Friday 27 March 2020

Persiapan di bulan-bulan terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tinggal lagi beberapa perkara penting yang perlu saya selesaikan sebelum travel. Jika sebelum ni saya cuma travel berdua dengan wife, kali ni satu family saya bawa. Saya browse beberapa travelblog tentang bagaimana mereka lakukan persiapan untuk travel bersama anak-anak kecil ke Eropah. Jujurnya sebelum ni saya bawa anak-anak ke Asia Tenggara tiada masalah besar yang kami dihadapi. Cuma kali ni ke Eropah pada musim winter mungkin memerlukan persiapan yang lebih rapi. Apa yang paling dirisaukan adalah bagaimana mereka nak sesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk di sana. Perjalanan seharian agak jauh berbanding sebelum ni. Jadi saya perlukan sesuatu yang dapat mengisi masa mereka duduk lama dalam kereta hingga sampai ke destinasi. Apa lagi kalau bukan smartphone yang bakal hilangkan kebosanan mereka. Hihi..

Inilah aktiviti budak zaman sekarang. Sedihh..

# INTERNET/WIFI

Di rumah saya kawal penggunaan gadget dan entertainment terhadap anak-anak saya. Sepanjang weekdays tiada TV, PS4 dan smartphone. Semuanya saya sorok kat tempat rahsia. Siap ada password lagi. Hehe.. Biarlah diorang nak mogok pun. Susah betul nak suruh diorang belajar. Asal buka buku 10 minit terus tidur. Lepas tu malam berjaga. Esok pagi pulak liat nak bangun pergi sekolah. Hanya weekend je bagi peluang tengok TV, main smarphone dan PS4. Itu pun lepas dah siapkan semua kerja sekolah. Ahad sebelum Asar collect semula semua gadget. Itulah rutin harian saya dan wife. Takpelah takde entertainment sepanjang weekdays, sebab saya pun tak suka sangat tengok TV. Hehe.. Tapi untuk trip kali ni terpaksalah saya bagi peluang mereka pegang gadget masing-masing. Sekurangnya boleh la diorang tolong amik gambar dan video pemandangan kat sana nanti. Jadi saya kena la cari pocket wifi seperti trip sebelum ni untuk kegunaan satu family.

Antara website company wifi rental yang ada di KLIA
Sebelum ni saya dah pernah sewa pocket wifi dari VisonData dan juga WifiBaby. Kedua-duanya agak bagus dalam membantu kami melayari internet semasa di luar negara. Kali ni saya nak cuba company lain pula. Daripada 7 company yang saya jumpa, tawaran dari Roaming Man menepati citarasa saya. Sama juga seperti company pocket wifi yang lain, satu device boleh connect maksimum 5 users dan semuanya menjanjikan coverage yang baik di serata UK. Cuma Roaming Man berikan sedikit kelebihan dalam harga penyewaan dan kaedah penyewaan yang memudahkan kami untuk ambil dan hantar device tu nanti.

Saya pilih pakej Premium Wifi Rental
Saya apply kupon diskaun RM10.00
Saya pilih untuk pickup di KLIA sebelum naik flight
Saya pilih untuk bayar guna Visa Debit Card
Jumlah keseluruhan adalah RM350.00 untuk satu device
Daripada semua company wifi rental yang saya cari, ada company yang kena activate device pada hari pertama travel dan return pada hari terakhir travel. Maknanya saya kena sewa bermula dari 27 November hingga 13 Disember (17 hari). Rugi kena bayar lebih 2 hari sebab bukannya boleh browse internet masa dalam flight dan transit. Roaming Man berikan saya masa untuk pick-up awal sehari sebelum tarikh activation dan boleh return device 2 hari selepas tarikh deactivation. By the time saya sampai di London nanti dah boleh activate terus hinggalah hari terakhir saya naik flight di Heathrow. Jadi saya hanya bayar sewa bermula 28 November hingga 12 Disember (15 hari).

Selesai semua perkara yang kena booking
Fa dan Abang Fikri saya cadangkan untuk beli simcard di sana kerana mereka berdua je. Rugi kalau ambil pocket wifi. Sampai London nanti saya bantu diorang belikan simcard yang sesuai untuk digunakan sepanjang masa di sana. Ada beberapa telco company yang saya dah survey berada di dalam Heathrow Airport. Teringat dulu saya beli simcard Lebara untuk call anak-anak di Malaysia dan O2 untuk internet yang dipasang pada Ipad. Selama 2 minggu kat sana kredit Lebara GBP10.00 tak habis walaupun setiap hari saya buat call ke Malaysia. Siap call Maybank borak panjang lagi bertanyakan tentang baki kad kredit waktu tu. Tak habis juga kredit. Hehe.. Terima kasih pada staff kedai O2 di Uxbridge yang isikan alamat rumahnya untuk activate line internet pada Ipad. Kenangan semua tu. Hihi..

Hari kejadian nanti boleh collect kat kaunter Roaming Man di KLIA

# TRAVEL INSURANCE

Memandangkan bermula tahun ni kerajaan dah tak bagi insurans percuma pada penjawat awam seperti sebelum ni, maka wife saya carikan travel insurance yang sesuai untuk kami sekeluarga. Kerajaan dah takde duit nak cover insurans percuma walaupun saya tak pernah claim. Saya ada dengar cerita ramai juga yang buat false report untuk dapatkan claim. Tak baik lah buat cara macam tu. Salah di sisi undang-undang itu pasti, haram pun ya juga. Huhu.. Allah Maha Adil. Baik yang kita buat, maka in shaa Allah baik balasannya. Itu antara pesan arwah mak yang saya pegang sampai bila-bila. Wife saya ambil travel insurance dari Etiqa, sama seperti yang dia ambil sebelum ni sebab mudah nak apply. Harga pun agak berpatutan juga untuk cover kami sekeluarga. Sama ada mudah nak claim tak dapat nak dipastikan sebab saya sendiri belum pernah claim lagi.

RM274.50 untuk cover kami sekeluarga

# RATIONS

Haa, yang ni confirm kena bawa banyak. Itu belum kira kena pau dengan anak-anak kat supermarket sana lagi. Huhu.. Disebabkan barang yang nak dibawa ke sana tak banyak, jadi satu beg besar akan diisi dengan semua rations yang dibeli. Untuk sesi membeli belah, hanya saya dan wife je yang pergi beli. Kalau bawa semua nanti macam-macam yang diorang minta. Silap haribulan mainan pun kena beli sekali. Hehe.. Kami mencari makanan kering yang mudah untuk dimasak di sana. Di Travelodge nanti hanya ada cerek untuk masak air panas je. Saya survey juga kalau ada AirBnb di UK. Di AirBnb dah tentu ada banyak kemudahan. Boleh la kalau nak beli barang basah di sana untuk dimasak seperti di Scandinavia. Tapi harga untuk semalam di AirBnb amatlah mahal. Kalau setakat beza RM50.00 berbanding Travelodge boleh consider lagi. Ini berganda-ganda bezanya. Huhu.. Kali ni kami taknak bawak makanan Sharifah, Brahim's dan seangkatan dengannya. Saya jumpa satu meal baru di 7-Eleven. Boleh cuba bawa untuk trip kali ni. Cuma saya tak pasti di Travelodge ada disediakan microvave atau tidak. Yang saya pasti ada cafe di setiap Travelodge. Mungkin boleh pinjam untuk panaskan makanan.

Kali ni kami bawa Kart's Quick Meal
Sebelum beli banyak, kami try dulu beberapa meal. Sedap juga asam tumis beef dan nyonya chicken curry dia. Lulus untuk dibuat bekalan ke sana. Hihi.. Harga pun tak mahal sangat. Kebetulan meal ni baru di 7-Eleven, kami dapat diskaun 10% untuk setiap meal. Habis semuanya kami borong kat satu 7-Eleven. Budak cashier siap tanya sedap ke makanan tu. Kalau tak sedap abang tak borong semua dik. Hahah.. Ration yang lain kami beli di Giant dan juga Tesco. Kopi tenaga peneman driver jangan dilupakan. Benda paling wajib dibawa tu. Hihi.. Rasanya cukuplah ration yang dibeli. Muat untuk dimasukkan dalam satu beg besar. Nasib baik anak sulung dah besar. Boleh la bagi dia tugas mengangkat beg yang berat. Dia sanggup menurut perintah, asalkan dapat jejak kaki di bumi UK katanya. Hehe..

Settle hal rations siap harga detail lagi. Nice..
Rations ni dibawa untuk breakfast dan juga supper. Saya dah set lokasi restoran halal setiap hari di sana. Di UK tiada masalah untuk mencari makanan halal. Banyak restoran dan juga take away halal di sana. Banyak website halal yang boleh dicari dalam internet. Ataupun guna google map pun boleh. Hanya taip 'halal' dan search, keluarlah macam-macam nama restoran kat serata UK. Ada cawangan Nando's, Subway dan KFC yang halal di sana. Sebelum ni pernah cuba Subway dan KFC. Subway sedap seperti di Malaysia, tapi KFC kurang menarik rasanya. Takpe, kali ni boleh cuba lagi. Nando's pasti ada dalam perancangan. Hehe..

Banyak restaurant chains di UK yang berstatus halal

# MEDICAL

Saya masih lagi risau dengan keadaan kesihatan anak-anak saya ketika berada di sana nanti. Takut diorang cultural shock sebab cuaca yang sejuk. Sekali dah demam memang susah nak bergerak. Jadi saya dan wife ambil keputusan ambil suntikan vaksin untuk anak-anak. Sekurangnya badan diorang boleh tahan dari jangkitan dan juga suhu sejuk. Saya dan wife tak pernah ambil suntikan sebelum travel sebelum ni kecuali semasa mengerjakan umrah pada 2016. Yang tu memang wajib kena ambil. In shaa Allah kami berdua boleh bertahan. Moga diberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga di sepanjang perjalanan nanti.

Antara suntikan vaksin yang available di kebanyakan klinik
Selain dari suntikan, kami juga bawa multivitamin dan beberapa ubat yang dirasakan sesuai untuk digunakan ketika kecemasan di sana. Sama je macam travel sebelum ni tapi lebih banyak untuk satu family. Nak beli ubat kat sana mahal. Lagipun tak tau jenis ubat yang mana sesuai untuk kami. Kalau ubat di Malaysia dah selalu guna. Bersedia awal adalah lebih baik. Sediakan payung sebelum hujan.

Ubat-ubatan yang biasa dibawa bersama ketika travel
Tinggal lagi sebulan sebelum kami sekeluarga mulakan pengembaraan mencari pengalaman hidup di UK. Masih ada lagi info-info penting yang perlu saya cari untuk melancarkan lagi perjalanan kami di sana. Selagi belum bertolak, selagi itulah maklumat berguna dicari. Masih teringat lagi saya tak tidur di malam terakhir sebelum bertolak ke UK. Punyalah excited mencari info di saat akhir. Nasib baik tak jetlag waktu sampai sana. Huhu.. Siapa tak teruja bila pertama kali nak jejakkan kaki di bumi Eropah? Hanya orang yang ada sindrom 'travelbugs' je tau macam mana perasaanya bila nak travel, tambah pula travel secara sendirian berhad. Seronok bila dapat susun itinerary sendiri dan kumpul maklumat tentang destinasi yang dituju. Memang penat tapi berbaloi apabila dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apapun masing-masing ada cara travel yang tersendiri. Ada yang suka ikut bendera travel agent sebab tak perlu bersusah payah. Yang penting puas hati dengan nilai wang yang telah dilaburkan dan pengalaman hidup yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Next time kalau ada Maxis line boleh subscribe 30 Days World Unlimited Data pass RM99 senang dan murah. Boleh cover 60 countries dalam 30 hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info. In shaa Allah akan survey dan subscribe jika berbaloi

      Delete