Tuesday 10 March 2020

Mungkinkah kenangan 2012 berulang kembali?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Setelah berbincang tentang tabung travel bersama wife, akhirnya trip kali ni ada rezeki kami untuk bawa semua anak-anak. Dapatlah mereka merasa menjejakkan kaki di negara orang putih. Sebelum ni negara Asia je yang mampu kami bawa. Target trip kali ni memang nak ke Eropah. Cuma masih belum tahu lagi negara mana yang akan kami pergi. Daripada minggu kedua selepas hari raya hingga masuk bulan Julai saya belum dapat lagi destinasi yang sesuai dengan harga tiket flight yang berpatutan ke bumi Eropah. Masih mencari dan terus mencari..

Mana satu nak pergi kali ni?
Tarikh cadangan untuk travel dah ada. Dah tentu masa cuti sekolah. Tahun ni mungkin tak jadi pengawas SPM sebab tahun 2018 dah kena. Takkan la tetiap tahun kena jadi pengawas. Macamlah ada 10 orang je cikgu kat sekolah saya yang layak jadi pengawas SPM. Huhu.. Kadang-kadang saya pelik juga dengan sistem di sekolah. Dah 4 buah sekolah saya bertugas, asal masuk tahun pertama je mesti kena pegang 3 jawatan ni iaitu Pengawas SPM, Kelab Guru dan AJK PIBG. Katanya jawatan ni rotation. Takkan la saya yang baru lapor diri terus masuk dalam rotation. Mesti dah ada senarai menunggu guru-guru sedia ada yang sepatutnya pegang jawatan tersebut. Ini tidak, asal guru baru masuk je terus kena. Huhu.. Tapi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tak dapat pulak tahun pertama walaupun guna sistem rotation. Guru baru, sehebat mana pun tugas yang dipikul, takkan dapat APC punya dengan alasan baru setahun kat sekolah. Saya bukan berkira sangat tentang tu. Cuma bagilah peluang selepas setahun dua baru pegang jawatan-jawatan favourite ni. Bagi masa untuk kenal semua guru dan culture sekolah. Bayangkan baru first day lapor diri dah kena jadi Ketua Kelab Guru. Alahai nasib badan..

Tahun ni kena pegang Lembaga Pengawas. Saya yang menjalankan amanah!
Cuti akhir tahun sekolah bermula 23 November 2019. Jadi saya cuba set tarikh seawal mungkin untuk travel. Kalau boleh minggu pertama cuti dah travel. Pergi awal maka balik pun awal. Takut anak-anak kena jetlag sebab tak pernah lagi travel jauh sampai ke Eropah. Sekurangnya baki 2-3 minggu sebelum buka sekolah boleh la diorang adjust balik masa tidur yang normal. Hihi.. Daripada senarai destinasi yang saya cari, tiket flight ke Spain dan Italy masih lagi tinggi. Hanya ada 2 je destinasi yang kena dengan syarat harga tiket flight bawah RM2,000.00/return, tetapi malangnya kami dah pergi sebelum ni. Mana lagi kalau bukan Paris dan London. Disebabkan kali ni nak bawa anak-anak, jadi kami ambil keputusan untuk lock destinasi ke London. Cukuplah 2 kali kami dah jejakkan kaki di Paris sebelum ni. Tak seronok sangat pun Paris berbanding London. Hihi..

Cukup la tengok Eiffel Tower tu. Sama je pemandangannya. Hehe..
Saya set price alert pada website favourite saya iaitu Skyscanner. Beri masa lagi untuk kami berbincang dan beri kata putus. Seminggu lagi kalau harga masih sama saya akan beli terus. Sementara tu saya buka iklan pada geng-geng travel kalau ada yang berminat nak join. Nanti ada suara yang kata tak mengajak pula. Hehe.. Walaupun dah boleh agak alasan-alasan standard yang akan diberikan, tapi saya tetap jemput juga. "Cuti dah habis" dan "Ada program lain akhir tahun" adalah antara jawapan yang biasa saya dapat padahal dah maklum untuk standby awal tahun lagi. Kalau betul nak ikut dah tentu simpan cuti siap-siap kan. Takpe, saya mengerti. Yang penting dah ajak. Hehe.. Saya ajak sekali geng trip Scandinavia. Fa dan Abang Fikri macam berminat sebab tak pernah sampai London lagi. Rama dan Sue mungkin tak dapat ikut sebab ada urusan bisnes yang perlu dia selesaikan hujung tahun ni. Kepada yang saya ajak, saya bagi masa seminggu untuk beri keputusan. Jika berminat nak join kena standby duit untuk beli tiket flight dulu. Lepas tu pandai-pandai la kumpul duit tabung hingga ke hari kejadian untuk kos-kos yang lain di sana. Kasi lepas tiket flight dulu ye. Hehe..

Kita set dulu price alert kat Skyscanner. Mana tau dapat tiket lagi murah. Hihi..
Tahun 2012 saya dah sampai London. In shaa Allah tahun ni akan pergi lagi. Dulu boleh dikatakan hentam saja perjalanan kat sana tanpa buat persediaan awal. Kali ni bawa anak-anak kenalah prepare betul-betul. Paling dirisaukan adalah cuaca. Macam mana lah agaknya diorang nak sesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sana nanti. Harap takde yang demam. Lagi susah dibuatnya. Huhu.. Cadangan jangkamasa travel adalah 2 minggu. Barulah terasa kepuasan yang maksima. Hihi.. Saya mula buat draf itinerary. Kalau boleh nak pergi tempat lain pula di sana. Trip kali ni dijangka berbeza dari trip 2012 yang lalu. Bukan setakat bawa anak-anak, kali ni kami set modus operandi yang baru iaitu menjadi personal shopper dan juga beberapa side-mission yang lain. Bawa family, luggage pun bertambah. Sambil berjalan boleh shopping untuk bisnes. Sekurangnya dapat cover kos perjalanan kami sekeluarga di sana. Agak bijak juga idea saya ni. Hahah.. Mungkin extra penat tapi berbaloi. Harap dapat enjoy to the max..

Wallahu 'alam..

Adakah kenangan 2012 berulang kembali tahun ini?

No comments:

Post a Comment