Friday 10 January 2020

JJCP Scandiscovery: Day 18 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SELASA, 25 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ QATAR AIRWAYS QR852


Jam 8.20 pagi kedengaran panggilan untuk penumpang Business Class masuk ke dalam flight. 10 minit kemudian panggilan untuk penumpang yang memegang tiket seat belakang. Kamilah orangnya bersama Rama dan Sue. Fa dan Abg Fikri dapat seat tengah. Nampaknya diorang dapat seat yang lebih selamat dari kami. Hehe.. Sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada bumi Qatar. Lepas ni kami akan jejakkan kaki di bumi tanah air tercinta. Makin tak sabar nak balik jumpa anak-anak kami. Dah tentu diorang pun rindu kat kami. Terima kasih sebab bagi peluang ayah dan ami explore dunia. In shaa Allah ada rezeki next trip kami bawak satu family travel jalan-jalan cari pengalaman hidup.

Dah last call. Siapa yang lambat mesti tengah berlari ni. Hehe..

@ QATAR AIRWAYS QR852

Kami masuk hingga ke bahagian belakang mencari seat 42A. Masa kat ruang menunggu tadi tak nampak pulak lelaki cina yang perangai tak semenggah tu. Harap-harap dia takde kat dalam flight ni. Apa pulak kecoh yang dibuatnya nanti. Mungkin dia dapat seat business class kot. Biarlah, janji kami bahagia kat economy class ni. Pandai-pandai la stewardess layan dia sampai pening kepala ye. Hehe.. Selesai letak beg kat atas dan pakai seatbelt, kami tunggu penumpang lain yang duduk di barisan depan uruskan hal masing-masing. Kali ni tak dapat hot seat seperti flight sebelum ni, tapi ruang kaki masih agak luas dan selesa.

Tak nampak kelibat lelaki cina tu. Legaa..
Stewardess bertugas mula mengedarkan headphone kepada penumpang. Kami nampak kanak-kanak diberi satu bekas plastik. Nampak macam beg je, cantik pulak tu. Wife saya terus tanya pasal beg tu pada stewardess yang beri kami headphone. Kalau dapat boleh la bagi kat Eirfan, anak bongsu kami. Terus stewardess tu bagi satu pada kami. Thank you Qatar Airways. Kami pasti pilih flight anda lagi untuk destinasi berikutnya. Itupun kalau dapat tiket flight murah la. Hehe.. Sebenarnya memang kami tak sangka dapat naik Qatar Airways, flight yang sentiasa dalam ranking Top-10 world's best flight. Terkejut juga bila tengok harga tiket masa beli dulu. Berkali-kali tengok pun harganya masih murah berbanding flight lain. Orang kata kalau dah tengok banyak kali, rugi tak beli. Nanti menyesal bila harga naik balik. Hehe..

Comelnya beg kanak-kanak ni. Eirfan mesti suka punyalah
Jam 9.00 pagi setelah mendengar makluman dari pilot dan melihat video tentang keselamatan, flight Qatar Airways QR852 mula berlepas ke ruang angkasa meninggalkan bumi Qatar dalam keadaan cuaca yang amat cerah. Saya bercadang untuk tidak tidur hingga sampai KLIA sebab nak elakkan dari terkena jetlag. Kalau tidur sekarang, sampai KLIA dah malam. Nanti susah pulak nak tidur bila sampai rumah. Huhu.. Tinggal sehari je nak betulkan balik keadaan sebab lusa dah mula bermesyuarat di sekolah. Untuk elakkan tidur saya main game yang ada pada monitor. Tak boleh dengar lagu dan tengok movie sebab confirm tertidur. Hihi..

Jom kembali ke pangkal jalan
Selamat tinggal Qatar. Malaysia mu tunggu aku balik..
Tak sampai sejam di udara, stewardess mula mengedarkan makanan. Fuhh, kali ni lagi cepat makanan sampai. Flight duration dalam 7 jam 20 minit untuk sampai ke destinasi. Mungkin sebelum sampai nanti dapat makan lagi. Menu yang diberi tiada pilihan dan agak simple. Mungkin menu breakfast kot. Takpelah, janji dapat makan. Memang perut tengah lapar ni. Hihi.. Lepas makan saya sambung main game. Boring juga game yang ada. Saya tukar tengok movie. Seperti yang dijangka, jalan cerita tak sampai suku saya dah tertidur. Macam mengundang untuk jetlag je ni. Huhu..

Menu breakfast. Biasa je tapi habis dimakan. Hehe..
Boleh tahan khusyuk juga saya tidur. Jam 2.15 petang baru saya terjaga. Tengok pada flight map, dah nak dekat sampai Malaysia rupanya. Huhu.. Tak perlu sambung tidur lagi. Kalau ikut waktu Malaysia dah pukul 7.15 malam. Biasanya saya kalau tertidur waktu petang, malamnya memang susah nak tidur. Nampaknya dah ada bayangan untuk jetlag. Andai terkena, harap boleh recover secepat mungkin. Tak sanggup nak tahan mata mengantuk masa mesyuarat nanti. Huhu..

Dalam 2 jam lagi nak sampai Malaysia. Yeayy..
Jam 8.00 malam waktu Malaysia, kami dihidangkan makanan sekali lagi. Menu kali ni lagi simple iaitu muffin dan juga pai. Kira supper la kot. Hehe.. Takpelah, lagipun dah nak mendarat kejap lagi. Alas perut je sebab sampai KLIA nanti saya nak makan nasi lemak dulu sebelum bertolak balik ke Kota Damansara. Begitulah yang berlaku bila travel. Nafsu makan membuak-buak. Kalau boleh dalam masa sehari nak setelkan semua makanan kegemaran. Macam manalah agaknya kalau saya tinggal di luar negara. Mungkin ambil masa yang agak lama untuk sesuaikan diri dengan makanan. Itu belum kira pasal air lagi. Tak boleh hidup kalau tak dapat minum teh ais. Hehe.. Tak dapat dinafikan makanan Malaysia adalah makanan yang paling sedap, paling best dan paling dirindui bila travel.

Flight meal terakhir untuk trip kali ni. Welcome back nasi lemak sambal kerang. Hehe..
Selesai makan, saya melayan lagu sambil melihat flight map. Bila nampak flight dah mula masuk ruang udara Malaysia, lagi bertambah seronok. Dulu masa mula-mula naik flight memang rasa teruja. Maklumlah, umur 33 tahun baru buat pasport dan lihat negara luar. Tapi sekarang ni bila dah selalu naik flight, baru tau betapa bosannnya duduk lama dalam flight. Setakat 4-5 jam tu boleh tahan lagi. Lebih dari tu agak menyeksa jiwa juga lah. Huhu.. Kalau naik kapal cruise takpelah. Kapal belayar 12 jam tanpa henti pun takde masalah sebab boleh ronda dalam kapal. Naik flight nak ronda ke mana lagi kalau bukan ke lavatory. Paling kuat pun ke pantry mintak makanan extra jika ada. Hehe..

Sikit lagi nak sampai. Tak sabar rasanya nak mendarat.
Akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. Jam 9.40 malam flight Qatar Airways QR852 telah mendarat di KLIA dengan selamatnya. Walaupun tak sabar nak keluar dari flight, tapi saya tetap tunggu semua penumpang keluar dulu. Kebanyakan penumpang flight ni jenis tak sabar. Flight belum berhenti dengan sempurna pun dah mula buka seatbelt dan buka cabin untuk ambil beg. Lepas tu berdiri tunggu di lorong sampai la pintu flight dibuka. Cubalah bawa bertenang. Apa-apa pun saya akan bangun untuk ambil beg dan duduk semula sebab takut orang lain terambil beg saya. Bila keadaan dah kembali tenang dan lorong pun dah clear, barulah saya bergerak keluar dari flight sambil mengucapkan terima kasih pada stweardess dan pilot yang sudah sedia menunggu di pintu. Tamat sudah perjalanan kami dengan flight. Moga dapat naik lagi untuk trip jalan-jalan cari pengalaman yang berikutnya. Wallahu 'alam..

Thank you Qatar Airways!..


2 comments:

  1. Selamat sudah ...

    Memang betul yang pasal makanan bila mendarat kalau boleh nak makan semua .... kami nih lagi ler ... bila sampai tanah air, macam macam nak makan .... tgh tgh malam pun boleh keluar gi cari makanan gak ! Hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan.. Makanan kita juga yang paling sedap. Hehe..

      Delete