Friday 27 March 2020

Dugaan di saat akhir pasti berlaku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dah masuk awal bulan November. Di sekolah sedang menghadapi musim peperiksaan akhir tahun. Habis je paper subjek saya, terus saya tanda dan beri markah. Taknak tangguh lama-lama, nanti banyak kerja lain yang nk dibuat. Kalau boleh taknak tau langsung pasal sekolah masa saya bercuti. Hehe.. Sedang seronok mengira markah peperiksaan murid-murid, saya dapat whatsapp dari Ketua Bidang saya yang mengatakan Pengetua minta saya ganti seorang guru yang tak dapat menjalankan tugas kerana baru kehilangan suami. Pelik juga, kenapa bukan Pengetua sendiri yang tanya saya. Disebabkan saya tak suka nak cakap banyak dan bantah, saya terima juga tapi ada syaratnya. SPM tamat pada 28 November 2019 dan flight saya sehari sebelum tu. Jadi saya minta untuk jaga hingga 26 November 2019.

Hajah tu pengetua saya. Saya yang menjalankan amanah..
Dah macam takde guru lain yang layak jaga SPM. Dua tahun berturut saya kena jaga. Masa kat sekolah dulu pun banyak kali juga kena. Siapa yang nak kerja time cuti sekolah kan. Hanya yang pandai ambil hati bos je yang selalu lepas. Biasalah tu. Huhu.. Teringin juga saya nak belajar camna caranya nak jaga hati bos. Adakah setiap hari kena jumpa bos bertanyakan khabar? Atau pakaian sama tema dengan bos? Entahlah. Hebat sungguh orang-orang itu. Huhu.. Tak dapat nak dielakkan, orang yang senyap selalunya memang banyak kerja kena buat. Yang banyak bercakap mesti terlepas punya. Huhu.. Saya kena jaga di sekolah Bandar Sri Damansara. Awal pagi jem kawasan situ. Nasb baik boleh bawa motor sebab bukan Ketua Pengawas dan bilik kebal pula terletak di sekolah yang sama. Lega tak perlu keluar awal pagi. Ada hikmahnya..

Mohon senyap walaupun dalam hati meronta geram. Huhu..
Nasib baik SPM bukannya setiap hari. Jika tiada calon atau hanya cukup satu bilik je untuk calon, ketua pengawas akan buat jadual bertugas. Jadi tak perlulah nak datang setiap kali ada paper. Masa tak bertugas saya ambil peluang untuk buat persiapan lagi. Tiba-tiba teringat satu perkara yang paling penting untuk travel iaitu passport. Rasa macam dah lama tak renew passport. Nasib baik teringat nak check. Huhu.. Semua passport kami masih valid lebih dari setahun. Cuma yang saya risaukan adalah gambar anak-anak saya. Yang paling bongsu tu gambar dia masa berumur sebulan, ketika saya buat untuk travel ke Medan pada 2016. Masih valid cuma gambar je la dah tak sama dengan sekarang. Untuk lebih meyakinkan, lepas ambil wife balik kerja kami singgah di UTC Keramat untuk tanya tentang passport anak-anak saya. Nak jadi cerita, mesin gambar di sana pulak rosak. Staff bertugas suruh kami ke UTC Sentul. Nak pergi sekarang dah tak sempat kerana UTC Sentul hanya beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jadi masa weekend kami ke sana lepas waktu lunch. Nampaknya tak sempat juga untuk buat passport sebab agak ramai juga pelanggan waktu tu.

UTC Sentul. Kena datang awal pagi baru sempat siap. Huhu..
Staff bertugas kata memang kena tukar gambar anak saya yang bongsu tu, tapi tak perlu nak renew passport sebab masih valid. Disebabkan tak sempat nak buat, maka saya kena pergi lagi sekali waktu kerja. Kebetulan Isnin berikutnya saya tak bertugas menjaga SPM, saya bawa anak-anak ke Pejabat Imigresen Wangsa Maju yang terletak di Taman Sri Rampai. Dulu masa saya cuba renew passport di sini tak lepas sebab punyalah panjang orang beratur walaupun saya dah sampai sebelum pejabat buka. Kali ni saya terpaksa tunggu sampai selesai. Lusa dah nak bertolak. Huhu.. Jam 10.00 pagi saya dah sampai di depan pejabat. Dari luar tak nampak pun orang yang sedang menunggu. Masuk je dalam kelihatan hanya beberapa pelanggan je yang sedang berurusan. Alhamdulillah, Tuhan dah permudahkan urusan saya pada hari ni.

Lega tak ramai orang. Anak saya siap berlari-lari lagi tu. Hehe..
Saya bertanyakan pada staff di kaunter tentang isu passport anak saya especially anak yang ke-3 dan bongsu sebab muka diorang dalam passport memang totally berubah dengan sekarang. Staff tu tanya kami nak travel ke mana. Bila saya sebut UK, dia kata rasanya kena tukar gambar sebab imigresen di sana agak strict. Tapi hanya anak bongsu je yang boleh tukar gambar sebab berumur di bawah 4 tahun. Anak perempuan saya yang berumur 7 tahun kena buat passport baru. Takpelah, daripada sangkut kat imigresen sana nanti baik saya selesaikan semuanya. Tak nak peningkan kepala. Huhu.. Saya ambil borang dan nombor giliran. Habis je tulis particular dalam borang, terus nombor saya dipanggil. Pantas sungguh. Hehe.. Sejam saya di sana dan semua urusan selesai. Alhamdulillah.. Passport anak bongsu saya masih pakai yang lama dan anak ke-3 saya dapat passport baru. Anak sulung dan kedua tak perlu sebab muka masih boleh cam lagi dalam passport tu. Hehe..

Passport lama tapi gambar baru dilampirkan
Urusan passport semua dah selesai. Bolehlah lepasi imigresen dengan senang hati. Hehe.. Tinggal lagi 2 hari sebelum mulakan perjalanan. Esok masih ada sehari lagi jaga SPM. Malamnya dah boleh pack semua pakaian dan barang-barang yang lain. Rations yang dah siap dibeli awal-awal lagi dah masuk dalam satu beg besar. Hihi.. Tinggal nak fikir berapa banyak nak bawa longjohn dan juga jaket anak-anak. Macam saya cukuplah 2 light jacket je untuk dipakai sepanjang 14 hari di sana nanti. Anak perempuan saya bukan setakat kasut 3 pasang, jaket pun kalau boleh nak dibawa banyak. Nasiblah ada sorang je anak perempuan. Layankan aje. Hihi.. Disebabkan kami akan berkongsi kereta dengan Fa dan Abang Fikri, jadi kami set untuk bawa 3 beg besar dan 3 beg sederhana dengan harapan muat untuk dimasukkan dalam kereta nanti bersama beg Fa dan Abang Fikri. Kami hanya ada satu je beg besar. Nak beli macam tak berbaloi. Nasib baik ada rakan-rakan travel lain yang sudi pinjamkan beg. Nanti kami bagi souvenir yang terbaik ya. Hihi.. Untuk permulaan perjalanan dan barang pun tak banyak lagi, jadi saya letakkan 3 beg bersaiz sederhana dalam beg besar. Pakaian masing-masing bawa dengan beg galas untuk dibawa naik atas flight. Barulah mudah pengurusan beg satu family. Kat sana nanti confirm beranak semua beg tu. Moga muat dimasukkan dalam kereta sewa nanti.

Wallahu 'alam..

Wife saya pakar dalam memuatkan semua barang dalam beg. Hihi..




No comments:

Post a Comment