Jam 6.00 pagi saya dan wife terjaga dari tidur. Penat sungguh aktiviti seharian semalam. Pagi ni aktiviti hanya di Hammersmith. Saya sendiri rasa malas nak keluar berjalan. Lepas solat Subuh, saya sambung tidur. Wife maklum dia nak ke Primark. Ada la benda yang dia tak jumpa atau dia menyesal sebab tak beli semalam. Hehe.. Primark di Hammersmith buka jam 9.00 pagi. Sempat la dalam sejam lebih nak shopping. Wife minta saya tolong pack kotak yang nak dipos hari ni. Anak-anak saya biarkan diorang tidur dulu. Kejap lagi saya pergi gegar bilik diorang.
Jam 8.45 pagi wife kejut saya. Dia dah bersiap nak ke Primark. Saya mula packing kotak. Pakaian yang dah taknak pakai boleh pos. Barulah banyak ruang dalam beg. Walaupun di Iceland nanti mungkin tak banyak shopping sebab harga yang sedia maklum mahal, tapi lepas Iceland kami akan ke Paris. Last day shopping itu wajib. Kat Paris boleh claim VAT. Itu yang lagi best tu. Hahah.. Dalam setengah jam saya selesai packing 3 kotak penuh siap tulis nama, nombor phone dan emel. Lepas mandi saya pergi ke bilik anak-anak. Mudah pulak diorang ni bangun. Bagus..
![]() |
Selesai packing 3 kotak untuk pos hari ni |
Saya kembali semula ke bilik. Anak-anak dah siap mandi boleh kemas barang-barang dan pastikan takde barang yang tertinggal dalam bilik. Selalunya earphone dan powerbank diorang yang kerap tertinggal. Asyik beli powerbank baru je kerja diorang ni. Rasanya dalam setahun ada la 4-5 kali diorang beli powerbank. Mana taknya, selalu biarkan charge lama sampai kembung dibuatnya. Huhu.. Powerbank saya yang 6000mah dapat free dari Bank Rakyat beberapa tahun yang lalu masih elok lagi. Sampai di bilik, saya kemas barang-barang saya. Beg saya biarkan dulu sebab kejap lagi mesti ada barang dari Primark yang wife bawa balik.
![]() |
Beg dah standby. Tunggu barang dari Primark sampai kejap lagi |
Saya buka apps tentang weather di Iceland. Nak tahu juga keadaan di sana sekarang. Risau dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Dua hari lepas dapat berita ada snowstorm di sana dan banyak jalan yang tutup. Susah la kalau rpute perjalanan kami ditutup. Homestay semua dah booking dan bayar. Weather di Iceland memang unpredictable. Dalam masa sehari macam-macam boleh jadi. Daripada cerah, sekelip mata je boleh terus bertukar gelap dan berangin kencang. Itulah, siapa suruh pergi Iceland waktu winter. Huhu.. In shaa Allah, moga dipermudahkan urusan kami di bumi Iceland nanti.
![]() |
Apps untuk weather dan road condition di Iceland |
Jam 10.20 pagi wife dah balik. Lumayan juga hasilnya. Kebanyakannya barang yang dipesan oleh kawan-kawan. Semalam tak jumpa saiz. Primark kat sini banyak pilihan sebab buka je terus serbu. Semua barang masih tersusun cantik, senang nak cari. Selesai kemas semua barang masuk ke dalam beg, kami bersiap untuk turun ke lobi hotel. Eimran dan Eiman bantu bawa kotak turun. Setelah pastikan tiada barang yang tertinggal, sebelum turun ke lobi saya singgah di bilik anak-anak untuk pastikan semuanya clear. Kesemua 8 kotak kami dan kawan-kawan diletakkan sementara di luggage room sebab member akan datang ambil jam 2.00 petang nanti. Mudah ada kenalan di sini. Senang nak uruskan postage.
![]() |
Berkumpul di lobi hotel dulu |
Sementara menunggu semua di lobi hotel, saya ke Broadway Shopping Centre untuk tukar duit. Sebenarnya tak perlu pun nak tukar duit Icelandic Krona atau ISK. Kat Iceland semua transaksi boleh pakai debit dan credit card. Tapi saya nak tukar juga sebab dah ada hobi simpan koleksi matawang. Boleh la simpan sikit baki duit Iceland dalam album koleksi buat kenangan. Money changer kat Malaysia susah nak dapat tukaran wang ISK sebab tak ramai orang Malaysia berkunjung ke Iceland. Nilai matawang ISK agak sukar untuk dikira sebab nombornya besar. RM1.00 bersamaan dengan ISK28.90. Nampak macam besar nilainya, tapi barang di Iceland semuanya main harga ribu-ribu ISK. Nanti kita tengok bila masuk supermarket kat sana.
![]() |
Tukar sikit duit ISK sebagai syarat dan koleksi album |
Jam 11.00 pagi semuanya dah ada di lobi. Kami letakkan kad bilik dalam kotak yang disediakan sebagai tanda check-out. Terima kasih Premier Inn London Hammersmith (Shepherds Bush Road) Hotel. Saya amat berpuas hati dengan hotel ni. Selain harganya yang berpatutan, lokasinya amat strategik. Semua kemudahan dekat dengan hotel ni seperti shopping complex, train station, bus station dan restoran halal. Yang penting Hammersmith tak jauh sangat dengan central London. Dalam setengah jam je naik train atau bas. Jika ada rezeki datang ke London lagi, saya pasti akan stay di area Hammersmith. Memang terbaiklah!
![]() |
Thank you Premier Inn & Hammersmith! |
@ VICTORIA STATION
Kami berjalan dengan menarik beg masing-masing menuju ke Hammersmith Station. Selamat tinggal Hammersmith! Kami naik District Line dan 15 minit kemudian kami turun di Victoria Station. Ada beberapa pilihan train untuk ke London Gatwick Airport. Train paling cepat dan sudah tentu paling mahal adalah Gatwick Express sebab train direct ke sana tanpa henti. Thameslink dan Southern Railways juga ada route ke sana tapi ambil masa sikit sebab berhenti kat beberapa station. Flight kami jam 3.30 petang. Masih ada masa lagi. Maka kami pilih train yang paling berpatutan harga tiketnya.
![]() |
Besar juga keadaan dalam Victoria Station ni |
Banyak sungguh info tentang train. Tak tahu train mana yang kami nak naik. Platform pun tak pasti yang mana satu. Malu bertanya sesat jalan. Jadi saya pun bertanya pada staff yang bertugas di pintu masuk ke platform. Staff tu kata untuk ke London Gatwick Airport, pilihan tiket yang murah boleh naik sama ada Thameslink atau Southern Railways. Oyster card boleh digunakan. Tapi kanak-kanak berumur 5-15 tahun kena ada tiket. Elysha dan Eirfan takde oyster card. Jadi kenalah beli tiket untuk diorang berdua yang berharga GBP9.15/person. Mahal juga harga tiket untuk kanak-kanak. Huhu..
![]() |
Ada train disruption sebab pekerja mogok. Aduhai.. |
Orang dah mula ramai menunggu untuk masuk ke platform. Barrier masih belum dibuka. Terdapat beberapa train yang delay kerana train strike. Harap-harap jangan la terkena pada train yang menuju ke destinasi kami. Tiba-tiba rasa macam nak naik Gatwick Express pulak. Kenangan berlari kat Kastrup Airport, Copenhagen pada 2018 sebab gate dah tutup masih segar dalam ingatan. Tak sanggup dah nak berlari. Huhu.. Jam 12.20 tengahari barulah pintu barrier dibuka dan kami bersama orang ramai mula masuk dan menuju ke platform. Tiket yang saya beli tadi adalah untuk standard class. Tak pasti mana satu gerabak untuk standard class. Apapun naik je dulu. Kat dalam nanti baru fikir. Hahah..
![]() |
Kami naik Southern Railways |
Kami letak beg di tempat yang disediakan. Rasanya boleh kot duduk mana-mana seat yang kosong. Train mula bergerak jam 12.30 tengahari. Perjalanan mengambil masa 35 minit untuk sampai di London Gatwick Station. Kami turun dari train dan terus berjalan ke arah pintu masuk di South Terminal, London Gatwick Airport. Pada mulanya saya bercadang nak cari kaunter untuk refund oyster card. Tapi disebabkan kami ada masa kurang dari 3 jam untuk naik flight, maka saya tak jadi nak buat. Kaunter refund pun tak tau kat mana. Simpan je la oyster card tu. Mungkin ini tanda-tanda kecil kami akan ke London lagi dan guna duit baki yang ada. Hahah..
![]() |
Underground & train route: From Hammersmith to London Gatwick Airport |
@ LONDON GATWICK AIRPORT
Flight Easyjet kami akan berlepas di North Terminal. Jadi kami kena berjalan lagi dan naik shuttle train untuk ke sana. London Gatwick Airport hanya ada 2 terminal iaitu South dan North Terminal. Namun kedudukan kedua-dua terminal ni agak jauh antara satu sama lain dan kena naik shuttle train. Low-cost carrier kebanyakannya berlepas dan mendarat di airport ni. Kiranya macam KLIA2 la. KLIA pula sama seperti Heathrow Airport untuk long haul flight. Tapi Heathrow lagi besar la berbanding KLIA. Heathrow Airport mempunyai 5 terminal dan antara salah satu airport paling busy di Europe. Walaupun London Gatwick Airport tak besar, tapi ada juga flight besar seperti Emirates Airlines mendarat di sini.
![]() |
Tak sampai lagi la. Kena naik shuttle train untuk ke North Terminal |
Servis shuttle train kat sini pantas, sama seperti aerotrain di KLIA. Tak sampai 5 minit menunggu shuttle train pun sampai di platform. Kami masuk ke dalam dan perjalanan mengambil masa tak sampai 10 minit untuk tiba di North Terminal. Kami ada masa 2 jam sebelum flight berlepas. Kami terus ke kaunter check-in. Lega bila tengok tak ramai orang pun yang sedang berurusan di kaunter. Sistem check-in kat sini adalah self-service. Scan barcode pada mesin dan keluar boarding pass serta tagging sticker untuk dilekatkan pada beg. Lepas dah lekat tagging barulah beg diletakkan pada belting dan bergerak meninggalkan kami. Jumpa semula semua beg di Iceland ya.
![]() |
Sampai jua di North Terminal |
Alhamdulillah. Baru rasa tenang bila dah check-in. Ada masa sejam setengah lagi untuk naik flight. Tengok pada information screen masih belum keluar lagi gate mana untuk kami boarding. Kami mencari prayer room untuk solat. Kat airport ni ada prayer room di kedua-dua terminal. Ia bukanlah surau khas untuk muslim tapi multifaith room di mana pelbagai agama menggunakan bilik yang sama. Di North Terminal, multifaith room terletak berhampiran dengan Hampton Hotel. Ada signboard menunjukkan di mana letaknya bilik tersebut. Tak macam di Battersea Power Station kepunyaan Malaysia tu. Kat dalam lorong baru ada signboard. Hahah..
![]() |
Multifaith room di North Terminal |
Walaupun bilik gunasama pelbagai agama, sekurangnya pihak airport ada effort dalam menyediakan tempat yang bersih, senyap dan tenang untuk beribadah. Untuk ruang solat muslim disediakan satu sejadah. Bilik wudhuk pun ada. Ini pertama kali saya solat di multifaith room. Di Bicester Village ada contemplation room, tapi nampak seperti surau sebab ada ruang untuk solat berjemaah. Di sini hanya satu ruang kecil di bahagian belakang. Cukup la tu, janji boleh solat dengan tenang. Selesai solat jamak secara bergilir, kami berjalan melihat kedai-kedai yang ada di sini. Tepat jam 2.30 petang information screen menunjukkan flight kami akan berlepas di Gate 104. Let's go..
![]() |
Majoriti flight easyjet kat sini ye.. |
Setelah melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen dengan jayanya, kami terus berjalan mengikut arah ke Gate 104. Ramai juga orang yang mengikut arah yang sama. Mesti flight penuh ni. Easyjet adalah low-cost carrier, sama seperti Air Asia. Harga tiketnya amat berpatutan dan mampu beli. Cuma Air Asia selalu flight delay la. Saya tengok review tentang Easyjet pun sama juga. Ramai penumpang memberikan komen yang negatif dalam review dan isu paling banyak adalah flight delay. Rasanya low-cost carrier memang macam tu kot. Harap flight kami tak delay hari ni.
![]() |
Mana satu flight Easyjet kami ye.. |
Saya dah banyak kali terkena dengan Air Asia untuk domestic flight. Dalam website letak banyak waktu penerbangan untuk bagi penumpang banyak pilihan. Padahal penumpang yang beli tiket jam 7.00 pagi, 8.00 pagi dan 9.00 pagi semuanya naik flight jam 10.00 pagi. Sebenarnya memang tak wujud pun flight sebelum jam 10.00 pagi. Very good ticketing strategy. Walaupun selalu terkena, tapi tetap juga beli sebab takde flight company lain boleh bagi harga yang murah. Selagi takde rival, selagi itulah diorang akan pasang strategi macam ni. Sama macam Astro. Huhu..
Sangkaan awal saya tadi tepat apabila kami sampai di Gate 104. Ramai penumpang berada di ruang menunggu. Confirm flight penuh. Ruang menunggu tak besar dan ramai yang berdiri menunggu gate dibuka. Terkejut juga sebab ramai orang nak ke Iceland di musim winter. Saya tak rasa semuanya orang Iceland yang balik kampung masing-masing. Dilihat dari pakaian dan barang yang dibawa, majoriti adalah pelancong rasanya. Hanya kami je muka Asia kat sini. Confirm la nampak jelas seperti pelancong. Muka jawa pekat memang tak boleh nak cover. Hahah..
![]() |
Nampaknya terpaksalah berdiri juga |
Sambil menunggu boarding gate buka, saya tengok apps Iceland untuk dapatkan info terkini. Apa yang menariknya tentang apps ni, selain dari road condition kita juga boleh tengok live view keadaan di sana sama ada cerah, snowstorm atau salji sedang turun dengan lebatnya. Walaupun seronok, tapi kerisauan tetap ada. Seminggu kami akan berada di bumi Iceland, macam-macam perkara boleh terjadi. Mulalah terbayang benda yang bukan-bukan. Perkara berkaitan natural disaster ni bukannya kita boleh jangka pun. Hanya mampu berdoa memohon agar keselamatan kami terjaga sepanjang berada di sana.
![]() |
Live update keadaan di sana. Terbaik apps ni. |
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment