Friday 10 January 2020

JJCP Scandiscovery: Day 18 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SELASA, 25 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT


Lepas makan saya layan lagu sampai tertidur. Saya sedar semula apabila wife kejutkan saya. Pilot baru selesai maklumkan bahawa flight kami akan mendarat di Hamad International Airport dalam masa 10 minit. Laju juga pilot yang bawa flight ni. Sepatutnya sampai dalam jam 5.50 pagi waktu Doha. Dah la berlepas tadi lewat setengah jam, tapi masih boleh sampai jam 6.00 pagi. Mentang-mentanglah flight malam, suka hati je dia bawak laju ye. Hihi.. Apa-apa pun yang penting flight kami mendarat dengan selamatnya di Hamad International Airport. Alhamdulillah..

Flight route: From Kastrup Int' Airport to Hamad Int' Airport
Cuaca dah mula nak cerah di Hamad International Airport

@ HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT

Seperti biasa, kami biarkan semua penumpang keluar dulu. Takde apa yang nak dikejar. Ada lagi dalam 2 jam lebih untuk kami meronda kat duty-free sebelum naik flight berikutnya yang dijadualkan berlepas jam 8.55 pagi. Harap-harap kedai kat duty-free dah buka la sekarang ni. Boleh cuci mata di awal pagi ni. Hihi.. Selepas selesai urusan imigresen tanpa sebarang masalah, kami berjalan mencari tempat untuk naik train seperti aerotrain di KLIA. Masa sampai haritu saya nampak ada train dalam terminal ni. Itupun perasan bila kami dah jauh berjalan. Huhu.. Kali ni takkan la nak jalan kaki lagi. Kemudahan dah diberi, kita guna la dengan sebaiknya. Hehe..

Aerotrain yang menghubungkan terminal di sini
Kami sampai semula di kawasan restoran haritu dan duduk di tempat yang sama. Macam takde tempat lain nak pergi. Sebenarnya tak berani nak ronda tempat lain, takut tersesat jauh. Hehe.. Untuk menghabiskan masa hingga boarding gate dibuka, saya dan wife meronda di dalam kedai duty-free. Agak mahal juga barang-barang kat sini. Fridge magnet pun mahal, tapi nak juga beli satu buat kenangan dah sampai di Doha walaupun hanya duduk dalam terminal. Saya mencari kalau ada perfume Arab yang murah seperti yang saya beli masa di Oman dulu. Ada perfume Arab di sini, tapi mahal sangat harganya. Huhu.. Takpe, cukuplah perfume yang saya beli di airport semalam. In shaa Allah boleh pakai sehingga trip saya yang berikutnya. Nanti boleh beli lagi. Hehe..

Walaupun rokok di sini murah berbanding Malaysia, tapi smoking kills.. Ingat tu.. Hihi
Hampir keseluruhan kedai duty-free ni kami ronda. Apa lagi yang nak dibuat kat sini. Nak tidur macam tak sesuai sebab kejap je lagi dah nak ke boarding gate. Selalunya masa ni yang paling dirisaukan jika flight delay. Setakat saya travel ke luar negara sejak 2011 belum pernah lagi flight delay. Lewat dalam 30 minit tu perkara biasa. Kalau domestik memang pernah terjadi sampai berjam-jam. Selalu pulak tu. Cuba teka flight apa. Hehe.. Nasib baik tak pernah kena flight cancel. Nak marah tak boleh juga sebab tiket murah. Kena la terima dengan hati yang terbuka. Hihi..

Kita lepak tempat yang sama. Penat dah jalan-jalan kat duty-free
Akhirnya jam 8.00 pagi barulah keluar info tentang flight kami. Penumpang flight Qatar Airways QR852 dah boleh pergi ke Gate B9. Kami bersiap-siap untuk naik aerotrain semula. Kena sampai awal, takut ada pemeriksaan imigresen lagi. Huhu.. Lain airport lain kaedah keselamatannya. Tambah pulak airport ni agak baru, mesti lagi ketat pemeriksaannya. Sepanjang airport yang pernah saya jejak, setakat ni Kuala Namu International Airport di Medan yang paling canggih. Terkejut juga saya masa tu sebab ada tempat body scanner yang berpusing tu. Siap kena kangkang dan depa tangan lagi. Huhu.. Airport lain tak jumpa lagi macam tu. Jangan main-main dengan kepakaran Indonesia tau. Hehe..

Alhamdulillah flight kami tak delay buat masa ni
Naik aerotrain lagi, takkan nak jalan kaki. Hehe..
Jam 8.15 pagi kami sampai di Gate B9. Kelihatan penumpang sedang beratur untuk masuk ke ruang menunggu. Nampaknya takde pemeriksaan dari imigresen. Saya tak suka betul bila kena cek semua bagai walaupun tau itu adalah prosedur keselamatan. Tak takut pun sebab yakin tak bawa barang terlarang. Tapi bengang je bila dapat pegawai bertugas yang banyak soal. Sampai habis satu beg dikumbahnya. Lepas tu tak pandai nak masukkan balik sebab terlalu padat. Kita pulak yang kena susun semuanya. Padahal diorang dah check kat monitor. Saje je buat double-check bagi lambat. Mungkin bos besar tengah memerhati kot, sebab tu bersungguh-sungguh buat kerja. Hehe.. Apa-apa pun kena lah akur dengan arahan yang diberi.

Sampai sudah di Gate B9
Agak ramai juga penumpang yang berada di ruang menunggu. Kali ni baru nampak ramai orang Melayu. Kami duduk di satu sudut sambil menunggu boarding gate dibuka. Kalau dipanggil ikut seat, kami mungkin akan masuk dulu sebab saya dapat seat bernombor 42A. Saya ada terbaca dalam internet tentang pilihan seat dalam flight. Ada info yang kata duduk di bahagian tengah flight lebih selamat. Tak pasti saya dengan kenyataaan selamat tu. Setakat ni takde pulak saya dengar penumpang seat tengah terselamat bila flight terhempas. Huhu.. Macam-macam la info diorang ni. Pada saya tak penting pun dapat seat mana satu. Yang paling penting ada nombor seat untuk saya duduk. Hihi.. Cuma saya lebih prefer duduk bahagian belakang. Sama ada saya jenis tak rushing untuk keluar bila flight mendarat atau mungkin terbawa-bawa perangai masa sekolah dulu suka duduk meja belakang. Hahah.. Wallahu 'alam..



No comments:

Post a Comment