Tuesday 23 February 2016

JJCP Western Europe: Day 03 (Part #1)

TARIKH:
21 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
HOTEL PREMIERE CLASSE METZ TECHNOPOLE - P+R BOUILLON - LUXEMBOURG CITY


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ HOTEL PREMIERE CLASSE METZ TECHNOPOLE

Jam 6.00 pagi alarm phone berbunyi. Kami bangun dan bersiap-siap untuk aktiviti hari ni. Ini hari yang ke-2 kami di bumi Western Europe. Misi kami ke sini iaitu 9 Hari, 9 Negara is on the right track, sebab kejap lagi kami nak keluar dari France dan masuk ke Luxembourg. Pasal tu kami pilih hotel di Metz sebab dekat dengan sempadan. Jadi awal pagi dah boleh jalan-jalan di Luxembourg. Saya ada dengar berita tentang Paris massacre dimana semua jalan keluar sempadan akan dijaga dengan ketat. Risau jugak kalau kena queue lama kat sempadan. Buang masa tu. Huhu.. Sebelum check-out, kami layan breakfast dulu kat cafe di bawah. Makan apa lagi, maggi in cup le. Hihi.. Tak sempat nak cari roti semalam. Dapat makan roti dengan peanut butter pun sedap jugak. Cafe ni ada sediakan air panas. Roti dan fresh orange pun ada disediakan tapi kena bayar EUR5/set. Takpe lah, layan maggi in cup RM1.90 plus GST pun dah memadai. Hehe..

Breakfast sambil plan aktiviti berikutnya.. Kasi tenaga sikit.. Yeahh
Selesai breakfast, kami check-out dan loading beg masuk ke dalam kereta. Jam 7.15 pagi tapi cuaca masih gelap lagi. Sejuk jangan cakap laa. Kuat betul angin pagi kat sini. Huhu. Tapi saya selamba je pakai lightweight down jacket brand Uniqlo yang berharga RM12.90. Uniq-Lorr from bundle. Hehe.. Nak beli kat butik buat apa kalau setakat pakai setahun sekali je. Itupun kalau ada rezeki lagi gi travel time winter. Kat Genting dan Cameron pun dah tak sejuk sangat sebab hutan banyak dah clear. Boleh lagi kalau nak pakai sleeveless. Hihi..

Pintu masuk hotel. Reception kat kanan, cafe kat kiri. Depan tu tangga..
Pelik jugak rasanya kenapa masih gelap lagi. Masa kat UK dulu jam 6.30 pagi dah nak cerah. Ini macam takde tanda-tanda nak cerah pun. Mendung barangkali. Huhu.. Mungkin kerana beza masa antara France dan UK adalah sejam. Sebab tu waktu cerah lambat kat sini. Sebelum mulakan perjalanan, saya setup GPS dan open collection lists tempat yang saya dah sedia tag. Memang mudah betul pakai Here Maps ni. Guna phone Samsung lama pun dia berfungsi dengan baik. Tepat jam 7.30 pagi kami mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya, Luxembourg!..

Tq Here Maps!. Nice apps..
Ini memang betul-betul gelap. Huhu..
Perjalanan ke sempadan France-Luxembourg amat lancar. Jam 8.00 pagi cuaca dah mula cerah. Barulah nampak pemandangan sekeliling. Tengah syok tengok padang rumput yang luas, tak sedar yang kami dah masuk ke Luxembourg. Ingatkan ada roadblock ke, pintu gerbang ke, tapi takde. Yang ada cuma signboard kecik lambang bintang European Nation dan nama negara kat tengah. Saya baru je cadang nak berhenti dan amik gambar kat tengah sempadan. Tapi disebabkan jalan highway, takde pulak hentian kat bahu jalan, maka terpaksa la teruskan perjalanan. Alhamdulillah, takde pun askar yang jaga sempadan.

Jam 8.00 pagi barulah cuaca mula cerah..
Melayan suasana pagi di highway Metz - Luxembourg
Luxembourg adalah sebuah negara yang kecil. Walaupun tak besar mana, tapi ekonomi diorang agak kukuh juga. Matawang yang digunakan sama iaitu Euro. Apa yang saya tau, kat Luxembourg ni liquor dan tembakau amat murah. Kebanyakan penduduk negara jiran datang ke Luxembourg semata-mata untuk re-stock liquor dan tembakau masing-masing kat rumah. Murah sebab tax-free kot? Entahlah.. Ada peluang nak juga survey tengok harga tembakau kat sini. Hihi.. Hampir 50 minit memandu, akhirnya jam 8.20 pagi kami sampai di Fischer Parking Bouillon atau lebih dikenali dengan P+R Bouillon (Park & Ride). Kami nak parking kereta kat sini dan naik public transport ke Luxembourg City. Lebih mudah dan selamat.

Driving route: Hotel Premiere Classe Metz Technopole to P+R Bouillon
Sudah sampai di P+R Bouillon
Amik tiket parking dulu
@ P+R BOUILLON

Ada banyak P+R kat setiap bandar di Europe. Tujuannya untuk kurangkan kenderaan yang masuk ke bandar. Lagipun parking agak limited kat bandar. Kalau ada pun charge mahal. Ada juga P+R yang free. Tapi yang berbayar pun takdelah mahal sangat. Bagus juga parking kat P+R ni. At least dapat juga merasa naik public transport. Hehe.. Saya pilih P+R Bouillon sebab ia adalah P+R yang terbesar kat Luxembourg. InsyaAllah ada parking yang kosong. Takut juga bila sampai P+R, takde parking. Kat sini kena parking kat designated parking space. Silap haribulan dapat tiket kompaun. Huhu.. Disebabkan parking space kat sini besar, maka takde masalah untuk kami mencari parking kosong di tempat berbumbung. Jenuh jugak nak buat reverse parking kereta besar ni. Kat Malaysia memang senang dan pantas saya parking sisi.. dengan Viva. Hehe.. Dah dapat parking, kami bersiap-siap bawak barang keperluan dan simpan dalam bagpack. Yang lain tinggal kat dalam boot yang luas tu. Jangan bagi orang luar nampak. Kami berjalan dan menuju ke hentian bas di luar bangunan.

Belum beli tiket lagi dah bergambar. Hehe..
Tangan tengah mengira duit syiling untuk beli tiket
Saya check dalam internet, tambang bas untuk ke Luxembourg City adalah EUR1.20/person. Dengan confident saya kira ngam-ngam untuk 4 orang. Trip kali ni saya dah sediakan duit syiling awal-awal lagi. Nak tukar kat money changer memang takde la. Saya tukar dengan kawan-kawan yang dah pernah ke Europe dan masih simpan banyak duit syiling. Banyak kegunaan duit syiling ni. Especially untuk beli tiket bas dan masuk toilet. Tak nak jadi macam semalam. First time kena guna duit masa nak bayar tol EUR2.10. Duit syiling simpan dalam beg kat belakang. Kat tangan paling kecik EUR50.00. Nasib baik Fa ada EUR20.00. Itupun jenuh nak korek duit syiling baki dalam bekas kat mesin tol tu. Bayangkanlah kalau guna EUR50.00? Bunyi syiling jatuh macam kena jackpot la jawabnya. Huhu.. Sebelum beli tiket kena tau bas mana yang nak naik. Salah bas kang naya je..

Bergambar kat papan tanda bus route..
Ada 4 jenis bas yang akan lalu kat sini, ikut route masing-masing. Saya mencari bas yang akan berhenti kat Centre Hamilius yang terletak kat tengah bandar. Saya dah setup walking route dimana permulaannya adalah di Centre Hamilius. Check bus route map, hanya bas no. 1 je yang akan lalu situ. Ada satu masalah lagi. Saya tak tau kat mana nak beli tiket. Huhu.. Saya perhati orang ramai yang menunggu bas. Tak nampak pulak diorang gi beli tiket. Mungkin diorang semua guna monthly pass kot. Kalau dah kerja kat sini memang patut la kena beli. Setakat kami yang nak balik hari je ni takkan nak beli monthly pass kot? Huhu.. Ada banyak jenis tiket yang dijual untuk tourist yang datang ke Luxembourg. Kami merasakan tak sesuai untuk kami sebab trip sekerat hari je kat sini. Beli single tiket dah memadai.

Luxembourg Bus Route Map: A is P+R Bouillon and B is Centre Hamilius
Sedang memerhati orang ramai yang menunggu bas, jam 8.35 pagi bas no. 1 sampai. Tiket belum beli lagi ni. Saya baru perasan ada satu mesin jual tiket kat situ. Tak sempat dah nak beli, takut terlepas bas. Lastly saya tanya terus kat driver bas tu. Buat isyarat tangan dengan gaya memegang tiket ala referee bagi kad merah dengan harapan driver tu faham. Dia pun terus keluarkan tiket pada mesin kat sebelah dia. Boleh beli tiket kat driver rupanya. Hahah.. Kira dia faham la gaya referee yang saya buat tadi. Hihi.. Saya tunjuk isyarat untuk 4 tiket. Dia keluarkan lagi 3 tiket. Tengok kat tiket, rupanya tambang EUR2.00/person. Ingatkan EUR1.20 je. Tak pasti pulak saya zaman bila punya website yang saya bukak tu. Haduii.. Orang dah mula ramai dalam bas. Semua memandang saya yang berdiri kat depan. Saya simpan terus duit syiling dan bagi duit kertas. Takde masa nak cari duit syiling lain dah. Huhu..

EUR2.00/person for 2 hours ride
Tiket ni boleh digunapakai selama 2 jam bermula dari masa beli. Maknanya kami boleh naik bas dengan guna tiket ni sampai la jam 10.39 pagi. Lepas tu kena beli tiket lain pulak. Persoalannya, masa bila dia nak check validity tiket kami? Takde pun konduktor dalam bas ni. Sensor machine kat pintu bas pun takde. Mungkin dia buat random check kot. Sekali sekala ada orang datang check. Kalau tertangkap nanti kena bayar kompaun pulak. Jangan buat hal kat negara orang ye.. Pleasee. Hehe..

Duduk sambil simpan balik duit syiling dalam beg kecik. Huhu..
@ LUXEMBOURG CITY

Dalam perjalanan, saya melihat pemandangan bandar Luxembourg City. Banyak bangunan lama yang cantik kat sini. Bangunan lama ni la yang membuatkan bandar itu menjadi tarikan untuk pelancong. Cuaca pulak mendung, lagilah cantik view dia. Sambil menikmati pemandangan, saya tetap alert untuk pastikan kami turun di hentian yang betul. Kalau ada skrin dalam bas takpe la jugak. Boleh tau hentian mana yang akan bas berhenti berikutnya. Lagi satu cara yang saya buat untuk pastikan kami berada di lokasi yang betul adalah dengan menggunakan google map. Tak perlu nak printscreen, hanya ingat dalam kepala je. Bila sampai satu tempat tu, saya akan recall balik gambar street view dalam google map. Saya akan tersenyum sendirian bila saya berada di tempat kejadian sama seperti dalam street view. Tinggi sungguh ilmu nih. Heheh..

Atas gambar dari google map street view. Bawah gambar saya di tempat kejadian.. Teruja betul la..
Hampir 20 minit duduk dalam bas, jam 9.00 pagi bas berhenti di Centre Hamilius. Kami turun dan mulakan walking tour yang saya sendiri reka. Dapat cover sikit-sikit tempat menarik kat sini sudah laa.. Banyak tempat lagi nak pergi ni. Hihi.. Kebetulan pulak hujan renyai turun, tapi nasib baik sekejap je. Walaupun sekejap, tapi makin sejuk jadinya. Huhu.. Dah nama pun winter trip, kena lah tahan sikit. Baru syok. Hehe.. Kami dah bersedia untuk mulakan walking tour sejauh lebih 2 km. Dengar je dah rasa letih. Tapi bila tengok pemandangan yang cantik mesti hilang rasa penat. Sampai tak sedar rupanya dah jauh berjalan. Hihi.. Wallahualam..

Tme to explore the beauty of Ville de Luxembourg
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIKET BAS : RM18.80
  - JUMLAH     : RM18.80

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment