Wednesday 1 January 2020

JJCP Scandiscovery: Day 17 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 24 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ MASJID SUNNAH
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT


Ikutkan pada google maps, jarak dari Byens Shawarma ke Masjid Sunnah dalam 300 meter. Sampai di depan pintu, kelihatan memang ada signboard menunjukkan Masjid Sunnah berada di tingkat atas rumah kedai. Saya cuba tekan butang loceng pada pintu tapi tiada respons. Saya ketuk pintu berkali-kali pun takde orang yang buka. Tebal juga rasanya pintu ni. Kami tunggu je sampai ada orang buka pintu. Kalau dalam masa 10 minit takde apa-apa respons, kami terpaksa cari tempat lain untuk solat. Saya ada satu lagi lokasi masjid yang saya tagging sebagai option kedua.

Walking route: From Byens Shawarma to Masjid Sunnah

@ MASJID SUNNAH

Masing-masing bergilir ketuk pintu. Lebih 5 minit juga menunggu akhirnya ada seorang jemaah yang baru lepas solat buka pintu tersebut dari dalam. Kami memberikan salam dan bertanya tentang Masjid Sunnah. Dia kata pintu ni tak berkunci sebenarnya, cuma ketat nak buka. Memang tebal betul kayu pintu ni. Huhu.. Saya dah cuba buka tadi tapi tak boleh. Takkan la saya nak tendang pulak. Nanti tak pasal kena tangkap sebab cubaan vandalisme. Nasib baiklah jemaah tu buka pintu. Hehe.. Kami naik ke tingkat atas menuju ke Masjid Sunnah.

Kat pintu ada tertulis Masjid Sunnah
Kami berasa kagum kerana ada masjid di tengah bandar Copenhagen. Bukan satu je, malah ada beberapa lagi lokasi masjid di sini. Mudah untuk umat Islam singgah solat jika berada di sini. Walaupun boleh solat di mana-mana pun asalkan tempat yang bersih, tapi adalah lebih baik jika dapat melawat rumah Allah yang sedia ada. Sekurangnya dapat berkenalan dengan umat Islam yang sudah tentunya menjadi golongan minoriti di sini.

Ruang kasut dan tempat ambil wudhuk
Ruang solat yang bersih dan selesa
Walaupun ruang solat kecil dan boleh memuatkan dalam 30 jemaah dalam satu masa, tapi lokasinya terbaik kerana terletak di tengah bandar Copenhagen. Kemudahan asas semuanya lengkap. Alhamdulillah kami dapat melawat dan tumpang solat di sini. Kalau diikutkan, masjid kedua yang saya tagging agak jauh juga dari sini. Jadi tak perlulah nak ke sana. Selesai solat, jam 2.30 petang kami bersiap untuk turun ke bawah. Memandangkan hanya kami berenam je yang ada di masjid ni, kami tutup semua lampu dan kipas. Pintu masjid kami tutup rapat seperti yang diminta oleh jemaah yang buka pintu tadi. Mungkin kejap lagi ada jemaah lain yang datang untuk solat Asar dan Maghrib.

Inilah dia pintu tebal yang ketat tu. Huhu..
Makan dah sudah, solat pun dah selesai. Nampaknya sampai di sini je pengalaman yang kami dapat kumpul di bandar Copenhagen. Lepas ni kami nak terus ke airport. Jarak dari Masjid Sunnah ke Copenhagen Central Station dalam 700 meter. Disebabkan ini kali terakhir kami akan berada di bandar, jadi kami taknak jalan kaki. Sebelum ni boleh je jalan kaki lebih 1 km. Kali ni mengada nak naik bas pulak. Takpelah, kali terakhir la katakan. Hehe.. Kami tunggu bas di seberang jalan dan menunggu bas bernombor 7A. Tak sampai 5 minit bas pun tiba dan bawa kami hingga sampai di depan Copenhagen Central Station. 3 minit je dalam bas, tak sempat duduk pun. Hihi.. Dari bus stop, kami berjalan masuk ke dalam station.

Bus route: Bus no. 7A from Vesterbros Torv Bus Stop to Hovedbanegarden Bus Stop
Jom masuk ke dalam Copenhagen Central Station
Sampai di dalam Copenhagen Central Station, saya melihat jadual perjalanan train yang menuju ke Kastrup International Airport. Ada banyak option untuk ke airport kerana train menuju ke Sweden akan lalu route yang sama. Cuma kena pastikan betul-betul kerana ada train yang tak berhenti di airport. Kalau salah naik, memang confirm masuk Sweden dan kena turun di Malmo. Silap haribulan masa tu ada officer yang datang check tiket memang kena saman la jawabnya sebab tiket kami tak cover sampai Sweden. Huhu.. Ikut pada jadual, train terawal yang akan sampai di sini dan berhenti di airport terletak di Platform D.

Menunggu train sampai di Platform D
Tepat jam 2.45 petang, train sampai di Platform D. Apabila train bergerak je terus ada officer perempuan datang ke arah kami dengan memegang satu device. Rupanya dia nak check tiket. Fuhh, akhirnya last public transport yang kami naik di Copenhagen baru kena check. Diorang check secara random je. Nasib la siapa yang terkena kalau takde tiket. Huhu.. Pengajarannya, jangan mengada-ngada tak beli tiket melainkan ada extra duit sebanyak DKK750.00 yang memang bertujuan untuk membayar saman. Hehe.. 15 minit perjalanan, akhirnya train berhenti di airport.

Train route: From Copenhagen Central Station to Kobenhavns Lufthavn Station
Dah sampai airport. Kononnya sedih la tu. Hihi..

@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT

Ada 2 perkara penting yang kami nak uruskan sebelum check-in flight. Pertama, kami ke baggage lockers dulu untuk ambil beg kami yang disimpan semalaman. Ikut pada masa penyimpanan, kami kena bayar extra kerana lebih 24 jam. Daripada resit semalam, kami mula simpan jam 1.30 petang. Sekarang dah 3.20 petang, bermakna lebih 1 jam 50 minit. Bila saya key-in nombor kod yang tertera pada resit tu, saya dikehendaki membayar harga penuh 24 jam berikutnya iaitu DKK100.00/locker. Pehhh, rugi betul ni. Ingatkan dia charge per hour selepas habis 24 jam pertama, rupanya tidak. Nak buat macam mana, terpaksalah bayar DKK200.00 untuk 2 locker yang kami guna selama 25 jam 50 minit tu. Cost living di sini memang dah sedia maklum tinggi. Dengan charge locker pun sama tinggi juga. Serba serbi mahal la kat sini. Huhu..

Nak senyum pun malas. Huh.. Bengang je..
Hal tentang beg dah selesai. Perkara kedua kami nak uruskan claim VAT pulak. Ada la beberapa resit yang kami boleh dapatkan tax refund. Setelah letakkan beg atas troli, kami berjalan menuju ke dalam terminal mencari kaunter VAT yang telah kami jumpa masa sampai di sini haritu. Sebelum masuk ke dalam terminal, kebetulan hujan salji pun turun. Apa lagi, layan dulu buat kali terakhir. Hehe.. Bila la lagi agaknya dapat merasa main hujan salji. Setiap kali bila dah balik Malaysia, yang paling dirindui tentang travel adalah cuaca. Asal berpeluh panas mulalah teringat kenangan musim sejuk dan tersenyum sendirian. Hehe..


Bilalah agaknya dapat main salji lagi ye

Masuk ke dalam terminal, kelihatan lampu di dalam kaunter VAT mula suram. Kaunter tutup awal rupanya kerana hari ni cuti Krismas. Kelihatan papan tanda close pada pintu tetapi masih ada officer di dalam. Wife saya masuk juga dan bertanya pada staff tersebut. Rupanya kaunter baru je tutup jam 3.00 petang tadi. Bertambah 2 kali bengang dalam masa tak sampai setengah jam. Huhu.. Apa-apa pun kami kena selesaikan juga resit VAT sebelum berlepas. Rugi kalau tak claim tax refund ni. Jadi sia-sia je kami mintak tax refund setiap kali membeli barang. Officer tu tunjuk satu bilik untuk kami selesaikan hal VAT dan berurusan dengan officer yang bertugas dalam bilik tu.

Officer tu suruh kami masuk dalam bilik ni dan berjumpa dengan officer bertugas
Nasib baik takde orang lain dalam bilik ni. Agak kurang mesra officer yang melayan kami di kaunter. Dia hanya check semua resit kami sama ada tulis dengan betul atau tidak. Bila dah check, dia asingkan resit kami mengikut jenis tax. Di sini ada dua company tax refund iaitu Premier Tax Free dan Global Blue Tax Free. Setelah semuanya selesai, dia suruh kami masukkan semua resit dalam sampul surat mengikut nama company tax refund. Kemudian kami kena masukkan pada peti surat yang disediakan. Kiranya kami claim melalui pos. Nanti tunggu je la duit refund tu masuk ikut kad kredit yang digunakan masa pembelian. Ni yang saya tak suka sebab selalunya mesti dapat kurang dari amaun yang kami refund. Nak argue pun tak boleh sebab hantar melalui pos. Huhu.. Kalau kaunter tadi masih buka, boleh dapat terus duit refund. Nasib badan. Kami cuma boleh mengharapkan dapat nilai refund semaksima mungkin. Kebarangkalian amat tipis sebenarnya. Huhu..

Saya isi sepenuhnya resit yang belum lengkap
Dah isi resit dalam sampul surat, masukkan ikut nama company.
Selesai urusan 2 perkara yang agak menyakitkan hati. Huhu.. Seterusnya kami mencari tempat duduk untuk berehat sementara menunggu kaunter check-in flight dibuka. Baru pukul 5.00 petang. Sekurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas baru kaunter dibuka. Kami bergilir-gilir solat di satu sudut. Kemudian saya habiskan masa meronda di kawasan sekitar. Bengang pada 2 perkara tadi masih belum reda. Pada saya kaunter VAT tak boleh tutup walaupun masa cuti kerana ia melibatkan penumpang dari negara lain yang nak buat claim. Kalau macam tu kenapa flight tak cuti pulak. Kan lebih baik tutup je terus airport sebab cuti umum. Betul-betul punya bengang ni. Hahah..

Geram pulak bila lalu depan kaunter ni. Hehe..
Sambil berjalan membuang masa dalam terminal, banyak juga maklumat yang saya dapat tentang Kastrup International Airport. Ada 2 terminal utama di sini. Kena check listing tentang flight yang akan berlepas dan mendarat sama ada di Terminal 2 atau 3. Juga kena pastikan betul-betul gate mana flight akan berlepas kerana kalau dapat gate yang paling hujung agak jauh juga nak berjalan. Kejadian kami berlari ala The Amazing Race mengejar flight Norwegian Airlines masih amat segar dalam ingatan. Mungkin akan diingati sampai bila-bila. Mana taknya, gate dah closed tapi kami masih lagi sedang beratur di immigration clearance. Huhu.. Sudah tentu ianya menjadi pengajaran yang paling berguna dan berharga dalam sejarah travel saya. Wallahu 'alam..

Hasil dari rondaan di sekitar terminal


2 comments:

  1. Saya dah habiskan membaca tulisan JJCP Scandiscovery encik sejak dari post yang pertama lagi....fuhh...bila membaca, dapat tahu detail seolah - olah saya alami pengalaman yang sama..semangat saya nak berjalan - jalan ke sana juga. Insya Allah satu hari nanti. Banyak informasi yang Encik kongsikan..Teruskan menulis encik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for your support tuan! Alhamdulillah tuan sudi baca blog saya ni sampai habis. Really appreciate it! Moga dapat membantu tuan untuk travel di masa akan datang, in shaa Allah. Saya akan terus menulis jika ada masa terluang. Tq again for reading my blog!.. :)

      Delete