Monday 22 February 2016

JJCP Western Europe: Day 02 (Part #2 - Arrival)

TARIKH:
20 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CHARLES DE GAULLE INT'L AIRPORT - AVIS RENT A CAR - HOTEL PREMIERE CLASSE METZ TECHNOPOLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ CHARLES DE GAULLE INTERNATIONAL AIRPORT

Kami berjalan ke arah security checkpoint. Sebelum tu singgah membuang apa yang patut. Macam biasa, botol picit sentiasa dibawa bila ke luar negara. Amat berguna di kala kecemasan. Hihi.. Bila dah keluar, penumpang lain semua dah takde. Kami jadi confuse jalan mana nak lalu. Kami cuma ikut signboard arah exit dan baggage claim area. Huhu.. Agak jauh juga la menapak. Turun naik eskalator akhirnya kami sampai kat hentian shuttle train. Ada beberapa penumpang tengah menunggu. Kami pun ikut naik sekali. Hehe.. Keluar dari train dan sambung berjalan lagi. Akhirnya kami nampak ramai orang tengah beratur kat security checkpoint. Panjangnya queue. Mesti makan masa yang lama ni. Nak buat camna, terpaksa la beratur jugak. Huhu..

Banyak sangat huruf kat signboard. Konpius dibuatnya..
Bestnya waiting lounge dia.. Senang terlelap ni. Hihi..
Shuttle train dari Gate L ke Baggage Claim Area & Exit (Gate K)
Nak dijadikan cerita, masa menunggu Fa dan husband di belakang untuk beratur sama-sama, ada sorang staff airport sedang menolak warga emas atas wheelchair senyum pada kami dan ajak kami jalan bersama dia. Kami pun ikut je la. Takut juga kalau dia bawak kami ke bilik interrogation. Huhu.. Rupanya dia bawak kami ikut special lane, iaitu lane untuk warga emas dan hal-hal kecemasan. Orang ramai yang beratur tengok je kami lalu lane tu. Mesti diorang tensen kan? Hehe.. Sampai kat kaunter, staff tu mintak semua passport kami. Tak tau apa yang dia cakap ngan officer dalam kaunter tu. Officer tu panggil kami semua dan dia cop passport kami. Selesai.. Kira potong queue ke ni? Haduii.. Saya terus jalan melepasi kaunter tu dan berjumpa dengan staff tadi. Dia tanya saya nak ke mana lepas ni? Saya kata nak ke tempat sewa kereta. Dia pun explain camna nak ke sana. Last skali sebelum dia gerak, dia ucap salam kat saya sambil senyum. Laa, muslim rupanya. Tengok muka nampak macam mix european. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab mempercepatkan urusan kami kat security checkpoint. Alhamdulillah.. Tak pernah berlaku kat kami sebelum ni. Hihi.. Kami teruskan perjalanan ke Baggage Claim Area. Risau jugak kalau beg kami salah masuk flight masa transit kat HCM semalam. Huhu..

Laju je jalan takut ada orang tak puas hati kami potong Q. Hihi..
Orang ramai menunggu beg di Baggage Claim Area
Penantian itu satu penyiksaan.. Hihi..
Agak lama juga kami menunggu beg kami keluar. Mungkin beg kami paling belakang sekali dalam kargo sebab flight transit. Saje nak sedapkan hati sebenarnya. Huhu.. Masa menunggu tu kedengaran suara orang ramai seperti mogok. Tak pasti diorang protes pasal apa. Kuat jugak diorang bersorak, tapi tak pasti kat belah mana. Harap janganlah protes pasal kes Paris massacre hari tu. Protes pasal nak mintak naik gaji takpe. Hehe.. Dah lebih 10 kali tengok beg yang sama depan mata, akhirnya keluar jugak beg kami. Hihi.. Alhamdulillah beg kami dalam keadaan yang baik. Agak malang pada Fa sebab beg dia pecah sikit kat bahagian bawah, tapi masih boleh carry lagi. Takpe, kalau jumpa kedai beg yang offer winter sale kita beli. Hehe.. Kami teruskan perjalanan mencari lokasi kereta sewa. Kami bertanya pada airport staff dan dia tunjukkan arah ke sana.

Lokasi kereta sewa di pintu Exit 2, Terminal 2E
Perkara wajib bila sampai di airport, iaitu amik feel udara luar for the first time. Hehe.. Cuaca agak sejuk tapi masih boleh bertahan. Dari pintu Exit 2 terus nampak kawasan parking kereta sewa dan blok bangunan semua rental company. Releks dulu sambil on pocket wifi dan check phone masing-masing. Tak sabar nak update gamaknya. Huhu.. Saya ada fb tapi kurang berminat nak upload bagai. Daripada abis data kerana upload, baik saya cari info tentang trip. Tugas update status saya serah kat wife saya. Dia je la yang upload semua dan tag saya. Memang dia amat suka dengan tugas itu. Hahah..

Kita amik feel angin malam di Paris dulu..
Kawasan parking kereta sewa. Ada 2 area kereta sewa kat CDG Airport..
@ AVIS RENT A CAR

Dalam booking saya set nak amik kereta jam 8.00 malam. Tapi takde masalah kalau sampai lebih awal. Kami masuk ke dalam blok bangunan kereta sewa jam 6.25 petang. Kaunter Avis terletak di hujung sekali. Kebetulan takde orang yang beratur, maka kami terus ke kaunter. Kami dilayan oleh staff lelaki. Rupa dia macam orang Asia je. Kemain laju dia speaking, agak kasar lak tu. Nampak berlagak pun ada. Slang dia lain macam, sampai tak paham dibuatnya. Dia tak bagi amik gambar. Eleh, takut kena viral la tu. Hahah.. Saya tunjukkan kertas booking pada dia serta passport dan lesen memandu. Lesen memandu kita sah untuk digunapakai di Western Europe. Tak perlu nak buat International Driving License. Tapi kalau masuk ke Eastern Europe mungkin kena kot. Lain negara lain rules dia. Nak selamat baik standby IDP siap-siap.

Lokasi Avis di Terminal 2E. Kaler biru tu kawasan parking kereta sewa di CDG Airport
Di dalam blok bangunan car rental company. Sempat amik gambar sebelum kena sound. Hihi..
Tengah berurusan di kaunter Avis. Curi-curi amik gambar. Hehe..
Masa sewa kereta di UK dulu saya amik insurance online. Tapi kali ni disebabkan kami berempat dan jarak perjalanan pulak agak jauh, jadi saya amik insurance zero access dari Avis. Rate agak mahal sikit dari independent insurance company. Insurance ni mudah je. Kalau tak claim apa-apa memang rasa mahal. Tapi kalau nasib tak baik, barulah rasa bersyukur ada insurans. Hehe.. Staff tu offer jugak GPS tapi saya tolak. Saya percaya apps Here Maps yang free tu boleh membantu, insyaAllah.. Tentang jenis kereta pulak, perasan tak masa booking jenis kereta dia ada tulis 'or similar'? Maknanya kita tak semestinya akan dapat kereta yang kita pilih. Selalunya dapat kereta yang lain. Staff tu tengok luggage kami yang agak banyak tu. So dia offer kereta yang lain tapi dari kategori yang sama.

Baik punya saiz luggage kami. Hahah..
Saya booking kereta kategori 'intermediate van' iaitu Citroen C4 Picasso sebab dalam web kata boleh masuk 2 large bags and 2 small bags. Pasal tu kami setting beg sebelum datang ke sini. Staff tu offer kami kereta Citroen Berlingo bawah kategori yang sama. Katanya muat semua beg kami kat belakang, siap ada space lagi. Tak kisah la, janji orang luar tak nampak masa kami parking kat mana-mana nanti. Dia mintak saya baca contract details sebelum saya sign. Letih nak baca semua rental terms and conditions. Yang penting baca part berapa nak kena bayar. Huhu.. Setiap rental company lain T&C nya. Tapi kena beringat, if anything happens, terpaksa la akur dengan apa yang tertulis kat rental agreement tu. Sebab tu saya dah study awal-awal tentang rental conditions sebelum datang sini. Memang banyak nak kena tau. Tak sempat nak baca time amik kereta.

Masa booking online harganya EUR496.03. Ini tak termasuk full coverage insurance..
Hari kejadian. EUR691.61 selepas amik full coverage insurance.
Masa booking dulu saya chat online dengan staff Avis untuk dapatkan pencerahan tentang insurans. Saya tanya camna nak dapatkan full coverage insurance. Dia kata masa nak amik kereta nanti baru tanya kat kaunter. Ni mesti kes nak mark-up ni. Huhu.. Antara disadvantage amik kereta kat airport adalah kita kena bayar airport surcharge. Kalau amik kat luar memang tak kena. Tapi advantage dia adalah kita mudah nak amik kereta bila sampai airport. Takyah susah-susah nak naik public transport mencari lokasi kereta sewa di luar, macam yang saya buat kat London dulu. Kalau trip berdua memang saya buat dah. Tapi disebabkan berempat, biarlah amik option yang mudah, walaupun terpaksa bayar lebih sikit. Cuba tengok ayat kat total charges tu, ada tulis estimated kan? Maknanya silap haribulan ada la hidden cost kat mana-mana nanti. Especially bila ada problem kat kereta (damage/scratch). Standby la apa yang patut ye. Berdoa banyak-banyak bila nak sewa kereta kat luar negara. Ramai juga kawan saya yang tak berani nak sewa kereta bila travel. Pada saya untuk dapatkan pengalaman yang lebih, kenalah ada sedikit keberanian. Yakin pada diri sendiri, insyaAllah selamat.. Orang dulu-dulu dah berkata, malu bertanya maka sesatlah jalan..

Dokumen lengkap rental agreement. T&C tu yang letih nak membacanya. Huhu..
Selesai urusan kat kaunter, kami menunggu sehingga kereta kami siap. Tepat jam 7.00 malam staff tu bagi kunci kereta pada saya. Sejam awal daripada waktu booking dulu. Waktu return tetap sama, jam 12.00 tengahari, 30 Disember 2015. Maknanya kami akan guna kereta selama hampir 10 hari. Banyak tempat boleh pergi nih. Ceruk kampung pun boleh sampai. Hehe.. Kepada yang sukakan keindahan pemandangan, baik sewa kereta. Kalau setakat nak shopping, naik subway je la kat bandar tu. Hihi.. Kami keluar dan mencari lokasi kereta sewa kami. Saya ajak sorang staff dari Avis untuk lihat sama-sama keadaan kereta sewa tu. Mana la tau ada part yang calar kat kereta. Nanti dia claim kami yang buat calar tu. Ini tidak adil. Huhu.. Sampai di kereta saya mintak wife dan abang Fikri amik gambar setiap sudut kereta termasuklah gambar tayar sekali. At least ada bukti condition kereta sebelum kami guna. Saya terus setting GPS untuk ke destinasi berikutnya. Tunggu punya tunggu, orang Avis takde pun datang ke kereta. Nak kata sibuk, takde orang pun kat dalam tu. Huhu.. Takpelah, bukti awal dah ada dalam rekod kami. Bukak boot kereta, memang besar betul luggage storage kereta ni. Puas hati. Hahah.. Condition dalam kereta amat bersih dan selesa. Tunggu time return nanti apa yang akan jadi kat dalam kereta. Mesti bersepah punya. Luar dah tentu kotor. Hehe..

Citroen Berlingo untuk 10 hari.. Kena simpan betul-betul gambar calar kat rim tu..
Here Maps dah sedia nak bekerja secara offline.. 342 km? Pheww..
Hampir setengah jam jugak kami setting semuanya. Jam 7.30 malam kami bersiap untuk memulakan perjalanan. First time nak drive kat France ni. Dulu naik train Eurostar je dari London. Dah la kereta manual, ditambah dengan left-hand drive dan memandu waktu malam. Haduii.. InsyaAllah boleh sesuaikan diri secepat mungkin. Abg Fikri offer untuk drive andai kata saya penat atau mengantuk. Sebenarnya kalau ada driver lain kena inform pada rental company dan extra charge akan dikenakan. Takpe bang, kalau tak larat saya bagitau. Trip sebelum ni memang saya sorang je drive. Walaupun penat dan letih, tapi bila tengok pemandangan yang cantik dan jalanraya pulak tak pernah lalu sebelum ni membuatkan saya takde masalah nak drive lama-lama. Kalau jalan balik kampung KL ke Kuantan memang suruh wife saya bawak. Pemandangan dah selalu tengok membuatkan mata senang mengantuk. Takyah cerita balik kampung, gi keja tetiap hari KL ke Cyberjaya lagilah mengantuk. Ditambah pulak dengan jalan jem. Rasa macam nak upah driver je. Hehe..

Setting mileage starting at 23181 km. Boleh kira total mileage time return nanti..
Disebabkan belum mahir lagi dengan kereta manual dan left-hand drive, dua kali saya bawak diorang pusing tempat yang sama kat situ. Tak jumpa jalan keluar airport. Hahah.. Wife saya sebagai co-pilot pun sama jugak. Patut masuk simpang kedua, dia suruh masuk simpang pertama. Maka bermain la kami pusing-pusing kat roundabout untuk u-turn ke jalan yang betul. Jadi adventure pulak perjalanan kami malam ni. Hehehe.. First time.. Memang cenggitu senarionya. Dulu masa nak return kereta kat London lagi teruk. 3 kali lalu kat jalan airport sebab tak jumpa simpang, padahal guna GPS. GPS pun boleh pening rupanya. Haha.. Lepas setengah jam memandu barulah saya rasa yakin bawak kereta. Gaya dah macam selalu drive kat France ni. Kadang-kadang lupa jugak nak change gear. Hihi..

Maintain kelajuan ikut halaju highway France
Highway kat France ada tol. Boleh tahan jugak kadar tol dia masa saya check kat internet. Tol takde masalah, asalkan jalanraya dia smooth. Makin jauh kami meninggalkan Paris, makin kurang kereta kat highway. Fa dan husband yang duduk kat belakang dah mula senyap. Tidur la tu. Hehe.. Wife saya pun sama juga. Yelah kan, mana nampak pemandangan sekeliling. Tinggal la saya sorang feeling bawak kereta. Nasib baik saya ada bawak cd dan pendrive mp3 lagu melayu dan english. Itu memang saya takkan lupa bawak bila ada trip naik kereta sewa. Tak faham kalau layan radio France. Boleh mengakibatkan mata mengantuk tu. Huhu.. Maka layan la saya lagu rock kangkang 80an sambil menghayati signboard highway. Lalala..

Sudah kena tol yang pertama. Cash and self service..
Tol kat sini lebih kurang macam di Malaysia. Ada lorong yang pakai sistem kad, ada yang cashier jaga dan self-service. Tengok pada signboard sebelum nak masuk lorong. Ada highway yang kena bayar terus dan ada yang kena amik tiket dulu. Saya lebih prefer ikut lorong self-service. Bukan apa, takut tak paham apa yang cashier tu cakap. Baik self-service je. Kat skrin boleh pilih bahasa yang kita nak. Pastu masukkan la duit kat slot. Kalau duit besar, dapat baki duit syiling. Jenuh nak collect. Haha.. 

Apa benda yang dia tulis daa.. Janji tau berapa amaun nak kena bayar
Dari Paris ke Metz ada dua tol yang kena lalu. Tol yang kedua kena amik tiket dulu. Standby je la duit nak bayar tol. Huhu.. Kami berhenti sekali di rest area. Driver nak mengeliat dan amik udara sejuk kat luar jap. Hehe.. Kemudian kami sambung perjalanan dengan kelajuan yang tak berapa laju. Bila tak banyak kereta kat highway lagi terasa bosan. Sekurangnya bila banyak kereta boleh la tengok model-model kereta kat France ni. Mana lah tau terjumpa kereta Proton atau Perodua kat sini. Boleh tumpang bangga sekali. Hehe..

Driving route: Avis CDG Airport to Hotel Premiere Classe Metz Technopole
@ HOTEL PREMIERE CLASSE METZ TECHNOPOLE

Sedang melayan lagu-lagu lama, akhirnya jam 11.40 malam kami dah sampai di exit Metz. Saya ikut je arah yang GPS tunjuk. Jam 11.50 malam kami tiba di Hotel Premiere Classe Metz  Technopole. First day sampai terus 4 jam saya drive. Huhu.. Lega sebenarnya bila dah sampai hotel. Hotel reception dah tutup. Untuk dapatkan kunci bilik, kami kena key-in nombor booking pada mesin kat luar pintu. Bila dah dapat kunci barulah boleh masuk ke dalam hotel. Antara ciri-ciri keselamatan hotel, taknak bagi orang luar masuk. Biasalah, hotel murah. Kalau hotel mahal dah tentu reception 24/7. Tak sabar nak tengok katil depan mata. Hehe..

Wife saya uruskan hal di check-in machine
Hotel Premiere Classe Metz Technopole via booking.com
Cuba tengok ayat kat bahagian bawah booking hotel tu. Ada city tax EUR0.75/person. Kat UK takde pun nak tax bagai. Huhu.. Selesai urusan check-in, kami mula angkat barang di kereta. Tetiba ada masalah. Boot kereta tak boleh bukak dan kereta tak boleh lock. Jenuh saya dan abg Fikri study semua button yang ada dalam kereta. Sampaikan saya start kereta dan pusing kat area parking, dengan harapan kereta boleh lock. Pun tak boleh jugak. Huhu.. Takkan nak google manual kereta ni kot? 15 minit fikirkan apa masalahnya, lastly jumpa solution dia. Rupanya tingkap belakang terbuka. Memang tak perasan langsung sebab nampak macam tak terbuka. Bila tingkap terbuka, boot tak boleh bukak dan kereta tak boleh lock. Button bukak kat bahagian bawah cermin tu. Takde button, cuma tekan tingkap tu. Haduii.. Ada la tangan yang tak sengaja tertekan tingkap tu. Heheh.. Daripada mengantuk terus jadi segar kerana tingkap punya hal. Huhu.. Jam 12.15 t/malam baru kami masuk ke bilik hotel.

One of the cheap chain-hotels. Ada banyak cawangan kat France..
Kami dapat bilik kat tingkat satu. Lif takde pulak tu. Kena angkut beg la jawabnya. Huhu.. Bilik tak berapa besar tapi ada 3 katil, satu kat atas. Bilik air memang muat-muat je. Kalau mandi tu kena jaga-jaga takut siku terlanggar dinding. Hehe.. Lebih kurang macam kabin yang diubahsuai menjadi hotel. Almari pun takde, setakat hanger yang tergantung bawah tv. Nasib baik heater ada. Saya macam biasa, bukak tv dan browse channel walaupun tau satu hapa pun tak faham. Movie omputih pun alihsuara ke bahasa French. Huhu.. tapi ada banyak channel tv. Lebih seratus rasanya. Fuhh..

Bilik hotel tak besar mana, simple je. Sesuai untuk aktiviti tidur semalaman..
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Esok ada banyak lagi benda nak dibuat. Saya perlukan masa tidur yang secukupnya untuk memandu, walaupun dah sedia maklum asal keluar negara mesti tidur tak cukup. Huhu.. So kena gunakan masa tidur yang singkat tu dengan tidur yang berkualiti. Camna nak tau tidur yang berkualiti ye? Tidur dengan mimpi yang indah ataupun  tidur dengan mimpi yang sempurna. Mimpi yang sempurna bermaksud bangun sendiri tanpa dikejutkan. Kalau orang kejut atau bunyi alarm selalunya mimpi tak abis cerita lagi dah kena cut. Huhu.. Bila mimpi sempurna barulah bangun esok terus ceria, segar dan bertenaga. Hehehe.. Wallahualam..

Day 02 estimated driving mileage: 327km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - RENTAL CARS : RM1625.30
  - TOLL              : RM    58.80
  - HOTEL METZ  : RM  160.00
  - JUMLAH          : RM1844.10

**DAY 02 COMPULSORY EXPENSES: RM1866.10

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 02 MEALS EXPENSES: RM40.60

14 comments:

  1. Salam Tuan,

    wah dah ada update yang terbaru. ala tuan, baru nak tanya mcm mana pengalaman nk melepasi imigresen dkt paris cdg lebih2 lagi lepas paris attack aritu...tuan guna jalan shortcut..kot2 ada ape2 kriteria pelik yg dia nak tengok ke. trip tuan ni ada drive ke swiss x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Itulah, takde kriteria pelik pun. Cuma senyum dan dapat jalan kat fastlane. Hehe. Sebenarnya takde apa-apa pun yang nak dirisaukan kat CDG. Polis ngan askar je yang ramai tapi takde tahan dan cek bagai. Selamat..
      Driving trip ke swiss memang sudah semestinya. First plan dalam penyediaan itinerary tuu. Hehe.. Cuma tak dapat la nak rasa drive kat most beautiful road in the world di swiss sebab jalan tutup musim winter. Jalan yang sedia ada pun dah cantek abis.. Memang terbaik driving experience kat swiss.. :)
      Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. Terima Kasih tuan sebab menjawab pertanyaan saya.

      saya plan nk drive ke swiss, dalam avis booking slip T&C ada statement, perlu ada sticker khas sebelum masuk swiss, kalo xde kena denda 100 swiss franc, tu nak btanya tuan kat mana perlu beli sticker tu?

      Delete
    3. Ye, Swiss Vignette.. Sebelum sampai border boleh beli kat petrol station atau rest area. Jangan risau, nanti akan jumpa banyak signboard peringatan untuk beli sticker tu. Mesti takkan terlepas punya. Hehe..

      Delete
    4. Salam Tuan, terima kasih kerana membalas msg sy. saya nak sambung sedikit lagi pertanyaan pasal AVIS rental car, baru je terbaca xd, dalam T&C ada bagitau license kena valid min 1 tahun. Malaysia licence saya yang terbaharu ni baru je renew last year jadi xsmpai lagi lah setahun, IDP pun xde, agak risau jugak ni...dah plan drive trip, ada yg kena naik train lak..dah la dgn anak2...mintak nasihat yer tuan.

      Delete
    5. Salam.. Tentang validity lesen setahun tu saya kurang pasti diorang cek atau tak sebab lesen saya renew setiap 2 tahun. Saya hanya gunakan lesen Malaysia untuk sewa kereta kat Paris sebab saya dah tanya customer service AVIS thru online chat sebelum buat booking. Cuma di Korea dulu saya kena buat, mungkin kerana bahasa Korea tak guna huruf roman. Rugi rasanya bayar RM150 untuk drive 2 hari je. Nak buat camna. Huhu.. Untuk hilangkan kerisauan, rasanya baik topup validity lesen tu. Biar susah kat sini daripada kalut kat luar sana..

      Delete
    6. saya pun sama 2 tahun sekali, cuma tempoh lesen tu dia tulis dari 19-10-2015 - 19-10-2017, jadi kurang setahun dari tempoh nk sewa tu..tarikh pergi 16 march. saya ambil avis paris jugak, tapi dari gere de nord...harap2 xde ape2 lah..

      Delete
  2. Haha...terkenang saya stay dkt Hotel Premiere Class Les Menil...Dkt area CDG gak. Saya roadtrip gak, tp family 4 dewasa 2 kanak...alhamdulillah.. muat satu bilik nie...kekeke...nk jimat pny pasal. Tp road trip saya 4 negara je. Maklumla bwk budak2. tp drive sendiri mmg puas hati. Siap ada kes kete msk impound sbb parking salah. pengalaman semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tuan, bila bawa anak-anak perjalanan agak terbatas, takleh nak jalan jauh sangat. Sememangnya best dapat memandu sendiri di luar negara. Lagi banyak pengalaman yang kita dapat. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. Sama-sama. Saya sbnrnya cari info pasal trip ke Seoul-jeju-Busan. Terjumpa blog JJCP nie. Kita terbalik kot, hahaha...saya pegi europe bln 9 tahun lepas, hujung tahun nie br nk ke Seoul. Tuan plak pegi Korea dl then europe. Tp apepun, only travel bugs knows why...hahaha. Travel with purpose bro..bkn sronok2 je. Actually, dekat belgium ada gak Grand mosque, xtahu la kalo tuan singgah ke x. Saya sempat sembahyang Raya haji kt situ, tp smp dh lmbt. Xsempat nk berjemaah. Saya smp masa org dh nk keluar masjid nk blk rumah dh. Rasa dia lain bile kita disambut oleh saudara seislam di negara org especially di negara majoriti bukan islam. Paling x boleh lupa, bila ckp 'i'm From Malaysia', they said 'Malaysia? Good' sambil tunjuk thumbs up.

      Delete
    3. Ye tuan.. Hanya travel bugs je yang tau. Haha.. Travel kerana cari pengalaman. Bila dah compare dengan negara sendiri baru boleh tau apa yang dikatakan negara maju. Public transport, currency, working hours, cost living, harga rumah, tax, bla3 etc. Semuanya dapat kita tengok. Tak suka bila komen lebih-lebih dalam media sosial tentang negara sendiri sedangkan diri sendiri tak pernah tengok dunia luar.
      Setiap kali masuk resoran halal atau jumpa orang Islam, diorang akan tanya kami dari mana. Bila sebut dari Malaysia, ramai yang kata "nice country".. Bangga juga. Hihi..

      Delete
  3. Assalamualaikum Tuan,
    Menarik sungguh blog tuan , jadi sumber inspirasi la. Nak tanya AVIS ada cakap berapa dia oirang lock credit card untuk security desposit untuk sewa kereta. Saya dengar boleh tahan mahalnya. Boleh saya tahu kenapa tuan pilih Avis? Mengapa tak sixt ke Europ car ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Maaf lewat sangat membalasnya. Banyak urusan lain yang perlu diselesaikan dalam bulan Ramadhan dan Syawal ni. Huhu..

      Anyway, untuk soalan tuan ni memang betul syarikat sewa kereta akan lock sejumlah amaun dalam kad kredit kita sebagai deposit sewaan. Nilai deposit bergantung pada perjanjian syarikat. Saya pilih Avis kerana kadar sewa yang paling murah saya dapat waktu tu. Deposit yang dikenakan adalah EUR150.00. Jika tiada masalah pada kereta sepanjang sewaan, deposit tersebut akan clear dan kita boleh guna semula.

      Harap dapat membantu tuan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete