Thursday, 30 January 2025

JJCP Eurora: Day 04 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





Jam 5.30 pagi saya dan wife dah terjaga dari tidur. Welcome 2023! Selesai mandi dan solat saya kejut anak-anak. Sukarnya nak kejut diorang ni. Entah pukul berapa la diorang tidur lepas tengok orang celebrate New Year kat tv. Saya langsung tak sedar malam tadi. Lepas semuanya dah mandi dan bersiap, tepat jam 7.45 pagi kami keluar dari bilik dan menunggu geng lain turun. Cuaca amat baik pagi ni. 10 minit menunggu, kawan-kawan dah sedia berada di lobi. Tak semua yang join aktiviti hari ni. Family En. Khai dan kak Warda ada agenda masing-masing hari ni. Lagipun diorang dah selalu ke London. Setakat nak tengok landmark tu dah selalu. Takde beza pun kalau tengok lagi. Hahah. Sama la juga dengan kami. Tapi kenalah bawa kawan-kawan yang first time sampai London. Saya takde masalah tengok berapa kali pun asalkan dapat berjalan. Hihi..

Ahli rombongan hari ni..

Pali, Anis, Diana & Hajar join bersama kami untuk aktiviti hari ni. Diorang berempat first time jejakkan kaki di bumi London. Jadi kenalah bawak diorang jalan-jalan tengok landmark utama di London. Hari ni cuti umum New Year. Public transport masih beroperasi tapi limited. Selalunya 2-3 minit train dah sampai. Tapi hari ni mungkin kena tunggu lama sikit. Takpelah, janji ada public transport. Naik teksi lagi mahal tambangnya. So, semua dah sedia. Mari kita mula explore London on New Year's day!


Kami berjalan ke Hammersmith Station di bahagian luar. Di Hammersmith ada 2 tube station yang berlainan lokasi. Satu di bahagian luar untuk Hammersmith & City dan Circle Line manakala satu lagi kat dalam Broadway Shopping Centre untuk Piccadilly dan District Line. Jadi kena cek dulu line mana yang kita nak naik untuk destinasi yang dituju. Sebab tu saya pilih untuk stay di Hammersmith kerana banyak option untuk public transport dan kedai-kedai di kawasan persekitaran pun banyak yang menarik. Lokasinya pun tak jauh dengan central London. Jam 8.20 pagi train Circle Line mulakan perjalanan. Let's go..

Hammersmith is the best place to stay in London

Satu lagi yang menarik tentang Hammersmith, train line untuk Hammersmith & City dan Circle bermula di sini. Jadi dah tentu dapat seat. Kalau bawa beg besar pun takde masalah. Tak perlu nak bersesak. Suasana dalam train amat lengang. Mesti orang yang pergi celebrate New Year semalam tak bangun lagi. Hahah.. Baguslah camtu. Kalau tak bangun langsung untuk hari ni pun takpe. Kurang sikit orang kat central London tu. Hihi.. Jam 9.00 pagi kami sampai di Tower Hill Station. Aktiviti pertama kita bermula di sini.

Underground route: From Hammersmith to Tower Hill Station

Sebelum mula berjalan lebih jauh, sebenarnya di Tower Hill Station ada satu landmark bersejarah iaitu London Wall. Sama seperti Berlin Wall yang memisahkan antara West dan East Berlin, London Wall juga ada sejarahnya tersendiri. Ia dibina sebagai dinding pertahanan semasa zaman Roman. Di akhir zaman, London Wall mula roboh dan terhakis. Hanya tinggal beberapa section je yang masih kukuh berdiri sebagai lambang peringatan masa kini.

The historic London Wall..

Seterusnya kami berjalan menyusuri terowong dan melepasi satu lagi landmark di London iaitu Tower of London. London Wall tadi pada zaman dulu bersambung dengan Tower of London. Dulu Tower of London adalah kubu pertahanan London. Sekarang ia telah dinobatkan sebagai World Heritage Site dan dijadikan sebagai aktiviti tourism di mana pelancong boleh melawatnya. Terdapat istana diraja dan penjara yang boleh dilawati. Nak masuk kena bayar ye. Harga tiket boleh tahan tinggi juga. Seperti trip kami sebelum ni, hanya bergambar di luar sahaja untuk kenangan.

World Heritage Site: Tower of London


@ TOWER BRIDGE

Setelah menyusuri laluan di sebelah Tower of London, kami tiba di jambatan yang paling famous di London iaitu Tower Bridge. Jangan confuse dengan London Bridge ye. Orang selalu ingat Tower Bridge ni adalah London Bridge sebab famous dengan lagu London Bridge is falling down. Memang betul London Bridge wujud namun ia tak pernah falling down pun. Zaman dulu London Bridge pernah la rosak tapi tak runtuh pun sebenarnya. Maka landmark tentang jambatan di London yang ramai pengunjung datang dan bergambar adalah Tower Bridge, bukan London Bridge.

This is the famous Tower Bridge in London

Seronok sungguh jalan-jalan pagi ni sebab tak ramai orang. Kalau ramai tourist nak bergambar pun tak tenang. Selesai bergambar kenangan di pelbagai sudut atas jambatan, kami turun ke kawasan di seberang sungai. Boleh pulak ada van aiskrim beroperasi hari ni. Pali yang memang pemurah orangnya belanja kami semua aiskrim vanilla. Sedap sungguh makan aiskrim dalam cuaca sejuk. Nikmat tak terkata.

Thank you Pali. Nanti belanja lagi ye. Hehe..

Sebelum sambung jalan, kami berehat dulu kat tepi sungai menghadap Tower Bridge. Kat sinilah port paling cantik untuk bergambar berlatarbelakangkan Tower Bridge. Ada satu lagi port di sebelah sana, tapi air pasang pagi ni. Jadi tak boleh nak akses dan bergambar kat situ. Takpelah, kat sini pun cantik juga sebab tak ramai tourist. Jadi takde gangguan view bila bergambar. Ini kali ketiga saya dan wife datang ke sini. Tapi masih lagi tak dapat tengok Tower Bridge ni terbuka. Rasanya ada tarikh dan masa tertentu ia terbuka untuk laluan kapal besar. Takde rezeki lagi. Mungkin next time..

Kemain Pali dengan gayanya. Lawa spek dia. Hihi..


@ OLD LONDON CITY HALL

Di kawasan ini terletaknya Old London City Hall. Tahun 2021 ia berpindah lokasi. London City Hall yang baru terletak di area Royal Docks. Mungkin jumlah pegawai dah makin ramai dan terpaksa cari tempat baru kot. Sekarang tempat ni masih kosong. Dijangka bangunan lama ni akan dijadikan kedai dan restoran. Bangunan lama ni adalah salah satu landmark utama di London kerana design bangunannya yang unik. Memang untung la kedai dan restoran yang akan buka kat sini sebab kawasan tumpuan pelancong. Tapi bayaran sewa pun dah tentu la mahal. Bisnes ok, maka takde masalah la nak bayar sewa kan.

Old London City Hall & Old Monkey..

Di sini juga terletaknya kapal HMS Belfast yang dijadikan sebagai muzium dan boleh dilawati oleh pengunjung. Kapal ini pada zamannya adalah kapal yang terbesar dimiliki oleh Tentera Laut DiRaja dan mempunyai sejarah perangnya tersendiri. Nak masuk kena bayar tiket ya. Maka bergambar dari tebing sungai sudah memadai buat kami, sama seperti trip kami sebelum ini. Hihi..

HMS Belfast. Pantang budak-budak ni nampak replika monyet ye..

Di sepanjang jalan kelihatan gerai christmas market yang sudah tutup. Dah masuk tahun baru kot, mana ada orang nak berniaga lagi. Katanya di sini adalah antara christmas market yang paling happening di London. Banyak gerai makanan yang dijual di sini. Makanan halal pun ada. Takpe, nanti ada rezeki datang sini lagi sebelum christmas. Boleh la tengok apa yang dijual kat sini. Jauh juga kami berjalan sampai tak sedar dah tiba di London Bridge.

Inilah rupa London Bridge sekarang. Sama seperti jambatan biasa yang lain..

Selesai sudah jalan-jalan menyusuri River Thames dan landmark yang famous di London. Next destination kami kena naik train. Station yang terdekat di sini adalah London Bridge Station. Sebelum tu nak mencari tandas dulu. Satu je yang saya tak puas hati bila di London iaitu punyalah susah nak cari tandas. Patutnya tempat yang menjadi tumpuan pelancong kenalah sediakan tandas yang banyak. Tambah pula musim sejuk. Si kecik tu pula bila dah tak tahan baru nak bagitau. Nasib baik sempat. Huhu..

Walking route: From Tower Hill to London Bridge Station

Di London Bridge Station, lama juga kami menunggu train sampai. 15 minit menunggu, jam 10.45 pagi barulah train Jubilee Line sampai di platform. Kami naik dan 15 minit kemudian kami turun di St. John's Wood Station. Destinasi berikutnya adalah lokasi yang saya pertama kali nak pergi. Trip sebelum ni saya tak pernah pergi sini. Untuk trip kali ni saya cari tempat-tempat baru yang saya belum pernah sampai lagi. Takkan la setiap kali trip nak pergi tempat yang sama je kan. Mestilah cari kelainan sikit. Baru best nak bercerita dan pengalaman hidup pun bertambah.

Underground route: From London Bridge to St. John's Wood Station

Jom cari pengalaman baru kat sini..

Dari St. John's Wood Station, kami berjalan menyusuri kawasan perumahan di Grove End Rd. Tak sampai 10 minit berjalan, kami sampai di satu lokasi yang amat famous kepada penggemar kumpulan The Beatles. Siapa tak kenal dengan The Beatles. Budak-budak baru nak up mungkin la tak kenal. Hehe.. Di persimpangan jalan antara Grove End Rd. dan Abbey Rd. adalah lokasi di mana The Beatles bergambar untuk salah satu albumnya yang famous di seluruh dunia. Kelihatan beberapa pengunjung sedang bergambar sambil melintas jalan, sama seperti cover album The Beatles.

Orang beratur ambil gambar kat Abbey Road Pedestrian Crossing

Nak ambil gambar kat sini kena tengok kiri dan kanan jalan. Bila takde kenderaan kena cepat-cepat bergambar. Kalau lambat nanti kena hon dengan kereta yang lalu. Nasib baik la jalan ni tak sibuk sangat. Cuma sibuk sebab nak tunggu giliran bergambar. Hihi.. Bila nampak lapang dan ada peluang, terus kami bergambar. Banyak kali shot jugalah sebab ambil gambar dan video. Siap refer gambar album The Beatles lagi nak bagi sama. Hahah..

Tempat yang sama, waktu berbeza. Hahah..


@ THE ABBEY ROAD SHOP

Berjaya juga bergambar walaupun The Beatles yang baru ni tambah satu ahli yang melintas. Hahah.. Selesai bergambar kenangan, kami berjalan menuju ke The Abbey Road Shop dengan harapan kedai buka masa cuti New Year ni. Alhamdulillah kedai buka hari ni. Kami masuk ke dalam dan melihat barangan yang dijual. Kepada peminat tegar The Beatles memang wajib datang ke sini. Banyak benda yang boleh dibeli buat kenangan. Pada saya cukup dengan fridge magnet sebagai tanda sudah sampai di sini. Saya minat The Beatles tapi barangan dan merchandise yang dijual agak keras juga harganya.

Walking route: From St. John's Wood to The Abbey Road Shop

The Beatles.. Lagu dia memang lejen lah..

Di sebelah The Abbey Road Shop terletaknya bangunan Abbey Road Studios iaitu recording company yang telah beroperasi sejak 1931. Dulu namanya adalah EMI Recording Studios. Antara artis popular yang pernah rekod lagu di sini selain The Beatles adalah Pink Floyd, Radiohead, Oasis dan Kanye West. Lady Gaga pun pernah rekod kat sini. Yang ni confirm BBNU kenal. Hehe..

Jumpa Lady Gaga boleh mintak autograph. Hahah..

Selesai urusan di The Abbey Road Shop, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Sampai semula di simpang jalan tadi, si Eirfan mintak ambil gambar dan video dia lintas jalan. Dia tak puas hati tadi tak ambil gambar dia. Haduii.. Kami tunggu dulu jalan clear sementara saya standby untuk ambil gambar. Banyak pulak kereta yang lalu. Tiba-tiba ada satu lori berhenti dan bagi isyarat suruh kami bergambar. Dengan pantas budak-budak ni lintas jalan. Hasilnya kurang memberangsangkan namun masih ada dalam gambar. Jadilah buat kenangan. Hahah..

Jadilah walaupun tertinggal barisan. Hehe..

Waktu Zohor pun dah masuk. London Central Mosque terletak tidak jauh dari sini. Sama ada nak berjalan dalam 20 minit atau naik bas. Semua sepakat nak naik bas walaupun kena jalan dalam 10 minit ke bus stop. Save 10 minit jalan kaki katanya. Hihi.. Kami berjalan semula ke arah St. John's Wood Station dan tunggu bas 13 atau 113, yang mana sampai dulu. 10 minit juga menunggu. Kalau jalan kaki tadi dah sampai masjid. Tunggu lama takpe sebab tak perlu melangkah. Hahah..

Walking route: From The Abbey Road Shop to Bus Stop C

Bas 13 sampai dulu di bus stop. Pertama kali kawan-kawan naik bas double-decker di London. Ada yang teringin nak duduk kat atas. Tak sempat duduk lepas tu kena turun semula sebab bukannya jauh pun. Dua stop je dah sampai. Lain kali kita naik bas untuk perjalanan jauh sikit ye. Baru best duduk lama kat belah atas.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment