Wednesday 3 March 2021

JJCP UK V.2: Day 08 (Part #2)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 4 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ LEEDS UNITED FOOTBALL CLUB
@ ELLAND ROAD PARK & RIDE
@ SUBWAY RESTAURANT


Jam 3.15 petang kami bersiap untuk mulakan perjalanan meninggalkan Leeds Grand Mosque menuju ke destinasi berikutnya. Kami melalui jalan bandar yang agak jem di Leeds, tapi kenderaan tetap bergerak perlahan. Budak yang muntah dua kali dah mula ceria bernyanyi dalam kereta. Hehe.. Memang agak pelik kenapa dia boleh muntah. Mungkin tak kena jajan yang dia makan dengan air susu yang diminumnya. Tapi biasalah, si kecik ni kalau menangis je mesti paksa diri untuk muntah. Siap jolok jari dalam mulut lagi. Sabar jelah..

Layan budak ni menyanyi dalam jem


@ LEEDS UNITED FOOTBALL CLUB

15 minit memandu meredah jalan yang sedikit sesak, akhirnya kami sampai di destinasi berikutnya. Memang tempat ni khas untuk diri saya. Seronoknya bila dapat tengok stadium team bolasepak yang menjadi pujaan saya sejak dari kecil. Saya parking betul-betul di ruang depan stadium. Anak-anak duduk dalam kereta sambil ditemani Fa dan Abang Fikri. Hanya Eimran je yang nak ikut saya dan wife masuk ke dalam kedai walaupun dia tak pernah minat sukan bolasepak. Hehe..

Driving route: From Leeds Grand Mosque to Leeds United Football Club

Leeds United Football Club. My pride!

Sebelum masuk ke dalam club store, saya ambil gambar kenangan dulu di luar. Cuaca pun dah nak senja. Keluar dari kedai nanti mesti dah gelap. Ini kali kedua saya sampai di sini dan masih excited seperti sebelumnya. Saya masih tak berpeluang untuk tengok live game dalam stadium. Tarikh matchday tak kena dengan susunan itinerary saya. Niat saya satu hari nanti bila Leeds United promote ke Premier League barulah saya akan datang dan masuk stadium. Dapat pulak tengok game bertemu Manchester United atau Liverpool. Fuhh, alangkah seronoknya! Angan-angan itu indah. Tak mustahil dapat direalisasikan. Leeds United pun tengah power sekarang ni dalam liga Championship. Yakin 100% pasti naik ke Premier League. Marching on Together!

Satu hari nanti pasti tengok live match kat sini

Ada sesuatu yang menambah kenangan manis kedatangan saya ke sini pada tahun ni. Leeds United ditubuhkan pada 1919. Jadi tahun 2019 adalah ulangtahun ke-100 Leeds United. This year is our centenary years!. Mesti ada banyak merchandise yang menarik untuk dijadikan kenangan buat saya yang menanti kat dalam club store tu. Awal-awal saya dah kumpul duit khas untuk shopping kat sini. Hehe.. Cuma malangnya Leeds United tak dapat promote season ni. Jatuh kat last corner masa play-off. Season ni bersiap sedialah. Sleeping giants is awake after 16 years! The comeback is real.. Selesai bergambar di luar, saya masuk ke dalam club store. Tak tau apa yang akan dibawa pulang dari sini nanti. Yang pastinya banyak. Hehe..

Baru tengok bahagian jersi dah rambang mata

Masa trip 2012 saya sempat juga singgah di stadium Liverpool dan Manchester United. Kali ni tak perlu la nak pergi lagi. Cukup la sekali buat syarat dapat tengok keadaan stadium team yang menjadi pujaan majoriti rakyat Malaysia. Siap jumpa orang Malaysia lagi masa tu. Kat sini memang confirm la tak jumpa sesiapa pun. Bukan team kaya seperti yang lain. Loyal fans akan sentiasa support team dalam apa jua keadaan. Leeds United pernah jatuh sampai ke 3rd tier dalam liga. Tapi saya tetap support walaupun jenuh mencari link live match kat internet. Nasib baik LUTV provide live match yang berbayar. Tetap langgan walaupun harganya GBP5.00/match. Fans kan? Hehe..

Banyak merchandise yang menarik. Pening kepala dibuatnya. Huhu..

Makin lama dalam club store ni makin kurang iman di dada. Kalau boleh semuanya nak dibeli. Nasib baik tertinggal iman yang lagi sikit mengingatkan tentang bajet yang diperuntukkan kat sini. Jangan terlebih bajet sudah la. Wife pun pandai meracun. Hehe.. Betul juga katanya, merchandise Leeds United bukannya senang nak dapat di Malaysia. Dah alang-alang sampai, beli sampai puas hati. Lagipun bukan ke satu hari nanti nak datang sini lagi tengok live match dalam stadium. Moga impian terlaksana. Hihi.. 45 minit berada dalam club store, akhirnya barulah saya beratur di kaunter bersama barangan yang berkenan di hati.

Cukup la tu buat kenangan centenary years

Selesai sudah dengan barang pembelian di club store. Bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan untuk melawat kelab yang menjadi pujaan sejak dari dulu. Tak semua fans dapat peluang macam ni. Jika berusaha pasti akan dapat merasa untuk melawat stadium. Kalau dah jadi fans Manchester United sejak lahir, takkan la taknak tengok Old Trafford depan mata kan? Kenalah usaha sampai tercapai impian tu. Fans Chelsea mula banyak selepas Roman Abramovich ambil alih. Fans Manchester City juga makin ramai apabila team dah mula kaya dan beli player berharga puluhan juta. Sokong team kerana sejarahnya atau kekayaannya? Lebih baik sokong team Nottingham Forest yang kaya dengan sejarah daripada team yang kaya dengan politik wang. Atau adakah menjadi fans ni hanyalah sebagai sumber hiburan dan memeriahkan hidup di masa weekend, jika ada live telecast. Hehe..

Done shopping at LUFC Club Stores

Jam 4.30 petang saya keluar dari club store walaupun rasa tak puas lagi. Rasanya cukup dah barang kenangan yang dapat dibawa balik. Yang penting tak over budget. Cukup ngam dengan duit tabung yang disimpan untuk shopping di sini. Tak sia-sia menyimpan. Hehe.. Cuaca dah mula gelap di luar. Sampai di kereta, Eirfan dah mula merengek. Lapar rupanya. Mana taknya, semua yang dimakan dah diluahkan dua kali hari ni. Hihi.. Saya terus memandu meninggalkan LUFC dengan penuh senyuman. Misi melawat 100 tahun Leeds United akhirnya tercapai jua. Next mission, nak tengok live match kat sini bila Leeds United dah masuk Premier League. Tabung LUFC yang dah kosong tu boleh la diisi semula. Hehe..

Thanks you Leeds United. Marching on together!


@ ELLAND ROAD PARK & RIDE

Keluar dari parking di Elland Road, terasa kereta macam tak smooth pergerakannya. Masa diorang menunggu kat kereta tadi enjin dibiarkan hidup dan rasanya Eirfan ada tertekan sesuatu kat panel. Kereta jadi perlahan, hanya jalan gear satu je. Huhu.. Nasib baik la tempat yang dituju dekat je. Ada 2 traffic light yang akan kami lalui. Tak tau macam mana nak betulkan, jadi saya drive je guna satu gear ni. Perlahan sungguh sampaikan kereta belakang bagi high beam kat kami. Kat sini memang jarang orang guna horn melainkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Saya pun buat bodoh je la drive perlahan hingga ke destinasi.

Driving route: From Elland Road Stadium to Elland Road Park & Ride

Sampai je kat kawasan Park & Ride, saya terus cari parking yang paling dekat. Nasib baik tak banyak kereta yang parking di sini. Kereta yang high beam kami pun masuk ke tempat yang sama. Laju je dia potong kami masa masuk simpang tadi. Mungkin dia nak cepat kot. Sorry ye. Hihi.. Saya cuba cari mana silapnya kat panel kereta sementara yang lain turun dan bersiap. Tak jumpa button yang berkenaan, saya cuba matikan enjin dan hidupkan semula. Alhamdulillah, indicator yang tak berkenaan kat panel hilang dan kembali kepada asal. Lega rasanya. Susah betul la bila pakai kereta continental ni. Huhu..

Sampai sudah di Elland Road Park & Ride

Di Leeds terdapat dua Park & Ride iaitu Elland Road P&R dan Temple Green P&R. Tiada train station kat sini. Yang ada hanyalah bas untuk ke bandar Leeds. Parking di Elland Road P&R amat luas. Cuma masalahnya P&R kat sini tak boleh akses 24 jam. Last bus jam 8.30 malam dan pagar utama P&R akan ditutup jam 9.15 malam. Jadi kalau lebih dari waktu tu terpaksalah bermalam kat mana-mana dan ambil balik kereta keesokan harinya. Jadi kami kena pastikan paling lewat naik bas terakhir jam 8.30 malam. Hancur itinerary kalau kereta sangkut kat P&R malam ni. Huhu.. Dengan tidak membuang masa, kami terus menuju ke stesen bas. Kelihatan bas baru je bergerak meninggalkan stesen. Kami mencari tempat beli tiket sebelum bas berikutnya sampai.

Keadaan dalam stesen bas

Ikut pada info, harga tiket bas return adalah GBP3.00/person. Kanak-kanak percuma jika ada parents. Jadi saya hanya perlu beli tiket untuk saya dan wife. Kebetulan seorang staff lelaki menegur kami. Dia tanya kami ke yang bawa mpv tadi. Rupanya lelaki yang potong kami tadi cerita kat dia. Saya pun bagitau la yang saya tak berapa arif dengan kereta continental ni. Dia kata lelaki yang potong kami tu bengang je kami bawak slow. Siut je mamat tu. Sempat dia cerita kat orang lain ye. Hahah.. Saya minta dia mohon maaf bagi pihak kami kalau mamat tu jumpa dia lagi masa balik nanti. Dah alang-alang berborak, dia tanya kami nak ke mana. Kami cuma nak ke bandar Leeds, makan dan jalan-jalan. Dia ingatkan supaya kami balik semula ke sini sebelum jam 9.15 malam. Dia pun bantu kami belikan tiket. Disebabkan tinggal beberapa jam je travel untuk hari ni, kami cuma bayar tiket GBP1.00/person. Terbaiklah..

Hanya GBP2.00 untuk kami sekeluarga

Tiket yang dibeli kena simpan elok-elok untuk return nanti. Berbaloi sungguh naik public transport kat Leeds ni. Parking kat Park & Ride pun percuma. Hihi.. 5 minit menunggu di stesen, akhirnya bas double decker pun sampai. Kami kena pastikan naik bas PR1 bila balik nanti. Salah naik bas takut menuju ke Park & Ride yang lain. Huhu.. Takpe, sampai kat Leeds nanti tempat yang kami turun tu juga adalah tempat kami naik semula nanti. Tak bercadang nak jalan tempat lain dah. Kawan Fa yang nak jumpa tu pun kami set berdekatan dengan bus stop yang akan kami turun nanti. Dah gelap, nak ronda jauh-jauh pun tak guna. Setakat buat syarat dapat jejakkkan kaki di bandar Leeds. Hehe..

Jom naik bas double decker

Semua penumpang turun dari bas. Yang naik cuma kami dan 2 penumpang lain. Waktu macam ni mana ada orang nak naik bas pergi bandar dah. Semua nak balik rumah masing-masing. Walaupun baru jam 4.45 petang, tapi suasana macam dah lewat malam di sini. Tiket yang ditunjukkan pada driver disimpan dalam wallet. Maka bermulalah perjalanan menuju ke bandar Leeds buat pertama kali dalam hidup kami.

Semua nak duduk bawah je


@ SUBWAY RESTAURANT

Perjalanan dalam bas hanya mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai di bandar Leeds. Saya perhatikan keadaan di luar untuk pastikan kami turun di tempat yang betul. Saya hafal keadaan persekitaran ikut gambar pada google map view je. Harap gambar yang dilihat masih sama dengan hari kejadian. Kadang-kadang google map lambat update. Kami turun di Boar Lane (Stop T9). Turun je dari bas terus nampak restoran Subway. Perut masing-masing pun dah lapar ni. Apa lagi, jom terjah beramai-ramai.

Bus route: From Elland Road P&R to Leeds City

Pada mulanya saya dah set untuk makan di kawasan Leeds Grand Mosque petang tadi. Tapi disebabkan kawan Fa nak berjumpa, maka saya terpaksa cari restoran halal yang mudah dicari di bandar Leeds. Kebetulan restoran Subway yang terletak di bus stop ni berstatus halal. Jadi tak perlu la saya nak cari restoran halal kat tempat lain. Kawan Fa belum sampai lagi. Kami order makanan dulu. Anak-anak dah tak tahan tengok turkey slice. Mana taknya, seharian berjalan barulah dapat makan hari ni. Huhu.. Saya order 2 sandwich panjang dan meatball. Air kami guna bekal yang dibawa. Kalau tak cukup boleh order lagi. Ikut pengalaman makan di Subway, saya sorang memang tak boleh habiskan sandwich bersaiz 12". Huhu.. Selesai buat pilihan toppings, jumlah semuanya GBP11.97. Kira berpatutan juga la harga sandwich Subway kat sini.

Lazatnya tengok daging slice tu

Sedang enak menjamu selera, barulah kawan Fa sampai bersama 2 orang anaknya yang baru dijemput dari sekolah. Kami berborak seketika dan dapat juga sedikit info tentang sekolah di UK. Kawan Fa kata kat sini kalau anak tak datang sekolah tanpa sebab boleh kena penalti. Tinggi jugak bayarannya. Huhu.. Patutlah masa kat Cambridge haritu ada sorang auntie menegur kami ingatkan anak-anak kami ponteng sekolah. Kat Malaysia kalau buat undang-undang macam ni memang kena kecam la jadinya. Budak-budak sukahati je nak pergi sekolah atau tak. Parents pun ada yang buat tak kisah. 12 tahun saya jadi cikgu, memang masak dengan isu macam ni. Bila la agaknya sistem persekolahan di Malaysia nak berubah menjadi lebih baik ye? Kurikulum pun asyik berubah je sampai cikgu pun pening nak mengajar. Moga ada sinar buat pendidikan di Malaysia.

Kebulur nampaknya Eimran tu. Hahah..

Selesai makan kami beredar dari Subway sementara Fa dan Abang Fikri masih makan dengan kawannya. Biarlah bagi peluang diorang berborak dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Saya maklumkan Fa untuk jumpa semula di bus stop pada jam 7.00 malam. Ada masa sejam setengah untuk kami meronda di kawasan sekitar. Nak jalan jauh-jauh takut sesat pulak. Kawan Fa boleh bawak Fa dan Abang Fikri jalan-jalan kat sini. Saya risau juga kalau Fa jalan berdua je dengan Abang Fikri. Dulu masa ke Amsterdam kami hilang sekejap dari pandangan diorang. Risau sungguh Fa masa tu. Sabar, sebagai tour guide tak bertauliah saya pasti tak tinggalkan rakan travel. Paling teruk kalau tak jumpa pun saya buat report kat balai polis je. Hehe.. In shaa Allah tak berlaku.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment