Sunday, 2 February 2025

JJCP Eurora: Day 05 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Jauh juga kami berjalan dari pagi tadi. Lebih 3 kilometer rasanya. Huhu.. Cuaca sejuk in shaa Allah boleh jalan jauh. Kalau panas jangan harap la boleh jalan kaki sejauh ni. Kami masuk ke dalam Waterloo Station. Besar sungguh station ni. Banyak train yang berhenti kat sini. Selain dari 4 train underground, train ke luar London juga ada di sini. Nak cari platform pun agak mencabar juga.

Keadaan di Waterloo Station. Parking basikal bertingkat tu..

Kami mencari platform untuk naik Jubilee Line. Di London tiada masalah sebenarnya nak cari di mana lokasi platform sebab banyak signboard. Tapi kadang-kadang boleh confuse juga. Sedangkan penduduk kat sini pun boleh salah, inikan pula orang luar. Hehe.. Apa-apa pun kalau tak tau, boleh je tanya officer atau orang ramai kat sini. 5 minit menunggu di platform, akhirnya train Jubilee Line sampai. Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Wembley Park Station.

Underground route: From Waterloo to Wembley Park Station

Keluar je dari Wembley Park Station terus nampak Wembley Stadium di kejauhan. Anak-anak tak tau kenangan tentang stadium ni. Wembley Stadium boleh dikatakan stadium yang legend, sama seperti Stadium Merdeka. Masa saya kecik, perlawanan besar di England mesti dibuat di Wembley Stadium. Hingga hari ni semua perlawanan besar seperti final atau european matches dimainkan di sini.

Kelihatan Wembley Stadium dari Wembley Park Station

Selain perlawanan bolasepak, event seperti konsert juga banyak dibuat di Wembley Stadium. Sejarah asal stadium ini dibuka pada 1924 untuk tujuan exhibition pada zaman itu. Kemudian cadangan untuk merobohkan stadium ni dihalang. Dah buat stadium punya besar, takkan la nak robohkan. Maka kekal la Wembley Stadium ni sampai sekarang. Antara historic moment yang berlaku di Wembley Stadium adalah 1966 World Cup Final di mana England telah memenanginya buat pertama kali dan itulah sekali England pernah menang World Cup. Pada tahun 2000 stadium ni ditutup untuk major renovation dan dibuka semula pada 2007. Wembley Stadium berkapasiti 90,000 menjadikan ia adalah stadium terbesar di UK dan kedua terbesar di bumi Europe selepas Camp Nou Stadium, Barcelona.

Amik dari jauh je. Tak larat nak naik tangga. Hahah..


@ LONDON DESIGNER OUTLET

Kami datang ke sini bukannya bertujuan untuk melawat Wembley Stadium. Ada satu shopping outlet yang terletak bersebelahan dengan Wembley Stadium iaitu London Designer Outlet. Masa trip 2019 kami stay di Travelodge London Wembley High Road. Dekat je dengan area kat sini, jalan kaki pun boleh. Tapi masa tu kami ada masa yang limited untuk bawa anak-anak pertama kali ronda Kota London. Jadi kami tak sempat untuk ke sini. Rezeki tak ke mana. Akhirnya tahun 2023 baru kami dapat singgah di sini.

Walking route: From Wembley Park to London Designer Outlet

Di UK memang banyak designer outlet atau shopping village yang boleh diterjah. Sejak dari 2012 banyak lokasi shopping yang saya dapat singgah. Harga yang ditawarkan memang murah daripada harga butik. Cuma design mungkin dah lama sikit. Dulu lagi berbaloi sebab di UK boleh claim tax refund. Tapi sekarang dah tak boleh. Bermula 2021 kerajaan UK dah stop tax refund scheme untuk tourist. Rugilah tak boleh claim 20 percent tax refund. Personal shopper pun dah ramai yang beralih ke negara Europe yang lain especially France untuk mencari barang. Tax refund la yang membuatkan diorang lebih untung dalam berniaga. Huhu..

Suasana di London Designer Outlet

Anak-anak dah mula ajak makan. Saya pun lapar juga. Jauh berjalan memang boleh menjadikan kita lapar. Di sini ada beberapa restoran yang berstatus halal. Saya set dengan kawan-kawan untuk berjumpa semula di satu tempat yang saya maklumkan. Jadi boleh la diorang jalan-jalan ikut pilihan masing-masing butik mana yang diorang nak masuk. Hari ni kami teringin nak makan burger. Susunan kedai di London Designer Outlet agak confuse sebab dalam bangunan bertingkat. Kalau Bicester Village atau Cheshire Oaks senang sikit sebab open-air macam di Johor Premium Outlet. Maka terpaksalah guna google map untuk mencari lokasi restoran halal.

10 minit mencari baru jumpa. Kita tengok menu dulu..


@ BIG MOE'S DINER

Bila masuk dalam restoran ni rasa macam berada kat US. Cantik decoration restoran ni. Yang penting ianya dijamin halal. Tempat duduk pun klasik, ala zaman 70an. Macam biasa, anak-anak pilih dulu menu masing-masing dengan ingatan tengok harga dulu. Hahah.. Jangan main order je. Lagi sakit hati bila dah order lepas tu makan tak habis. Bukan setakat pembaziran makanan, pembaziran duit pun berlaku. Huhu.. Takpe, Eimran ada. Dialah yang selalu habiskan makanan adik-adik dia. Terbaik bang. Seperti yang diinginkan, kami order burger dan pasta bersama soft drinks. Kat sini memang air gas je la. Rasa macam nak berniaga teh ais balang je kat sini. Hehe..

Semua dah kelaparan ni..

15 mint menunggu, akhirnya makanan yang di order telah berada di atas meja. Portion makanan sesuai la untuk seorang makan. Takde lah besar sangat burger dia. Selalunya restoran middle-east yang jual kebab menunya memang dalam portion yang besar. Order satu untuk dua orang makan pun boleh. Makan sampai kenyang ya anak-anak. Tak habis boleh pass pada Eimran. Hihi.. Boleh tahan sedap juga burger dan pasta di sini. Layan..

Nyum nyum.. Beef patty dia sedap sangat..

Alhamdulillah, semua tersenyum kekenyangan. Harga bagi kesemua makanan yang kami order adalah GBP68.00 bersamaan RM365.85. Sekali makan sampai macam tu harga dia ya. Harga macam ni boleh makan 3-4 kali kalau di Malaysia. Itulah penangan London. Namun ada cara untuk berjimat iaitu prepare makanan sendiri. Singgah mana-mana taman dan makan. Tapi nak menyediakannya untuk setiap hari tu agak mencabar jugalah. Dapat prepare makanan untuk breakfast sudah memadai dan membantu dalam berjimat jika travel ke London. Tepuk dada tanya selera masing-masing.

Memang cantik decoration dalam restoran ni..

Jam 3.15 petang kami meninggalkan Big Moe's Diner dan teruskan meronda melihat butik-butik di sini. Secara peribadi, saya tak berapa minat la dengan London Designer Outlet. Takde rasa teruja nak masuk butik dan tengok barang-barang. Berbeza keadaannya dengan shopping village dan designer outlet lain yang saya dah pergi sebelum ni di mana saya excited masuk ke butik dan tengok barang yang dijual. Aura kat London Designer Outlet ni tak kuat la untuk saya. Huhu..

Jalan-jalan dan tengok barang dari cermin luar je..

Jam 4.00 petang semua dah berada di tempat berkumpul. Masa untuk meninggalkan London Designer Outlet tanpa pembelian. Datang sini untuk makan burger je rupanya. Takpelah, yang penting dapat pengalaman window shopping di sini. Rasanya kalau datang London lagi saya tak pergi sini dah. Cukup lah sekali je. Mungkin suasana di sini membuatkan saya tak berapa teruja untuk shopping kot. Wife saya pun merasakan yang sama. Kami berjalan keluar ikut pintu belakang dan naik bas menuju ke Wembley Central untuk naik train.

Bus route: From Wembley Stadium to Park Lane High Rd.

Kami turun dan berjalan menuju ke Wembley Central Station. Di sinilah hotel yang kami stay masa 2019 dulu. Primark ada di seberang jalan tapi kami tak singgah sebab dari luar kelihatan ramai orang dan amat sesak. Kalau dah masuk tak tau berapa lama kat dalam tu. Hahah.. Kami ada destinasi lain yang nak dituju. Tavelodge di sini antara hotel yang strategik sebab dekat dengan Tesco, Primark, restoran halal dan public transport. Cuma lokasinya yang jauh dengan airport membuatkan keadaan agak kelam kabut bila train ada masalah. Setiap hujung tahun kan diorang selalu buat train strike. Harap jangan la asyik kerja nak mogok mintak naik gaji je setiap hujung tahun ye.

Walking route: From High Rd. to Wembley Central Station

Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment