Sunday 5 April 2020

JJCP UK V.2: Day 01 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 27 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ ROYAL JORDANIAN AIRLINES RJ181
@ STOPOVER - SUVARNABHUMI AIRPORT


Sementara menunggu Fa dan Abang Fikri sampai, kami ke surau di Anjung Tinjau untuk mengerjakan solat Asar. Selesai solat, kami mencari booth Roaming Man untuk ambil pocket wifi. Dulu saya ambil pocket wifi dari Visondata dan WifiBaby di booth Hotlink yang terletak di Arrival Level. Booth Roaming Man pulak berada di Departure Level, berhampiran dengan McDonalds dan dibuka 24 jam. Ada 2 kaunter dibuka dan kedua-duanya ada customer yang sedang berurusan. Banyak pulak orang depan ni tanya soalan kat staff bertugas. Yelah, baik tanya mana-mana yang tak faham. Dah sampai destinasi nanti kalau tak boleh guna susah pulak nak bertanya.

Booth Roaming Man lebih besar dari Visondata dan WifiBaby
15 minit menunggu, akhirnya sampai giliran saya. Saya tunjukkan nombor booking pada staff bertugas. Dia pun keluarkan device bersama dengan charger. Dia tanya samada saya berminat nak ambil insurans pada device yang disewa. Andai kata ada kerosakan pada device akan dikenakan surcharge kalau tak ambil insurans. Dia pun tunjukkan satu plate di dalam device. Katanya kalau plate tu bertukar warna bermaksud device ni dimasuki air. Takpe, saya tak berminat dengan insurans yang ditawarkan. Device ni saya sendiri akan pegang dan simpan dalam bekas waterproof. In shaa Allah ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Dia pun keluarkan resit dan terangkan nilai compensation jika device dan aksesori yang saya sewa rosak bila pulangkan nanti.

Resit yang diberi dengan terms & condition sekali
Selesai sudah urusan ambil pocket wifi. Nanti bila balik jangan lupa return kat tempat yang sama. Takde kerja nak ke KLIA semula bila dah sampai rumah. Hehe.. Fa dan Abang Fikri maklumkan dia akan sampai dalam jam 7.20 malam. Ada sejam lagi. Sempat kami makan dulu sebelum check-in bersama. Kami ke food court mencari nasi untuk menu makan malam kami. Nanti mesti rindu dengan masakan Malaysia masa kat sana nanti. Hihi.. Walaupun boleh makan kat Malaysia Hall, tapi rasa masakannnya tetap tak sama dengan di Malaysia. Harga jangan cakap la. Nasi putih berlauk dah dikira sebagai makanan rare di Eropah. Nak ambil lauk lebih pun kena fikir 2-3 kali. Risau je bila dengar cashier nak sebut harga. Hahah..

Dinner awal hari ni. Hihi..
Perut dah kenyang, jam 7.00 malam kami bergerak ke kaunter check-in. Agak ramai juga orang beratur. Kami masuk dalam barisan. Harap-harap by the time giliran kami, Fa dan Abang Fikri dah sampai. Boleh la masuk line sekali sebab mudah check-in by group. Hampir 15 minit beratur dalam barisan, akhirnya staff yang bertugas menjaga lorong arahkan kami untuk check-in di kaunter khas kerana melihat kami beratur dengan anak-anak dan membawa stroller. Macam ni la bagus, priority kepada family with kids dan juga warga emas. Kebetulan Fa dan Abang Fikri pun sampai. Saya minta passport mereka berdua dan berurusan di kaunter.

Gigih beratur dengan beg dan anak-anak
Staff yang menjaga kaunter amat friendly tetapi agak kalut juga kerja yang dia buat. Dia siap salah print boarding pass kami. Nasib baik dia cek dengan supervisor dia. Mula-mula dia print boarding flight kami ke Bangkok, kemudian dia print untuk ke Amman dan juga London. Supervisor dia kata untuk ke Bangkok tak perlu print sebab kami cuma singgah sekejap je dan tak turun dari flight. Makin lama la saya berdiri kat kaunter tu. Takpe, janji tiket flight kami dibetulkan kat sini. Jangan salah destinasi sudah la. Takut turun kat JFK Airport je. Hehe..

Berurusan agak lama di kaunter
Dah selesai isu boarding pass, timbul isu yang lain pulak. Belum naik flight lagi dah banyak isu ni. Huhu.. Masa nak letak beg kat belting untuk timbang berat, nampaknya kami dah salah packing barang. Royal Jordanian allocate 23kg/piece untuk sorang penumpang. Jadi kami ingat takde masalah la sebab kami cuma guna 3 beg besar je. Rupanya kami silap. 23kg/piece bermaksud memang tak boleh lebih berat dari tu untuk setiap beg. Ingatkan boleh combine semua berat beg. Maka terpaksalah kami keluar dari lane kejap untuk kumbah semula beg kami. Belum gerak lagi dah beranak beg kami. Hihi.. Kat tengah alam kami buka beg yang berat hampir 27kg tu dan masukkan dalam beg sedang. So kena faham betul-betul syarat setiap flight company ye. Dulu naik Air France boleh combine berat beg. Royal Jordanian tak boleh ye. Harap maklum. Hehe.. Mungkin ianya untuk mudahkan pekerja diorang angkat beg masuk dalam kargo kot. Lebih dari tu diorang tak larat nak angkat. Entahlah.. Hihi.. Selesai re-pack dan timbang, saya ke kaunter semula. Bukan potong que ye. Staff bertugas tu yang suruh ke kaunter terus bila dah selesai. Beg dah selamat masuk. Tinggal bagpack untuk dibawa naik flight. Alhamdulillah..

Urusan di kaunter check-in selesai. Jom pi solat
Kami terus ke surau di Anjung Tinjau untuk menunaikan solat Maghrib. Selesai solat Fa dan Abang Fikri nak pergi makan. Kami set untuk berjumpa semula di boarding gate. Flight kami akan berlepas di Gate C1, bermakna kena naik aerotrain untuk ke sana. Kenangan berlari untuk check-in di Kastrup Airport Copenhagen pada tahun lepas masih segar dalam ingatan. Hampir trauma dibuatnya. Huhu.. Jadi kali ni kami taknak lengahkan masa untuk ke boarding gate. Tambah pula bawak anak-anak, lagi la kena awal. Kami terus turun ke kaunter imigresen dan seterusnya ke custom clearance. Tak ramai orang yang beratur. Tak sampai 20 minit kami dah selesai dan berada di duty-free area. Anak-anak dah mula pujuk masuk kedai coklat. Apa boleh buat. Huhu..

Boarding pass dah ada. Jom ke boarding gate
Gate C1 belum buka lagi. Wife terjumpa kawan uni yang kerja di KLIA
Masing-masing dah dapat habuan di kedai coklat. Kami terus naik aerotrain menuju ke Satellite Terminal. Ada lebih 30 minit lagi sebelum boarding time jam 9.40 malam. Fa dan Abang Fikri baru je selesai di kaunter immigration clearance dan sedang menunggu aerotrain. Kami singgah solat isyak kat surau di Tingkat 1. Selesai solat kami terus ke Gate C1. Fa dan Abang Fikri dah ada kat ruang menunggu. Ramai pulak yang tengah beratur. Mesti flight penuh ni. Mana taknya kalau dapat harga tiket flight murah macam kami. Hehe.. Transit 2-3 kali pun layankan je asalkan sampai destinasi yang dituju. Nama pun bercuti, buat apa nak rushing. Hihi..

Kalau kat sini beratur panjang takpe lagi. Lega dah sampai gate. Hehe..
Jam 9.40 malam kami dah berada di ruang menunggu dan berjumpa dengan Fa dan Abang Fikri. Anak-anak dah mula teruja bila nampak kapal terbang. Saya masa kecik tak pernah naik flight. Umur dah 20 tahun baru merasa. Itu pun domestik flight dari KL ke Kuantan. Teruja sungguh walaupun flight tak sampai sejam. Masa tu terpaksa naik flight sebab cuti raya. Tiket bas semua habis. Lepas tu selama 13 tahun saya tak naik flight. Umur 33 tahun baru naik semula ke Australia. First time ada passport di umur 33 tahun. Huhu.. Lepas Australia, 'travelbug syndrome' mula melanda dalam diri. Rezeki sampai lewat namun tetap bersyukur kerana diberi peluang. Pengalaman naik flight masa zaman kanak-kanak dan remaja bawah umur memang takde langsung. Anak-anak saya dah merasa naik flight ke Indonesia, Vietnam, Cambodia dan sekarang ke UK. Jalan darat dah sampai Thailand dan Singapore. Yang bongsu tu umur 2 bulan dah ada passport sendiri dan naik flight ke Medan. Memang mereka patut bersyukur. Alhamdulillah..

Kesayangan ayah dan ami
Jam 9.45 malam pintu boarding di Gate C1 sudah dibuka. Selepas penumpang business class selesai, giliran warga emas dan family with kids pula masuk ke dalam flight. Selepas check passport dan boarding pass kami sekeluarga, staff bertugas bertanyakan tentang stroller kami. Dia tanya stroller ni nak dibawa keluar masa transit di Amman nanti atau biarkan hingga sampai di London. Katanya di Amman ada perkhidmatan stroller untuk kanak-kanak. Jadi kami akan jumpa semula stroller kami masa sampai di London. Lebih mudah begitu. Selalunya kami beri stroller pada petugas sebelum masuk pintu flight. Kali ni kat boarding gate dah kena tinggalkan. Harap stroller kami tak tertinggal. Jenuh nanti nak jalan-jalan kat sana. Essential items tu. Huhu..

Jom boarding the flight!


@ ROYAL JORDANIAN AIRLINES RJ181

Ini pertama kali saya naik flight Royal Jordanian Airlines. Seperti biasa, sebelum beli tiket flight saya akan browse tentang airlines tu dulu. Nak tau juga history flight yang saya akan naik. Kalau banyak sangat sejarah hitam kena fikir 2-3 kali juga sebelum beli tiket. Royal Jordanian menjadi pilihan saya kerana harganya murah. Kalau dilihat pada airlines ranking dari Skytrax, Royal Jordanian berada pada tangga ke 97. Rating yang diberikan pun hanya 3 bintang je. Jadi tak boleh la nak expect service dia setaraf dengan Qatar Airways yang sentiasa berada dalam ranking teratas. Huhu.. Apa-apa pun yang diharapkan adalah keselamatan kami semasa dalam perjalanan. Tentang keselesaan boleh ditolak ketepi dulu. Janji ada seat dan makanan untuk kami. Hehe.. Safe flight is always a main priority for me.

Kira oklah masih berada dalam Top 100 Airlines
Seating dalam flight ni 3-3-3. Keadaan dalam kabin seperti flight yang dah sudah lama beroperasi. Seat pun nampak kusam je. Takpelah, janji dapat duduk dengan agak selesa. Kami dapat seat di bahagian belakang, 6 di tengah dan 2 di tepi. Kalau naik flight dengan anak-anak memang kami akan pilih seat yang paling belakang sekali jika available. Mudah sikit nak pantau pergerakan anak-anak ke lavatory. Kalau si kecik tu buat hal pun senang nak uruskan. Dia jenis tak boleh duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Jangan menjerit sudah la ye anakku. Marah penumpang lain yang nak tidur. Hihi..

Agak selesa jugaklah seat dia. Layan..
Please behave ye sayang. First time travel jauh ni.
Anak-anak dah mula browse entertainment. Boleh pulak satu tv kat seat anak saya tak berfungsi. Patutlah dapat 3-star rating je. Huhu.. Sebenarnya saya boleh report kat stewardess bertugas. Dulu masa naik Air France saya pernah nampak ada sorang penumpang dapat voucher kerana tv kat seat dia tak berfungsi. Disebabkan saya jenis tak layan sangat entertainment dalam flight, jadi saya pun bertukar tempat duduk dengan anak. Tak perlu la nak report. Flight malam, lebih baik tidur aje. Hihi.. Nasib baik selesa sebab tepi tingkap ni hanya ada 2 seat je. Ada banyak ruang kosong di antara seat saya dengan tingkap. Boleh la tidur dengan aman sampai ke Amman. Hihi..

Tengok skrin gelap je lah. Tidur itu lebih baik. Hahah..
Jam 10.20 malam, flight kami mula bergerak dan berlepas dengan lancar di ruang angkasa menuju ke Bangkok. Lampu cabin mula dipadamkan. Keadaan gelap dan ditambah dengan skrin tv pun gelap memudahkan urusan tidur saya. Kena pastikan dapat tidur dengan secukupnya untuk mengelakkan jetlag bila sampai nanti. Tidur lama sangat pun tak boleh juga sebab sampai di London nanti dah lewat petang. Kenalah pandai adjust masa tidur supaya tak jetlag. Selalunya masa pergi saya tak pernah kena jetlag. Bila balik Malaysia je nanti mungkin kena sebab masa bertambah 8 jam. Dah balik takpe la kena jetlag. Boleh adjust pelan-pelan supaya kembali kepada kehidupan normal. Kalau sampai London kena jetlag, siapa pulak yang nak drive nanti. Huhu.. Belum sempat mimpi jauh, jam 11.00 malam keadaan dalam cabin kembali terang.

Flight full-house. It's makan time!
Patutlah awal dah buka lampu cabin dan edarkan makanan. Terlupa pulak flight ni akan mendarat di Bangkok. Dah tentu makan awal sebab flight time hanya 2 jam je untuk sampai ke destinasi. Ada penumpang dalam ni yang akan turun di Bangkok nanti dan digantikan dengan penumpang lain untuk teruskan perjalanan ke Amman. Bagus jugak ye flight transit ni. Dapat makan banyak kali. Hehe.. Cuma yang tak syoknya banyak kali flight kena berlepas dan mendarat. Daripada info yang saya baca, keadaan yang paling getir adalah masa flight berlepas dan mendarat. Ketika itu kepakaran pilot amat diperlukan untuk handle flight dengan baik. Bila dah berada atas ruang udara takde masalah sangat. Siap autopilot lagi. Hahah..

Dah standby bukak tray tunggu makanan sampai. Hihi
Menu kali ni tiada pilihan. Selalunya stewardess akan tanya nak menu mana satu. Kali ni dia bagi je terus sebab ada satu menu je. Serius pulak tu muka dia. Layanan dari cabin crew juga memainkan peranan dalam star-rating. Jadi kena terima seadanya rating yang diberi adalah keadaan yang sebenarnya. Huhu.. Tak dinafikan servis dari cabin crew Malaysia Airlines dan Qatar Airways adalah yang terbaik pernah saya alami setakat ni. Bukan semua cabin crew teruk. Kadang-kadang hanya segelintir je yang buat perangai. Dalam satu organisasi mesti ada yang slack. Mungkin stewardess yang melayan kami ada personal issue kot. Mana tau dia kena ganti shift kawan dia ke. Tak perlu ambil tahu. Yang penting makanan dah ada depan mata. Hehe.. Alhamdulillah, sedap juga makanan Royal Jordanian ni. Harap-harap menu seterusnya dapat sesedap macam ni. Hihi.. 

Menu pertama kami. Nasi dengan ayam masak merah. Amat sedap.

@ STOPOVER - SUVARNABHUMI AIRPORT

Selesai makan, saya tak tidur kerana dalam setengah jam lagi kami akan mendarat di Bangkok. Pertama kali nak merasa pengalaman bagaimana keadaan stopover sekejap tanpa keluar dari flight. Jam 11.40 malam flight Royal Jordanian RJ181 telah mendarat dengan selamatnya di Suvarnabhumi Airport. Kelihatan penumpang yang turun di Bangkok bangun dari seat masing-masing. Sementara menunggu penumpang lain masuk ke dalam flight, pekerja pembersihan masuk dan mulakan kerja mereka. Pantas sungguh diorang ni kemas seat yang kosong dengan menukarkan bantal, selimut dan lapik kepala. Anak saya kata pekerja yang tengah vakum tu macam pakai outfit ghosbuster. Hehe.. Pertama kali saya dapat tengok macam mana diorang buat kerja pembersihan masa stopover.

Flight route: From KLIA to Suvarnabhumi Airport, Thailand
Jangan ganggu diorang tengah bekerja ya
Dalam setengah jam juga diorang ni berkemas. Kemudian kelihatan penumpang baru masuk ke dalam flight mengisi tempat duduk yang kosong. Lagi 5 minit sebelum jam 12.00 tengah malam. Flight dijangka akan sambung perjalanan dalam masa 15 minit lagi. Tak sabar nak tunggu flight berlepas dan tutup lampu. Hajat nak sambung tidur lagi hingga sampai ke destinasi berikutnya. Moga flight kami berlepas mengikut jadual.

Wallahu ' alam..




2 comments:

  1. berapa ya harga promo en dapat masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kami sekeluarga (2 dewasa & 4 kanak-kanak), tiket dewasa RM1,988.00/person dan kanak-kanak RM1,523.00/person. Jumlah keseluruhan RM10,068.00. Flight transit 2 kali. Tak kisah la, janji sampai destinasi. Hihi.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete