Thursday 19 March 2020

Rutin tahunan bermula.. Bersiap!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tiket flight dah beli. Ada 4 bulan lebih lagi untuk buat persiapan. Sebelum ni hanya kami berdua je yang travel. Jadi tak banyak sangat persiapan yang nak dibuat. Kali ni bawa anak-anak, maka kenalah prepare betul-betul. Ration dah tentu kena bawa lebih banyak. Budak-budak kuat makan. Hehe.. Takdelah diorang boring duduk lama dalam kereta untuk sampai ke destinasi tujuan. Buat masa ni ada masa terluang je saya mula menyusun itinerary. Lokasi yang nak diterjah, tempat makan halal dan juga hotel mana yang patut ditempah mengikut jarak perjalanan seharian. Untuk trip kali ni saya target maksimum dalam 300km untuk sehari perjalanan. Tak boleh jauh sangat sebab takut tak sempat sampai. Bawa anak-anak dah tentu banyak kali kena berhenti. Apa lagi kalau bukan nak ke tandas dan perut lapar. Hihi..

Pencarian maklumat bermula
Walaupun sebelum ni saya dah sampai UK dan faham sedikit sebanyak tentang public transport dan juga keadaan jalan raya di sana, tapi saya tetap cari maklumat tambahan. Manalah tau mungkin ada banyak yang berubah semenjak saya ke sana tahun 2012. Dalam 7 tahun macam-macam boleh berlaku. Mungkin banyak undang-undang baru yang wujud. Sebelum ditimpa tangga, baik hati-hati supaya tak jatuh. Bersusah-susah di sini sebelum bersenang-senang di hari kejadian. Sambil browse, saya tengok trait currency. Buat masa ni agak rendah juga nilai tukaran duit GBP. 2012 boleh dapat GBP1.00 = RM5.00. Tahun 2019 mungkin takkan dapat serendah itu. Huhu.. Bawah dari RM6.00 pun dah cukup baik. Kena bajet betul-betul sebab nak bawa satu family. Kalau berdua, makan berat sehari sekali je. Itupun kongsi. Hehe..

Perkara yang wajib diselesaikan sebelum travel
Ada 12 senarai semak wajib yang selalunya saya selesaikan sebelum travel. Keutamaan diberikan pada perkara yang perlu dibuat booking dulu. Selalunya kalau booking awal harga pun boleh tahan murah berbanding beli last minute. Daripada 12 perkara di atas, hanya 1 je yang dah selesai buat masa ni iaitu flight ticket. Sebenarnya saya akan selesaikan mengikut turutan arah jam bermula dari budget. Apabila budget awal dah dapat, barulah boleh proceed beli tiket flight. Then budget tu akan sentiasa disemak hinggalah ke hari kejadian sebab harga sebenar untuk perkara lain belum tau lagi. Jangan budget burst sudah la. Tiket flight dah beli, tak boleh nak patah balik. Jadi terpaksalah mengharapkan budget sentiasa di dalam kawalan. Tentang budget shopping kat sana boleh difikirkan kemudian. Itu dah termasuk dalam secondary option. Sunat je, tak wajib pun. Hehe..

Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan. Let's jom!..

# PERMISSION

Perkara seterusnya yang perlu dibuat selepas beli tiket adalah mohon kebenaran pada majikan. Sebagai penjawat awam adalah wajib untuk dapatkan kebenaran ke luar negara. Kalau pergi senyap-senyap kemudian kantoi habislah kena surcharge. Nak kerja lama weh.. Huhu.. Kalau takde apa-apa yang berlaku memang takde masalah. Tapi andai jadi apa-apa kat sana, tak ke haru dibuatnya. Dah la dalam masalah, kena surcharge lagi. Inilah baru betul sudah jatuh ditimpa tangga. Huhu.. Bukannya kena bayar apa-apa pun. Isi borang je dan hantar. Kemudian tunggu lepas 5 minggu barulah dapat kelulusan. Mohon kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian. Bukannya pakai duit majikan pun. Hehe.. Tapi sebelum minta tu cakap la baik-baik dengan bos. Kena pastikan juga kerja tak menimbun waktu nak travel tu. Karang dibekukan pulak cuti tu. Huhu.. Apa-apa pun jadi cikgu sebelum cuti hujung tahun dah selesaikan semua kerja. Boleh la bercuti dengan penuh ketenangan. Hihi..

Done! Boleh ke luar negara secara 'halal'. Hehe..

# ITINERARY

Inilah yang paling sukar nak buat. Banyak lokasi yang menjadi pilihan. Namun apa yang penting, sempat tak saya nak pergi ke semua tempat tu. Kena fikirkan sekali jarak perjalanan dalam sehari. Kemudian di mana hotel yang sesuai untuk kami bermalam. Sebelum ni saya dah cover bahagian barat UK. Cadangnya kali ni nak ke area timur pulak. Disebabkan Fa dan Abang Fikri first time nak jejakkan kaki di bumi UK, tak sedaplah kalau tak bawa tempat-tempat ikonik di sana. London sudah pasti kena pergi. Cuma Old Trafford je tak perlu sebab diorang tak minat pun dengan bolasepak. Saya pun bukan minat team Manchester United. Liverpool pun tidak. Hehe.. Dengan mengambil kira lokasi untuk menjadi personal shopper dan beberapa tempat wajib yang mungkin akan repeat, saya sudah siapkan draf itinerary yang pertama. Draf bermaksud akan ada perubahan di saat akhir. Tapi route perjalanan utama mungkin kekal. Wife tak kisah pun, asalkan dia dapat pergi tempat untuk dia shopping for business. Hehe.. Sebab utama route kali ni dibuat adalah berdasarkan 3 perkara utama, iaitu lokasi Car Boot Sale, Hard Rock Cafe dan Leeds United. Dulu tak puas jalan-jalan kat carboot. Kali ni nak balas dendam. Hehe.. Untuk Hard Rock Cafe pula, hanya Glasgow je yang saya belum sampai dan juga 2 Hard Rock yang baru buka di London (Oxford Street dan Piccadilly). Leeds United kena pergi lagi bukan kerana saya diehard fans je, tetapi tahun ni Leeds United sambut Centenary years (1919 - 2019). Mesti banyak merchandise yang menarik untuk dibawa pulang. Hehe..

Draf dulu. Untuk detail kena la baca blog ni. Hehe..

# CURRENCY RATE

Setiap hari saya monitor kadar tukaran matawang GBP melalui website www.xe.com. Walaupun nilai dalam website tu takkan sama dengan apa yang ditawarkan oleh money changer, sekurangnya boleh la saya buat anggaran. Penghujung bulan Julai menunjukkan penurunan yang agak drastik. Daripada RM5.90 hingga menjadi RM5.15 untuk GBP1.00. Fuhh, banyak sangat penurunannya. Rupanya pada waktu ni UK telah menerima Perdana Menteri yang baru iaitu Boris Johnson. Mungkin kerana itu matawang GBP jatuh sikit. Inilah masanya untuk saya tukar duit sebelum ia naik semula. Hihi.. Pada 31 Julai 2019 saya minta wife tukarkan duit di Nu Sentral, berhampiran dengan pejabatnya. Masa lunch boleh la dia running kejap. Wife saya kata ramai orang beratur sebab nak tukar duit GBP. Alhamdulillah dapat juga tukar dengan kadar RM5.11/GBP.

GBP1,000.00 dah berada di tangan
Lepas 5 hari, masih rendah lagi nilai tukaran. Pada 5 Ogos 2019 wife saya pergi lagi tukar di Nu Sentral lepas waktu pejabat. Takut tak sempat waktu lunch sebab beratur panjang katanya. Kali ni dapat rendah sikit, RM5.10/GBP. Walaupun beza hanya RM0.01, tapi ianya tetap beri impak yang besar jika tukar banyak. Setakat seratus dua memang takde kesan sangat. Kami tukar lagi GBP1,000.00. Pekerja money changer siap kata duit GBP dah tinggal sikit sebab ramai orang tukar. Maknanya betul lah duit GBP tengah turun sekarang. Ada juga orang yang beli untuk simpan. Satu hari nanti bila ia naik mendadak sampai RM7.00/GBP baru diorang jual balik kot. Huhu..

Another GBP1,000.00 in hands
Sebenarnya tak cukup lagi nilai GBP2,000.00. Kami nak buat modal untuk jadi personal shopper lagi. Ada yang dah siap order barang dan bagi deposit. Nak dapatkan kesemua deposit bukannya mudah dan cepat. Jadi terpaksalah tunggu sampai diorang bank-in dengan penuh kesabaran. Tak boleh paksa, nanti diorang kensel order. Hati customer kena jaga. Hehe.. Di pertengahan bulan Ogos dah cukup untuk kami tukarkan lagi duit GBP buat kali ketiga. Pada 20 Ogos 2019, kebetulan wife keluar dengan kawan-kawannya ke Pavilion, dia tukarkan lagi GBP2,000.00 memandangkan kadar waktu tu masih rendah lagi iaitu RM5.105/GBP. Nampak gaya macam dah nak naik semula duit GBP ni. Grab dulu sebelum menyesal.

Kadar tukaran masih boleh diterima akal
Masih ada lagi yang belum bayar deposit barang yang dipesan. Kami kumpul dulu sampai semuanya dah bayar barulah kami akan tukar buat kali terakhir sebelum travel. Harap-harap masih kekal lagi kadarnya. Namun semakin hari semakin naik pulak nilainya. Huhu.. Duit GBP ni sekali dah mula naik memang mustahil nak turun semula melainkan darurat kat sana. Berminggu-minggu berlalu sampai la ke hari terakhir sebelum travel, kami ke Midvalley untuk tukar duit. Lama sungguh saya tak pergi Midvalley. Dah banyak perubahan. Money changer popular yang terletak kat sebelah eskalator dah pindah kat tempat lain. Nasib baik wife saya tau kat mana lokasi terbaru. Dia selalu ke sini dengan kawan-kawan. Macam saya memang area Kota Damansara je lah tempat rondaan harian saya. Hihi.. Kali ni nilai tukaran dah naik menjadi RM5.398/GBP. Apa boleh buat, kena tukar jugalah.

Semua money changer sebaris di tempat baru

Last tukaran GBP1,000.00
Jumlah kesemua duit cash yang akan kami bawa adalah GBP5,000.00. Untuk memudahkan pengiraan bajet, saya set nilai purata RM5.20 untuk GBP1.00. Ni baru betul buat bisnes. Belum kira debit card lagi. Manalah tau masa buat live shopping nanti ada kawan-kawan yang berminat nak beli, kami kenalah bayar dulu. Credit card pun kena standby juga untuk masa-masa kecemasan kat sana. Apa-apa pun jangan terguna duit niaga dengan shopping barang sendiri. Tak baik tu. Takut yang order tak dapat barang, yang menjual pulak banyak barang peribadi yang dibeli. Memang bisnes tak untung la jawabnya. Huhu.. Pertama kali nak travel bawa family dan jadi personal shopper. Agak-agak boleh berjaya ke? Moga dipermudahkan semuanya di sana nanti.

Wallahu 'alam..

Duit buyer ni. Duit seller sikit je tu. Huhu..

No comments:

Post a Comment