Saturday, 8 February 2025

JJCP Eurora: Day 06 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




@ ROYAL OBSERVATORY GREENWICH

Kami sampai di depan pintu pagar Royal Observatory Greenwich. Tak ramai pun orang kat sini. Pintu pagar pun berkunci. Mungkin ada pintu lain kot. Kami terus berjalan ke depan. Betul ada satu lagi pintu masuk. Tapi ada entrance fee la. Huhu.. Adult GBP16.00 dan kanak-kanak separuh harga. Kalau ada membership boleh masuk free. Nak buat apa jadi membership. Bukannya kami duduk di sini pun. Dapat masuk sekali pun dah cukup. Takkan la saya sorang je yang masuk semata-mata nak tengok meridian line. Macam tak berbaloi je.

Aiseh, kena bayar la pulak..

Nampaknya tengok dari luar je lah. Kelihatan tak ramai pun pengunjung di dalam. Kat luar pagar lagi ramai dari di dalam. Hahah.. Mesti semua ingat free masuk ke sini. Takpelah, kita selfie je dari luar. Janji sudah sampai dan nampak meridian line tu walaupun tak dapat ambil gambar berdiri di atasnya. Nasib baik view di Greenwich Park ni cantik. Takdelah rasa sia-sia datang ke sini. Disebabkan Greenwich Park terletak di atas bukit, maka view amatlah superb.

Jeles je tengok orang berdiri kat atas meridian line tu..

Saya teringat video orang ramai main sledge masa winter kat bukit ni. Memang best la kalau salji turun kat sini. Anak-anak mesti layan slide sampai ke bawah sebab bukit tak curam sangat. Confirm basah la diorang. Tapi itulah, dah 3 kali ke sini pun tak dapat merasa salji turun di bumi London. Anak-anak tak pernah lagi merasai pengalaman bermain salji. Esok ayah boleh pastikan 100% korang dapat main salji ye. Tunggu lagi 24 jam. Hehe..

Kenangan di Greenwich Park, walaupun dapat tengok meridian line dari luar..

Selesai bergambar kenangan dan sakit hati melihat orang bergambar atas meridian line, kami jalan menuruni bukit. Di sini tak banyak haiwan yang berkeliaran seperti di St. James's Park. Nampaknya takde la tupai atau itik dapat makan roti yang sentiasa ada dalam beg saya ni. Anak-anak tanya kita nak patah balik ke pintu masuk tadi ke. Tak perlu pun sebab masuk tadi dari pintu belah selatan dan kita akan keluar di pintu belah utara, dekat sikit dengan destinasi seterusnya. Tepat jam 1.00 petang kami meninggalkan Greenwich Park dengan penuh kenangan. Manis ada, pahit pun ada sikit. Hahah..

Thanks Greenwich Park for the views!

Kami teruskan perjalanan menyusuri kedai-kedai di Greenwich. Kat sini ada satu kedai yang saya teringin nak singgah sebab tengok kat youtube. Masa persiapan sebelum trip, saya cuba mencari mana-mana landmark atau lokasi yang saya belum pergi lagi. Sekurangnya dapatlah pengalaman yang baru. Landmark utama seperti Big Ben dan Tower Bridge kenalah pergi juga sebab setiap trip kami bawa kawan-kawan yang pertama kali ke sini. Takkan la tak bawak diorang tengok landmark utama di London kan. Nanti orang kata tak complete trip ke London kalau takde gambar bersama landmark utama.


Sunyi je kawasan kejiranan di Greenwich


@ DARK SUGARS COCOA HOUSE

5 minit berjalan di deretan rumah dan kedai, akhirnya kami sampai di depan kedai Dark Sugars Cocoa House. Kami nak cuba hot chocolate yang dikatakan antara terbaik di London. Masa 2019 kami minum hot chocolate di Cambridge dan rasanya amat sedap. Kepekatan coklat dan susu yang amat menepati kehendak tekak kami. Kemudian di Glasgow juga kami minum, tapi tak sesedap di Cambridge. Disebabkan trip kali ni tak sewa kereta, jadi saya dan wife browse melalui youtube mencari kedai hot chocolate yang terbaik di London. Salah satunya adalah Dark Sugars.

Fuhh.. banyaknya pilihan coklat kat sini..

Di London ada 2 cawangan Dark Sugars. Cawangan pertama dan utama adalah di Brick Lane. Saya tak pernah lagi ke Brick Lane. Katanya sunday market kat sana meriah. Nantilah ada rezeki trip lain saya akan pastikan Brick Lane masuk dalam itinerary saya. Trip kali ni ke Greenwich Park. Sedang elok Dark Sugars ada cawangan di sini. Rasanya sama je kot rasa hot chocolate kat sini dengan di Brick Lane. Selain dari hot chocolate, Dark Sugars juga menjual pebagai jenis coklat, biskut dan aiskrim. Risau pulak nak beli coklat timbang ni. Terlebih sauk maka banyak la helaian duit pound yang keluar dari wallet. Hahah..

Boleh mix and match, asalkan harganya sama

Jangan terpedaya dengan bentuk coklat yang dijual. Kena pastikan dulu ingredients yang digunakan sebelum memilih. Di sini semua coklat ada info bahan yang digunakan. Jadi pandai-pandailah memilih ya. Dapat rasa sebiji untuk setiap perasa pun dah cukup. Pening kepala bila tengok berat timbangan nanti. Hahah.. Tak ramai pulak orang kat kedai ni. Tengok kat youtube di Brick Lane orang sampai beratur panjang kat luar. Mungkin video lama kot. Sekarang orang dah tak heran sangat rasanya. Itu yang tak ramai orang tu. Baguslah macam tu. Cepat sikit urusan kami kat sini. Bahaya kalau lama kat kedai macam ni. Selagi tak bayar, maka makin banyak la ketulan coklat yang masuk dalam karung. Huhu.. Tujuan utama ke sini sebenarnya nak rasa hot chocolate dia. Dah sampai mesti kena try.

Kepingan pelbagai jenis coklat digunakan dalam penyediaan hot chocolate

Hot chocolate di sini disediakan menggunakan gabungan beberapa jenis coklat yang dihiris menjadi kepingan. Kemudian ianya dicampur bersama susu panas dan kepingan coklat akan mencair semasa kita minum. Boleh tahan juga harganya. Kami pilih beberapa perasa hot chocolate agar dapat merasa semuanya. Harga satu cup bermula GBP5.50. Boleh tahan juga harganya bila dibandingkan dengan saiz cup. Nak merasa punya pasal. Nanti menyesal dah sampai tapi tak cuba.

Proses menyediakan hot chocolate

Style sungguh masa kita minum dan kepingan coklat mula mencair. Agak pekat juga rasanya sebab ada dark chocolate. Masa mula minum dalam keadaan panas memang rasa sedap walaupun agak kelat sebab pekat. Bila dah mula sejuk, saya langsung tak boleh nak minum. Lain macam pekat dan kelatnya. Huhu.. Kepada yang suka makan dark chocolate memang sesuai la. Tapi secara personal saya tak berapa suka. Pada saya hot chocolate di Cambridge lebih sedap. Di Glasgow pulak paling tak sedap setakat ni sebab cair sangat coklatnya. Dah bayar untuk 4 cup, maka kenalah pastikan minum sampai habis walaupun terpaksa. Hahah.. Wife saya yang suka makan dark chocolate pun tak berapa suka. Mungkin sebab bercampur dengan pelbagai jenis coklat lain kot.. Apapun sekurangnya dapat merasa pengalaman minum hot chocolate di Dark Sugars.

Dark Sugars hot chocolate. Repeat? Unlikely..

Kami meninggalkan Dark Sugars Cocoa House dan berjalan menuju ke jeti berhampiran iaitu Greenwich Pier. Kami nak naik river bus untuk ke destinasi seterusnya. Sebelum sampai di jeti, terkejut kami bila nampak kapal layar besar di daratan. Rupanya ia adalah sebuah muzium dan kapal layar ni diberi nama Cutty Sark. Mengikut sejarah, kapal layar Cutty Sark dibina pada tahun 1869 dan ianya adalah kapal layar terpantas di zaman tersebut. 

Gambar kenangan di Muzium Cutty Sark


@ LONDON RIVER BUS

Kami tiba di Greenwich Pier jam 1.45 petang. Best la jalan-jalan hari ni sebab tak ramai orang. Hanya kami je yang beratur di jeti untuk naik river bus. Saya dah bayangkan kami akan bersesak di dalam bot dan tak dapat seat yang terbaik untuk lihat pemandangan. Atas bot nanti ada seat di bahagian dalam dan di bahagian luar. Dah tentu saya nak duduk luar sebab boleh tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Apa guna bayar tiket kalau duduk diam kat dalam. Hehe..

Walking route: From Greenwich Park to Greenwich Pier

Kami beratur menunggu river bus sampai di jeti. Ada banyak jenis bot kat sini dan route pun berbeza. Untuk mengelakkan salah naik bot, lebih baik tanya staff yang bertugas. Sambil menunjukkan tiket combo yang dibeli, saya tanya tentang bot mana yang akan bawa kami sampai ke tempat yang dituju. Dia kata river bus yang sampai kejap lagi akan bawa kami terus ke sana namun akan berhenti di beberapa jeti. Harga tiket river bus juga berbeza mengikut zone east, central atau west. Masa beli tiket kat cable car tadi saya maklum jeti mana yang nak dituju. Tiket combo yang kami beli adalah untuk one-way cable car dan river bus dari east ke central zone.

London river bus route

River bus adalah salah satu pengangkutan awam di London. Perjalanan melalui River Thames bermula dari Barking Riverside di east zone sampai la ke Putney di west zone. Selain dari train underground dan bas, boleh juga cuba naik river bus. Barulah ada kelainan sikit mencuba pelbagai mode of transportation di London. Saya juga pertama kali nak rasa pengalaman naik river bus. Cuaca mendung dan air sungai nampak tenang hari ni.

Kami je yang beratur kat jeti. Terbaiklah..

Hampir 15 minit menunggu, akhirnya river bus RB1 sampai di jeti. Kelihatan tak ramai penumpang dalam bot. Seat luar di bahagian belakang pun nampak kosong. Dengan pantas kami masuk dan saya terus ke belakang. Duduk siap-siap kat seat paling strategik untuk bergambar dan lihat pemandangan masa bot bergerak nanti. Tepat jam 2.00 petang, river bus RB1 mula bergerak meninggalkan Greenwich Pier dan menuju ke jeti berikutnya. Jauh lagi destinasi kami. Bila bot mula menghampiri area Big Ben, barulah ramai orang mula keluar ke bahagian belakang untuk ambil gambar. Sebab tu saya dah book siap-siap seat di luar. Walaupun cuaca berangin sejuk, ku tahankan jua demi kenangan terindah.

Bergambar kenangan atas river bus tanpa halangan..

River bus berhenti di beberapa jeti untuk urusan keluar masuk penumpang. Saya tetap tidak berganjak dari seat di belakang. Sanggup bertahan dari kesejukan angin sungai. Hahah.. Lama juga kami dalam bot. Kira berbaloi jugalah harga tiket combo yang dibeli untuk cable car dan river bus. Seronok bergambar dan melihat pemandangan di sepanjang River Thames. Hampir sejam perjalanan barulah kami tiba di jeti dan destinasi berikutnya. Memang puas hati dapat naik river bus. Saya pasti repeat naik cable car dan river bus jika datang ke London lagi, tapi tanpa minum hot chocolate Dark Sugars. Hahah.. Moga ada rezeki untuk ke London lagi..

Memang seronoklah naik river bus. Nice views..

Wallahu ' alam..

No comments:

Post a Comment