Sunday 22 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 15 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 22 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ VAXJO MOSQUE


Pagi ni saya bangun jam 6.00 pagi. Selesai bersihkan diri dan solat Subuh yang masuk pada jam 6.13 pagi, kami menunggu para isteri yang sedang menyediakan breakfast. Hari ni agak santai sikit sebab hanya satu tempat je yang kami nak pergi. Tempat yang menjadi pilihan utama dan wajib pergi dalam penyediaan itinerary saya. Jadi kenalah spend masa lama sikit kat situ. Hihi.. Abang Fikri awal lagi dah bangun. Sedap je tengok dia makan roti keras masjid Stockholm cicah dengan kopi o panas. Yang amik roti tu tak makan pun. Orang lain yang kena habiskan. Tahniah abang Fikri kerana tak membazir makanan. Hehe..

Weather forecast di Klockrike
Sekeras-keras roti, cicah dengan kopi o tetap lembut jua. Hehe..
Breakfast dah siap. Jam 8.00 pagi kami beramai-ramai duduk di meja makan. Menu breakfast adalah nasi Sharifah. Kena habiskan sebanyak mungkin ration yang kami bawa sebab esok dah nak hantar kereta dan takde aktiviti memasak di malam terakhir. Buat berat beg je kalau bawa balik Malaysia. Beras 5 kg yang kami beli di supermarket halal di Malmo masih belum dibuka. Memang takkan sempat nak habiskan melainkan buat kenduri kesyukuran kat sini dan jemput jiran sebelah. Hihi.. Nampaknya beras tu kena sedekah kat sesiapa yang kami jumpa nanti. Tak baik jika dibuang begitu saja. Berdosa tau..

Jemput makan nasi goreng Sharifah..
Selesai makan dan bersihkan semua alatan memasak, kami bersiap-siap untuk keluar. Sebelum tu kami melayan dulu pemandangan di sekitar rumah. Tinggal lagi 2 hari je nak melihat keadaan macam ni. Dah balik Malaysia nanti mesti rindu dengan cuaca dan pemandangan kat sini. Moga semuanya boleh move-on bila dah kembali ke pangkal jalan nanti. Hehe.. Tapi sebenarnya setiap kali saya travel mesti akan teringat kembali semua kenangan. Bayangkanlah saya boleh ceritakan semula semua yang berlaku semasa saya mula terjebak dalam dunia travel iaitu ke Australia pada 2011. Cerita basi 7 tahun lepas pun boleh ingat lagi. Mungkin kerana semua trip saya buat sendiri tanpa gunakan mana-mana travel agent. Segala kepayahan mencari sumber dalam penyediaan itinerary dan dapat lakukannya semasa hari kejadian membuatkan kenangan tu lebih bermakna daripada hanya ikut guide dan duduk tidur dalam bas hingga sampai ke destinasi. Hihi.. Lain orang lain cara travel. Yang penting kepuasan travel tu berbaloi dengan duit yang dah dilaburkan. Wallahu 'alam..

Good Morning Klockrike

Indah dan tenang pemandangan kat sini..
Setelah semua beg dah dimasukkan dalam kereta dan last-check semua barang dalam rumah takut ada yang tertinggal, jam 9.10 pagi kami mulakan perjalanan hari ni. Agak jauh juga destinasi utama yang kami nak tuju. Sebenarnya ada satu tempat viewing point yang kami nak singgah. Tapi bila saya double-check semula sebelum ke sini, tempat tu tutup masa winter. Jadi sia-sia je kalau kami ke sana. Selama 3 jam ni saya cuma memandu dan melayan pemandangan di sepanjang perjalanan. Boleh je nak berhenti kat mana-mana jika nak bergambar. Drive sendiri, sukahati la nak berhenti kat mana-mana pun. Jangan salah parking sudah la. Kena saman nanti. Hehe..

Walaupun Anders tak berapa friendly, terima kasih kerana bagi kami tumpang bermalam
Perjalanan untuk ke destinasi tujuan agak jauh, dalam 280 km dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai. Jadi lebih baik kami singgah untuk solat jamak dulu di pertengahan jalan. Waktu Zohor masuk tepat jam 12.00 tengahari. Sedang elok waktu kami sampai di masjid yang saya dah set dalam GPS. Di Scandinavia agak mudah mencari masjid atau prayer space di kawasan bandar. Di kampung pedalaman memang takde la nak jumpa masjid atau kedai halal. Tapi bumi ni milik Allah, semua tempat boleh dirikan solat asalkan bersih. Teringat saya pada kata-kata seorang ustaz dalam youtube. Dia kata kalau orang yang taknak solat, masjid besar depan pintu rumah pun tak pergi. Pedas sungguh statement itu. Hihi.. Walaupun boleh solat di tepi jalan atau di rest area, setiap kali saya buat itinerary saya akan cari juga masjid jika berada dalam laluan perjalanan. Selain boleh melawat rumah Allah di sini, dapat juga berkenalan dengan muslim di sini. Search je dalam google map. Nak lagi tepat besarkan map, in shaa Allah jumpa lokasi masjid yang berdekatan.

Banyak masjid kat sini. Ni pun belum cukup complete lagi (Ihsan Google Maps)
Hanya ada satu masalah je bila mencari lokasi masjid, iaitu sama ada masjid tu buka atau tak. Kadang-kadang ada masjid yang buka 30 minit sebelum dan selepas waktu solat. Mungkin kerana nak menjaga keselamatan dan keharmonian di kawasan tersebut. Kalau tutup maka terpaksalah guna option lain iaitu solat di tempat terbuka. Tapi janganlah terbuka sangat sampaikan menimbul keraguan penduduk. Solat la kat tepi pokok ke, atau sebelah kereta ke. Risau juga kalau ada penduduk yang anti-muslim. Maklumlah, islam ni kan terrorist di mata diorang. Huhu.. Namun setakat yang saya dah lalui, majoriti locals takde masalah dengan isu agama. Semua orang nak hidup aman sentosa.

Gloomy je cuaca di sepanjang perjalanan..
@ VAXJO MOSQUE

Jam 12.10 tengahari kami sampai di bandar Vaxjo. Di sini ada satu masjid. Dalam google map saya tak dapat lihat rupa sebenar masjid sebab ada construction works di sebelahnya. Mungkin sekarang dah siap tempat tu. Saya ikut arahan GPS dan jam 12.25 tengahari kami sampai di Vaxjo Mosque. Tiada papan tanda atau bentuk kubah yang menunjukkan bahawa bangunan di depan kami ni adalah masjid. Nampak macam rumah panjang je. Ada banyak juga kereta di kawasan parking. Kebetulan kami parking, kelihatan ramai jemaah yang keluar dari situ. Alhamdulillah, betul ini adalah Vaxjo Mosque.

Driving route: From AirBnb-Anders to Vaxjo Mosque
Weather forecast at Vaxjo
Jemaah baru selesai solat Zohor
Kami ditegur oleh seorang lelaki kulit hitam yang baru keluar dari masjid. Dia orang Somalia. Dia bertanyakan kami dari mana. Terkejut muka dia bila kami sebut Malaysia. Dia tak pernah tau tentang Malaysia sebelum ni. Dan yang membuatkan dia terkejut bila ada orang luar singgah di masjid ni. Susah nak jumpa orang luar di sini sebab Vaxjo bukanlah tourist spot seperti Stockholm. Dia hairan macam mana kami boleh tau ada masjid di sini. Saya jawab google map ada untuk membantu. Hehe.. Apa-apa pun dia rasa bersyukur kerana ada muslim dari negara luar yang sudi datang ke sini. Alhamdulillah..

Ramah sungguh lelaki dari Somalia ni
Kami masuk ke dalam masjid. Ruang solat wanita berada di sebelah kanan dan masuk ikut pintu dapur. Kelihatan ada kumpulan sedang mengaji di satu sudut. Ramai juga jemaah di dalam masjid ni. Saya mencari tandas dan tempat ambil wudhuk. Kemudian saya terus ke ruang solat. Selesai solat, saya tunggu yang lain di luar sambil bergambar di kawasan sekitar masjid. Alhamdulillah ada juga masjid di sini walaupun Vaxjo bukan bandar besar di Sweden seperti Stockholm. Rasanya orang Malaysia pun ramai tak tau bila tanya di mana letaknya Vaxjo. Hehe..

Pintu masuk masjid, ruang kasut dan jaket serta tempat ambil wudhuk
Ruang solat utama yang boleh memuatkan lebih 100 jemaah
Bahagian luar masjid. Mesti cantik pemandangan hijau kat sini bila musim panas
10 minit menunggu, akhirnya wife saya keluar. Dia kata ruang solat wanita memang takde kat masjid ni. Diorang solat kat bahagian dapur je. Jadilah, janji ada tempat ambil wuduk dan kawasan bersih. Paling penting dapat solat dalam tempat tertutup daripada solat terbuka yang amat sejuk kat luar sana. Hehe.. Sebelum teruskan perjalanan, saya set pada GPS untuk ke lokasi makan tengahari. Rasanya baik makan dulu. Lepas makan baru syok nak meronda kat destinasi utama nanti. Lagipun kat sana saya tak jumpa option makanan halal. Kalau setakat nak makan roti je boleh la. Semua sebulat suara setuju untuk penuhkan perut masing-masing dulu. Harap buka la kedainya. Wallahu 'alam..

Kenangan kami solat di Vaxjo Mosque. Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment