Sunday 5 April 2020

JJCP UK V.2: Day 02 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 28 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ TRANSIT - QUEEN ALIA INTERNATIONAL AIRPORT


Jam 12.20 tengah malam waktu Thailand, flight Royal Jordanian RJ181 mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. Saya sambung tidur semula setelah lampu cabin ditutup. Anak-anak saya paksa tidur juga. Takut diorang jetlag bila sampai sana nanti. Tak seronok la nanti tak dapat tengok pemandangan sebab mengantuk di siang hari. 2 jam kemudian lampu cabin dibuka semula menandakan waktu makan berikutnya. Kali ni ada pilihan samada nak makan udang atau ikan. Ingatkan menu ringan je seperti roti sebab awal pagi. Elysha yang duduk di sebelah saya masih tak bangun lagi. Kalau dia tak larat makan, ayahnya boleh habiskan. Hehe..

Dua-dua menu dapat merasa. Hihi..
Awal pagi dah makan berat. Dua-dua saya habiskan. Hihi.. Sedap pulak tu makanan dia. Lepas makan saya sambung tidur lagi. Rasanya ada sesi makan lagi lepas ni sebab flight duration lebih 9 jam. Dapatlah tidur lama sikit. Selesai makan, lampu cabin ditutup lagi sekali untuk saya sambung tidur semula. Makan dan tidur je lah dalam flight ni. Nak buat apa lagi. Hihi.. Hampir 5 jam saya dapat tidur apabila cabin terang semula. Kelihatan stewardess edarkan makanan lagi. Kali ni Elysha dah bangun dan lapar katanya. Menu kali ni tiada pilihan, hanya roti dan air fresh orange. Kira breakfast la ni. Layann..

Makan lagi... dan lagi.. Rezeki jangan ditolak.
Elysha anak saya yang paling tak kuat makan. Jenis memilih makanan pulak tu. Ayam tak suka, tapi KFC nampak sedap je dia makan. Kicap manis je dia suka. Makanan berkuah pun ikut mood. Apa-apa pun sayur memang tiada dalam menu hidup. Budak-budak memang susah kan nak makan sayur. Huhu.. Kalau makan nasi kat rumah, dapat makan 5 suap kira banyak dah tu. Patutlah kurus kering je dia. Kesimpulannya, ayah dia jugak yang kena habiskan. Hihi.. Habis makan saya tak tidur sebab dah cukup kuota tidur saya untuk hari ni. Menunggu masa untuk flight sampai ke destinasi dengan menumpang tv di seat Elysha. Dia sambung tidur balik. Budak-budak kena tidur lama. Hehe..

Sikit lagi nak sampai Amman


@ TRANSIT - QUEEN ALIA INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 4.40 pagi waktu Jordan, flight mula menurun dan akan mendarat di Queen Alia International Airport. Saya set pada jam ikut waktu Jordan, 6 jam lewat dari waktu Malaysia. Bila travel, saya akan pakai jam digital yang boleh set beberapa waktu ikut negara yang dituju. Tak perlu lah nak pusingkan jam setiap kali sampai destinasi yang berubah waktu. Penting kena set jam, nanti takut terlepas waktu flight sebab masih refer pada waktu Malaysia. Huhu.. Jam 4.50 pagi flight Royal Jordanian RJ181 telah mendarat dengan selamatnya di Queen Alia International Airport. Si kecil Eirfan amat behave dalam flight. Dari KL ke bangkok tadi dia tak tidur. Lepas tu dia tidur di sepanjang perjalanan dari Bangkok ke Amman. Untung la abang dia dapat pau makanan dia. Hihi.. Eirfan tanya kita dah sampai London ke sebab dia nampak semua dah bersiap untuk keluar dari flight. Belum lagi sayang. Kita singgah Amman dulu ye.

Flight route: From Suvarnabhumi Airport to Queen Alia International Airport, Jordan
Seperti biasa, masuk je dalam terminal masing-masing mencari tandas. Untuk transit kami kena melalui pemeriksaan kastam dan juga imigresen. Kastam di sini agak strict. Lama juga kami beratur menunggu giliran. Backpack saya dan Eimran kena tahan untuk diperiksa seluruhnya. Takde apa pun dalam beg tu. Hanya pakaian dan juga gajet kami je. Dah prosedur, kenalah akur. Banyak tanya kang lagi lama kena tahan. Huhu.. Nasib baik dia tak tanya selfie stick saya yang canggih seperti yang saya kena kat Doha Airport tahun lepas. Jenuh nak explain macam mana nak guna selfie stick tu. Dia ingat pisau lipat agaknya benda tu. Hihi..

Tepat jam 5.00 pagi di Amman. Sejuk juga cuaca kat sini.
Beratur menunggu giliran untuk diperiksa
Done checking. Jom cari port dalam terminal.
Selesai urusan pemeriksaan kastam dan imigresen, kami berjalan di dalam terminal mencari tempat untuk berehat. Kami kena tunggu dalam 6 jam untuk flight berikutnya. Besar sungguh airport ni. Terminal baru airport ni dibuka pada tahun 2013. Nama airport ni diambil dari Queen Alia, bekas permaisuri Jordan yang mati dalam kemalangan helikopter pada 1977. Airport ini pernah mendapat anugerah Best Airport in Middle East pada tahun 2014. Walaupun dah hampir 6 tahun terminal baru ni dibuka, tetapi nampak seperti masih baru keadaannya. Amat besar dan cantik. Kami mencari tempat duduk berhampiran restoran dan duty-free area. Boleh la alas perut sambil jalan-jalan kat area duty-free.

Banyak kedai dah buka. Boleh cuci mata. Hihi..
Kami duduk di kawasan foodcourt berhampiran McDonalds dan kedai duty-free. Saya dan anak-anak berjalan mencari lokasi Gate 204 untuk flight berikutnya dan surau untuk solat Subuh. Jauh juga jarak di antara Gate 204 dengan foodcourt tempat kami duduk. Tak ramai orang di terminal pada waktu ni. Kejap lagi bila dah terang mesti ramai orang. Kami nampak signboard surau di hujung terminal. Lokasinya terletak di tingkat bawah. Surau amat bersih dan luas. Tiada jemaah lain, hanya kami bertiga. Selesai solat, kami kembali ke foodcourt. Rupanya ada surau di foodcourt ni, dekat je dengan tempat kami duduk. Tak perasan ada signboard surau di sebelah sana. Takpe, yang penting dah tau mana Gate 204. Hihi..

Jumpa signboard ghurfat alsolat dan ghurfat altadkhin. Hihi..
Surau amat selesa dan bersih
Ada 5 jam lagi sebelum naik flight berikutnya. Saya dan wife mencari makanan untuk alas perut. Kekenyangan makan dalam flight tadi masih terasa lagi. Kami ke McDonalds. Sebelum order saya check dulu currency rate untuk Jordanian Dinar. Tengok pada menu nampak macam murah je harga makanan dalam JOD. Sekali semak, JOD1.00 bersamaan dengan RM5.90. Huhu.. Lagi tinggi dari nilai GBP. Jordanian Dinar adalah currency yang ke-4 tertinggi di dunia selepas Kuwait, Bahrain dan Oman. GBP berada di tangga ke-5. Saya pernah gunakan matawang Omani Rial masa trip umrah pada 2016. Nak beli fridge magnet pun kena fikir panjang sebab OMR1.00 bersamaan dengan RM11.00 waktu tu. Amat menakutkan. Huhu.. Jadi yang mampu dibeli di McDonalds hanyalah 2 fries yang berharga JOD4.00. Makan sampai licin ye. Hihi..

Jangan main-main dengan Jordanian Dinar.
RM23.50 untuk 2 fries. Fuhh..
Tahan ye anak-anak. Diorang pun masih kenyang lagi makan dalam flight tadi. Kejap lagi naik flight kita makan lagi. Hihi.. Untuk menghabiskan masa, saya dan wife berjalan di duty-free area. Tak boleh bawa anak-anak, nanti macam-macam yang dipujuknya. Kami melihat barangan yang dijual. Ada kawan suruh tengokkan harga perfume. Walaupun currency tinggi, mungkin harga duty-free di sini murah berbanding di Malaysia. Fridge magnet kena cari juga sebagai tanda dah sampai di Jordan walaupun hanya menjejakkan kaki di terminal. Harga rokok di sini masih tetap murah berbanding duty-free di KLIA. Rasanya semua harga rokok di negara Middle East murah kot. Diorang pengeluar tembakau agaknya. Huhu.. Harga perfume pun boleh tahan murah juga. Saya mencari jika ada local perfume berbau harum yang sama seperti di Oman dulu. Harum dan murah.

Kita layan kedai duty-free dulu sambil cuci-cuci mata
Jam 8.00 pagi setelah habis semua area duty-free dah cover, kami bersiap untuk bergerak ke Gate 204. Boleh la duduk kat ruang menunggu tu dalam 3 jam lagi sebelum dipanggil. Huhu.. Duduk kat area foodcourt ni asyik rasa nak makan je sebab bau ayam goreng McDonalds. Kat ruang menunggu tu jauh dari kedai. Senang sikit nak pantau pergerakan anak-anak. Hihi.. Diorang memang pantang nampak kedai jual makanan dan mainan. Eirfan tu mainan favourite dia kereta. Tak kisah la apa saiz pun, sebesar hotwheels pun dia layan. Sabar ye nak, kat UK nanti kita cari kereta banyak-banyak kat carboot. Hehe..

Seronok sungguh dia main stroller pinjam tu
RJ111 to London: Flight status @ 11.20 am 'On Time'. Terbaik..
Jenuh juga nak menunggu sampai boarding gate dibuka. Eirfan dari duduk atas kerusi dah mula baring atas lantai carpet. Biarlah, janji dia tak berlari. Staff airport datang dan minta untuk ambil semula stroller kerana ramai penumpang lain yang nak guna. Dah ada kat ruang menunggu ni kami tak perlu stroller dah. Terima kasih kepada pihak airport kerana menyediakan stroller percuma untuk dipinjam. Saya dah mula rendahkan postur badan. Rasa macam nak tidur pun ada. Huhu.. Tiba-tiba pihak airport arahkan kami untuk keluar dari ruang menunggu kerana nak buka kaunter check boarding pass. Ada flight yang akan berlepas. Ruang menunggu ni untuk Gate 202 hingga 204.

Kena pindah kat luar ruang menunggu
Sedang duduk menunggu sampai terlelap, ada sorang perempuan datang ke arah wife saya. Dia mintak tolong jagakan beg dia. Wife saya tolak dan buat tak layan. Lain macam cara approach dia. Kat airport jangan sekali-kali tolong jagakan beg orang lain. Bukan taknak membantu. Silap haribulan ada benda terlarang dalam beg tu. Sia-sia je kena tangkap nanti. Huhu.. Agak meragukan juga cara perempuan tu minta kami jagakan beg dia. Risau juga kami sebab rasanya dia akan naik flight sama dengan kami. Janganlah kerana dia flight jadi delay. Huhu.. Jam 10.30 pagi kedengaran flight RJ111 bersedia untuk boarding. Kami beratur untuk pemeriksaan boarding pass. Lagi sekali saya dan Eimran kena tahan untuk diorang check bagpack kami. Siap check seluruh badan kami. Rasanya saya dah shave muka. Takdelah nampak ganas sangat. Hehe.. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Cuma beg kami je la kena susun balik. Dah pandai buka tak tau nak kemas balik ye. Haishh.. Moga tak kena check beg lagi lepas ni.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment