Sunday 22 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 15 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 22 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KUNGSGRILLEN


Dari Vaxjo Mosque tak jauh nak sampai ke destinasi makan tengahari kami. Tak sampai 3 km pun. Makin tak sabar rasanya nak makan. Hehe.. Walaupun pagi tadi dah makan nasi Sharifah, tapi perut masih terasa lapar lagi. Memang betul bila cuaca sejuk ni senang lapar. Tapi pada saya kelaparan yang boleh ditahan. Kalau tak makan pun masih boleh berjalan lagi. Mungkin kerana lemak yang banyak dalam badan dapat beri haba dan tenaga dalam musim sejuk sekaligus boleh menahan kelaparan dalam masa yang panjang. Tapi jika makanan ada depan mata tetap makan juga. Begitulah teori dari saya. Mohon jangan percaya sebab teori ni ikut pada ciri yang ada pada diri masing-masing. Hehe..

Driving route: From Vaxjo Mosque to Kungsgrillen

@ KUNGSGRILLEN

Tak sampai 10 minit memandu, jam 1.10 petang kami sampai di Kungsgrillen Restaurant. Restoran ni terletak di tepi roundabout dan jalan utama di bandar Vaxjo. Parking di depan restoran penuh. Ada satu kawasan parking kecil di seberang restoran, khas untuk customer restoran tersebut. Tapi rasanya restoran tu tutup, jadi saya pun buatlah undang-undang sendiri. Selamba je parking sebab hanya ada satu parking spot yang kosong. Saya anggap kereta lain yang ada kat sini ni pun makan di restoran yang kami nak pergi. Hihi.. Baru perasan, restoran yang tutup ni juga restoran halal. Dalam google maps takde mention pun pasal restoran ni. Nampaknya staff google kena update map dengan kadar segera. Hehe..

Restoran halal di seberang jalan yang tutup. Kami tumpang parking ye. Hehe..
Kat seberang tu restoran yang kami nak pergi. Jom cross jalan.
Ramai juga orang dalam restoran ni. Tempat duduk limited. Mungkin sekarang waktu lunch, sebab tu ramai. Kami tunggu sekejap di luar sehingga ada customer yang keluar dari kedai. Kaunter order berada di luar. Kami standby kat depan kaunter. Nampak je ada meja kosong baru kami order. 5 minit menunggu akhirnya ada yang dah selesai makan. Terus chop tempat duduk. Hehe.. Kami pun order mengikut menu yang tertera di dinding kaunter. Tak tau nak makan apa sebab semuanya nampak sama seperti kedai-kedai sebelum ni iaitu kebab, pizza dan falafel. Kebiasaan bila travel ke Europe, makan kebab sampai bosan. Kat Malaysia saya tak makan kebab sebab tau akan makan berkali-kali bila travel. Hehe..

Biar wife pilih nak makan apa. Saya ikut je..
Pening memilih sama ada nak makan pizza atau kebab, akhirnya kami pilih pizza dengan topping daging kebab. Dua-dua dapat rasa. Hihi.. Menu pilihan kami Kycklingpizza Special yang berharga SEK95.00. Air kami tak order. Kami hanya minum bekal air mineral dan kopi yang dah siap bancuh pagi tadi. Dah tak larat nak minum air gas. Huhu.. Rasanya menu standard kat sini mesti sekali dengan air tin. Kalau la ada air teh o ais limau kan best. Nescafe ais pun terbaik juga. Kalau ada confirm saya order 2 gelas. Siap tapau ikat tepi lagi. Hihi.. Tak sampai 10 minit menunggu akhirnya menu kami dipanggil oleh pekerja di kaunter. Kena ambil sendiri ye sebab restoran ni takde pelayan. Hehe..

Ada fries rupanya. Tak faham apa yang ditulis kat menu. Hihi..
Makan sampai kenyang. Lepas ni nak gi shopping kat Ikea. Hehe..
Sedap juga la pizza berintikan daging kebab dan fries ni. Cuma kami pernah makan pizza yang lebih sedap dari ni. Nak buat macam mana, dah ini je restoran halal yang saya jumpa. Layankan aje, janji kenyang. Hihi.. Selesai makan, nak duduk lama terasa segan sebab ramai customer yang menunggu meja kosong. Jam 1.45 petang kami keluar dari restoran dan menyeberang jalan menuju ke kereta. Destinasi seterusnya adalah yang amat saya nantikan iaitu Ikea Museum. Masa start buat itinerary ke sini, bukan lokasi Hard Rock Cafe yang saya cari, tapi Ikea Museum yang saya set dulu. Sebab tu lain macam bersemangat nak sampai sana. Hehe.. Kali ni memang saya save duit sebab nak shopping di Ikea Museum memandangkan saya dah tak berminat nak beli benda lain seperti t-shirt I Love Stockholm dan yang sewaktu dengannya. Fridge magnet pun beli hanya untuk koleksi peribadi kat dinding rumah, tak beli sebagai souvenir untuk kawan-kawan. Mana tau kat Ikea Museum nanti ada benda yang sesuai dan murah harganya untuk dijadikan sebagai souvenir. Lain dari yang lain. Ikea Museum only in Sweden!.. Wallahu 'alam..

Ingatkan Smart Fortwo kereta yang paling kecik, ada yang lagi comel rupanya..


No comments:

Post a Comment