Thursday 4 March 2021

JJCP UK V.2: Day 08 (Part #3)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 4 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ TRINITY LEEDS
@ 24 LAUNDROMAT
@ TRAVELODGE MACCLESFIELD ADLINGTON


Dari Subway kami ke seberang jalan. Ada masa lebih sejam untuk kami meronda di bandar Leeds. Setakat kawasan berhampiran je kami ronda. Leeds adalah bandar ke-4 terbesar di England selepas London, Manchester dan Birmingham. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati di sini. Tapi disebabkan dah malam, nak tengok landmark menarik di sini pun tak guna juga. Jadi kami ikut jelah di mana kaki melangkah. Janji tau kat mana nak naik bas balik nanti. Hehe..

Suasana malam di Leeds

@ TRINITY LEEDS

Sejuk sungguh cuaca di luar. Angin bertiup agak kencang. Kami masuk ke dalam salah satu shopping complex yang terbesar di Leeds iaitu Trinity Leeds. Barulah tenang sikit suasana meronda kat dalam ni. Sambil cuci mata kami masuk ke dalam beberapa kedai. Antara kedai pertama yang menjadi pilihan adalah kedai perfume. Ada juga kawan-kawan yang memesan perfume. Musim krismas ni banyak juga perfume yang ada diskaun. Mana yang murah tu boleh juga kami beli banyak buat niaga balik nanti. Perfume senang nak simpan dalam beg sebab tak makan ruang. Ada aje benda yang nak diniagakan ye. Heheh..

Leeds United Club Store pun ada kat sini

Banyak pilihan perfume untuk dipilih

Gambar yang diambil kami share dalam group whatsapp jika ada kawan yang berminat. Staff kedai kata kalau beli banyak boleh dapat extra diskaun dan boleh claim VAT masa kat airport nanti. Itu kira komisen buat penjual la. Hihi.. Kami open order selama sejam. Walaupun waktu di Malaysia sekarang ni tengah malam, tapi masih tetap ada kawan yang respon. Esok tak kerja ke kawan-kawanku? Hihi.. Kami nak ronda kedai lain dulu. Sebelum balik nanti kami singgah semula dan tutup order. Wife tanya saya taknak pergi tengok Leeds United Club Store ke kat dalam ni? Takpelah, bajet dah guna semuanya masa kat stadium tadi. Iman tak kuat. Hihi.. Seterusnya kami masuk ke dalam Primark, tempat paling best untuk shopping kepada golongan marhein macam kami ni. Macam boleh open order lagi nih. Hahah..

Kasut Harry Potter tu ada yang berminat nampaknya

Tak sedar meronda, dah sejam rupanya kami di dalam Primark. Lain macam tarikan Primark ni. Ibarat macam kedai Eco dan Daiso, tanpa sedar dah penuh satu bakul. Sebelum bilangan bakul bertambah, lebih baik terus beratur di kaunter. Hihi.. Takpe, di London nanti pasti masuk ke dalam Primark lagi. Kena pastikan barang-barang yang dah dibeli dari hari pertama muat dimasukkan dalam beg dulu. Hari terakhir nanti kalau beg ada ruang lagi dan duit pun ada lebih barulah kita shopping habis-habisan. Hehe.. Jam 6.40 petang kami singgah semula di kedai perfume untuk belikan barang pesanan kawan-kawan. Selesai urusan di kedai perfume kami terus keluar dari Trinity Leeds menuju ke bus stop di depan Subway. Kelihatan Fa dan Abang Fikri dah sedia menunggu. Kebetulan bas PR1 pun sampai. Cukuplah pengalaman berada di bandar Leeds walaupun seketika.

Jom balik ke Park & Ride

Perjalanan dalam bas mengambil masa 15 minit. Jam 7.15 malam kami dah sampai di Elland Road Park & Ride. Semua penumpang turun dan berjalan ke kereta masing-masing. Saya mencari staff tadi jika dia masih ada lagi di dalam stesen. Nak tanya juga kalau mamat yang potong kami tu ada berjumpa dengan dia lagi. Tak nampak pulak kelibatnya. Mungkin dah habis shift kerja dia hari ni. Kami berjalan menuju ke parking kereta. Tinggal beberapa kereta je yang masih ada di sini. Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan.

Bus route: From Leeds City to Elland Road Park & Ride

Dalam bas tadi saya berbincang dengan wife. Pakaian kami banyak yang dah kotor dan lembab kerana cuaca yang tak menentu. Sekejap mendung kemudian hujan. Tambah pulak dengan pakaian Eirfan yang kena muntah tu. Huhu.. Sidai kat heater dalam bilik hotel pun tak kering sepenuhnya. Masih awal lagi nak check-in. Saya cadang untuk singgah di kedai dobi layan diri. Di sini agak susah nak mencarinya. Tidak seperti di Malaysia yang boleh dikatakan di setiap deretan kedai mesti jumpa kedai dobi layan diri. Pencarian melalui google map akhirnya saya jumpa satu kedai dobi layan diri yang berhampiran. Saya pun terus set dalam Here Maps untuk singgah ke tempat tu.

Tiket bas P&R paling murah. Terbaik Leeds


@ 24 LAUNDROMAT

Dari Elland Road Park & Ride, perjalanan menuju ke kedai dobi layan diri hanya mengambil masa 15 minit. Kedai ni berada di dalam bangunan The Penny Hill Centre yang terletak di Hunslet. Ada supermaket Morrisons di sini. Sambil menunggu baju dibasuh dan dikeringkan boleh la ronda kejap dalam Morrisons. Habis lagi duit dibuatnya. Huhu.. Saya mencari parking yang paling hampir dengan pintu masuk sebab nak angkat beg masuk ke kedai dobi. Fa dan Abang Fikri nak duduk dalam kereta dan menemani anak-anak. Eimran dah tentu kena ikut. Siapa lagi yang kena angkat beg kalau bukan dia. Hihi.. Sedang elok anak-anak yang lain tengah sedap tidur. Kalau tak mesti kena pau punya kat Morrisons. Hehe..


Driving route: From Elland Road P&R to 24 Laundromat

Satu beg besar yang penuh dengan pakaian yang dah dipakai dikeluarkan. Ikutkan memang tak cukup pakaian bersih yang tinggal untuk kami pakai hingga hari terakhir. Walaupun musim winter pakaian tak berbau sangat dan boleh pakai 2-3 kali lagi, tapi part lembab tu memang tak boleh buat apa. Travel sebelum ni cukup je pakaian yang dibawa tanpa perlu dihantar ke kedai dobi. Takpelah, boleh cuba pengalaman baru guna mesin dobi layan diri kat sini. Hihi.. Pintu masuk ke kedai dobi telah ditutup dan kami terpaksa ikut pintu utama di supermarket Morrisons dan jalan terus ke hujung bangunan. Dari jauh dah nampak warna oren kedai dobi layan diri 24 Laundromat. Alhamdulillah, takde orang di sini. Kami terus punggah beg dan asingkan ikut jenis pakaian.

Pintu ni dah ditutup. Kena ikut pintu Morrisons

Jom cuci baju layan diri

Ingatkan kedai ni 24 jam sebab nama kedainya 24 Laundromat. Tapi ada pulak opening hours dari 6.00 pagi sampai 10.00 malam. Mungkin nama kedai tu merujuk kepada bilangan cawangan yang ada kat UK kot. Huhu.. Kami ada lebih 2 jam sebelum kedai ni tutup. Dah susun pakaian, saya mencari cara untuk bayar mesin dobi ni. Saya dah siap bawa semua duit syiling, tapi mesin hanya terima kad kredit. Jenuh jugalah nak fahamkan cara pembayaran guna kad kredit. Saya terpaksa gunakan dua mesin, satu big washer (GBP7.00) dan satu lagi standard washer (GBP4.00) untuk muatkan semua pakaian. Saya tekan button kat panel dan mesin pun bergerak. Ok selamat. Jangkamasa basuhan selama 30 minit.

Mujur mesin authorise kad kredit saya

Sementara menunggu baju siap dibasuh, saya meronda dalam Morrisons sementara wife menunggu di dalam kedai dobi. Eimran awal lagi dah ke kereta. Tugas dia angkat beg je. Dah siap nanti boleh panggil dia balik. Hehe.. Takde apa pun yang saya beli di Morrisons. Hanya cuci mata je melihat barangan yang tersusun cantik di rak jualan. Sebelum mesin berhenti saya kembali semula ke kedai dobi. Setelah mesin berhenti, kami masukkan pakaian ke dalam 3 mesin pengering. Kena guna lagi kad kredit GBP3.00/dryer untuk 40 minit. Kali ni giliran wife pulak cuci mata dalam Morrisons. Tapi jarang dia keluar dari kedai dengan tangan kosong. Mesti ada benda yang dibelinya. Hihi..

Lepas ni wangi balik la kami semua. Hihi..

Jam 9.30 malam baru selesai urusan di 24 Laundromat. Alhamdulillah bersih dan kering baju kami. Boleh tahan juga harga GBP20.00 untuk basuh dan keringkan satu beg besar pakaian kami. Kalau duduk sini memang tak pergi dah kedai dobi layan diri. Baik basuh sendiri kat rumah. Cukuplah sekali pengalaman basuh baju kat bumi UK ni. Hihi.. Eimran datang dan tolong bawakan beg ke kereta. Anak-anak yang lain masih nyenyak tidur dibuai mimpi. Perjalanan diteruskan mengikut arah pada Here Maps. Susah juga nak keluar ke jalan utama kerana banyak jalan yang ditutup akibat banjir. Sampaikan saya kena ikut gerak hati sendiri sebab Here Maps masih tetap suruh ikut laluan banjir. Here Maps tak ikut real-time situations. Mana lah dia tau jalan tu tetiba tutup. Huhu..

Driving route: From 24 Laundromat to Travelodge Macclesfield Adlington


@ TRAVELODGE MACCLESFIELD ADLINGTON

Hampir 2 jam memandu barulah kami tiba di destinasi. Semuanya dah jauh bermimpi. Tinggal wife je yang menjadi co-pilot setia menemani saya sepanjang perjalanan. Bagus kalau dapat ciri-ciri co-pilot macam ni. Barulah pilot tak rasa mengantuk drive sorang-sorang. Keadaan di luar travelodge agak gelap dan sunyi. Ada restoran Starbucks di luar tapi dah tutup. Anak-anak dikejutkan. Dengan muka keletihan dan mengantuk diorang bantu angkat beg sementara saya masuk ke dalam untuk urusan check-in. Takpelah, kejap lagi boleh sambung tidur dalam bilik ye. Hari ni paling lewat kami sampai di travelodge.

Travelodge Macclesfield Adlington @ GBP35.00/night

Travelodge ni antara yang termahal saya bayar untuk lokasi di luar London. Saya dah cari travelodge lain yang berhampiran tapi takde yang available. Nak buat macam mana, tetap kena tidur juga. Apa-apa pun travelodge adalah option yang paling murah untuk traveller bajet seperti kami di UK. Tujuan utama untuk mandi dan tidur je. Buat apa nak tidur kat hotel mewah. Bukannya sempat nak guna fasiliti hotel. Breakfast pun terbatas. Boleh makan roti dengan jem je. Huhu.. Selesai urusan check-in, kami masuk ke bilik. Kali ni kami dapat bilik bernombor 3 dan 4 di tingkat bawah, dekat dengan lobi. Alhamdulillah..

Dapat 2 katil extra. Selesa sungguh

Sebelum anak-anak sambung tidur, saya minta diorang bersihkan diri dulu dan kemudian solat. Barulah dapat tidur dengan tenang. Malam ni takde sesi makan-makan sebab semuanya dah keletihan. Hari ini adalah antara perjalanan yang paling jauh saya drive untuk trip ni. Tapi masa trip ke Western Europe dulu lagi jauh saya pernah drive. Selagi ada peneman co-pilot yang setia, in shaa Allah saya boleh drive sejauh mana pun. Hihi. Cuma kali ni trip satu family tak sesuai nak travel jauh sangat dalam sehari. Mesti diorang keletihan tahap melampau. Lepas solat sorang pun tak bersuara, terus tidur. Saya pun mula merebahkan badan. Seronok perjalanan hari ni. Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga pada esok hari.


Wallahu 'alam..






No comments:

Post a Comment