Tuesday 20 April 2021

JJCP U.K V.2: Day 09 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 5 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ VENUS FISH BAR
@ CHESHIRE OAKS DESIGNER OUTLET
@ TRAVELODGE RHYL SEAFRONT


Dari Portmeirion Factory Shop, kami teruskan perjalanan untuk mencari tempat makan. Kesian anak-anak, dah nak pukul 4.00 petang baru dapat makan. Huhu.. Tapi diorang ok je sebenarnya sebab dapat banyak jajan masa kat supermarket tadi. Alas perut cara yang kurang sihat katanya. Hehe.. Takpelah, sekali sekala dapat makan snek. Kalau kat rumah memang saya jarang bagi diorang makan snek. Mee segera pun dah lama tak beli. Kat oversea diorang balas dendam makan sampai puas hati. Itu pun sebab travel bajet. Hahah.. Mulanya saya nak cari stesen minyak sebelum menuju ke restoran. Saya cuba jaya masuk beberapa simpang mencari stesen minyak tanpa bantuan Here Maps. Langsung tak jumpa. Daripada jauh menyimpang, lebih baik pergi makan dulu. Restoran yang kami nak pergi ni tak jauh pun dari Portmeirion Factory Shop. Patutnya 10 minit je dah boleh sampai.  Cari stesen minyak punya pasal, tak sedar dah hampir setengah jam dalam kereta. Huhu.. Jam 3.55 petang baru kami sampai di restoran yang dituju.

Driving route: From Portmeirion Factory Shop to Venus Fish Bar


@ VENUS FISH BAR

Di depan restoran ada parking lot berbayar. Sementara semua turun dari kereta dan bersiap untuk masuk ke dalam restoran, saya ke ticket machine untuk cari info tentang bayaran parking. Parking di sini kena bayar sehingga jam 6.00 petang. Ingatkan free. Hehe.. Tengok persekitaran macam boleh je takyah bayar parking. Tapi jangan buat hal. Kang masuk je dalam restoran terus nampak kelibat officer jaga parking. Kalau kat Malaysia boleh lagi rayu mintak maaf dan baru nak bayar parking. Kat sini boleh juga nak pujuk rayu, tapi tiket kompaun tetap dapat. Huhu.. Untuk makan dengan hati yang tenang, lebih baik bayar. Cukup kot parking sejam kat sini dengan bayaran GBP1.10. Takkan nak makan sampai berjam-jam kan. Lepas makan ada lagi tempat lain yang nak diterjah.

Tepat jam 5.00 petang kena gerak dari sini

Jom isi perut masing-masing

Anak-anak mula excited bila tengok nama restoran. Dah tentu menu fish & chips menjadi pilihan diorang walaupun ada menu lain seperti kebab, burger dan pizza. Sama la juga dengan saya. Lama sungguh tak makan fish & chips. Menu yang lain tu dah biasa sangat makan kat oversea. Kena la cuba menu ikan pulak. Hihi.. Seperti biasa, saya yang akan order. Kalau ikutkan diorang nak menu sorang satu. Mesti takkan habis punya. Diorang pun dah sedia maklum portion makanan kat sini agak banyak. Kalau tak cukup barulah tambah lagi. Takdelah membazir. Walaupun boleh bungkus makan di hotel, tapi tak sedap nak makan bila dah sejuk.

Tak tau nak pilih menu yang mana satu

Disebabkan semua nak makan ikan, jadi saya order 3 set Mini Fish & Chips yang berharga GBP10.50 dan 3 tin air coke berharga GBP2.70. Cuaca sejuk pun layan minum air gas. Huhu.. Sebenarnya selain dari snek dan makanan segera, air gas pun dah lama kami tak minum. Bila travel je baru balas dendam makanan dan minuman yang tak pernah beli dan simpan di rumah. Takpelah, kali ni kasi chance. Balik Malaysia nanti jangan harap la nak beli jajan ni semua. Hahah.. Restoran ni berkonsepkan fast food. Makanan dah sedia masak seperti di KFC dan McDonalds. Bila dah pilih dan buat bayaran barulah makanan kami dipanaskan.

Akhirnya dapat makan untuk hari ni. Hihi..

Makanan fast food, rasa pun biasa je. Sesuai la dengan harganya. Satu menu cukup untuk dimakan berdua. Yang penting semuanya gembira sebab dah kenyang. Lepas ni pasti anak-anak tidur dalam kereta. Tinggal co-pilot je yang tabah menemani pilot memandu di dalam suasana malam. Hehe.. Jam 4.40 petang setelah semuanya kekenyangan, kami mula bersiap untuk teruskan perjalanan. Cuaca dah mula gelap di luar. Destinasi berikutnya agak jauh juga dari sini. Sebelum ke destinasi, saya singgah di stesen minyak. Bila travel waktu malam dan jarak agak jauh, risau juga bila minyak tinggal suku. Sebelum masuk highway baik cari stesen minyak dulu.

Terbang lagi GBP50.00. Bertabahlah..

Seperti yang dijangka, penumpang seat belakang semuanya senyap. Tinggal saya dan wife berborak untuk hilangkan rasa mengantuk. Si kecik yang mulanya menyanyi tanpa henti, dia pun senyap dibuai mimpi. Hujan renyai mengiringi perjalanan kami meredah kesejukan malam. Hampir dua jam memandu dengan kelajuan yang sederhana, akhirnya jam 6.20 petang kami sampai di destinasi. Sepanjang perjalanan tadi keadaan jalanraya agak lengang dan gelap. Tapi bila sampai sini je terus jadi happening. Banyak sungguh kereta kat sini. Wife saya dah mula excited buat kali kedua untuk hari ni. Hehe..



@ CHESHIRE OAKS DESIGNER OUTLET

Memang haruslah wife saya excited sebab kami dah berada di designer outlet yang terbesar di UK. Masa 2012 dulu kami tak datang ke sini. Bukan tak sempat, tapi masa tu saya tak pandai lagi nak susun itinerary. Maklumlah first time jejakkan kaki di bumi UK. Semua tempat kalau boleh nak pergi. Tapi kali ni saya well-prepared. Tambah pula jadi personal shopper. Mestilah tempat-tempat seperti ni saya masukkan dalam itinerary. Tapi jujurnya shopping masih menjadi agenda kedua kami bila travel. Agenda utama travel kami tetap kepada melihat keindahan bumi milik Allah. Kalau setakat nak shopping kat Malaysia pun boleh buat. Pada saya amat rugi kalau travel semata-mata untuk shopping. Walaupun ianya membantu dalam sumber pendapatan tambahan kami, tapi pemandangan indah juga yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Bila nak tidur selalu terkenang tempat-tempat menarik yang saya dah pergi. Indahnya tidur malam itu. Hihi..

Driving route: From Venus Fish Bar to Cheshire Oaks Designer Outlet

Kawasan parking lot yang luas di sini hampir penuh diisi. Kami bersiap-siap untuk mulakan eksplorasi mencuci mata. Fa dan Abg Fikri boleh la jalan ikut haluan sendiri. Nanti jumpa semula kat kereta ya. Jangan risau, pasti tak kena tinggal. Hehe.. Saya pandang sekeliling, memang besar sungguh designer outlet di sini. Jenuh nak berjalan dalam kesejukan sebab konsepnya open air, sama seperti kebanyakan designer outlet yang lain. Cuci mata punya pasal, sejuk pun redah juga. Hehe.. Dari satu butik ke butik yang lain, segar je mata melihat barang yang dijual. Nasib baik la saya ni bukan kaki shopping. Duit tak berapa nak ada pun antara faktor utama tak suka shopping. Hahah..

View sekeliling. Semuanya butik!.. Parking full house

Sementara wife mencari butik untuk membeli barangan pesanan kawan-kawan, saya bagi anak-anak buat pilihan barang yang diorang nak beli. Saya dah janji nak belikan pakaian dan juga beg sekolah. Pandai-pandai la diorang cari dan pilih sendiri. Jangan pilih beg sekolah jenama Burberry sudah la. Hehe.. Eimran takde benda lain yang dia tengok, asyik nak kasut je. Kat rumah kasut dia lagi banyak dari kasut saya. Walaupun banyak, kadang-kadang kasut saya pun dia curi-curi pakai. Mentang-mentang la kaki sama saiz. Tapi bagus jugak la dia pakai, sebab saya memang jarang pakai kasut. Daripada tapak merekah sebab tak pakai, lebih baik dia guna. Saya lagi senang dengan sandal untuk kemana-mana. Nak pergi solat pun mudah.

Baru masuk satu butik dah tak keruan. Iman kena kuat..

Si kecik dalam stroller tu sedang nyenyak tidur dalam kesejukan malam. Kalau dia terjaga susah sikit la nak mencuci mata. Mesti dia taknak duduk dalam stroller sebab nampak macam-macam barang. Biarkan dia tidur sampai hotel lagi bagus. Hehe.. Eimran mintak jalan sendiri mencari butik kasut. Dia dah besar, boleh jaga diri. Dah jumpa kasut yang berkenan di hati nanti pandai la dia cari saya. Hihi.. Barang pesanan kawan-kawan tidak dilupakan. Tunjuk gambar dan letak harga. Mana yang setuju terus kami grab. Setakat pakaian takde masalah lagi, boleh selit dalam luggage. Kalau kasut agak susah sikit sebab ada kotak. Itupun ada kawan yang tak kisah kalau tak bawak balik kotak. Yang penting isi dalam kotak tu. Hihi..

Misi pencarian diteruskan lagi..

Berkali-kali keluar dan masuk beberapa butik, kepala saya dah mula pening. Memang betul la saya ni tak minat shopping. Bukan semua orang pandai shopping. Biarlah saya hanya pandai bawak orang pergi tempat shopping. Itu sudah memadai. Hehe.. Sementara menunggu wife saya keluar masuk butik, saya tunggu je kat luar sambil melihat pemandangan dan gelagat orang ramai di sini. Tak dapat bayangkan macam manalah keadaan kat sini bila hari minggu dan musim perayaan. Mesti padat dengan manusia. Bila umur dah mula meningkat ni saya tak minat nak pergi tempat yang crowded. Buat pening kepala je. Masa muda mudi dulu lainlah. Sekarang pun masih muda lagi sebenarnya. Hahah..

Kita lepak kat luar je lah layan angin malam

Selesai satu barisan butik, kami lintas jalan untuk meronda di barisan butik yang lain. Agak complicated juga susunan butik kat sini. Nak mencari butik yang tertentu juga susah, terpaksa refer pada location map. Memang betul designer outlet ni adalah yang terbesar pernah saya pergi. Untuk meronda dan masuk setiap butik perlu berada seharian kat sini. Baru puas hati. Kami hanya masuk ke butik yang well-known dan ada butiknya di Malaysia. Jenama yang tak pernah dengar kami tak masuk pun.

Le Creuset. Salah satu brand yang wife saya minat

Saya yang tak minat pinggan mangkuk pun boleh terpedaya dengan warna-warni pinggan di Le Creuset. Hehe.. Memang cantik produk Le Creuset ni. Bila susun kat rak di dapur nampak menarik. Cuma harganya tak berapa cantik untuk golongan marhaen. Boleh la setakat nak buat koleksi beli satu pinggan setiap bulan. Masa berubah mengikut peredaran zaman. Dulu masa mula-mula kerja pakai pinggan melamine je yang dibeli kat Langkawi. Ramai orang kata membazir je beli pinggan mangkuk yang mahal sebab fungsinya sama je dengan pinggan yang lain. Tapi pada saya apa salahnya menggembirakan hati sendiri apabila dah bersusah payah kerja siang dan malam mencari rezeki. Lain orang lain pendapatnya. Sama juga dengan hobi travel. Berpuluh ribu habis untuk tiket flight dan kos yang lain. Adakah pengalaman hidup itu satu pembaziran? Sama-sama kita fikirkan..

Antara butik yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia

Seronok meronda sampai tak sedar dah hampir 3 jam kami di sini. Huhu.. Saya hubungi Fa dalam whatsapp untuk jumpa semula di kereta. Entah di mana Fa dan Abg Fikri sekarang ni. Bagusnya bawak diorang ni sebab sama tujuan travel dengan kami, iaitu untuk menghayati pemandangan. Shopping perkara kedua. Tapi masa travel ke Paris pada 2015 dulu, bila bawa masuk Primark banyak juga yang diorang borong sampai beli beg baru. Hehe.. Masa tu last day sebelum balik. Ada duit lebih, kita bagi peluang shopping apa yang patut. Hihi.. Kelihatan Fa dan Abg Fikri berjalan ke arah kami yang sudah sedia menunggu di kereta dan bersiap-siap untuk teruskan perjalanan. Tepat jam 9.20 malam kami mulakan perjalanan ke destinasi terakhir kami untuk hari ni.

Jumpa lagi Cheshire Oaks Designer Outlet!

Baru 10 minit perjalanan dalam kereta, anak-anak semuanya dah tidur. Penat sungguh diorang berjalan tadi. Tinggal si kecil je yang menemani saya dan wife berborak. Tadi dia dah tidur lama dalam stroller. Kali ni biar dia jadi penglipur lara dalam kereta. Barulah tak rasa bosan dan mengantuk memandu dalam cuaca gelap dan sejuk ni. Kami melintasi sempadan England-Wales di satu highway yang agak lengang. Barulah lengkap perjalanan kami apabila dah berjaya sampai di England, Scotland dan Wales. Dulu saya cuma daytrip je jalan-jalan di Wales. Kali ni dapat la bermalam di bumi Wales. Masih teringat lagi kisah kami didatangi oleh sekumpulan anak muda yang cuba nak pau kami di tengah bandar Cardiff. Semuanya kerana saya gantung kamera DSLR di leher. Nampak sangat gaya seorang tourist. Huhu.. Kali ni kami tak bawak dah kamera DSLR. Bukan kerana takut kisah berulang, tapi kamera tu dah lama rosak. Nak beli baru macam tak releven je di zaman smartphone serba canggih ni. Bukannya pandai nak setup pun kamera tu. Pakai auto mode je yang saya reti. Hehe..

Gambar 2012 di Cardiff, sebelum 'ditegur' oleh geng remaja. Huhu..

Sejam memandu, akhirnya jam 10.20 malam kami dah sampai di bandar Rhyl yang agak sunyi. Semua orang kat sini dah tidur agaknya. Lain macam Here Maps ni bagi route. Lorong kecil dalam taman perumahan pun dia suruh lalu. Nak buat macam mana, terpaksa la ikut juga. Jangan dia bawak pergi tempat lain sudah la. Huhu.. 5 minit keluar dan masuk lorong, akhirnya lambang Travelodge kelihatan di hujung jalan. Alhamdulillah, sampai jua kami di destinasi.

Driving route: From Cheshire Oaks Designer Outlet to Travelodge Rhyl Seafront


@ TRAVELODGE RHYL SEAFRONT

Dengar pada nama Travelodge, memang ianya terletak di tepi pantai. Walaupun cuaca gelap tapi bunyi ombak jelas kedengaran. Esok pagi kalau sempat boleh la jalan-jalan kat tepi pantai. Jangan anak-anak buat hal mintak nak mandi laut pulak. Huhu.. Anak-anak bantu keluarkan beg sementara saya masuk ke dalam untuk uruskan check-in. Travelodge ni baru beroperasi. Patutlah keadaan di luar dan dalam lobi semuanya nampak baru. Selesai check-in, saya bertanya pada staf bertugas jika boleh guna microwave di cafe untuk kami panaskan makanan. Cadangnya malam ni nak makan set nasi yang kami bawa dari Malaysia. Malangnya staf tu kata kami tak dapat guna microwave tu. Takpelah, cuba dan jaya je bertanya. Kalau dapat, alhamdulillah dapat makan nasi panas malam ni. Hehe..

Travelodge Rhyl Seafront @ GBP29.00/night

Kami dapat bilik bernombor 115 dan 116 yang terletak di tingkat 1. Takde masalah nak angkut beg sebab ada lif. Hotel baru la katakan. Hehe.. Kami naik ke bilik masing-masing. Alhamdulillah bilik kami ada 3 katil. Boleh la semuanya tidur atas katil walaupun terpaksa berhimpit. Janji boleh tidur. Nak bermalam kat Holiday Inn tak mampu. Terima kasih kepada Travelodge kerana wujud di bumi UK. Mudah untuk budget traveller macam kami ni. Walaupun murah, tapi ada bath tub tau. Hehe..

Alhamdulillah selesa untuk kami sekeluarga

Plan nak makan nasi panas nampaknya tak berjaya. Tapi makanan yang dibawa mesti kena habiskan. Nasib baik Fa ada bawak rice cooker. Boleh la pinjam sekejap unruk panaskan makanan kami. Walaupun tak sepanas masakan dalam microwave, kami boleh telan nasi dan lauk tu dah kira bersyukur. Hihi.. Sedap juga makanan Kart's Quick Meal yang saya beli kat 7-Eleven ni. Pada saya lagi sedap dari nasi Brahim's dan Sharifah yang kami pernah bawak sebelum ni. Next trip boleh beli lagi. Harap-harap ada lagi dijual di 7-Eleven. Harga pun tak mahal sangat. Siap dapat harga promosi lagi. Hihi..

Sedapnya dapat makan nasi putih. Alhamdulillah..

Nampaknya semua tidur dalam kekenyangan malam ni. Jam 11.45 malam lampu ditutup dan TV dibiarkan terbuka. Siapa last tidur mohon tutup TV ye. Ayah dah nak tidur. Esok banyak lagi tempat yang nak diterjah. Moga dipermudahkan perjalanan kami esok di bumi Wales. Yang dah berlalu dijadikan kenangan terindah. Yang bakal berlaku diharapkan menjadi pengalaman hidup yang berguna buat kami sekeluarga.


Wallahu 'alam..






No comments:

Post a Comment