Tuesday 31 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 17 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 24 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ CHRISTIANSBORG PALACE
@ BYENS SHAWARMA


Pagi yang terakhir ni saya bangun jam 6.00 pagi. Setelah bersihkan diri dan solat Subuh yang masuk pada jam 6.18 pagi, kami breakfast bersama-sama buat kali terakhirnya di bumi Denmark. Seronok terasa di hati apabila dah sampai masanya untuk pulang. Sebab tu saya selalu setting trip sekurangnya 2 minggu untuk travel di Eropah. Pasti puas hati. Kalau seminggu rasa macam tak cukup je. Dah la bukan senang nak datang lagi ke sini. Bila ada peluang macam ni, memang saya takkan siakan. Andai kata kalau rezeki saya hanya dapat sekali je menjejakkan kaki di Scandinavia, ianya sudah cukup untuk dijadikan sebagai pengalaman hidup yang amat berguna. Alhamdulillah..

Weather forecast in Copenhagen
Agak mewah breakfast kami pagi ni. Western gitu. Hihi..
Lepas breakfast, masing-masing nak berehat dulu. Penat semalam tak habis lagi. Saya sebagai pemandu sepanjang masa dah tentu lagi penat. Jam 10.30 pagi barulah kami semua bersiap-siap untuk keluar dan check-out terus dari rumah ni. Dah takde apa yang diperlukan untuk kami balik semula ke sini. Beg kami dah sedia menunggu kat airport tu. Hihi.. Saya keluar ke balkoni untuk melihat keadaan persekitaran. Masih ada salji yang turun malam tadi. Patutlah sejuk semacam je masa tidur semalam. Dah pasang heater maksimum pun terasa sejuk sampai ke tulang. Huhu..

Patutnya kami breakfast kat luar. Barulah western style. Hahah..
Jam 11.15 pagi kami check-out dari rumah. Kami tak sempat nak jumpa Ahsan kerana dia bekerja. Kami hanya tinggalkan kunci di pintu. Saya mesej dia maklumkan kami dah check-out dan berterima kasih kerana beri kami tumpang bermalam di rumahnya. Dia minta saya berikan review yang terbaik dalam website AirBnb. Sebagai balasan, dia akan bagi good review kat saya. Eh, boleh macam tu pulak deal dia ye. Huhu.. Inilah satu-satunya tuan rumah yang minta saya buat macam tu. Nampak sangat takut kalau saya bagi bad review kat dia. Walaupun kejadian orang salah masuk rumah semalam adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal, tapi secara keseluruhan kami semua selamat berada di rumahnya. Cuma kalau seorang diri tu agak bahaya jugalah especially single lady. No worries Ahsan, saya akan bagi general good review. Tapi siapa yang baca blog saya ni confirm la takkan book rumah dia ni. Huhu..

Kita bergambar dulu sementara menunggu bas sampai
Keadaan amat lengang di sini kerana hari ni cuti umum. Denmark merayakan Krismas pada 24 Disember, sehari lebih awal dari kebanyakan negara lain. Disebabkan jalan tak sibuk kerana penduduk beraya di rumah, kami ambil keputusan untuk naik bas sampai ke pusat bandar Copenhagen. Barulah ada feel lain dari yang lain. Asyik naik train je, nak juga try naik bas di hari terakhir ni. Hehe.. Sempat lagi kami nak berjalan-jalan di bandar Copenhagen sebab flight kami jam 9.40 malam ni. Paling lewat jam 5.30 petang dah kena ada di airport sebab nak mengambil beg kami dulu. 15 minit menunggu di bus stop berhampiran rumah Ahsan, tepat jam 11.30 pagi bas bernombor 9A sampai. Naik dulu, turun kat mana belum pasti lagi. Janji jalan. Hihi..


Last feeling mulut berasap. Hehe..

Bas dah nak sampai pun sempat bergambar lagi. Hehe..
Jangan risau, dah tentu la saya study tentang perjalanan bas kat sini. Takkan la main naik je. Karang dibawanya sampai masuk Sweden tak ke haru dibuatnya. Hahah.. Bas 9A akan bawa kami sampai ke destinasi berikutnya. Cuma kena duduk lama sebab banyak bus stop yang kena berhenti. Tapi tak ramai pun penumpang dalam bas. Jadi boleh la kami duduk dan melihat pemandangan bandar Copenhagen buat kali terakhirnya dari tingkap bas. Lagi banyak yang kita lihat, lagi banyak pengalaman hidup yang kita dapat. Layann..

Banyak info dalam bas. In shaa Allah takkan terlepas bus stop. Hehe..
Jam 12.05 tengahari kami turun di Stormbroen Bus Stop, di mana Christiansborg Palace dan National Museum of Denmark terletak di sini. Kepada yang beli tourist pass seperti Copenhagen Card, pastikan jangan beli jika ingin melawat Copenhagen pada hari Isnin kerana banyak tourist spot yang tutup kepada pelawat. Tambah pula musim winter dan hari ni cuti umum, lagilah banyak tempat yang tutup. Huhu.. Tapi kalau buka pun kami tak beli juga, sebab kami lebih suka masuk tempat yang free je. Dapat ambil gambar kat pintu masuk pun dah cukup. Hehe..

Bus route: Bus no. 9A from Hojrisvej Bus Stop to Stormbroen Bus Stop
Info tentang Copenhagen Card. Tak sesuai untuk hari Isnin dan cuti umum.(Ihsan Google Search)
Turun je dari bas, keadaan persekitaran amat lengang. Tourist spot dah tentu banyak yang tutup. Sebenarnya kami suka dengan keadaan macam ni. Nak ambil gambar pun senang, takde muka orang lain dalam gambar. Lagipun kami cuma nak berjalan-jalan dan bergambar di kawasan persekitaran. Ramai sangat orang pun buat pening kepala je. Huhu.. Cadangnya pagi ni kami nak naik tour boat pusing bandar Copenhagen. Harap tempat tu buka hari ni. Kalau tak buka, kita sambung jalan-jalan hingga tiba masanya untuk ke airport.

Walking route: From Stormbroen Bus Stop to National Museum, Christiansborg Palace & Canal Tours
Tenang dan jernih sungguh air sungai kat bandar Copenhagen ni.
National Museum tutup. Ambil gambar kat pintu je. Jadilah.. Next...

@ CHRISTIANSBORG PALACE

Seperti dijangka, National Museum tutup hari ni. Bagi la peluang staff muzium bercuti sambut Krismas dengan keluarga tercinta. Hihi.. Dari National Museum kami berjalan ke seberang menuju ke Christiansborg Palace. Kalau Amalienborg Palace yang kami singgah dulu adalah tempat tinggal Denmark's Royal Family, Christiansborg Palace pula adalah tempat bagi Parlimen Denmark, Mahkamah Tinggi dan Kementerian Negara. Ibu pejabat Perdana Menteri Denmark juga terletak di sini. Di beberapa bahagian dalam palace ini juga digunakan oleh Royal Family untuk pelbagai acara diraja. Namun tak semua tempat kat sini boleh dilawati oleh orang awam. Kami setakat berjalan kat kawasan luar je. Hihi..

Christiansborg Palace, lagi besar dari Amalienborg Palace
Seronoknya bila takde orang lain melainkan kami berenam je kat sini. Tenang sungguh suasana. Hihi.. Ibarat orang Bangladesh yang melepak kat KLCC ketika Hari Raya Aidilfitri, apa kejadahnya orang kat sini nak berjalan masa cuti Krismas. Hehe.. Tapi masa saya di Munich pada hari Krismas tahun 2015, walaupun banyak kedai yang tutup, ramai juga tourist ketika tu. Mungkin Copenhagen tak famous kepada tourist berbanding Munich. Apapun, yang penting waktu tu Hard Rock Cafe Munich tetap buka. Dapatlah tambah koleksi peribadi saya. Hehe..

Semua tempat kami ronda. Ini palace kami yang punya. Hahah..
Cukup puas bergambar tanpa gangguan dari orang lain, jam 12.30 tengahari kami keluar dari kawasan Christiansborg Palace dan menuju ke kaunter tiket Canal Tour yang terletak di seberang sungai. Bila tak ramai tourist, lebih cerah la peluang kami untuk naik bot. Tak perlu nak tunggu lama sebab ketika tourist season especially musim summer, tiket dibeli melalui online. Kalau beli masa walk-in mungkin tiket dah habis. Huhu.. Kami tak suka nak book awal-awal sebab takut tak sempat nak kejar masa. Nanti rugi je dah beli tiket tapi terlepas. Huhu.. Kalau masa walk-in tiket masih ada lagi, itu kira rezeki buat kami. Satu je jenis tiket yang kami beli awal, iaitu tiket flight. Hehe..

Bergambar lagi kat repilka kuda yang terletak di luar Christiansborg Palace
Kami sampai di kaunter tiket Canal Tour Copenhagen. Saya bertanyakan pada staff di kaunter tentang canal tour. Staff tu kata next tour adalah pada jam 2.00 petang. Tiket masih ada lagi untuk kami berenam. Tapi masalahnya lewat sangat. Tour selama sejam dan akan tamat jam 3.00 petang. Kami nak makan dan solat lagi. Memang tak sempat punya. Huhu.. Nampaknya leburlah impian kami untuk naik bot ronda bandar Copenhagen. Takpelah, takde rezeki buat kami untuk menikmati suasana pemandangan dalam bot di Copenhagen. Tak dapat ronda dengan bot, kita sambung meronda dengan kaki. Hihi..

The Grand Tour yang kami nak naik (Ihsan Google Search)
Tiket still available, tapi masa pulak tak kena. Huhu..
Jernih sampai nampak patung kat dalam sungai. Seram juga..
Tak dapat naik bot, kami teruskan perjalanan untuk makan tengahari. Kami berjalan ke seberang sungai dan menunggu bas bernombor 31. Tak sampai 5 minit, bas pun sampai dan bawa kami ke destinasi berikutnya. Lebih 10 minit berada dalam bas, kami turun di Vaernedamsvej Bus Stop dan berjalan menuju ke restoran halal. Dalam hati berdoa agar restoran ni buka sebab banyak kedai yang tutup hari ni. Huhu.. Kalau tutup nampaknya terpaksalah makan roti plain yang dijual di supermarket sebagai menu lunch kami. Apa boleh buat. Itu je option yang ada supaya tidak kelaparan. Hehe..

Bus route: Bus no. 31 from Gammel Strand Bus Stop to Vaernedamsvej Bus Stop
Walking route: From Vaernedamsvej Bus Stop to Byens Shawarma

@ BYENS SHAWARMA

Alhamdulillah, dari jauh nampak ada orang di dalam restoran. Bayangkan deretan kedai yang ada di sini semuanya tutup kecuali Byens Shawarma. Memang rezeki kami untuk makan di sini. Nasib baik tiada pelanggan ketika kami masuk ke dalam restoran kerana hanya ada 3 meja je, sesuai untuk kami berenam. Hehe.. Daripada menu yang tertera, saya pilih menu yang berbeza dari kebiasaannya. Dah tak larat nak makan kebab dan seangkatan dengannya lagi. Kami pilih menu ayam goreng separuh beserta sayur, fries dan air tin yang berharga DKK65.00. Cukup rasanya untuk kami berdua. Kalau tak cukup baru la tambah order lagi. Biasalah nafsu sedang cuba mengganggu fikiran dan perut kami yang sedang kekosongan ni. Hihi..

Semua menu nampak sedap. Tapi ayam goreng juga yang kami pilih
Kami terpaksa tunggu dalam 10 minit kerana untuk menu ayam goreng, selepas order baru pekerja mula menggoreng, tidak seperti daging kebab yang memang dah sedia masak dan tunggu untuk dipotong dengan pisau. Takpelah, boleh je tunggu dengan harapan ayam goreng tu sedap dimakan sebab baru digoreng, bukan dipanaskan dalam microwave. Seronok berborak, akhirnya sepinggan ayam goreng berada di atas meja. Fuhh, memang sedap sungguh ayam goreng ni. Boleh dikatakan antara makanan yang paling sedap kami makan di restoran sepanjang trip ni. Boleh pulak dapat masa hari terakhir kat sini. Save the best for last. Separuh ayam goreng dah cukup untuk kami berdua, tak perlu tambah order. Alhamdulillah, kami semua tersenyum kekenyangan. Hehe..

The best halal fried chicken in Copenhagen. Thank you Byens Shawarma!..
Jam 1.40 petang kami beredar dari Byens Shawarma dengan penuh kepuasan. Rasa macam nak bungkus makan kat airport. Nanti lepas makan terlupa lagi nak beratur kat imigresen. Taknak berlaku lagi aksi cemas di airport. Cukuplah sekali sebagai pengajaran. Huhu.. Takpelah, nanti dalam flight dapat makan lagi. Kalau lapar kat airport boleh cari roti plain untuk alas perut. Seterusnya kami berjalan mencari lokasi masjid yang berdekatan. Ikut pada google map dan info berkaitan masjid di Copenhagen, ada satu yang berdekatan dengan Byens Shawarma. Moga tempat tu buka untuk kami tumpang solat. Wallahu 'alam..



No comments:

Post a Comment