Friday 27 March 2020

JJCP UK V.2: Day 01 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 27 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ KLIA


Malam tadi tak dapat tidur dengan lena. Maklumlah nak siapkan 6 orang punya barang. Rasa macam ada je barang yang tertinggal. Jadi saya buat checklist untuk semua jenis pakaian yang dibawa. Dari stokin, pakaian dalam hinggalah alatan-alatan yang berkenaan seperti charger dan lain-lain. Jangan risau, dah sampai sana nanti mesti ada barang yang tertinggal punya. Percayalah. Hihi.. Andai barang penting, boleh je cari kat sana nanti. Wife dah set driver untuk pickup kami di rumah jam 4.30 petang. Sebelum kenderaan sampai, saya dan wife pastikan semua alatan di rumah dan juga paip air utama ditutup. Dulu pernah jadi tangki atas pecah. Habis banjir satu rumah. Harap kali ni tak berlaku lagi. Pokok di luar dah minta jiran tolong siramkan jika tak hujan. Akhir sekali, segala dokumen perjalanan serta insurans saya letakkan satu salinan di atas meja. Andai kata berlaku apa-apa terhadap kami sekeluarga di sana, waris di Malaysia boleh ambil maklum. In shaa Allah..

Salinan itinerary dan polisi insurans saya letakkan di atas meja
Anak-anak dah mula excited bila kelihatan kereta Toyota Innova di hadapan rumah. Siapa tak teruja nak jalan-jalan ke UK? Hihi.. Dulu masa mula-mula saya travel ke Australia pun dah over-excited sampaikan banyak perkara yang saya tak prepare. Orang tua pun dah teruja, inikan pula budak-budak. Anak-anak bantu angkat beg ke dalam kereta. Selesai angkat semua barang dan pastikan lagi sekali semua alatan di dalam rumah ditutup, sebelum masuk ke dalam kereta anak-anak peluk kami dan ucapkan terima kasih kerana bawa mereka travel ke Eropah. Terharu pulak rasanya. Huhu.. Moga perjalanan kami diberkati hendaknya. Time to start our journey! Let's jom..

Semua teruja. Si kecik dah siap pakai boot lagi. Hehe..
Cuaca mendung dah hujan renyai mengiringi perjalanan kami melalui NKVE dari Kota Damansara menuju ke KLIA. Selalunya anak-anak tidur dalam perjalanan walaupun dekat. Tapi kali ni semua tak tidur. Lupa pulak, diorang semua dah ada gajet masing-masing. Patutlah ceria je muka semuanya. Huhu.. Jam 5.35 petang kami dah tiba di departure area. Keadaan agak lengang di KLIA. Mungkin tak banyak flight petang ni. Selalunya kalau banyak kereta saya akan minta driver turunkan kami di pintu paling hujung sekali. Orang Malaysia ni suka parking awal sampai jem teruk. Sama juga kalau parking dalam shopping mall. Kalau boleh tunggu sampai parking depan pintu masuk clear. Menyusahkan orang lain. Apalah salahnya parking jauh sikit. Huhu..

Sampai sudah di KLIA. Cuaca masih mendung lagi

@ KLIA

Anak-anak bantu angkat barang. Stroller jangan dilupakan. Alatan penting tu. Walaupun agak leceh nak mengangkutnya, tapi ianya amat penting untuk mudahkan pergerakan di sana. Si kecik tu suka berlari. Jadi bila duduk dalam stroller boleh la kawal pergerakan dia. Hihi.. Agak dah boring duduk lama dalam stroller, boleh la bagi kakak dia naik pulak. Kakak dia ada sejarah letih nak berjalan jauh. Setelah pastikan semua barang dah dipunggah keluar, kami mengucapkan terima kasih pada abang yang hantar kami. Wife booking dari website myTaxi sebab banyak pilihan kereta besar dan van. Harga yang dikenakan adalah RM120.00. Kira berbaloi jugaklah sebab dapat angkut kami sekeluarga ke KLIA. Mula-mula cadangnya kalau takde kereta besar saya nak bawa motor dan tinggalkan kat KLIA. Tak terfikir pulak kalau hujan. Sungguh tak membantu cadangan itu. Hahah..

Bagus juga bila anak-anak dah membesar. Hihi..
Jom masuk dalam KLIA
Banyak masa lagi kami di KLIA sebelum naik flight. Perkara pertama yang saya buat bila masuk kat terminal adalah mencari di mana letaknya kaunter untuk kami check-in nanti. Flight schedules pun kena tengok juga. Mana tau jika flight delay atau cancel. Harap janganlah kena kat flight kami. Huhu.. Alhamdulillah buat masa ni takde apa-apa berita lagi tentang flight kami. Cuma waktu penerbangan kami pada jam 10.20 malam akan check-in seawal 3 jam di Kaunter C1. Jadi boleh la tenangkan fikiran dulu sambil menunggu Fa dan Abang Fikri sampai. Moga diorang sampai dengan selamatnya di KLIA.

Wallahu 'alam..

Kaunter check-in kami di C1

No comments:

Post a Comment