Tuesday 24 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 16 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 23 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ UTSIKTSPUNKT ORESUNDSBRON
@ EUROPCAR CAR RENTAL


Pagi ni saya bangun jam 6.00 pagi. Waktu Subuh hari ni jam 6.11 pagi. Nasi Sharifah yang tinggal lagi 5 peket digunakan untuk breakfast kami. Cuma beras 5 kg dengan beberapa ration lain tak dapat nak dihabiskan. Terpaksalah sedekah bila sampai Copenhagen nanti. Dengan siapa nak bagi belum tau lagi. Untunglah siapa yang bertuah dapat beras tu. Hihi.. Lepas makan kami bersiap-siap untuk teruskan perjalanan terakhir kami dengan kereta sewa menuju ke Copenhagen.

Weather forecast at Ostra Goinge
Good morning Ostra Goinge!..
Semalam dah bincang tentang luggage storage. Saya ambil keputusan untuk simpan beg di airport. Takpelah kena bayar mahal pun, yang penting tak perlu nak angkut dan tolak beg sampai homestay di Copenhagen. Nampaknya semua bersetuju. Kami kemas beg lagi sekali. Hanya barang yang penting je kami bawa dengan backpack seperti dokumen dan pakaian yang nak dipakai hingga esok. Yang lain semuanya kami letak dalam beg besar dan akan disimpan di airport. Selesai kemas beg, jam 9.30 pagi kami dah bersedia untuk check-out. Kami ketuk pintu rumah Jerry untuk mengucapkan terima kasih kerana bagi kami tumpang bermalam di rumahnya. Thank you very much Jerry. I will recommend your nice and beautiful homestay. Tak dapat kami tengok macamana rupa isterinya, Bev. Hihi..

Nice house and beautiful surroundings. Thank you Jerry!
Pagar kat tepi rumah dia tu swimming pool. Tapi takdelah kami nak mandi dengan cuaca macam ni. Jerry kata kalau datang musim summer boleh je mandi kat situ. Sama macam rumah Anne haritu, musim summer boleh makan buah epal yang dipetik sendiri kat ladang dia. Baik sungguh la orang Scandinavia ni. Patutlah diorang dapat anugerah negara paling happy di dunia. Hihi.. Jam 9.45 pagi kami mulakan perjalanan. Sebelum sampai di Oresund Bridge saya nak singgah sebentar di satu viewpoint yang terletak di Malmo. Dengan cuaca macam ni mungkin view tak berapa cantik. Tapi ada masa lagi untuk return kereta. Daripada hantar awal baik singgah dulu mana-mana tempat di pertengahan jalan.

Last day driving in Scandinavia

Melayan pemandangan terakhir memandu di Scandinavia. Huhu..

@ UTSIKTSPUNKT ORESUNDSBRON

Sebelum masuk Oresund Bridge, saya keluar dari highway di Malmo dan menuju ke viewpoint yang telah saya set dalam GPS. Nama viewpoint ni agak susah untuk disebut. Hehe.. Sebenarnya ia adalah tempat untuk melihat jambatan Oresund Bridge dari tebing. Tepat jam 11.30 pagi kami sampai di lokasi. Memang betul, cuaca mendung hari ni membuatkan pemandangan jambatan agak kabur dan tak jelas. Takpe, nampak sikit pun jadilah. Hihi.. Tujuan ke sini pun untuk buang masa sebelum hantar kereta. Mula-mula cadang nak basuh sikit kereta ni sebab kotor yang amat. Tapi rasa macam tak perlu pulak. Siapa suruh bagi kereta putih. Confirm bertukar warna bila return. Hehe.. Rezeki burung-burung kat sini, baki roti kami yang ada menjadi milik anda semua. Hihi..

Weather forecast at Malmo
Driving route: From AirBnb - Bev & Jerry to Utsiktspunkt Oresundsbron
Nampak juga Oresund Bridge dalam kabus tu
Mula-mula malu nak datang. Lepas tabur roti baru lah berebut dengan geng ya. Hehe..
15 minit je berada di sini sudah memadai. Jam 11.45 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke Oresund Bridge. Jalanraya agak lengang. Mungkin kerana hari minggu, ramai yang masih berselimut di rumah. Hihi.. Kertas kod untuk tol yang diberi oleh Europcar masa ambil kereta haritu dikeluarkan. Masa masuk ke Sweden haritu tak perlu nak tekan apa-apa, barrier automatik terangkat. Mungkin kali ni sama juga kot. Takpe, standby je kertas kod tu. Manalah tau bila masuk semula kena key-in nombor kod pada kertas tu.

Standby tiket - lampu merah - lampu hijau - tadaaa...
Sama, barrier automatik terangkat. Boleh simpan balik kertas kod tu buat kenangan. Mahal harga tiket tu. Hehe.. Kami teruskan perjalanan hingga sampai ke Copenhagen. Ambil kereta jam 12.00 tengahari dan saya set untuk return pun jam 12.00 tengahari. Lambat sikit takpe, tapi jangan sampai jam 1.00 petang. Nanti kena extra charges. Sama juga macam luggage. Kebanyakan flight company boleh terima lagi kalau berat beg masih dalam nilai maksimum yang sama. Contohnya kalau allocation untuk berat satu beg 23 kg, boleh je berat beg tu sampai 23.9 kg. Kalau 24 kg terpaksalah kumbah balik beg tu. Hihi.. Tapi kena ingat, setiap flight company lain terms and condition dia. Jadi kena faham betul-betul kalau taknak bayar extra charge untuk excessive luggage. Sudah sedia maklum caj yang dikenakan agak mahal especially low-cost flight. Hand carry pun nak ditiimbangnya. Huhu..

Babai Sweden.. Welcome back to Denmark
Sweden tinggal menjadi kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. In shaa Allah ada rezeki terlebih mungkin akan jejakkan kaki semula ke Sweden. Sebelum return kereta saya kena cari stesen minyak terdekat dulu untuk isi full tank. Ini pun sama, kalau tak full lagi tinggi kena charge. Nak buat macam mana, dah tertulis dalam perjanjian masa sewa kereta. Policy full-to-full kena dipatuhi. Saya dah cek dalam google map, ada satu stesen minyak berhampiran dengan kawasan car rental. Mungkin stesen tu dibuat khas untuk penyewa kereta supaya mudah isi sebelum return kereta.

Driving route: From Utsiktspunkt Oresundsbron to Terminal 1 Car Hire Return
Petrol station ada di tempat return kereta
Jam 12.15 tengahari kami sampai di stesen minyak. Buat kali terakhirnya saya isi minyak yang termahal di sini. Huhu.. Walaupun minyak mahal, tapi pengalaman berharga yang kami dapat di sepanjang perjalanan lebih dari segalanya. Kalau tak sewa kereta, macam mana kami nak dapat pengalaman berjalan dan menikmati pemandangan indah kawasan kampung di Scandinavia. Memandu sendiri lebih mengujakan dari naik tourist bus. Nak berhenti kat mana-mana pun boleh. Takde siapa nak marah. Stay satu tempat berapa lama pun tak kisah. Tak perlu set masa dan rushing untuk naik bas semula. Memandu sendiri memang amat mencabar, tambah pula dengan keadaan jalan yang penuh dengan salji. Bila lagi nak merasa pengalaman hidup macam ni.

Weather forecast at Copenhagen
Dah sampai tempat return kereta. Isi minyak dulu bagi penuh. Total DKK549.84

@ EUROPCAR CAR RENTAL

Selesai isi minyak, saya memandu buat kali terakhir menuju ke kawasan parking untuk return kereta yang terletak di sebelah stesen minyak ni. Tepat jam 12.29 tengahari tamat sudah kerja saya sebagai pemandu yang berhemah di bumi Scandinavia. Hihi.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada apa yang berlaku terhadap kereta yang kami sewa. Cuma warna kereta je yang berubah. Hehe.. Staff Europcar datang dan check kereta. 5 minit dia check keseluruhan kereta dan berpuas hati. Disebabkan dia baik hati, kami sedekahkan beras 5 kg dan beberapa ration lain pada dia. Suka betul dia bila dapat beras tu. Tak pasti dia makan nasi ke tak. Hahah.. Yang penting kami tak buang beras tu. Sebelum beredar dengan membawa beg masing-masing, saya bertanyakan tentang claim AdBlue. Dia suruh kami masuk ke pejabat tempat sewa kereta haritu yang terletak di seberang jalan. Claim jangan tak claim. Hehe..

15 minit menunggu barulah sampai giliran kami di kaunter
Saya tunjukkan resit pembelian AdBlue. Botol AdBlue yang berbaki sikit lagi tu saya tinggalkan kat kereta. Staff di kaunter keluarkan resit baru beserta nilai refund AdBlue. Dia tanya nak masukkan dalam kad kredit atau cash. Lebih baik saya mintak cash sebab risau kalau dia terlupa nak refund dalam kad kredit. Selalunya benda yang melibatkan refund ni memang lembab diorang buat kerja, dengan mengharapkan customer terlupa. Huhu.. Saya beli AdBlue tu cash, jadi saya prefer cash. Beli dengan harga NOK169.00, setelah convert saya dapat DKK127.00. Alhamdulillah berjaya claim. Hihi.. Susah betul la kereta continental yang pakai AdBlue ni. Kalau kereta sendiri memang dah sedia maklum. Ini kereta sewa. Gelabah sekejap bila indicator AdBlue keluar masa dalam perjalanan ke Flam haritu. Wife siap search dalam internet lagi apa kejadahnya AdBlue tu. Huhu..

Resit baru refund AdBlue sebanyak DKK127.00
Selesai sudah urusan sewa kereta di Scandinavia. Cuma tinggal satu je lagi, iaitu tunggu email tentang bayaran tol di Norway. Daripada info yang saya baca, agak lambat juga diorang hantar email. Tapi yang pastinya akan dapat juga sebab benda kena bayar. Kalau refund mungkin tak dapat berita langsung. Jika bernasib baik dapat pun amaun refund jadi rendah kononnya banyak benda nak kena tolak. Pandai kan. Huhu.. Satu beban dah selesai dan berakhir dengan jayanya. Sekarang kami kena menolak beg hingga ke stesen bas berhampiran untuk naik free shuttle bus ke terminal. Beg berat dan jalan licin dengan salji. Satu kombinasi yang tidak menyeronokkan. Moga diberikan kekuatan hingga sampai ke tempat luggage storage di airport. Wallahu 'alam..

Shuttle bus sudah sedia menunggu


No comments:

Post a Comment