Thursday 26 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 16 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 23 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KRONEN VANLOSE
@ TIVOLI GARDENS
@ ESPRESSO HOUSE

Tepat jam 6.00 petang kami keluar dari rumah. Jampi sikit kat pintu supaya takde orang tersalah masuk rumah kami lagi. Hehe.. Kami berjalan sejauh 1.5 km melayan kesejukan untuk sampai di Jyllingevej Station. Suasana di dalam station lengang, hanya ada beberapa orang je yang sedang menunggu train sampai. Kami beli tiket 24-hour yang boleh digunakan hinggalah kami sampai di airport esok. Kali ni kami beli jenis tiket yang lain daripada masa hari pertama sampai di Copenhagen.

Walking route: From AirBnb - Ahsan to Jyllingevej Station
Haritu kami beli tiket 24-hour All Zone yang berharga DKK150.00/person. Kali ni kami hanya beli 24-hour City Pass Small yang berharga DKK80.00/person, lebih murah dari All Zone. Kenapa kami tak beli City Pass Small waktu tu? Ini kerana City Pass Small tak cover sampai Friheden Station (AirBnb kami) dan juga Klampenborg Station, tempat kami ke Bakken masa tu. Tiket 24-hour City Pass Large pula cover kedua-dua tempat ni tapi harganya DKK160.00/person. Sebab tu kami beli 24-hour All Zone kerana lebih murah berbanding City Pass Large. Harap faham ya. Hehe..

Ni senarai harga semasa untuk City Pass Small dan City Pass Large
Ni pulak map yang cover City Pass Small dan City Pass Large
City Pass terbahagi kepada 2 jenis iaitu City Pass Small (cover Zone 1 - 4, blue area) dan City Pass Large (cover blue & grey area) Merujuk pada map di atas, Friheden Station terletak di luar Zone 1 - 4 (grey area). Sama juga dengan Klampenborg Station. Jyllingevej Station pulak terletak di dalam blue area. Untuk sepanjang 24 jam ni kami cuma nak jalan-jalan di bandar Copenhagen je, iaitu di blue area. Jadi City Pass Small sudah memadai. Moga dengan map di atas dapat membantu. Hehe.. Diingatkan, walaupun station kat sini takde barrier atau kena touch ticket di reader, boleh je naik train tanpa tiket. Tapi kalau ada officer yang buat spotcheck dalam train, bersedialah dengan duit sebanyak DKK750.00 ye. Hihi..

Jangan touch mesin ni pulak. Yang ni untuk tiket harian macam Touch & Go
Jam 6.50 petang train sampai di terminal. Kami naik dan turun di station berikutnya iaitu Vanlose Station untuk tukar kepada train lain. Kami ternampak satu shopping complex bersebelahan dengan station. Sebelum ke pusat bandar, kami jalan-jalan dulu di sini. Takde apa pun yang nak dikejar malam ni. Manalah tau ada barang menarik yang dijual dalam shopping complex yang bernama Kronen Vanlose ni. Yang murah kita beli, yang mahal kita pakat cuci mata je ye. Hehe..

S-Train route: From Jyllingevej Station to Vanlose Station

@ KRONEN VANLOSE

Kami masuk ke Kronen Vanlose. Tak ramai orang kat dalam ni. Kedai pun banyak yang dah tutup. Hari Ahad memang begitu keadaannya di Eropah, banyak kedai yang tutup seawal jam 6.00 petang, tambah pula musim winter. Kami ronda melihat kedai yang masih beroperasi. Ada satu kedai perfume yang masih buka. Bila lihat harga yang tertera dan setelah di convert pada RM, kebanyakan perfume di sini lebih kurang sama je harganya dengan di Malaysia. Cuma bezanya di sini boleh claim VAT, kira diskaun sikit la. Tapi kami tak pasti lagi macam mana kadar VAT di negara Scandinavia. Kalau di UK dulu memang mewah. Beli biskut dalam tin pun boleh dapat VAT. Kat sini ada nilai minimum tertentu mengikut kedai, baru boleh claim VAT. Huhu..

Kronen Vanlose. Ada lagi kedai yang masih buka hingga jam 8.00 malam
Menangis juga tengok harga perfume kat sini. Huhu..
Nampaknya kena tengok kat duty free airport jika ada perfume yang murah untuk dibawa balik. Itupun kalau sempat meronda. Jadi macam kes ke Helsinki haritu memang tak dapat la nak cuci mata. Dah macam amazing race masa tu. Hahah.. Benda dah jadi sekali in shaa Allah menjadi pengajaran berguna. Namun kadang kala tak boleh nak elak. Datang awal pun tapi kena tahan lama kat imigresen tak guna juga. Itu yang pentingnya kena sampai airport awal untuk mengelakkan jika terdapat sebarang masalah dan kejadian yang di luar jangka. Macam kena pukau je kami berenam masa tu. Kami memang sampai airport awal tapi lepas check-in beg boleh melepak dulu, tak terus beratur di imigresen. Padahal semuanya dah selalu naik flight. Confirm sahih kami kena pukau. Dengan siapa kami tak pasti. Hahah..

Espresso House antara kedai kopi yang paling banyak di sini berbanding Starbucks
Jam 8.00 malam, sedar tak sedar dah sejam kami berada dalam ni. Banyak kedai dah mula menurunkan roller shutter dan tutup lampu menandakan berakhirnya waktu perniagaan hari ni. Kami keluar dari situ dan terus menuju ke train station. Cadangan asal nak masuk satu tempat ni, tapi memandangkan dah lewat dan agak rugi jika membayar entrance fee, jadi kami bersepakat untuk melihat keadaan tempat ni dari luar je. Jadilah dapat tengok depan mata daripada tak nampak langsung kerana tempat ni boleh dikatakan tarikan utama kepada tourist di Copenhagen. 10 minit menunggu di platform dan train pun sampai.

S-Train route: From Vanlose Station to Copenhagen Central Station

@ TIVOLI GARDENS

Jam 8.30 malam train sampai di Copenhagen Central Station. Keluar je dari station terus nampak pintu masuk ke Tivoli Gardens yang dipenuhi dengan lampu yang berwarna-warni. Dari luar pun dah nampak happening, kat dalam tak tau la macam mana kepeningannya. Hehe.. Saya ada baca blog dari penulis yang pernah masuk Tivoli Gardens. Tak dinafikan memang meriah. Sebab tu dalam itinerary asal saya letakkan Tivoli Gardens sebagai satu aktiviti kami di Copenhagen. Cuma nak bayar sebanyak DKK140.00/person untuk masa yang tinggal 2 jam setengah ni macam tak berbaloi. Bayaran tu hanya untuk entrance fee je tau. Nak layan permainan kat dalam kena bayar lain. Huhu.. Sebab tu kami masuk Bakken haritu sebab free entrance. Satu permainan pun kami tak layan sebab kena bayar. Hihi..

Tivoli Gardens terletak berhampiran Copenhagen Central Station
Tivoli Gardens adalah amusement park yang kedua tertua di dunia, dibuka pada 15 Ogos 1843. Yang paling tua di dunia dah tentu Bakken. Hebatnya kedua-dua amusement park ni berada di Denmark. Pandai sungguh orang Denmark ni jaga amusement park ye. Sampai 7 generasi pun masih beroperasi. Mesti ada yang buat timeline gambar ikut generasi berkunjung ke sini. Hehe.. Berbanding kedua-dua amusement park ni, Tivoli Gardens lebih famous dan menerima jumlah pengunjung yang ramai setiap tahun. Mungkin kerana lokasinya yang terletak di tengah pusat bandar Copenhagen membuatkan mudah untuk dikunjungi. Keluar je dari Copenhagen Central Station terus sampai. Dari naik train terus naik roller coaster. Hehe..

Di pintu masuk Tivoli Gardens, berhadapan dengan Copenhagen Central Station
Tak dapat masuk, bergambar kat depan pintu masuk pun jadilah. Hihi.. Besar juga kawasan Tivoli Gardens ni jika dilihat dalam google maps. Kami berjalan menuju ke satu lagi pintu masuk utama ke Tivoli Gardens. Dapat aura sipi-sipi di pintu masuk pun dah cukup buat kami. Hehe.. Kenapalah dia tak buat free entrance macam di Bakken. Mungkin nak cover kos lampu yang berwarna-warni kot. Bagilah rendah sikit entrance fee tu, barulah kami boleh masuk dengan gembiranya. Hahah.. Kemudian mark-up la sikit harga untuk layan permainan dalam tu. Kami tak kisah pun sebab takkan main punya. Hehe..

Ok sah entrance fee tu untuk cover kos lampu kat Tivoli Gardens. Hihi..

@ ESPRESSO HOUSE

Kami nak ke Hard Rock semula sebab ada order last minute dari kawan-kawan. Sebelum tu kami nak lepak borak-borak sambil minum kopi. Mana lagi kalau bukan Espresso House yang kami nampak di seberang jalan. Espresso House adalah coffeehouse chain yang terbesar di Scandinavia. Patutlah selalu nampak kat setiap jalan yang kami lalui. Kat Malaysia boleh selalu lepak kat Starbucks, kat sini kita try Espresso House pulak. Harap-harap rasanya lebih hebat dari Starbucks. Kalau di UK, Costa Coffee lebih famous. Saya pernah try masa kat sana tahun 2012. Boleh tahan sedap juga. Kemudian bila Costa dah mula beroperasi di Malaysia, saya cuba lagi tapi tak sedap pulak. Huhu.. Mungkin faktor cuaca memainkan peranan dalam menentukan tahap kesedapan air kopi kot. Hehe..

Walking route: From Copenhagen Central Station to Tivoli Gardens & Espresso House
Pertama kali nak cuba air kopi di Espresso House, saya cari menu yang hampir sama dengan Starbucks. Saya order Hot Latte Macchiato dan wife saya pilih Melted Hot Chocolate. Kedua-duanya berharga DKK79.00. Fuhh, mahal juga air kopi kat sini. Starbucks lebih murah. Takpelah, nak cuba punya pasal. Di malam terakhir pulak tu. Huhu.. Kami duduk di sofa dan berborak tentang trip kami yang makin sampai ke penghujungnya. Adventure, penat dan yang penting seronok kerana banyak pengalaman hidup yang baru dan bermakna dalam hidup kami. Kepada Rama dan Sue, diorang pertama kali ikut trip saya. Nampaknya diorang suka dengan style travel yang saya buat. Harap ayat tu ikhlas datangnya dari hati diorang. Hehe.. Macam Fa dan Abg Fikri, ini kali ketiga diorang ikut saya. Dah tentu diorang faham sangat cara saya travel dan menyukainya. Kalau tak, mana mungkin sampai 3 kali diorang join trip saya. Hihi..

Sembang santai malam terakhir di Copenhagen
Bila dah seronok berborak, memang takkan habis. Sebelum Hard Rock tutup, baik kami gerak dulu. Boleh sambung borak kat rumah nanti. Hehe.. Jam 10.00 malam kami ke Hard Rock yang terletak di seberang jalan. Sekejap je di Hard Rock sebab dah tau apa yang nak dibeli. Selesai menyempurnakan pesanan dari kawan-kawan, kami berjalan menuju ke Vesterport Station untuk balik ke rumah. Esok masih sempat lagi nak berjalan-jalan di sini sebab flight kami tengah malam. Cadangnya esok nak naik boat pusing-pusing bandar Copenhagen. Itupun kalau ia beroperasi musim winter ni. Kalau takde kami jalan-jalan je lah kat mana-mana pun. Yang penting esok kena sampai awal di airport. Boleh cuci mata kat duty-free area. Hihi..

Walking route: From Espresso House to Hard Rock and Vesterport Station
Berapalah agaknya harga bermalam kat hotel tu. Mesti seram punya. Hehe..
Aktiviti sementara menunggu train sampai
Jam 11.00 malam train sampai di terminal. 20 minit kemudian kami sampai di Jyllingevej Station. Kali ni kami tunggu bas di seberang jalan. Taknak jalan kaki dah. Hehe.. 5 minit menunggu, bas 142 sampai dan bawa kami hingga ke jejantas di depan rumah kami. Tepat jam 11.30 malam kami dah berada di dalam rumah. Kami check barang-barang kami jika ada yang hilang. Takut juga kalau ada yang curi-curi masuk masa kami takde tadi. Memang lain macam la penyewa kat sini. Bukan itu je, tuan rumah pun agak pelik gayanya. Huhu.. Kami berborak sekejap untuk mendapatkan mood tidur. Nak kemas beg pun tak boleh sebab beg takde. Hehe.. Moga tidur kami lena dan tidak diganggu oleh anasir-anasir jahat yang mungkin datang dari tingkat bawah. Wallahu 'alam..

Feedback dari Bev & Jerry. Mari belajar bahasa Swedish. Hehe..
Haaa kan cantik tu review dari dia. Hehe.. Tq Bev & Jerry!
Day 16 total driving mileage: 156 km
Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment