Monday 23 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 15 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 22 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ IKEA MUSEUM
@ AIRBNB - BEV & JERRY


Hati berbunga-bunga bila drive menuju ke Ikea Museum. Ikea bukanlah nama asing kat Malaysia. Saya yang duduk di Kota Damansara memang dekat sangat dengan Ikea. Kadang-kadang saja je jalan-jalan cuci mata tapi akhirnya ada la jugak benda yang dibeli kat Ikea tu. Hehe.. Dulu terlalu pack dengan orang ramai. Tapi sekarang Ikea dah banyak cawangan di Malaysia. Orang Lembah Klang dah boleh pilih sama ada nak ke Damansara atau Cheras. Jadi takdelah sesak sangat sekarang ni. Baru feel nak membeli belah. Hihi.. Di Pulau Pinang dan Johor pun dah buka. Harga barangan yang dijual takdelah murah pun. Tapi design dia yang buat ramai teruja dan tertarik. Yang niat nak beli satu benda pun boleh terjebak sampai satu troli. Hahah..

Driving route: From Kungsgrillen to Ikea Museum

@ IKEA MUSEUM

Jam 2.45 petang kami sampai di Ikea Museum. Parking lot cukup luas, tapi hanya ada beberapa kereta je. Risau juga kalau tempat ni tutup. Kecewa dibuatnya. Huhu.. Tapi semalam saya dah check dalam website, katanya hari ni buka. Kami berjalan masuk ke pintu utama. Alhamdulillah, kami disambut oleh seorang petugas. Dia mengucapkan selamat datang ke Ikea. Dia menerangkan serba sedikit tentang Ikea Museum sebelum kami mula explore di dalam.

Yeayy.. Sampai jua di sini. Apa lagi, jom masuk!
Ikea Museum dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Harap puaslah kami meronda dalam ni sampai tutup. Hehe.. Bayaran untuk masuk adalah SEK60.00/person untuk adult, SEK55.00/person untuk warga emas umur 60 tahun ke atas dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun. Ikea Museum dibuka secara rasminya pada 30 Jun 2016 dan bangunan ini adalah tapak asal Ikea yang pertama dibuka pada tahun 1958. Dengar daripada petugas yang briefing kami, sebutan yang betul untuk Ikea adalah 'Ai-Kea'. Nampaknya sebelum ni ramai yang salah sebut termasuklah saya. Hehe.. Pengasas Ikea ialah Ingvar Kamprad. Nama Ikea datangnya dari I = Ingvar, K = Kamprad, E = Elmtaryd (ladang tempat dia membesar) dan A = Agunnaryd (nama hometown dia). Ada 4 tingkat untuk kami explore dalam ni, di mana ada bahagian sejarah, teknologi, kedai dan juga restoran. Malangnya meatball dia yang sedap tu dah tentu kami tak boleh makan di sini. Huhu.. Balik ni confirm misi balas dendam makan meatball sampai puas kat Ikea Damansara. Hihi..

Sebelum explore kena bayar entrance fee dulu
Bagus betul la strategi marketing kat Ikea Museum ni. Mula-mula masuk je terus sampai shop area. Memang lama la bertapa kat section ni. Hehe.. Petugas tadi kata 90% barang yang dijual di sini takkan dijual di mana-mana Ikea di seluruh dunia. Hanya jual di sini je. Lagilah buat kami teruja. Tengok payung plain yang tertulis Ikea Museum pun rasa nak beli. Hihi.. Beg Ikea berwarna biru yang boleh dibeli tu ada kat sini, tapi lagi banyak pilihan warna, dan yang pentingnya ada label Ikea Museum kat tepi beg tu. Fuhh, macam kena beli setiap warna ni. Haha.. Harga pun takde la mahal sangat, lebih kurang macam harga fridge magnet kat luar. Yang ni boleh la nak buat souvenir untuk kawan-kawan terdekat. Termasuk dalam kategori rare souvenir ni. Hihi..

Beg belang tu pun geram tengok. Padahal biasa je. Tagging tu penting. Hihi..
Lawa tray tu. Peminat Ikea mesti jeles punya. Hehe..
Baru 1st round kita cuci mata dulu. Lepas habis ronda keseluruhan tempat ni akan lalu balik sini. Dah ada barang yang menjadi target. Hihi.. Masing-masing ikut haluan sendiri kat dalam ni. Saya dan wife teruskan perjalanan melihat apa yang dihidangkan di sini. Macam-macam design pelik dan menarik tentang Ikea. Kami explore setiap tingkat. Paling mengujakan adalah konsep yang cuba ditunjukkan dengan menggunakan barangan Ikea. Sama macam kat Malaysia, menarik je tengok hiasan ruang bilik. Walaupun bilik kecik tapi nampak luas dan cantik. Tak dinafikan barang perabot di Ikea agak mahal. Kualiti pun agak baik. Tapi design dia yang menarik tu yang buat ramai terpedaya untuk membelinya, termasuklah saya. Banyak juga barang Ikea dalam rumah saya. Nak beli perabot hi-end memang tak mampu. Ikea ni boleh dikatakan level pertengahan. Mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.

Inside Ikea Museum 1

Inside Ikea Museum 2

Tak faham apa yang cuba ditunjukkan di sini. Huhu..
Kami cuma nampak dalam 10 orang je pengunjung kat dalam ni. Bagus la takde orang. Lagi senang nak tengok dan ambil gambar. Kalau ramai mesti kena tunggu giliran nak bergambar atau mencuba macam-macam aktiviti kat sini. Huhu.. Kebanyakan barang Ikea ni simple je design dia, tapi tak tau kenapa ramai orang suka. Hebat sungguh founder Ikea ni, sampai boleh tau apa yang dapat menarik perhatian orang ramai. Kalau diikutkan meja kopi dia kosong je, takde ukiran apa-apa. Tapi tetap nampak menarik. Nak pasang sendiri pun mudah. Saya selalu membayangkan jika saya ada kebolehan untuk mencipta sesuatu yang dapat menarik perhatian. Tapi kena sedar, Tuhan beri anugerah dan kebolehan berbeza pada manusia. Mungkin kelebihan saya bukan pada rekaan atau ciptaan. Wallahu 'alam..

Inside Ikea Museum 3

Banyak sangat benda yang menarik untuk diambil gambar kat sini
Daripada semua section di sini, yang paling menarik adalah ruang untuk bergambar kononnya artis muka depan majalah Ikea. Hehe.. Dah takde orang, macam-macam gaya kitorang buat. Kalau tak puas hati boleh repeat lagi sebab takde orang lain yang menunggu. Gambar sorang, berdua, lelaki je, perempuan je, semua sekali kami bergambar. Gambar yang diambil akan terus print dari situ. Yang penting percuma. Hihi.. Boleh la buat frame dan gantung kat rumah buat kenangan sudah sampai di Ikea Museum.

Inside Ikea Museum 4

Amacam, ada peluang untuk jadi muka depan katalog Ikea 2019 tak? Hehe..
Banyak sangat gambar menarik yang diambil kat Ikea Museum ni. Akhir sekali kami sampai semula ke shop area. Barulah mula memilih apa yang diidamkan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Memang dah plan awal pun simpan duit untuk beli barang kat sini. Luggage kami masih banyak kosong. Kalau trip ke UK jangan haraplah nak kosong. Takut terlebih berat je. Huhu.. Tapi di Scandinavia memang diakui barangnya amat mahal. Maka kuasa membeli jadi terbatas. Beli pun jika difikirkan sesuai dan berbaloi untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Nasib baik jumpa kedai 2nd hand kat Vasteras dan Stockholm haritu. Dapatlah beli beberapa barang yang cantik dan murah. Hihi..

Done shopping mana yang berkenan di hati
Selesai urusan di shop area, cashier beri kupon complimentary air kopi di restoran. Apa lagi, sambil menunggu yang lain habis meronda kat dalam tu, kami bergerak ke restoran. Sorang pelanggan pun takde. Hihi.. Cantik sungguh keadaan restoran di sini. Selain dari air kopi, buah epal dalam bekas juga diberi percuma. Mula-mula ingatkan buah plastik sebab banyak atas meja tu. Rupanya boleh dimakan. Hehe.. Cawan kertas Ikea Museum pun nampak cantik. Boleh kot ambil secawan dua buat kenangan kami.

Restoran kat Ikea Museum. Epal itu sungguh rangup dan manis. Hihi..
10 minit menunggu barulah yang lain sampai di restoran. Seronok sungguh la diorang meronda dalam Ikea Museum. Ternampak pulak masing-masing punya hasil belian. Ada yang patah balik masuk untuk beli sebab tak jumpa tadi. Hahah.. Kena racun pun ada juga. Mana taknya, semua barang ada tulisan Ikea Museum, bukannya boleh dapat kat tempat lain. Lagipun bukannya senang nak datang sini lagi. Silap haribulan memang tak datang dah. Tak beli nanti menyesal tak sudah. Teringat-ingat dalam mimpi. Itupun kalau boleh tidur. Hihi..

Kenangan kami bersama di Ikea Museum..
Jam 5.45 petang kami mula meninggalkan Ikea Museum. Lampu kat restoran pun dah tutup separuh. Takkan tak faham lagi. Hehe.. Terbaiklah Ikea Museum. Kepada yang memang suka shopping kat Ikea, kalau ada rezeki ke Sweden, pastikan Ikea Museum menjadi destinasi utama untuk diterjah. Serius tak rugi datang ke sini. Yang tak berminat tu tak perlu ambil perhatian. Minat masing-masing. Samalah juga dengan hobi Hard Rock Cafe saya. Kalau dah minat, memang pasti akan singgah. Alhamdulillah kami dapat menjejakkan kaki dan melawat Ikea Museum dan juga Ikea yang pertama di dunia. Malam ni mesti dapat tidur dengan tenang. Hihi..

Kalau pergi Ikea Museum, tulis nama atas salji. Hehe..
Kami bertiga ada bekas air Ikea Museum. Rare tu..
Destinasi seterusnya adalah menuju ke AirBnb berikutnya yang terletak tidak jauh dari sini. Memang saya mencari AirBnb yang dekat sebab tau mesti badan penat lepas meronda di Ikea Museum. Tapi kena pastikan harga yang berpatutan la. Ada je AirBnb kat area Almhult ni tapi harga agak yahudi. Huhu.. Nak tidur je pun. Daripada beberapa option AirBnb yang berada di kawasan berhampiran, rasanya yang saya pilih ni yang paling berbaloi harganya. Tak jauh sangat, dalam 30 km je. Setengah jam memandu dah boleh sampai, in shaa Allah.

Ikea Hotell.. Harga untuk semalam.. Hmmm..

@ AIRBNB - BEV & JERRY

Address: Glimmingevagen 18, Ostra Goinge N, Skane Ian 28992 Sweden

Jam 6.30 petang kami sampai di lokasi AirBnb, rumah terakhir kami bermalam sebelum hantar kereta esok. Besar sungguh rumah Bev & Jerry ni. Tak pasti mana satu pintu rumah kami. Saya mesej mengatakan dah sampai di depan rumahnya. Tak sampai 5 minit kelihatan seorang lelaki turun tangga dari pintu di sebelah atas. Dia memperkenalkan namanya Jerry. Alhamdulillah pintu yang paling bawah adalah rumah kami. Lega tak perlu nak angkut beg naik tangga. Hihi.. 

Driving route: From Ikea Museum to AirBnb - Bev & Jerry
Weather forecast at Ostra Goinge
Booking via AirBnb websites
Jerry tunjukkan kami setiap ruang yang ada dalam rumahnya. Rumah untuk AirBnb tak besar, hanya ada 1 bilik je. Yang nampak besar dari luar tu rumah dia di bahagian atas. Ruang tamu agak luas dan ada 2 sofa yang boleh dibuka menjadi katil. Jadilah untuk kami tidur malam ni. Nasihat terakhir Jerry sebelum meninggalkan kami adalah tentang sampah. Dia kata sampah kami kumpulkan satu tempat. Esok dia akan susun ikut kategori sampah. Kalau salah masuk tong nanti dia yang kena kompaun. Fuhh, hebat sungguh la undang-undang kat Sweden ni. Kalaulah boleh apply kat Malaysia. Kalaulah... Hehe..

Amat kemas dan bersih rumah Bev & Jerry
Bagus juga ruang tamu besar. Sebelum buka menjadi katil, kami kemas semua beg kami. Esok dah nak hantar kereta, jadi lebih baik kemas beg siap-siap supaya senang nak bawa. Rumah terakhir esok di Copenhagen agak jauh dari train station. Lebih jauh dari rumah masa hari pertama kami sampai. Jadi saya cadangkan kalau taknak angkut beg-beg yang berat ni, esok kat airport boleh cari tempat untuk luggage storage. Bayaran agak mahal untuk simpan beg tapi memudahkan pergerakan kami. Tengoklah camna esok. Kalau ada yang nak angkut naik turun train boleh je. Tapi saya berkemungkinan besar akan simpan kat airport. Selesai kemas beg dan bersihkan diri, kami buka sofa menjadi katil. Saya dan wife tidur di ruang tamu. Yang lain pandai-pandailah osom untuk tidur dalam bilik. Dah penat, malas nak fikir. Hehe.. Moga esok lebih bertenaga dan semua urusan berjalan lancar. Wallahu 'alam..

Walaupun tak friendly, dia bagi good review kat kami. Hihi..
Day 15 total driving mileage: 313 km
Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment