Tuesday, 11 February 2025

JJCP Eurora: Day 07 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




@ EASYJET EZY8507

Jam 3.00 petang kedengaran pengumuman untuk boarding flight. Alhamdulillah flight kami tak delay. Kami beratur bersama orang ramai untuk boarding. Disebabkan ruang sempit, keadaan agak crowded. Saya memang tak suka nak bersesak naik flight. Tak perlu risau pun sebab confirm akan naik flight juga. Seat pun tak perlu berebut. Cuma ruang luggage je lah mungkin dah penuh dan terpaksa letak jauh dari seat. Takpelah, janji backpack kami ada dalam flight. 15 minit beratur baru dapat masuk flight. Ruang beg atas kepala masih kosong. Kan dah kata, tak perlu berebut pun. Hahah..

Agak sempit juga la ruang seat. Low-cost flight kan..

Aircraft kami adalah Airbus A320 dan mempunyai susunan seat 3-3. Sedang elok la tu kami sekeluarga duduk sebaris. Eirfan duduk bersama saya dan wife. Dalam jaket masing-masing ada jajan seperti biskut dan keropok sebab flight ni kami tak order makanan. Bukannya halal pun. Huhu.. Anak-anak mohon bertahan ya untuk 3 jam 20 minit. Sampai sana nanti kita cari makanan. Saya pun lapar sebenarnya. Hanya sup Campbell je yang mengisi perut pagi tadi. In shaa Allah semua boleh bertahan. Masing-masing excited kot sebab nak jejakkan kaki di bumi Iceland buat pertama kali dalam hidup. Hehe..

Ready semua? Iceland here we go!

Tepat jam 3.30 petang seperti dalam jadual, flight Easyjet EZY8507 mula berlepas dengan lancar meninggalkan London Gatwick Airport. Dalam flight ni takde entertainment. Anak-anak mula tengok handphone masing-masing. Setengah jam berada di udara, cuaca di luar tingkap sudah mula gelap. Takde apa yang boleh dibuat selain baca majalah dan tengok barang jualan in-flight. Saya pun pasang earphone dan dengar lagu sampai tertidur. Jam 6.30 petang wife kejut saya. Kedengaran pilot memaklumkan bahawa flight akan mula mendarat. Yeayy..

Flight route: From London Gatwick to Keflavik International Airport

Anak-anak mula teruja sambil melihat ke luar tingkap untuk tengok salji buat pertama kali. Cuaca gelap kat luar, tak nampak pun saljinya. Seminggu kat sini korang main la salji sampai puas ye. Takut nanti tak tahan sejuk je. Saya teringat pertama kali dalam hidup melihat salji turun dari langit masa trip saya ke Seoul, South Korea pada 2014. Memang teruja habis. Masa tu orang ramai berlari masuk ke dalam bangunan, tapi saya dan wife selamba je berdiri sambil memandang ke langit. Kagum dengan keajaiban alam ciptaan Tuhan. Bila tengok muka anak-anak, saya faham perasaan mereka. Rezeki diorang untuk merasai pengalaman pertama dalam hidup bermain salji di Iceland. Ayah dan ami umur 36 tahun baru dapat tengok salji tau.



@ KEFLAVIK INTERNATIONAL AIRPORT

Tepat jam 6.45 petang flight Easyjet EZY8507 mendarat dengan selamatnya di Keflavik International Airport. Risau juga bila memikirkan flight akan mendarat di atas landasan yang licin. Anak-anak dah mula nampak keputihan di luar tingkap. Kami bersiap-siap untuk keluar dari flight. Waktu di Iceland sama seperti di UK, jadi tak perlu nak adjust pada jam. Selepas mengucapkan terima kasih pada steward dan stewardess bertugas, kami berjalan masuk ke dalam terminal dengan senyuman yang lebar. Tak sangka akhirnya saya dapat jejakkan kaki di bumi Iceland. Bila difikirkan semula, ada juga hikmahnya Covid-19 melanda. Dapat menabung banyak untuk travel. Kalau setiap tahun travel, rasanya tak dapat nak menabung untuk ke Iceland. Apa yang lebih membanggakan saya dapat bawa satu keluarga ke sini. Alhamdulillah..

Mesti sejuk kat luar ni. Huhu..

Kami berjalan menuju ke kaunter pemeriksaan imigresen. Tak berapa ramai orang yang beratur. Rasanya flight kami je yang mendarat tadi. Bila sampai giliran kami, pegawai bertugas tanya saya apa tujuan datang ke Iceland. Saya jawab la untuk bercuti. Dia tanya berapa kali dah sampai Iceland sebelum ni. Memang tak pernah la. Your country is so expensive. Hahah. Saya takdelah jawab macam tu. Hehe.. Dia tanya lagi, ke mana arah tujuan kami di sini. Saya pun explain sambil menunjukkan itinerary. Kami cuma nak explore kawasan di South Iceland dengan kereta sewa. Dia kata south Iceland mungkin passable tapi kena selalu check weather sebab kadang-kadang ada route yang ditutup sebab salji tebal. Baik tuan, saya akan pastikan sentiasa check weather dan road condition. Urusan di imigresen selesai.

Semua penumpang flight yang sama dengan kami

Kami menunggu kawan-kawan yang lain sedang berurusan di kaunter imigresen. Alhamdulillah semua lepas. Kami terus ke arah baggage claim untuk mengambil beg. Sebelum sampai di area baggage claim, saya jumpa satu spot yang selalu orang post di media sosial bila sampai di Iceland. Kami pun tak melepaskan peluang bergilir mengambil gambar kenangan di spot berkenaan. Belum keluar dari airport lagi dah banyak gambar kenangan yang diambil. Hahah.. Tak tau la macamana bila berada di luar dan 7 hari berikutnya di sini. For sure beribu gambar akan diambil. Kenangan seumur hidup..

Inilah spot dia. Wajib bergambar bila sampai sini..

Kami teruskan berjalan menuju ke area baggage claim. Kelihatan beg sudah mula keluar. Anak-anak bantu mengambil beg dan letakkan di atas troli. Kami berjalan keluar melalui kaunter kastam. Alhamdulilah beg kami langsung tak diperiksa. Mungkin kerana diorang nampak kami bawa anak-anak. Itulah advantage bila bawa kanak-kanak. Dah banyak kali bila trip bawa anak-anak kecil selalunya kastam tak tahan walaupun flight dari Indonesia atau Vietnam, negara yang sudah pastinya banyak barang yang dibeli. Kalau trip dewasa je selalu kena tahan. Diorang takut orang dewasa selalunya seludup barang terlarang kot. Huhu..

Semua beg kami keluar, takde satu pun yang tertinggal

Sementara menunggu yang lain ambil beg, kami jalan melihat kedai-kedai yang ada di sini untuk melihat berapa harga barang yang dijual. Lego dan coklat bila convert takdelah mahal sangat harganya. Boleh la kalau nak beli. Eirfan dah mula merapat. Dia ni kalau takde benda yang dia nak memang suka jalan sorang-sorang kat depan. Bila nampak sesuatu je baru dia datang dekat, dengan harapan pujukan berjaya. Ayah dah tau la taktik awak. Hahah.. Sabar, kita banyak masa lagi kat sini. Mungkin ini harga di airport. Esok kita boleh tengok harga barang di luar. Mana yang murah kita beli. Yang mahal kita cuci mata aje.

Berpatutan juga la harganya. Takdelah mahal sangat pun

Bila semuanya dah ada dengan beg masing-masing, saya mula mencari lokasi untuk ambil kereta sewa. Company yang saya sewa takde kat dalam airport ni. Ia terletak di kawasan parking kat luar airport. Saya cari pintu keluar yang paling hampir dengan lokasi kereta sewa tersebut. Dalam airport kelihatan banyak company sewa kereta yang popular seperti Hertz, Europcar, Budget dan Avis. Saya dah study semua car rental company di Iceland dan pilih mana yang paling reliable dan murah. Kalau taknak bayar airport tax, maka kenalah cari car rental company yang berada di luar airport. Harap company kereta sewa yang saya pilih ni tak menyusahkan hidup kami sepanjang berada kat sini.

Kosong semua kaunter sewa kereta kat sini..

Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment