Sunday 7 March 2021

JJCP UK V.2: Day 09 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 5 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ BUXTON
@ FLASH


Jam 6.00 pagi saya dah bangun dari tidur. Lepas mandi dan solat, saya kejutkan anak-anak. Agak liat sikit diorang nak bangun sebab semalam hampir lewat malam baru sampai di travelodge. Nak buat macam mana, terpaksa bangun juga walaupun masih mengantuk. Banyak lagi tempat yang nak pergi hari ni. Rugilah kalau duduk lama kat travelodge. Lepas semuanya dah mandi dan solat, kami siapkan breakfast. Malam tadi takde sesi makan sebab semuanya letih. Pagi ni memang lapar la dibuatnya. Hihi.. Selesai breakfast kami kemaskan beg dan bersiap-siap untuk mulakan perjalanan.


Budak ni tetap semangat membantu. Hehe..

Jam 7.45 pagi kami keluar dari bilik dan check-out. Tiada staf yang bertugas di kaunter. Saya letakkan kunci bilik di tempat yang disediakan. Thank you Travelodge Macclesfield Adlington!. Sementara enjin kereta dipanaskan, saya masuk sekejap ke dalam Starbucks yang sudah buka. Bukan untuk beli kopi, tapi mencari jika ada citymugs untuk bandar di sini. Manalah tau kalau ada citymugs yang boleh saya tambah untuk dibuat koleksi. Tapi yang ada di sini hanyalah tumbler dan mug biasa design christmas edition. Tak berminat sebab takde tulisan bandar. Mug biasa boleh dapat kat mana-mana Starbucks. I want Starbucks You Are Here citymugs only. Hihi..

Good Morning Macclesfield!

Tepat jam 8.00 pagi kami mulakan perjalanan setelah Abang Fikri mengetuai bacaan doa. Moga dipermudahkan urusan kami pada hari ni, in shaa Allah. Destinasi pertama kami adalah menuju ke bandar Buxton. Apa yang menarik di sana? Tak tau lagi sebab kami belum pernah ke sana sebelum ni. Ada sebabnya saya masukkan Buxton dalam itinerary. Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami. Sekejap nampak cahaya matahari, lepas tu hujan renyai dan mendung semula. Kami melalui jalan berbukit yang lapang. Kemudian Here Maps suruh kami masuk ke laluan yang lebih sempit. Sampaikan kena perlahan jika berselisih dengan kenderaan lain. Lain macam Here Maps ni punya route. Huhu..

Countryside yang indah mata memandang

Road Trip: Macclesfield to Buxton


@ BUXTON

Jam 8.55 pagi kami sampai di Buxton. Kami parking di Spring Gardens & Wye St. Car Park yang terletak di The Springs Shopping Centre. Sementera bersiap, saya mencari tempat untuk bayar tiket parking. Harga bayaran parking di sini adalah GBP1.60 untuk 2 jam. Kami kena pastikan sampai semula kat parking ni sebelum masa tamat. Kat sini officer yang jaga parking sentiasa meronda. Lambat sikit terus kena kompaun. Huhu.. Cukup la 2 jam je kat sini. Ada banyak tempat lagi nak pergi hari ni.


Driving route: From Travelodge Macclesfield Adlington to Buxton

Antara kawasan parking yang besar di Buxton

Ada sejarahnya tentang Buxton ni. Dengan ketinggian lebih 1000 kaki dari paras laut, Buxton adalah market town yang tertinggi di bumi England. Patutlah sejuk sangat kat sini. Buxton juga dikenali dengan Spa Town dimana ramai locals datang untuk relaks di spa yang famous di sini. Kami takdelah nak bersantai dalam spa kat sini. Buang masa aje. Hihi.. Antara tarikan utama pengunjung ke sini selain spa adalah Poole's Cavern iaitu sebuah gua batu kapur yang telah wujud berjuta tahun dahulu. Namun nak masuk dalam gua tu ada bayarannya. Maka kami pun ambil keputusan untuk jalan-jalan di kawasan sekitar je sambil bergambar. Hihi..

Jom cari tempat berteduh di dalam. Sejuk sangat kat luar ni.

Semua kedai baru mulakan perniagaan. Kami jalan cuci mata sampai jumpa pintu keluar yang lain. Tujuan masuk dalam shopping centre ni sebenarnya nak cross ke belah satu lagi sambil memanaskan badan. Hehe.. Dalam itinerary yang saya buat, takde tempat utama yang kami nak tuju di sini. Ikut je lah kaki melangkah tengok keadaan bandar Buxton ni. Jumpa kedai souvenir boleh la singgah beli untuk kenangan. Juga sebagai tanda dah jejakkan kaki di sini. Semalam dah sampai kampung tertinggi di Scotland, kali ni market town tertinggi di England pulak.

Eirfan memang pantang nampak kereta. Suka sangat dia.

Kami keluar dari shopping centre. Boleh pulak lalu depan kedai favourite kami. Apa lagi kalau bukan kedai charity. Tipu la kalau tak masuk. Hihi.. Banyak juga barang yang menarik di sini. Kadang-kadang pelik juga dengan orang kat sini. Barang-barang yang diorang tak pernah pakai pun ada dijual di sini. Mungkin tersalah beli saiz kot. Barang terpakai yang dijual sebenarnya tak pakai langsung. Harga pulak amat berpatutan. Iman kena kuat jika masuk kedai macam ni dan yang sewaktu dengannya. Wajib  singgah kalau jumpa sebab barang jualan di sini tak sama dengan tempat lain kerana barangan charity adalah dari penduduk setempat. Mana lah tau jumpa barang yang memang berkenan di hati. Sambil membeli secara tak langsung boleh la menyumbang kepada charity.

Menyelam dulu kat sini. Yeahh..

Tersenyum lebar bila keluar dari kedai charity. Ada la benda menarik yang dijumpa kat dalam tu. Hehe.. Kami teruskan meronda kawasan sekitar dan melihat senibina bangunan Georgian dan Victorian yang cantik di sini. Tenang sungguh suasana persekitaran. Boleh masukkan Buxton dalam list sebagai tempat yang sesuai untuk pelan persaraan kelak. Hihi.. Banyak bandar dan kampung yang saya pergi suasananya amat sesuai untuk orang lama berehat dan menghabiskan sisa kehidupan. Tenang dan jauh dari kesibukan kota. Antaranya Volendam dan Giethoorn di Netherlands, Rothenburg ob de Tauber di Germany dan kawasan Cotswold di England. Tapi pada saya, Mekah juga yang paling menarik. Jika umur panjang, lepas bersara saya dan wife teringin nak duduk lama di Mekah dan Madinah. Kalau boleh sebelum Ramadhan hingga lepas Syawal. Anak-anak pun dah besar masa tu. Diorang dah ada keluarga sendiri. Itu cerita kalau umur panjang la. Wallahu 'alam..

Suka dengan suasana kat sini

Kagum sungguh bila melihatkan bangunan di sini dijaga dengan baik dalam mengekalkan tradisinya. Keadaan jalanraya pun tenang je. Langsung tak nampak sampah merata di atas jalan. Pihak berkuasa di sini betul-betul menjalankan tugasnya. Saya masih ingat lagi ada sebuah kereta kena saman kerana parking di jalanraya menuju ke Buckingham Palace. Masa tu ada sorang penumpang keluar untuk bergambar. Tak sampai 5 minit pun diorang kat situ. Polis terus datang dan bagi saman walaupun driver menunggu dalam kereta. Kalau kat Malaysia polis masih bagi peluang lagi suruh jalan. Orang Malaysia lebih bertimbang rasa dan bertolak ansur dalam hal sebegini. Tapi kalau kena saman pasti masuk media sosial dan kena kecam. Huhu..

Cantik juga pokok tinggal ranting kan. Hehe..

Kami berjalan menuju ke Buxton Tourist Information Centre tapi buka jam 10.00 pagi. Malas nak tunggu lagi 20 minit, kami teruskan berjalan. Kat depan mungkin ada kedai souvenir yang lain. Agak lengang kawasan di sini. Penduduk Buxton sendiri tak ramai bila dikirakan dengan keluasan bandar. Harga rumah kat sini mesti mahal dengan design bangunan yang klasik dan oldschool. Takut juga kalau duduk sorang kat sini. Huhu.. Apa pun ketenangan jelas terasa. Crime rate juga amat rendah. Buxton termasuk dalam senarai Top-10 bandar di Midlands yang paling sesuai dan selamat untuk diduduki.

Walking route: Buxton Central

Salah satu bangunan yang cantik di sini, Buxton Opera House

Kami teruskan berjalan menyusuri jalan dan bangunan kedai. Sampai di depan satu restoran, Eimran bertanya sama ada kami akan makan di sini atau tempat lain. Saya dah cari, ada beberapa restoran halal yang terletak di Buxton. Namun ada satu restoran yang membuatkan saya confuse sama ada ia berstatus halal atau tidak iaitu Pizza Express yang banyak cawangannya di UK. Dalam website kata ia menggunakan halal chicken tapi takde restoran halal. Macam mana tu? Dekat pintu masuk takde pun sign halal. Mungkin method yang digunakan untuk sembelih adalah cara halal. Mungkin juga dia tak letak sign halal sebab nak jaga reputasi dengan local customer. Bila dah confuse baik abaikan dan cari restoran yang lain.

Pizza Express banyak cawangannya di UK

Kenyataan dalam website Pizza Express

Perut masih kenyang lagi. Jajan yang dibawa pun banyak. Boleh alas perut dulu sementara sampai di lokasi restoran halal berikutnya yang telah saya susun dalam itinerary. Akhirnya kami jumpa satu kedai yang menjual barang souvenir. Boleh la beri sekeping dua fridge magnet sebagai kenangan telah sampai di Buxton. Bukan senang nak sampai sini. Rasanya travel agent pun takkan bawa pelancong ke sini. Bukan ada apa pun selain spa dan gua batu kapur. Baik bawak diorang jalan-jalan kat bandar besar. Tak pernah saya jumpa pakej melancong ke UK dibawa jalan ke Buxton. Hanya pakej self-drive je boleh pergi ke mana pun ikut suka. Hihi..

Rehat kejap sebelum sambung perjalanan

Souvenir yang dicari sudah dijumpai. Cukup sejam meronda kawasan sekitar, kami berjalan pulang ke kereta. Destinasi lepas ni yang amat ditunggu-tunggu oleh wife saya dan kawan-kawan dalam group whatsapp. Apa lagi kalau bukan tempat shopping. Wife pun laju je bersetuju bila saya kata sudah sampai masa untuk ke kereta dan bergerak ke tempat berikutnya. Tak sabar la tu. Hehe.. Jam 10.10 pagi kami dah sampai di parking kereta. Kami bersiap-siap untuk teruskan perjalanan. Dalam perjalanan ke sana, saya nak singgah kejap di satu kampung. Berhenti untuk ambil gambar kat signboard je. Biasalah, kalau benda free macam ni memang saya suka buat. Bukti itu penting. Hahah..

Pemandangan padang rumput yang luas terbentang


@ FLASH

Dari Buxton, perjalanan menuju ke sebuah kampung yang bernama Flash tak sampai 10 km. Tiada apa yang menarik kat kampung ni. Tujuan saya singgah sekejap di sini hanyalah untuk berhenti di bahu jalan dan ambil gambar signboard kampung ni. Dikatakan Flash adalah kampung yang tertinggi di Britain, iaitu 1,518 kaki atas paras laut. Rasanya Wanlockhead lagi tinggi (1,538 kaki atas paras laut) tapi hanya tertinggi di Scotland. Macam mana Flash boleh tertinggi di Britain pulak? Bukan ke Scotland termasuk dalam negara Britain? Entah la macam mana kerajaan diorang claim ketinggian sesuatu tempat. Mungkin struktur geografi boleh bertukar ikut musim kot. Huhu.. Apa-apa pun kita ambil gambar dulu sebagai bukti berada di tempat kejadian.

Suka betul buat benda free macam ni. Hihi..

Tak kisah la siapa yang betul dan salah. Janji saya dah sampai di kedua-dua tempat yang tertinggi di bumi UK. Kerajaan UK tak bagi hadiah pun kalau betul. Paling tidak pun dibetulkan info dalam internet. Mungkin lepas ni Leadhills pulak yang dinobatkan kampung tertinggi di UK. Pelan-pelan tambak tanah boleh la dapat title tertinggi. Hahah.. Saya dah boleh masukkan dalam resume travel, pernah sampai Wanlockhead, Buxton dan Flash iaitu village dan market town tertinggi di UK. Nampaknya misi travel kali ni untuk jejaki tempat-tempat tertinggi berjaya akhirnya. Satu pencapaian dan pengalaman hidup dalam sejarah travel saya. Hahah..

Mohon kerajaan UK ukur ketinggian semula ya. Hehe..

Kami keluar semula ke jalan besar menuju tempat yang amat dinantikan oleh wife saya. Harap-harap adalah kedai atau supermarket yang berhampiran. Agak bosan menunggu boleh la jalan-jalan dalam supermarket. Hihi.. Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami membuatkan kabus tebal dan penglihatan agak terhad. Terpaksalah saya bawa kereta perlahan demi keselamatan. Berpandukan Here Maps, dalam setengah jam lagi kami akan sampai di destinasi. Makin sampai makin excited wife saya. Biasalah, siapa tak suka pergi tempat yang diidamkan. Semalam baru masuk simpang ke bandar Leeds pun saya dah mula excited sebab tak sabar nak sampai stadium Leeds United. Hihi.. Moga apa yang dihajati oleh wife saya menjadi kenyataan kejap lagi.

Kabus teruk sepanjang perjalanan


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment