Sunday 28 March 2021

JJCP UK V.2: Day 09 (Part #2)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 5 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ PORTMEIRION FACTORY SHOP
@ CITY CENTRAL MOSQUE


Puas hati saya bila berjaya jejakkan kaki di tempat seperti Wanlockhead, Buxton dan Flash. Walaupun ianya tak popular dan bukan menjadi tourist spot untuk pelancong, sekurangnya ada rekod mengenai tempat-tempat ni. Memang saya masukkan sebagai agenda utama untuk singgah dalam itinerary. Barulah ada kelainan dalam trip kali ni. Hihi.. Ada lagi tempat yang menjadi rekod di UK yang bakal kami singgah nanti. Tunggu aje la bila sampai masanya ya. Benda boleh sampai dengan kereta sewa, buat apa ikut travel agent. Hehe.. Apa-apa pun kejap lagi kami nak ke tempat impian wife saya. Kelihatan dia dah mula keluarkan list barang yang dipesan kawan-kawan. Prepare awal supaya tak kalut katanya. Hihi..

Next destination... Stoke-on-Trent

Kepada peminat pinggan mangkuk UK pasti tau apa yang ada di Stoke-on-Trent. Masa trip 2012 dulu wife saya masih belum minat pasal alatan dapur. Pakai je mana-mana pinggan dan cawan yang ada. Masa berubah, maka minat juga berubah. Bila dah masuk level makcik dan pakcik ni for sure akan timbul jua minat yang baru, selari dengan usia. Lumrah kehidupan seorang manusia. Masa kecik dah tentu suka dengan mainan. Bila masuk alam remaja mula beralih kepada pakaian dan hiasan untuk diri. Tapi barang kemas belum mampu lagi masa tu. Bila dah masuk zaman dewasa dan dah ada duit sendiri, barulah tercetus minat yang lain pula. Begitulah perkembangan manusia.

Sampai sudah di bandar Stoke-on-Trent

Lebih sejam memandu dari Buxton, akhirnya kami sampai di bandar Stoke-on-Trent. Terujanya wife saya bila nampak signboard Portmeirion. Dia dah siap bagi arahan kat anak-anak untuk bantu dia bawak troli kat dalam kedai nanti. Tengok pada list yang dia pegang memang banyak barang yang dipesan oleh kawan-kawan. Pasti lama kami kat sini. Bersabarlah wahai suami. Impian isteri kena layan juga. Takkan asyik nak layan kehendak diri sendiri. Semalam diorang dah temankan saya beli jersi di Leeds United. Kali ni giliran dia pulak untuk seronok bershopping sambil berniaga. Untung berniaga untuk siapa lagi kalau bukan untuk kami sekeluarga.

Driving route: From Buxton to Portmeirion Factory Shop


@ PORTMEIRION FACTORY SHOP

Jam 11.20 pagi kami tiba di Portmeirion Factory Shop. Kawasan parking amat luas namun hanya ada beberapa kenderaan je di sini. Maknanya tak ramai orang kat dalam kedai. Baguslah, lagi senang nak shopping. Hehe.. Wife senyum sampai ke telinga bila nampak bangunan Portmeirion di depan mata. Sama la seperti saya nampak stadium Leeds United. Benda kalau dah minat memang teruja dibuatnya. Hihi.. Saya parking di tepi bangunan. Kami bersiap-siap untuk mulakan aktiviti sebagai personal shopper. Anak-anak dah nampak supermarket Lidl dan Iceland di seberang jalan. Kita masuk dalam factory shop dulu ye. Agak boring nanti ayah bawak pergi supermarket. Confirm lama kat sini. Hihi..


Apa lagi, let's jom masuk dalam kedai

Saya set 4 jam untuk berada kat sini. Tak boleh lebih masa sebab lepas ni kami akan ke tempat lain dan agak jauh dari sini. Kalau bermalam kat sini takde masalah nak stay selama mana pun. Wife setuju dengan masa yang diberikan. Cukup lama dah tu. Hihi.. Barang yang bakal dibeli disini akan dihantar melalui pos. Memang tak dapat la nak bawak naik flight sekali. Kepada peminat Portmeirion mesti tau betapa beratnya pinggan mangkuk dia. Wife dah siap arrange orang Malaysia kat sini yang akan bantu poskan barang-barang yang dibeli. Cekap sungguh kerja wife saya. Hehe.. Group whatsapp dah buka untuk live order. Jom explore Portmeirion Factory Shop!

Fuhh, banyaknya pinggan. Takde orang pulak tu. Hehe..

Pening kepala saya kejap bila melihat pinggan mangkuk yang ada kat dalam kedai ni. Kita tak minat, jadi tak tau nak menilai. Pada saya semuanya nampak cantik. Banyak yang stock clearance pulak tu. Diskaun pun melampau, sampai 90% pun ada. Huhu.. Ada satu bahagian di mana ada defect pada pinggan tersebut. Saya cuba perhati kat mana defectnya. Ada satu titik kecil yang tak berapa nampak pun dah dikira sebagai defect dan terus dijual murah. Portmeirion amat menjaga kualiti produknya. Wife saya pernah tunjuk harga sebenar pinggan Portmeirion ni pada saya. Harganya agak mahal untuk golongan marhein macam kami. Tapi bila tengok harga selepas diskaun, barulah saya percaya kenapa wife saya beria-ia nak ke sini dan ambil order dari kawan-kawan. Teruskan perjuanganmu wahai isteriku. I'm always supporting you.

Gigih sungguh beliau mengambil order

Portmeirion Factory Shop ada juga sediakan khidmat shipping ke seluruh UK dan luar negara, tapi harga postage mengikut berat barang yang dibeli. Lebih baik cari option lain yang lebih murah. Yang paling penting barangan kat sini boleh claim VAT. Hihi.. Sedang seronok belek cawan dan pinggan yang bermacam design, kelihatan satu family dari Malaysia masuk ke dalam kedai. Saya sempat berborak dengan pakcik yang datang dengan wife dan anak-anaknya. Diorang datang bercuti selama semingu di sini. Terkejut dia bila mengetahui kami ke sini shopping untuk kawan-kawan. Wife dan anak-anaknya kurang ramah bila ditegur. Lagak semacam je. Mungkin berbeza level bila melihatkan pakaian mereka. Orang have-have ni. Kami dah biasa jumpa orang macam ni bila di luar negara. Padahal kami berada di tempat yang sama dengan dia kot. Lumrah manusia..

Info tentang shipping postage dan claim VAT

Hampir sejam kat dalam kedai, anak-anak bertanya buat kesekian kalinya bila saya nak bawak diorang pergi supermarket. Diorang dah boring la tu. Hehe.. Saya bawa diorang keluar dan berjalan menuju ke supermarket di seberang jalan. Saya memang suka masuk dalam supermarket. Seronok cuci mata tengok barang yang disusun rapi atas rak. Paling suka bila jumpa barang yang ada tanda halal padahal bukannya nak beli pun. Hihi.. Wife setuju je bila saya kata nak bawa anak-anak keluar berjalan. Barulah dia boleh fokus mencari barang. Kalau tak asyik kena jawab soalan yang sama je dari diorang. Hahah.. Selagi tak pergi, memang berulang la soalan yang sama tanpa henti. Budak-budak dengan pinggan mangkuk memang takde kaitan langsung. Cuba bawak pergi kedai mainan. Hahah..

Terkinja-kinja diorang bila pergi supermarket

Sebelum masuk ke dalam supermarket saya dah bagi arahan jelas, jangan suka hati je ambil makanan. Mungkin ada makanan yang tak halal kandungannya. Masa memilih tu tengok juga harga yang dipaparkan. Siap suruh diorang kira sendiri harga yang tertera didarabkan dengan lima. Barulah diorang tau harga sebenar barang yang dipilih tu dalam ringgit Malaysia. Mana taknya, haritu Elysha kata harga coklat kat sini murah, 99 sen je. Itu 99 pence ye anakku. Pence dengan sen amat berbeza nilainya. Tapi kalau coklat Toblerone harga 99 pence kira murah la tu. Hihi.. Selesai membeli di Lidl, diorang ajak masuk satu lagi supermarket di sebelah. Saya pun ikut sebab tak pernah masuk supermarket Iceland sebelum ni.

Layankan aje diorang ni jalan-jalan dalam supermarket

Sejam juga saya meronda dengan anak-anak di supermarket. Kami balik semula melihat keadaan wife saya. Apa agaknya yang berlaku sekarang ni. Harap-harap dia dah selesai memilih barang yang nak dibeli. Saya tanya dah selesai ke belum. Wife saya tunjuk troli di hujung rak. Fuhh, bukan satu, tapi ada 4 troli penuh dengan pinggan mangkuk. Lain macam penangan Portmeirion ni. Ramai juga kawan-kawan yang berminat dengan produk ni rupanya. Barang untuk kami ada 2 je. Yang lain semuanya pesanan kawan-kawan. Wife saya memang dah sedia ada koleksi Portmeirion di rumah. Dia cuma beli apa yang takde dalam koleksi je. Anak-anak boleh ambil sorang satu troli untuk beratur kat kaunter ye. Hihi..

Tak pernah lagi saya shopping sampai 4 troli. Huhu..

Semasa tunggu giliran untuk membayar di kaunter, orang Malaysia yang kurang ramah tadi beratur di belakang kami. Diorang tak pakai troli pun. Nampak adalah 3-4 pinggan je yang dipegang. Terkejut diorang tengok betapa banyak kami beli. Barulah diorang nak senyum dan bertegur sapa dengan wife saya. Ingat kami takde duit ke? Memang pun sebab semuanya duit dari kawan-kawan yang memesan. Hihi.. Sampai giliran kami, pekerja di kaunter menegur kami dengan senyuman. Dia siap teka kami dari Malaysia. Katanya orang Malaysia memang ramai memborong kat sini. Nampaknya Malaysia sudah sedia maklum terkenal di Portmeirion. Hahah..

Pekerja ni lagi ramah dari orang Malaysia tadi. Huhu..

Lajunya acik ni buat kerja

Alhamdulillah selesai sudah wife saya membuat pembayaran. Sementara menunggu barang kami dimasukkan dalam kotak, wife saya ke kaunter sebelah untuk uruskan claim VAT. Rugi dah beli banyak macam ni tapi tak buat claim. Staff bertugas bantu untuk isikan particular di dalam borang yang disediakan. Dia tanya macam mana kami nak bawa balik semua barang yang dibeli. Wife saya kata ada kawan yang duduk di sini akan bantu poskan ke Malaysia. Dia kata pembeli sebelum ni pun guna cara yang sama. Lebih mudah berurusan dengan orang Malaysia yang duduk di sini. Kalau kami duduk di UK takde masalah untuk guna shipping service dari kedai ni sebab free postage untuk belian lebih dari GBP50.00.

Selesai urusan claim VAT

Selesai semua urusan di Portmeirion Factory Shop, wife saya contact orang Malaysia yang akan uruskan pos barang kami. Diorang akan sampai dalam masa sejam sebab tengah uruskan pos barang yang lain dulu. Dah pukul 2.20 petang dan kami belum solat lagi. Kami maklumkan pada staff kedai untuk tinggalkan barang kami seketika sementara kami mencari masjid berdekatan. Kami naik kereta dan mengikut arahan pada Here Maps menuju ke City Central Mosque yang terletak dalam 3 km dari sini. Tak sampai 10 minit perjalanan akhirnya kami tiba di perkarangan masjid.

Driving route: From Portmeirion Factory Shop to City Central Mosque


@ CITY CENTRAL MOSQUE

City Central Mosque adalah masjid yang terbesar di Stoke-on-Trent. Masjid ni mula beroperasi pada Julai 2013 hasil dari kempen dan derma orang ramai untuk mendapatkan dana sehingga GBP3juta. Masjid ini mempunyai ruang solat utama yang boleh memuatkan seramai 700 jemaah dan ruang solat harian seluas 200 jemaah. Ruang solat bagi jemaah wanita juga ada dan boleh memuatkan 100 jemaah pada satu masa. Kawasan parking di sini amat luas dan sistem CCTV juga ada untuk keselamatan para jemaah yang solat di sini.

City Central Mosque di Stoke-on-Trent

Kami bersiap-siap dan masuk ke dalam masjid. Pintu masuk untuk jemaah lelaki dan wanita berbeza. Jemaah wanita masuk di pintu yang terletak di bahagian tepi masjid. Kami masuk ke dalam dan terus berada di tempat letak kasut. Hanya ada beberapa pasang kasut di rak yang disediakan. Lepas buka kasut kami masuk pintu menuju ke tempat ambil wudhuk. Tiada orang di sini. Selesai berwudhuk, kami terus ke ruang solat harian. Kelihatan beberapa jemaah sedang solat di saf hadapan.

Tempat wudhuk dan ruang solat harian

Selesai solat kami kembali ke kereta dan bersiap-siap untuk kembali semula ke Portmeirion Factory Shop. Alhamdulillah dapat juga kami melawat dan solat di masjid terbesar di Stoke-on-Trent. Wife saya kata orang Malaysia tu dalam perjalanan menuju ke sana. Harap diorang sampai tepat pada masanya. Jenuh juga nak menunggu lagi. Nanti ada pulak yang masuk semula dalam kedai tu dan cari barang yang lain. Hihi.. Kadang-kadang ada order last minute dari kawan-kawan dalam group whatsapp. Maklumlah, bila tak nampak barang diorang takde idea apa barang yang nak dibeli. Bila dah tunjuk gambar live barulah masing-masing mula PM tepi. Hehe..

Thank you City Central Mosque

Jam 3.15 petang kami sampai semula di Portmeirion Factory Outlet. Tak sampai 5 minit menunggu, akhirnya orang Malaysia yang uruskan barang kami pun sampai. Diorang ni sebenarnya student di UK. Buat kerja part time cari duit lebih untuk sara hidup harian di negara orang. Budak yang berurusan dengan wife saya namanya Muaz. Dia datang dengan kereta bersama sorang kawannya. Kami berborak sekejap dan diorang mula angkat barang kami masuk ke dalam kereta mereka. Dah alang-alang nak pos, saya bagi sekali 2 beg plastik hitam pakaian yang kami taknak guna di sini. Maka banyaklah ruang untuk kami beli barang niaga lagi. Hehe..

Bersedia untuk diposkan ke Malaysia

Untuk kos postage kami akan masukkan sekali dalam harga jualan. Takkan la kami nak bayar pulak. Hihi.. Dah tambah pun masih murah lagi barang Portmeirion ni berbanding beli sendiri di Malaysia. Amat berbaloi kepada yang memesan. Hehe.. Muaz akan hubungi wife saya untuk kos keseluruhan postage ke Malaysia. Baguslah diorang ni mencari sumber pendapatan tambahan kat negara orang. Dah la pandai belajar, rajin pulak tu. Untungnya dapat peluang belajar di luar negara. Dulu saya memang teringin nak belajar kat oversea, tapi malangnya masa sekolah suka sangat mengular. Hihi.. Saya redha dengan ketentuan ini. Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing.

Urusan postage selesai. Jumpa lagi Portmeirion!

Mudah sungguh berurusan dengan Muaz. Kami sempat berbincang untuk buat bisnes tambahan masa kami kat Malaysia nanti. Dia pun takde masalah nak bantu. Bagi je list barang kat dia, in shaa Allah dia boleh cari dan poskan pada kami. Apa-apa pun pelajaran jangan diabaikan ye. Itu yang paling utama. Tepat jam 3.30 petang, setelah mengucapkan terima kasih pada Muaz dan kawannya, kami beredar meninggalkan Portmeirion Factory Shop. Anak-anak dah mengadu kelaparan. Yang pastinya wife saya senyum berpanjangan sebab puas dapat datang ke sini. Misi personal shopping di Portmeirion Factory Shop telah berjaya direalisasikan. Cath Kidston sudah, Portmeirion pun sudah. Ada lagi tempat yang bakal diterjah. Moga dipermudahkan urusan kami.


Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Salam Cikgu ...

    Itulah , saya ada juga orang bertanya nak kirim itu dan ini ... tapi masalahnya bab shipping ...

    Bila dah shipping, sampai Malaysia, custom pasti akan tax ... dan tak tentu jugak ...nasib baik ... Alhamdullilah ... nasib tak kena, tax kena melambung !

    (Sebelum Covid, kirim kat orang datang dan pergi sini atas urusan kerja ... tapi skg dah tak ada)

    So banyak ker kena tax bila barang tuh sampai Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan,

      Untuk shipping barang Pormeirion ni saya tak dikenakan Malaysian tax. Sebenarnya sampai hari ni pun dah banyak barang saya pos dari UK dan tak pernah lagi kena extra tax bila sampai Malaysia. Mungkin barang yang dibeli tak perlu endorsement dari SIRIM kot. Atau mungkin rezeki saya tak kena tax. Hihi.. Wallahu 'alam..

      Delete