jadi jumlah keseluruhan harga tiket flight untuk kami sekeluarga (2 dewasa dan 4 kanak-kanak) adalah RM10,068.00. Jika dibahagikan sama rata jumlahnya adalah RM1678.00/person. Amat berpatutan untuk tiket flight ke London!. Return flight pulak tu. Alhamdulillah..

Murah jugalah jika dibahagi dengan 6 orang
Dengan harga yang saya dapat ni, dah tentu bukan direct flight. Tengok pada itinerary yang dihantar melalui emel, flight kami akan transit 2 kali iaitu di Bangkok dan juga Amman. Takpelah, janji tiket murah. Direct flight pun bukannya ada mesyuarat penting yang nak kena pergi kat sana. Hehe.. Cuma penat la sikit kena turun dan naik flight, kemudian kena tunggu beberapa jam untuk naik flight seterusnya. Ada orang tak suka flight transit. Pada saya kalau holiday trip takde masalah nak transit. Boleh tambah pengalaman kat airport baru. Tengok pada jangkamasa stopover, nampaknya di Bangkok kami tak keluar dari flight. Mungkin hanya pertukaran penumpang je. Di Amman nanti kami kena turun beberapa jam untuk flight berikutnya.

Tak kisah la 2 kali transit pun. Janji sampai London. Hehe..
Flight tickets done!.. Itulah yang paling utama yang perlu diselesaikan dulu. Kami tak bagitau lagi kat anak-anak. Nak buat surprise sikit. Hihi.. Confirm diorang terkejut kami nak bawa bercuti ke UK. Sebelum ni layan Asia Tenggara je. Sekali masuk Eropah terus ke UK. Rezeki anak-anak. Langkah seterusnya saya mula menyusun itinerary sambil mengumpul duit hingga ke hari kejadian. Wife mula open order untuk sesiapa yang nak pesan barang di UK. Semua jenis barang kami ambil order termasuklah pinggan mangkuk. Siap buat group whatsapp khas lagi untuk pembelian live di hari kejadian. Hihi.. First time kami nak jadi personal shopper. Harap misi kami berjaya. Andai costumer berpuas hati, next time boleh repeat lagi. Ini adalah trip "Leisure + Business" pertama kami. Moga dipermudahkan.

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Memang murah betul tuh Nuar ! Becuase London adalah antara destinasi yg agak mahal !!! Tahniah sebab dapat tiket murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tuan. Tak sangka boleh dapat harga bawah RM2,000/return. Rezeki anak-anak tu. Alhamdulillah.. :)

      Delete