Friday, 31 January 2025

JJCP Eurora: Day 04 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




@ HARD ROCK CAFE OXFORD STREET

Dari Piccadilly Circus, kami naik train Bakerloo Line menuju ke Oxford Circus Station, kemudian tukar kepada Central Line terus ke Marble Arch Station. Keluar dari station dan lintas jalan, terus sampai di Hard Rock Hotel London dan di sebelah hujungnya adalah Hard Rock Cafe Oxford Street. HRC Oxford Street hanya ada restoran. Merchandise dia tetap ada tapi dijual di Rock Shop Hard Rock Hotel London. Dalam satu Rock Shop boleh dapatkan kedua-dua merchandise. Cuma tak banyak pilihan baju untuk kedia-duanya namun classic dan city-tee design tetap ada.

Cafe dan Hotel yang berkongsi satu Rock Shop

Selesai urusan pembelian untuk kawan-kawan di HRC Oxford Street dan HRH London, kami berjalan menuju ke Hard Rock Cafe London. Hujan masih renyai lagi. Kejap lagi kami akan ke Hyde Park Winter Wonderland sebab saya dah set untuk entry time jam 6.00 petang. Ada kurang sejam lagi. Kalau masih hujan juga, memang basah la kami sebab kawasan dalam tu open-air. Sama je keadaannya macam funfair kat Malaysia. Huhu.. Hampir 20 minit jugalah kami berjalan dalam kebasahan hingga sampai ke HRC London.

Hard Rock Cafe pertama di dunia


@ HARD ROCK CAFE LONDON

Jika selalu tengok baju Hard Rock, mesti ada tulisan est. 1971. Itu adalah tahun Hard Rock Cafe pertama dibuka, kat mana lagi kalau bukan London. Pada mulanya saya ingat Hard Rock pertama di US sebab banyak cawangan Hard Rock di sana. Founder Hard Rock adalah 2 lelaki Amerika. Bila dah buka di London, barulah mereka kembangkan bisnes di US dan seterusnya ke serata dunia. Saya pula pada mulanya hanya belikan untuk kawan. Dah alang membeli, saya beli untuk diri sendiri juga. Tak sangka akhirnya ia menjadi koleksi peribadi saya. Hingga hari ni sebanyak 34 Hard Rock Cafe dan 3 Hard Rock Hotel saya dah lawati. Mungkin akan bertambah bila saya travel lagi.

Hard Rock Cafe London banyak bagi diskaun. Terbaik..

Pesanan sahabat sudah ditunaikan. Untuk aktiviti terakhir hari ni, kami nak masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Entrance fee dan dan tiket untuk permainan dah beli siap-siap secara online. Anak-anak teringin nak main ice skating. Kat Malaysia dah pernah main di Sunway Pyramid. Nak merasa jugalah main kat negara winter. Hujan masih belum berhenti. Apa boleh buat, kena juga masuk ikut waktu yang telah ditetapkan. Nanti rugi je sebab tiket tak valid. Tepat jam 6.00 petang kami mula beratur untuk masuk ke dalam Hyde Park Winter Wonderland.

Walking route: From Hard Rock to Hyde Park Winter Wonderland

Ada banyak pintu masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Kami ikut pintu masuk yang dekat dengan Hard Rock Cafe London, iaitu di bahagian selatan. Agak ketat juga pemeriksaan keselamatan. Semua beg kami diperiksanya. Botol air pun tak boleh bawa masuk. Tapi bila saya maklum botol air ni untuk anak, barulah dia bagi bawa masuk. Takkan la nak tinggalkan botol termos saya kot. Beg pun ada saiznya, tak boleh bawa beg besar. Setakat backpack yang kami bawa takde masalah. Strict sungguh security checking dia. Huhu..



@ HYDE PARK WINTER WONDERLAND

Besar sungguh tempat ni. Jenuh nak berjalan. Belum kira nak beratur panjang untuk permainan lagi. Amat ramai pengunjung kat sini sampai sesak dibuatnya. Ingatkan cuti New Year tak ramai orang. Huhu.. Untuk aktiviti pertama, kami ke bahagian skating ring. Staff yang bertugas maklum ramai orang sedang beratur menunggu giliran. Memang tak sanggup la menunggu dalam kebasahan dan kesejukan. Tak dapat main ice skating, maka kami cari sesuatu untuk mengisi perut dulu. Kat dalam ni banyak gerai makanan yang berstatus halal. Jadi takde masalah nak cari makan. Apapun kena cari tempat makan dulu. Meja berbumbung banyak, tapi ramai yang duduk berteduh sebab hujan.

Sesak + hujan + sejuk = Kombinasi yang kurang baik.

Nampak je ada meja yang kosong, terus kami duduk. Barulah boleh order makanan. Kami hanya order hotdog dan churros kat gerai yang berhanpiran. Tak sanggup nak survey gerai lain dah. Janji dapat makan dan isi perut masing-masing yang kelaparan. Memang tak selesa bila jaket basah dan keadaan crowded. Nasib tak baik kami datang waktu hujan. Selesai makan, hujan pun dah beransur reda. Tak seronok la bila dah masuk tapi tak main apa-apa. Kami ada beli tiket bundle untuk beberapa permainan di area Santaland. Dapatlah anak-anak layan 5 permainan yang tak berapa mencabar. Kalau yang extreme kena bayar lain. Mahal pulak tu. Huhu..

Kenyang makan hotdog & churros, hujan pun berhenti. Jom sambung jalan..

Dapatlah juga anak-anak layan beberapa permainan sebagai syarat masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Kalau masuk setakat nak jalan-jalan dan tengok orang lain bermain, lebih baik kami pergi Primark je. Hahah.. Makin lama kat dalam ni makin menggigil dibuatnya bila kesejukan menembusi jaket yang sedia basah. Nasib baik permainan kat Santaland ni tak ramai orang. Jadi tak perlu nak beratur panjang.

Puas jugak la diorang ni bermain..

Punyalah seronok tengok gelagat anak-anak bermain sambil menjerit sampai tak sedar dah hampir 3 jam kami kat sini. Setelah semua tiket bundle kami habis digunakan, jam 9.00 malam kami mula beredar meninggalkan Hyde Park Winter Wonderland dengan penuh kenangan. Kami keluar di bahagian selatan, sama seperti kami masuk tadi. Boleh disimpulkan aktiviti ni sebenarnya tak sesuai dibuat waktu malam. Jika ada rezeki ke sini lagi musim winter, saya akan pastikan kami masuk seawal pagi yang boleh. Mesti orang tak ramai lagi dan cuaca pun cerah. Cuma jangan hujan lagi la. Hehe..

Jom balik. Badan pun dah penat ni..

Kami lintas jalan di Hyde Park Corner dan menunggu bas tiba. Pada mulanya cadang nak naik train. Tapi ada bas menuju ke Hammersmith yang berhenti di sini. Jadi lebih baik naik bas, murah sikit. Dalam 10 minit menunggu, akhirnya bas bernombor 9 sampai di bus stop. Tak ramai orang dalam bas. Perjalanan agak jauh untuk sampai ke Hammersmith. Jadi saya dan Eirfan terus naik ke bahagian atas dan duduk di seat paling depan. Barulah clear pemandangan malam.

Seronoknya dapat seat paling depan. Layan..

Jam 10.00 malam kami sampai di Hammersmith. Turun dari bas dan terus berjalan menuju ke hotel. Pali maklum ada satu bilik kosong dan dia bagi pada saya. Dia guna bilik Diana sebab Diana duduk sebilik dengan Hajar dan Anis. Alhamdulillah, selesa sikit anak-anak tidur berempat dalam bilik. Semua ada katil masing-masing. Cuma kad bilik saya kena pegang satu dan diorang jangan selak pintu dari dalam. Bukan apa, esok pagi senang nak gegar bilik kejut diorang. Setakat call jangan harap la diorang nak sedar. Huhu.. Semua beg saya bawa masuk ke bilik baru. Wife tinggalkan pakaian untuk esok je untuk diorang pakai. Sebelum meninggalkan bilik diorang, saya pesan supaya tidur awal. Jangan tengok tv. Harap diorang dengar cakap saya.

Rupanya dari semalam bilik ni kosong. Thanks Pali

Aktiviti hari ni tersangatlah penatnya. Berpuluh ribu juga kaki ni melangkah. Selesai bersihkan diri dan solat, saya dan wife mula bersiap untuk tidur. Harap anak-anak pun tengah tidur. Esok banyak lagi tempat yang nak explore. Walaupun super penat, tapi pengalaman indah yang diperolehi memang tiada nilainya. Moga mimpi indah malam ni. Katil pun selesa, tak perlu berhimpit dah. Hihi.. Bersiap-sedia untuk pengalaman hidup yang baru pada esok hari.


Wallahu 'alam..





No comments:

Post a Comment