Jam 5.30 pagi saya dan wife dah bangun. Bila tidur awal maka bangun pun awal. Dengar je bunyi alarm terus tersedar. Kalau di rumah selalu tidur lambat. Ada je kerja yang nak dibuat sampai 2-3 pagi. Esok pergi kerja mengantuk. Huhu.. Selesai mandi, solat dan bersiap, saya ke bilik anak-anak. Mudah pulak budak-budak ni bangun. Bila ditanya, malam tadi semua tidur awal. Alhamdulillah. Sebenarnya diorang tidur awal sebab beg berisi ration ada kat bilik saya. Kalau tak dah tentu diorang berparty makan malam tadi. Hahah..
Jam 7.00 pagi barulah anak-anak datang ke bilik kami. Kami breakfast ringan-ringan je sebab cadangnya pagi ni nak breakfast kat area St. James's Park. Apa-apa pun ration yang dibawa dari Malaysia kena habiskan segera. Taknak bawak balik dah. Masa shopping ration bukan main pilih macam-macam. Bila dah sampai sini taknak makan pulak. Sekurangnya save sikit duit untuk breakfast kat sini. Selesai breakfast jam 7.45 pagi kami semua berkumpul di lobi hotel. Ada yang tak turun lagi. Jadi kami maklum nak ke Tesco Express di dalam Broadway Shooping Centre. Nanti jumpa kat sana semua ya.
Awal pagi dah shopping kat Tesco Express |
Saya suka masuk supermarkat di awal pagi. Bau roti dia memang feel sungguh. Saya cari roti untuk bagi makan pada haiwan di St. James's Park kejap lagi. Susu pun beli juga sebab harga susu kat sini boleh dikatakan murah juga lah berbanding di Malaysia. Jam 8.30 pagi barulah semua sampai di sini. Kena tunggu diorang pulak shopping. Pantang nampak kedai, mesti nak beli sesuatu. Selesai semuanya, kami ke terminal bas di tingkat atas. Itu yang seronoknya stay di Hammersmith. Bukan hanya train je yang banyak line, bas pun banyak yang bermula dan berakhir di sini.
Terminal bas di tingkat atas Broadway Shopping Centre |
Lama juga kami menunggu bas 9. Bas dah ada tapi driver dia pergi breakfast kejap agaknya. Atau mungkin dia tunggu schedule pergerakan dia. Jam 9.15 pagi barulah bas 9 bergerak ke Stop F. Kami naik dan duduk di bahagian atas. Kali ni dapat lagi duduk seat paling depan. 5 minit kemudian barulah bas mula bergerak. Keadaan jalanraya amat lengang. Tak pasti di sini masih cuti lagi atau tak. Kalau kat Malaysia confirm la cuti lagi sebab 1 Januari jatuh pada hari Ahad. 25 minit perjalanan dan kami turun di bus stop berhampiran Hard Rock Cafe London.
Bus route: From Hammersmith to Old Park Lane |
Kami sambung berjalan kaki dan masuk ke taman yang diberi nama The Green Park. Di London walaupun banyak bangunan pencakar langit, namun kawasan hijau tetap ada. Kebanyakan taman-taman di sini kepunyaan keluarga Diraja yang dijaga dengan baik dan boleh diakses oleh orang awam. Haiwan seperti burung, itik, tupai dan angsa dibiarkan hidup bebas kat sini. Sebenarnya orang awam tak boleh bagi makanan kat haiwan-haiwan ni sebab mengganggu ekosistem. Tapi haiwan ni jinak, tetap nak bagi makan juga. Bagi jelah sampai ada orang tegur. Hahah..
The Green Park. Tenang je.. |
@ BUCKINGHAM PALACE
5 minit merentasi The Green Park, kami tiba di Buckingham Palace. Agak ramai juga pengunjung di sini. Buckingham Palace adalah antara tempat yang mesti dilawati jika datang ke London. Jika bernasib baik boleh tengok upacara changing of the guard di sini. Ada tarikh dan masa yang dijadualkan. Saya dah pernah tengok masa pertama kali ke sini pada 2012 dulu. Seronok la dapat pengalaman tengok askar berkuda dan marching di sekeliling Buckingham Palace.
Ramai juga pelancong hari ni |
Kebetulan hari ni ada upacara changing of the guard yang akan bermula jam 11.00 pagi. Sekarang baru jam 10.15 pagi. Kelihatan kereta polis mula meronda dan mengarahkan orang ramai untuk kosongkan jalan. Sedang elok la tu sebab lepas ni kami nak duduk santai di St. James's Park. Jam 11.00 pagi nanti boleh la kawan-kawan yang pertama kali datang tengok upacara changing of the guard. Kami tak tengok kot. Nak berehat-rehat kat kerusi taman sambil bagi itik makan. Hihi..
Kereta dan polis berkuda dah mula mengawal lalulintas. |
Saya maklum pada kawan-kawan yang nak tengok changing of the guard kami akan tunggu di St. James's Park. Kami perlu ke seberang jalan dulu sebelum kena tahan dengan polis. Sempat lagi bergambar walaupun dah banyak gambar kami kat sini sebelum ni. Pemandangan yang sama, melainkan jika keluarga Diraja keluar bersalaman dengan rakyat jelata. Barulah lain sikit suasananya. Boleh cuba jaya berhimpit nak bergambar dengan King Charles dan Putera William. Hahah..
Gambar kenangan edisi 2023 di Buckingham Palace |
@ ST. JAMES'S PARK
Saya tak tau kenapa saya suka sangat dengan St. James's Park. Berbanding dengan Kensington Gardens dan Hyde Park yang famous tu, saya lagi prefer pemandangan di sini. Sejak dari 2012, saya mesti singgah di sini jika ke London. Mungkin sebab banyak haiwan jinak yang boleh diberi makan kot. Hehe.. Apapun suasana taman-taman yang ada di London memang tenang dan cantik. Ditambah pula dengan kesejukan cuaca winter.
Asal berdiri tepi pagar mesti diorang ni datang dekat |
Kawan-kawan masih berada di area Buckingham Palace. Kedengaran lagu marching menandakan upacara changing of the guard sedang berlangsung. Alhamdulillah kawan-kawan merasa pengalaman melihatnya. Sambil makan santai-santai kami beri haiwan-haiwan jinak ni makanan. Tengok juga kiri dan kanan kalau ada polis yang sedang meronda. Setakat ni tak nampak lagi orang ramai yang bagi makanan kat haiwan di sini kena sound walaupun ada signboard menyatakan do not feed the animals. Mungkin polis pun malas nak layan agaknya. Bukan bagi makan racun pun. Hahah..
Apa salahnya rezeki dikongsi bersama. Bagi roti plain Tesco je kot.. |
Selesai upacara changing of the guard dan semuanya dah ada, kami teruskan jalan bersiar-siar di St. James's Park hingga ke penghujungya. Sempat juga singgah ke toilet yang disediakan sebab lepas dari taman ni tak tau kat mana nak cari toilet. Senang cerita, kalau jumpa toilet je terus singgah. Hahah.. Memang susah nak cari public toilet kat London ni. Kalau dah limited, bermakna ramai la orang yang beratur. Pihak berkenaan di London, mohon alert ya dengan perkara ni. Hahah..
Pasangan romantis, En Khai & Kak Wan.. |
Tepat jam 12.00 tengahari kami dah berada di penghujung St. James's Park. In shaa Allah jika datang London lagi pasti saya akan ke sini melepak santai sambil bagi haiwan jinak makanan. Dari jauh kelihatan jam besar di celah bangunan yang tak perlu nak diperkenalkan. Sebenarnya semua landmark utama di London boleh dilawati dalam masa sehari je. Jika relaks boleh buat 2 hari. Tambah sesi shopping, maksimum 3 atau 4 hari di London dah cukup pada saya. Tak perlulah sampai seminggu lebih stay kat sini. Jika ada masa yang panjang lebih baik sewa kereta dan explore luar London. Lagi banyak pemandangan yang indah di kampung-kampung seperti di Cotswold.
@ BIG BEN
Number 1 must visit landmark di London. Kalau takde gambar bersama Big Ben bermakna anda belum diiktiraf sudah sampai di London. Hehe.. Monumen yang berdiri sejak 1859 adalah cultural icon kepada London. Bentuknya masih sama seperti trip pertama saya pada 2012. Langsung tak berubah. Hahah.. Cuma pada 2019 Big Ben sedang mengalami major restoration. Jadi pada masa tu tak nampak bentuk sebenar Big Ben.
London's most iconic landmark.. |
Bangunan di sebelah Big Ben adalah House of Parliament, menjadikan tempat ni adalah tumpuan utama pelancong dari serata dunia. Scene movie pun banyak dibuat di atas jambatan Westminster ini dan berlatarbelakangkan Big Ben. Bila agaknya diorang buat penggambaran ya. Teringin juga kalau muka terselit sebagai orang ramai dalam scene movie. Hahah.. Selesai bergambar kenangan edisi 2023 di Big Ben, kami teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah tempat yang baru buat kami. Tak pernah lagi pergi sebelum ni walaupun ianya dibuka pada 2013. Masa trip 2019 hotel kami dekat je dengan tempat ni tapi tak sempat pergi. Kali ni kami akan jejakkan kaki juga. Untuk ke sana kena naik train. Kami teruskan berjalan kaki menuju ke Waterloo Station.
Walking route: From Old Park Lane to Waterloo Station |
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment