Wednesday, 29 January 2025

JJCP Eurora: Day 03 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Sebelum meneruskan perjalanan, kami mencari mesin oyster card. Untuk public transport di London sebenarnya boleh je pakai debit card, lagi mudah. Tapi saya lebih prefer pakai oyster card. Walaupun ada baki dalam kad, next visit boleh pakai lagi. Nampak tak tanda-tanda kecil akan datang London lagi. Hehe.. Saya bawa oyster card lama untuk cek sama ada masih aktif atau tak. Touch pada mesin, semua kad saya dah tak boleh pakai. Pelik juga sebab oyster card saya ni beli masa trip 2019 dulu. Takkan dah tak boleh guna. Rasanya ada lagi baki dalam 7-8 pound untuk setiap kad. Nampaknya lebur je la duit dalam tu. Huhu.. Takpe, kita beli oyster card yang lain. Saya beli 4 oyster card yang berharga GBP50.00 setiap satu. Cukup rasanya untuk cover perjalanan selama 4 hari kat London sebab ada daily cap GBP8.20/day. Elysha & Eirfan masih free lagi sebab bawah 11 tahun. Next trip Elysha dah kena ada oyster card sendiri. Next trip? Bila tu? Hahah..

Menunggu sambil tengok orang bergambar kat Harry Potter

Selesai urusan pembelian oyster card, kami berjalan menuju ke King's Cross St. Pancras underground station yang terletak bersebelahan dengan St. Pancras Station. Untuk ke Hammersmith ada 2 tube line yang kami boleh naik. Mana yang sampai dulu kita tengok penuh ke tak. Kalau tak penuh baru naik sebab kami bawa banyak beg. Memang tak muat la semua nak masuk sekali kalau train penuh. Jam 5.40 petang Piccadilly Line sampai tapi punyalah ramai orang. Piccadilly antara tube line yang paling ramai orang sebab dia berhenti di Heathrow Airport. Kelihatan ramai orang dengan beg besar kat dalam train. Takpe lah, kita tunggu next train. Tak sampai 5 minit Circle Line sampai. Alhamdulillah train tak penuh. Dengan pantas kami angkat beg masing-masing masuk ke dalam train. Let's go to Hammersmith..

Underground route: From King's Cross St. Pancras to Hammersmith Station

Jam 6.20 petang kami sampai di Hammersmith Station. Hujan renyai dari tadi dah mula berhenti. Keadaan agak lengang di sini. Mungkin semua ada kat rumah bersiap-sedia untuk keluar sambut New Year kejap lagi kot. Saya ada terbaca tentang sambutan New Year kat London yang akan dibuat kat area Big Ben. Anak-anak request nak pergi sana malam ni. Jangan nak mengada la ye. Orang ramai, pastu mesti ada yang mabuk punya. Huhu.. Malam nanti kita tengok kalau nampak bunga api dari tingkap hotel. Hammersmith bukannya jauh sangat pun dari central London. Anak-anak pun akur sambil tarik beg keluar dari Hammersmith Station menuju ke hotel.

Train lengang.. Oyster card baru.. Welcome to Hammersmith..

Lokasi hotel kami tak jauh pun dari station. Saya akan pastikan accomodation biar dekat dengan public transport supaya tak jauh nak tarik beg. Dah la jalan tak rata, boleh rosak tayar beg. Kat sini mana nak cari kedai repair tayar. Kalau terjadi juga, maka terpaksalah beli beg baru. Tambah lagi satu shopping item dalam list yang dah sedia panjang tu. Hihi..

Walking route: From Hammersmith Station to Premier Inn Hotel


@ PREMIER INN LONDON HAMMERSMITH (SHEPHERDS BUSH ROAD) HOTEL

Di UK ada dua hotel chain yang mampu milik dan agak selesa iaitu Travelodge dan Premier Inn. Ibis pun berpatutan juga harganya. Tapi saya lebih prefer kedua-dua hotel ni. Saya perasan Premier Inn lebih murah kalau di bandar dan Travelodge pula lebih murah di luar bandar. Kalau sewa kereta saya pasti akan book Travelodge sebab hotel dia banyak di kawasan R&R. Mudah bermalam kat R&R sebab tak perlu nak masuk bandar. Lagipun tujuan hotel cuma dua je iaitu mandi dan tidur. Kalau ada swimming pool sekalipun memang takde masa nak berenang. Hahah..

Bilik kami untuk 4 malam di London. Ada bathtub tau. Hehe..

Selesai check-in dan semua dah dapat bilik masing-masing, kami set untuk pergi makan malam. Di Hammersmith tak menjadi masalah untuk makan sebab banyak restoran halal. Cuma malam ni last day untuk 2022, jadi mungkin ada yang tutup awal. Harap-harap tak semuanya tutup. Jam 7.00 malam semua dah berkumpul di lobi hotel. Ingatkan ada yang taknak turun sebab penat. Rupanya semua lapar sebab tengahari tadi tak sempat nak lunch. So let's jom jalan-jalan cari dinner.


Cuaca agak sejuk sebab baru lepas hujan. Saya hanya pakai stokin dan selipar je sebab malas nak pakai kasut. Hehe.. Harap boleh tahan sejuk. Dari hotel kami lintas jalan menuju ke Broadway Shoppping Centre dan ikut laluan terus sampai ke pintu belakang. Kat dalam shopping complex ni pun ada beberapa restoran halal. Cuma malam ni kami ingat nak try makanan Thailand. Hari lain boleh la makan kat dalam shopping complex ni. Kelihatan Tesco Express yang masih buka. Kat London tak sah kalau tak masuk supermarket seperti Tesco, Lidl dan Asda. Seronok tengok barang-barang yang dijual. Lagi seronok kalau jumpa makanan yang ada status halal. Taknak beli pun rasa macam nak beli. Hahah..

Walking route: From hotel to New Bangkok Restaurant


@ NEW BANGKOK RESTAURANT

Jam 7.30 malam kami sampai di luar restaurant. Alhamdulillah masih buka lagi. Restoran ni tak besar tapi nasib baik hanya ada 3 orang pelanggan je yang duduk satu meja dan satu group lagi dah sedia nak keluar. Kami masuk terus penuh semua meja. Tapi terpaksa la duduk meja yang berasingan. Jadilah, janji dapat makan. Perut pun dah lapar ni. Bau tomyam kuat dari dapur tu. Hehe.. Apa lagi, masing-masing pun belek la menu yang ada. Harga agak keras sebab Thai food antara makanan yang sukar jumpa kat London. Kalau burger dan kebab agak berpatutan harganya. Takpelah, kasi chance makan seafood siam malam ni.

Jom layan makanan Thailand di malam new year..

Saya duduk berdua dengan wife. Anak-anak semua duduk satu meja panjang dengan yang lain. Pandai-pandai la korang order ye. Sambil order tu tengok sekali harga dia. Huhu.. Saya hanya pilih Thai Beef Fried Rice yang berharga GBP11.95 dan Sprite berharga GBP3.30. Anak-anak ada yang order noodle, donburi, katsu dan macam-macam lagi. Tak pandai saya nak describe. Apa-apa pun pastikan makan sampai habis ye. Sedap atau tak belakang kira. Sebab tu saya order nasi goreng je, dah tentu rasa lebih kurang dengan nasi goreng yang lain. Order yang pelik, nanti rasa pun pelik. Makan tak habis, tapi kena bayar mahal. Huhu..

Minuman sampai dulu. Makanan belum lagi..

Sambil menunggu makanan sampai, saya tengok menu yang dijual. Bila difikirkan, agak menarik juga kalau satu hari nanti dapat buat bisnes macam ni. Jual makanan yang rare di luar negara. Nampak macam tak logik dan tak menguntungkan. Tapi sebenarnya kalau plan betul-betul memang boleh buat. Cuma perlu keazaman yang tinggi dan hati yang kering la. Banyak cerita yang saya baca tentang orang Malaysia berniaga di luar negara. Best pulak bila saya bayangkan satu hari nanti saya berniaga di luar negara. Angan-angan itu free. Buat masa ni hati belum cukup kering lagi. In shaa Allah, as time goes by, mana tahu tergerak hati ni berkelana dan mulakan hidup baru. Itupun kalau diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Buat masa ni kita berangan dulu. Sampai bila tak pasti lagi. Hahah..

Makanan sudah sampai. Jom makan sampai kenyang

Not bad rasa makanan kat sini. Kalau tinggal pinggan je maknanya sedap dan boleh dimakan la tu. Senang kerja tukang cuci pinggan nanti. Hahah.. Teringat pesan arwah mak tentang makanan. Arwah mak kata bab makanan biarlah mahal mana pun, asalkan sedap. Kalau bayar mahal tapi tak sedap, memang menyumpah la. Saya sokong nasihat arwah mak. Kalau sedap takde masalah, bayar la walaupun mahal. Yang penting puas hati dapat makan. Dulu arwah mak suka kalau saya bawa dia makan tempat sedap-sedap. Arwah mak saya dua perkara yang dia suka iaitu makan dan shopping. Asal balik kampung atau dia datang ziarah, pasti dua perkara ni berlaku. Rindu nak bawa arwah mak jalan-jalan & makan-makan..

Ada yang order sushi & keropok sebagai penutup..

Alhamdulillah masing-masing sudah kekenyangan. Dah makan, maka kenalah bayar sebelum keluar. Untuk memudahkan urusan bayaran, kak Warda bayarkan dulu semua makanan dan kami akan tengok pada resit makanan yang kami order dan transfer pada kak Warda. Memang pelik sungguh la apa yang anak-anak order. Mentang-mentang la duduk meja berasingan, suka hati je diorang order ye. Tapi takpe sebab semuanya berjaya dihabiskan. Tiada pembaziran berlaku. Bila dikirakan, jumlah makanan untuk saya sekeluarga adalah GBP96.00 iaitu bersamaan RM516.50. Fuhh, berpeluh jugalah walaupun cuaca sejuk. Hahah.. Tiba-tiba teringat pesan arwah mak. Oklah, sekali sekala layan makanan Siam kat London kan. Selesai transfer pada kak Warda, kami semua keluar dan pulang menuju ke hotel dengan penuh kegembiraan sebab kenyang.. Sempat lagi budak-budak ni ajak masuk kedai runcit kat sebelah restoran. Nak tengok-tengok je katanya. Emmm..

Outfit malam ni. Seluar 3 quarter & sandal Daiso. Layan..

Rupanya diorang masuk kedai runcit sebab nak tengok harga air Prime. Katanya kat London air Prime murah. Tapi takde pulak dijual kat kedai runcit ni. Esok lusa kita tengok kat tempat lain ye. Apapun yang saya pasti air mineral Evian memang murah kat sini. Setiap hari nak minum pun boleh. Kat Malaysia paling kuat pun Spritzer je yang mampu beli. Kalau nak budget boleh minum air Seamaster beli kat NSK. Hehe.. Dalam perjalanan balik, kami lalu beberapa restoran halal yang masih buka. Best la duduk kat Hammersmith ni. Kedai kat sini pun banyak yang menarik. Jam 10.00 malam kami sampai di hotel. Bersihkan diri masing-masing dan bersiap untuk tidur. Esok banyak lagi aktiviti yang nak dibuat di Kota London. Anak-anak nak tengok tv layan orang celebrate New Year. Lepas tu terus tidur ye. Saya memang dah tak larat dah. Layan dalam mimpi aje lah. Moga dipermudahkan urusan kami esok hari dan welcome 2023!


Wallahu 'alam..





No comments:

Post a Comment