Sunday 28 February 2016

JJCP Western Europe: Day 03 (Part #3)

TARIKH:
21 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CENTRE CULTUREL ISLAMIQUE LUXEMBOURG - ESCH-SUR-SURE - LUXEMBOURG-BELGIUM BORDERS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dari P+R Bouillon, jalan agak jem untuk ke destinasi berikutnya. Kenderaan bergerak perlahan dan banyak traffic light yang perlu dilalui. Walaupun jem tapi tak terasa sangat tensennya sebab dapat juga kami melayan pemandangan di sepanjang perjalanan. Biasalah, first time lalu jalan kat situ. Kalau MRR2 dah tentu bosan punya. Siap boleh hafal nama kedai tepi jalan kat area Tesco Ampang sebab tetiap hari lalu gi keje. Huhu..

Jalan sudah jem daa..
Melayan pemandangan di kala jalan jem. Terjumpa restoran halal tapi tak singgah..
@ CENTRE CULTUREL ISLAMIQUE LUXEMBOURG

Jam 1.00 petang, setelah meredah jem akhirnya kami tiba di Centre Culturel Islamique Luxembourg. Ianya adalah bangunan pusat Islam yang paling lama beroperasi di Luxembourg. Dari luar memang tak nampak macam masjid sebab bentuk macam rumah banglo. Masa kami sampai, ada satu kereta BMW parking kat depan pintu. Kami ketuk pintu tapi tidak berjawab. Sorang lelaki keluar dari BMW tersebut dan tegur kami. Dia tanya apa tujuan kami datang ke sini. Rupanya dia adalah penjaga tempat ni. Dia kata kalau nak solat kena cepat sikit sebab tempat ni agak panas semenjak kes Paris massacre hari tu. Penduduk kat sini especially budak sekolah suka ganggu tempat ni. Diorang baling batu la, buat sepah kat luar la. Paling teruk diorang selit gambar porno kat bawah pintu. Huhu..

Driving route: From P+R Bouillon to Centre Culturel Islamique Luxembourg
Kami pun cepat-cepat masuk dan solat kat dalam. Ruang solat agak besar dan ada banyak bilik untuk kelas agama. Selesai solat, sebelum keluar saya amik gambar keadaan di dalam. Risau jugak duduk lama-lama kat situ. Takut kena baling batu dengan geng budak-budak balik dari sekolah. Huhu.. Sementara menunggu yang lain habis solat, saya berborak dengan lelaki tadi di luar. Saya bertanyakan tentang penerimaan Islam di sini. Dia kata kat sini ada banyak masjid dan surau. Orang di sini takde masalah dengan Islam. Cuma pengaruh segelintir budak sekolah yang agak racist di sini. Jiwa muda la katakan. Memang suka buat kacau. Huhu.. Sebab tu dia bukak masjid ni sekejap je, dalam 15 minit lepas masuk waktu solat. Sebelum ni memang sentiasa bukak. Rezeki kami dapat tumpang solat kat sini. Kalau lambat sikit tadi mungkin dia dah gerak dari situ. Budak-budak racist punya hal la ni. Kecoh betul la..

Inilah bangunannya.. Macam rumah banglo
Pusat Islam yang terawal di Luxembourg
Hanya 15 minit je tempat ni bukak setiap kali masuk waktu
Keadaan di bahagian dalam bangunan. Ruang solat agak besar..
Berborak kejap untuk tambah pengetahuan. Hehe..
Setelah ucapkan terima kasih kerana bagi kami tumpang solat, jam 1.25 petang kami teruskan perjalanan. Cuaca mendung di sepanjang perjalanan membuatkan pemandangan menjadi lebih menarik. Ada orang kata time winter view tak cantik sebab banyak pokok tinggal ranting je. Pada saya ianya sesuatu yang unik jugak tu. Kat Malaysia memang takkan jumpa pemandangan macam tu kan? Lagipun tak semua pokok tinggal ranting. Ada juga yang masih berdaun. Hehe.. Kali ni jalan raya amat lancar sebab kami ikut jalan dalam. Hehe.. Memang menghayati betul pemandangan hijau dan deretan ranting pokok di sepanjang jalan. Sape kata view tak cantik? Mesti yang kata tu tak pernah sampai di sini. Just tengok kat internet ataupun dengar orang lain cakap la tu. Hihi..

Best betul bawak kereta kat jalan yang smooth macam ni. Pemandangan jangan cakap la. Superb!..
Seronoknya bila dapat tengok rumah orang kampung kat sini. Cantik dan comel design rumah diorang ni. Sambil melihat tu kena la jugak hati-hati dengan kelajuan kereta. Setiap kali masuk area kampung, speed limit kena jaga. Itu yang membuatkan masa memandu agak panjang. Walaupun timing agak lari sikit dari itinerary, tapi still boleh adjust lagi. Saya yang buat, mestilah saya sendiri boleh ubah. Hahah.. Yelah, mana ada dalam itinerary sesi berborak dengan penjaga pusat Islam. Hehe.. Yang penting dapat sampai ke tempat yang ingin dituju, tak kisahlah walaupun cuma sekejap je. Kalau dah lewat sangat, dapat amik gambar dari jauh pun jadi laa.. Hihi..

Cantik betul kawasan kampung diorang ni..
Setiap kali masuk kawasan kampung ataupun tempat yang cantik, saya akan rekod video dalam SJCam. Tak boleh nak rekod sepanjang masa. Abis memory card. Hihi.. Setakat rekod beberapa video setiap kali memandu dah cukup sebagai kenangan terindah kami. Yang paling penting kami dapat merasa untuk melihat suasana di sini di depan mata kami. Pengalaman yang tiada nilainya. Seperti ayat yang selalu saya dengar dari kawan-kawan: "Untung laaa".. Hahah.. Ini bukan soal untung atau rugi tapi bagaimana mencari peluang ketika muda dan bertenaga. Mungkin satu hari nanti bila dah tua boleh ronda satu dunia dengan duit EPF. Tapi feel takkan sama dengan pergi waktu muda. Percayalah..

Driving route: From Centre Culturel Islamique Luxembourg to Esch-sur-Sure
@ ESCH-SUR-SURE

Hampir sejam memandu, jam 2.25 petang kami sampai di satu kampung yang bernama Esch-sur-Sure. Apa yang menariknya kat sini? Sebenarnya masa penyediaan itinerary, saya ada bercadang untuk singgah kat satu kampung di Luxembourg. Dalam banyak-banyak pilihan saya pilih Esc-sur-Sure kerana kampung ni terletak di pertengahan jalan dari Luxembourg ke Belgium. Boleh la singgah sekejap. Fakta menarik tentang kampung ni adalah ia merupakan tempat simpanan air untuk penduduk Luxembourg. Ada tasik besar kat sini berfungsi sebagai water reservoir. Satu lagi sebab kenapa saya nak singgah di sini adalah kerana saya dah tengok tempat ni kat google street view. Nampak macam tenang je kampung ni. Bila dah sampai memang betul tempat ni amat cantik dan tenang. Ada castle lama kat atas bukit membuatkan pemandangan lagi nampak menarik. Cuaca pun mendung je.. Sejuk terasa sampai ke tulang. Hehe..

Suka betul dengan pemandangan dan suasana kampung di sini..
Mengabadikan kenangan di Esch-sur-Sure, Luxembourg
Tengah sedap berposing bagai, tetiba kamera Fa jatuh masa setting timer untuk amik gambar kami berempat. Tak perasan tripod tu tak stabil. Tak sempat nak diselamatkan. Samsung Galaxy Camera Fa jatuh dan lens rosak. Cuba untuk amik gambar tapi tak boleh. Nampaknya diorang terpaksa guna kamera smartphone je. Dulu masa ke Jepun abg Fikri bawak camera DSLR tapi trip kali ni dia tak bawak pulak. Nak buat camna, takde rezeki nak bergambar dengan kamera tu lagi. Nak cari kedai kat sini bukannya boleh siap sehari dan mungkin tinggi kosnya. Yang sedih tu baru hari ke-2 kat sini. Huhu.. Banyak lagi tempat nak pergi. Sabar ye Fa. Kita boleh kongsi bergambar nanti. Selain dari kamera IPhone, saya bawak kamera DSLR. SJCam pun boleh jugak nak amik gambar bila terdesak. Kamera DSLR tu saya bawak khas untuk amik gambar pemandangan masa perjalanan dalam kereta. Memory card pun ada extra. InsyaAllah cukup untuk sepanjang trip hingga ke hari terakhir.

Gambar terakhir dari Samsung Galaxy Camera.. Huhu..
Masa kami bergambar dan menikmati pemandangan sekeliling, kelihatan satu group trekking baru sampai dari mendaki bukit berdekatan. Camna la agaknya feel naik gunung kat sini ye.. Teringin jugak nak cuba sekali. Keinginan untuk panjat gunung masih ada lagi walaupun stamina dah makin berkurang. Huhu.. Sebelum kami meninggalkan Esch-sur-Sure kami mencari tandas untuk buang apa yang patut. Cuaca sejuk memang kerap keluar masuk tandas. Hehe.. Ada satu pondok kayu kat tempat kami parking kereta. Nampak macam ada signboard toilet. Tengok dari luar macam bukan je, tapi bila bukak pintu memang betul tandas. Terkejut saya bila isi dalamnya berbeza dengan pemandangan dari luar. Tandas amat bersih. Lampu pun terbukak ikut sensor pada pintu. Canggih gitu.. Yang penting ianya free. Hehe..

Banyak trekking route kat sini rupanya..
Outside fail, inside superb. But still no pipe. Huhu..
Selesai semua urusan, kami bergerak meninggalkan Esch-sur-Sure jam 2.50 petang. Masa nak keluar simpang ke jalan besar boleh pulak enjin kereta mati kat tengah jalan. Lupa nak tekan clutch. Nasib baik takde kereta time tu. Dah selalu sangat kaki kiri berehat bila bawak kereta. Hihi.. Cuaca mendung sepanjang perjalanan. Hujan sekejap-sekejap. Dalam 15 minit memandu, kami dah sampai di sempadan Luxembourg - Belgium. Maka berakhirlah pengalaman kami di Luxembourg. Walaupun negara kecik tapi banyak kenangannya. Trip setengah hari di Luxembourg memang kami gunakan sebaiknya. Kalaulah time summer mungkin kami stay lama sikit sebab waktu siang panjang. Time winter memang kena berkejar sikit la nampaknya. Huhu..

Driving route: From Esch-sur-Sure to Luxembourg-Belgium Borders
Sempadan Luxembourg - Belgium di depan
@ LUXEMBOURG-BELGIUM BORDERS

Pagi tadi kami tak dapat nak berhenti dan bergambar di tanda sempadan France-Luxembourg sebab kat highway takde hentian sebelah. Kali ni kami lalu jalan kampung, confirm boleh stop sekejap dan bergambar. Entah kenapa saya suka betul amik gambar kat sempadan. Gambar sempadan yang paling menarik pernah kami sampai dah tentu sempadan Scotland-England di Carter Bar. Even kawan saya yang belajar kat Aberdeen pun tanya saya kat mana tempat tu. Kawan pun ramai yang jeles dengan gambar tu. Hehe.. Itulah yang seronoknya bila drive kereta sewa. Kat mana-mana pun boleh berhenti dan explore..

Belanja sikit gambar lama. Throwback Scotland-England Borders at Carter Bar. I love these moment!..
Lepas je dari tanda sempadan, saya berhentikan kereta kat tepi jalan. Sempadan kat sini cuma ditandakan dengan signboard je. Takde tanda special seperti batu tanda, monument atau gerbang. Kereta yang lalu mesti pelik tengok kami beria-ia bergambar kat signboard Luxembourg dan Belgium. Ikut suka kami la kan. Bila lagi nak dapat peluang macam ni. Kenangan berharga tu. Hehe..

Goodbye Luxembourg!.. Welcome Belgium!..
Saya dah google mencari jalan mana yang ada tanda sempadan yang menarik, tapi tak berjumpa. Yang saya jumpa adalah satu sempadan yang terletak di atas bukit. Sempadan 3 negara iaitu Belgium, Netherlands dan Germany. Ada batu tanda yang menarik dan viewing point dari atas bukit. Tapi saya tak dapat nak pergi sebab tempat tu agak jauh dari route yang saya buat. Macam rugi masa je nak ke situ hanya sekadar amik gambar dan patah balik. Saya kalau buat driving route memang tak suka lalu jalan yang sama. Andaikata terpaksa patah balik, saya akan cari route yang lain. Biar nampak pemandangan yang baru. Kira takde rezeki la kami nak ke tempat tu. Tiada penyesalan. Huhu..

3 Borders @ Hoogste punt van Nederland (Ihsan Google Images)
Bye Luxembourg! Thanks for the great memories.. Kami teruskan perjalanan di bumi Belgium. Highway di Belgium takde tol. Yezzaa.. Tapi kena sentiasa perhatikan speed limit. Lain negara lain speed limitnya. Yang bagusnya, speed limit dari Here Maps sama dengan kelajuan sebenar yang ditetapkan. Bila terbawak laju sikit akan keluar bunyi amaran. Memang terbaiklah. Belgium adalah negara ketiga dalam itinerary kami. Apa yang saya perhatikan setakat ni, walaupun negara berjiran, tapi suasana amat berbeza. Pemandangan sekitar, sistem jalanraya, design rumah dan sampaikan karakter penduduk pun berlainan. Yang sama cuma matawang je setakat ni. Bayangkanlah kalau matawang Euro tak wujud. Jenuh nak tukar duit 9 negara kat money changer. Huhu..

Saujana mata memandang..
Jalanraya di Belgium amat cantik dan ada banyak hentian sebelah. Nampak benda menarik boleh berhenti kejap dan bergambar. Kami menikmati pemandangan sekeliling sementara masih cerah lagi. Kejap lagi dah nak senja. Bila dah gelap kang tengok signboard je lah. Huhu.. Seronok jugak bila baca nama tempat kat sini. Banyak yang pelik bunyinya. Tergeliat lidah nak menyebutnya. Hihi.. Sebenarnya timing kami dah lari jauh dari itinerary. Sepatutnya kami akan sampai di destinasi seterusnya masa waktu masih siang lagi. Nampak macam tak sempat je. Dapat lalu sebelah dan bergambar dari dalam kereta pun jadilah. Itupun kalau nampak. Kamera DSLR memang power, tapi kalau tak tau cara nak guna seperti profesional memang tak dapatlah nak amik gambar yang cantik, especially long distance. Huhu.. Belasah aje la. Harap nampak la. Wallahualam..

Cuaca dah mula senja di Belgium..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment