Saturday 20 February 2016

JJCP Western Europe: Day 02 (Part #1)

TARIKH:
20 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
HUONG HOTEL - TAN SON NHAT INT'L AIRPORT - AIR FRANCE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ HUONG HOTEL

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk check-out hotel. Takde beg besar yang perlu dikemas. Hehe.. Jam 6.40 pagi kami dah ada di lobi hotel. Kami serahkan kunci bilik dan mintak reception hotel panggilkan teksi. Tak sampai 10 minit teksi pun sampai. Efisien sungguh. Teksi ala Innova lagi. Mesti nak charge lebih ni. Huhu..

Terasa pening kalau tengok ke bawah..
Huong Hotel.. Setakat nak tidur je memang berbaloi..
Wefie dulu sebelum meninggalkan Huong Hotel. Merah mataku. Huhu..
Tepat jam 6.55 pagi teksi membawa kami ke Tan Son Nhat International Airport. Trafik agak lancar di waktu pagi ni. Tunggu le tengahari sikit, memang penuh dengan motosikal. Huhu.. Tak sampai 15 minit perjalanan, kami tiba di departure level airport. Walaupun dekat tapi kami kena bayar tambang VND110,000. Dah kata dah, Innova punya hal la ni. Hmm.. Agak ramai juga orang kat airport pagi ni..

Taxi route: Huong Hotel to Tan Son Nhat Int'l Airport
Traffic was smooth. Nice morning views of HCM City!..
Bergaya dengan T-shirt HRC yang dibeli semalam. Hihi..
@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT

Patutlah ramai orang kat airport. Rupanya Tan Son Nhat Int'l Airport adalah antara airport yang utama di Asia untuk flight transit. Bagus juga, sekurangnya kena transit sehari kat sini boleh la jalan-jalan kat bandar HCM. Macam yang kami buat semalam. Hihi.. Airport yang kami akan turun kat Paris nanti pun sama juga. Charles de Gaulle Airport antara yang tersibuk di Eropah, termasuk Schiphol Airport di Netherlands. Selalu dengar nama kedua-dua airport ni dalam berita. Schiphol Airport la landasan terakhir flight MH17 sebelum terhempas di Ukraine. Walaupun dah lebih setahun berlalu, tetap berasa amat sedih setiap kali teringat tentang tragedi tu. Tambah pulak bila tengok video footage diorang jumpa buku passport Malaysia serta jasad dan barang-barang yang hangus terbakar. Saya yang tak mengenali mangsa pun rasa sedih, inikan pulak ahli keluarga mangsa. Moga roh mereka dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

Masih belum keluar lagi info flight kami kat departure screen.
Ada banyak masa lagi nak menunggu sampai waktu check-in. Biar sampai awal daripada kelam kabut mengejar masa. Ini bukan kes terlepas bas, tapi flight tuu.. Menangis tak berlagu la jawabnya kalau terlepas flight. Welcome back to Malaysia la jadinya. Early ends of journey. Hanya luggage je yang sampai Paris. Huhu.. Takde apa yang menarik boleh dibuat kat airport ni melainkan melayan pemandangan flight yang berlepas dan mendarat, sambil 'menghirup udara' yang tak berapa segar. Heheh..

Pemandangan terbatas sebab ada construction site kat situ. Huhu..
Bosan duduk kat luar, kami masuk ke dalam departure hall. Kaunter flight kami dah bukak, tapi rasanya kami tak perlu nak check-in lagi sebab dah buat masa kat KLIA semalam. Kami pergi jugak ke kaunter untuk bertanyakan tentang status halal meal kami dalam flight nanti. Nak confirmkan ada ke tak halal meal sebab dalam passenger itinerary hanya ditulis 'Halal Meal - On Request'.. Kalau Vietnam Air dia tulis 'Confirmed'. Staff yang jaga kaunter bagitau kami kena buat request awal masa beli tiket haritu. Memang wife saya dah request, cuma status 'on-request' tu buat kami agak confuse sikit. Kenapa tak tulis 'confirmed', sama macam flight Vietnam Air. Staff tu tak dapat nak confirmkan. Dia mintak tiket flight kami sebab nak tukar kepada tiket Air France. 

Bertanya untuk dapatkan pencerahan..
Tiket lama bertukar kepada tiket Air France..
Nak buat camna kalau takde halal meal on-board nanti. Terpaksalah makan roti kosong sapu butter dengan air kopi atau air gas sampai kembung perut. Paling mudah tidur je la sepanjang perjalanan. Itu pun kalau dapat tidur. Tapi ada bahayanya jugak kalau terlebih tidur. Takut kena jetlag bila mendarat. Dah la sampai nanti terus drive kereta. Huhu.. Time dah balik Malaysia takde masalah kalau kena jetlag. Boleh curi-curi tidur kat opis. Err, time lunch hour ye. Hehe.. Disebabkan orang agak ramai, kami terus beratur di security checkpoint. Selesai check awal, boleh jalan-jalan kat duty-free zone area lama sikit.

Queue agak panjang di security checkpoint
Selesai semuanya, kami berjalan-jalan di dalam duty-free zone area. Kami mencari tempat untuk mengalas perut kami. Memang takde restoran halal kat dalam ni. Kami cuma beli french fries dan air di Burger King. Kami duduk di situ dan berborak tentang trip yang bakal kami hadapi kat sana nanti. Tentang Paris kami boleh cerita sikit sebab dah ada pengalaman sebelum ni. Yang lainnya, apa yang saya boleh bagitau hanya dapatkan rehat secukupnya sebab schedule trip ni amat pack dan memenatkan. Huhu.. Ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk. Fa dan husband pertama kali nak menjejakkan kaki kat bumi Eropah. Memang teruja abis. Kepenatan dan keletihan akan dibayar dengan pemandangan yang cantik di sana nanti, percayalah!. Hehe..

Makan dan borak sambil menunggu masa untuk boarding..
Jam 9.20 pagi kami berjalan ke Gate 9 yang terletak paling hujung sekali. Jenuh menapak tapi rasa excited sebab first time nak naik flight Air France. Hihi.. Saya sempat beli coklat untuk dibawa naik. Mana la tau kot-kot takde halal meal, boleh la makan coklat tu. Katanya coklat boleh bagi extra tenaga. Dulu masa hobi panjat gunung saya sentiasa bawak coklat. Tapi macam takde kesan je dengan tenaga saya. Tetap lelah jugak nak sampai ke puncak. Huhu.. Kami sampai di Gate 9 jam 9.30 pagi. Penumpang dah mula beratur untuk masuk ke dalam flight. Pengalaman pertama naik Air France bakal dirasai..

Final call for flight AF0253 to Paris
Sempat lagi bergambar sebelum masuk.. Hehe..
@ AIR FRANCE

Masuk je ke dalam kabin, kami disambut oleh kapten dan stewardess berbangsa French. Air France berada di kedudukan ke-15 dalam ranking World's Best Airlines in 2015. Kira terbaik jugak la. Kami mencari seat 19F dan 19G. Kami berharap sangat jangan la dapat seat kat tingkap. Memang la best duduk kat tepi tingkap. Tapi kalau long-hour flight ia jadi tak best sebab leceh nak keluar masuk bila pergi toilet. Dapat seat kat lorong paling best. Bukan setakat senang nak bangun gi toilet, tapi senang juga nak mencari makanan bila kelaparan. Haa, nampak tak permainan setting seat di situ?.. Hahah.. Flight hour lebih 13 jam tuu.. Boleh kebas punggung duduk lama-lama. Huhu.. Dah jumpa seat, apa lagi.. Amik gambar laa. Hehe..

Ruang kaki agak luas, ada tv, bantal dan selimut. Selesa la jugak untuk level economy class..
Flight AF0253 berlepas jam 10.00 pagi. Seat kami dengan Fa dan husband agak jauh. Saya melayan channel yang ada kat tv. Boleh tahan banyak jugak movie dan album lagu baru. Saya tak minat sangat nak layan movie dalam flight. Prefer dengar lagu sebab memudahkan saya tidur. Hehe.. Baru 15 minit berlepas, takde la rasa nak tidur lagi. Bosan layan movie dan lagu, boleh layan game pulak. Sukahati la nak buat apa kat tv tu selama 13 jam 30 minit ni. Hahah..

Halamak.. Iron Maiden la. Banyak album rock dalam listing. Terbaik..
Hampir 45 minit penerbangan, kami dihidangkan dengan snack dan air. Tak sampai sejam dah dapat makanan dah. Best la camni. Hihi.. Kemudian, setengah jam lepas tu kami dihidangkan dengan makanan berat. Halal meal dan kids meal diberi dahulu. Alhamdulillah, halal meal ada disediakan dalam flight Air France. Rasa segan pulak nak makan dulu sebab keliling kami tak dapat makanan lagi. Peduli apa, nanti makanan sejuk jadi tak sedap. Hehe.. Ada cold platters, buah-buahan, roti croissant dan nasik berlauk ikan. Memang kenyang abis kalau makan semuanya. Baru la sedap nak tidur lepas ni. Hehe..

Starting with crackers and coke
Ada tanda halal. What a great food taste.. Amat sedapp!..
Selesai makan, saya sambung balik layan lagu. Time to sleep. Saya ingatkan wife supaya kejut saya kalau terdengar bunyi yang kurang menyenangkan dari saya. Hehe.. Memang betul pun. Banyak kali jugak dia kejut saya. Dia pun tidur sebenarnya, tapi senang terjaga. Bunyi tu kalau tak dipantau dari awal, nilai decibel dia akan meningkat dari semasa ke semasa. Sebelum bunyi yang lagi pelik keluar, baik shutdown awal-awal. Hahah.. Mendengar lagu sambil berangan dan tertidur..

Bestnya baby ni ada katil sendiri..
Saya terjaga jam 12.10 tengahari waktu Paris. Masih ada 5 jam lagi untuk sampai ke destinasi. Perut dah terasa lapar. Kat pantry ada disediakan roti, air dan aiskrim. Saya bukak coklat yang saya beli kat airport tadi. Maknanya dah lebih 8 jam kami di udara. Patutlah rasa lapar. Bila la agaknya nak dapat makan lagi ni. Takkan sekali tu aje? Nak tanya segan la pulak. Hihi.. Layan je la coklat Vietnam tu sambil sambung dengar lagu dari album Maroon 5 pulak. Macam ada peluang nak tidur balik je ni. Huhu.. Serius bosan naik flight yang lama camni. Kalau duduk kat executive class memang best laa. Economy class pun ok, janji sampai tempat yang sama dengan yang duduk kat executive class tu. Hihi..

Coklat Vietnam pemberi tenaga. Konoonn..
Kita tengok dulu flight information kat tv..
Jam 3.15 petang baru kami dihidangkan dengan meal yang kedua. Jauh betul gap antara dua meal. Huhu.. Sama macam meal pertama, halal meal dan kids meal diberi dulu. Meal kali ni tak berapa best sangat. Lebih kepada snack food. Kami dapat roti, cold salad, puddings dan roti berinti cicah dengan sos merah. Itu je. Nak taknak kena makan juga sebab sampai di Paris nanti terus nak bergerak ke destinasi berikutnya. Takde nak cari makanan dah. Layan je makanan tu sampai abis semuanya. Alhamdulillah kenyang juga..

Walaupun tak berapa best, tapi habis juga semuanya. Hihi..
Selesai makan, kami sambung melayan channel tv. Taknak tidur sebab dah nak sampai Paris. Tak sabar rasanya nak mendarat di Charles de Gaulle Airport. Weather forecast kata cuaca dalam 10 deg, agak sejuk tapi takde salji. Sebenarnya cuaca sampai 0 deg pun boleh tahan lagi kesejukannya. Yang tak tahan bila angin kuat, memang menggigil punya. Huhu.. Takpe, sampai nanti terus naik kereta. Boleh pasang heater kalau sejuk sangat.

Alamak, ada orang dah tunjuk page Pandora. Huhu..
Flight AF0253 dah masuk ruang udara France. Sikit lagi nak sampai..
Setelah penat duduk dalam flight selama lebih 13 jam, akhirnya announcement dari kapten bahawa flight akan mendarat lagi 10 minit kedengaran. Yeay.. Memang itulah yang ditunggu. Hahah.. Kami bersiap-siap pakai seatbelt dan prepare for landing. Alhamdulillah, flight Air France AF0253 mendarat dengan selamatnya di Charles de Gaulle International Airport, Paris. Semua penumpang dah siap sedia untuk turunkan beg dan keluar dari flight. Tepat jam 5.20 petang kami dibenarkan keluar. Satu penerbangan yang smooth dan agak selesa dari Air France. Cuma part waktu makan tu je nak komen. Jauh sangat gap dia. Huhu.. Yang lain takde masalah. Semua crew menjalankan tugas dengan baik sekali. Wah, macam nak bagi review kat majalah je. Hihi.. Tq Air France!..

Flight route: Tan Son Nhat Int'l Airport, Ho Chi Minh City  to Charles de Gaulle Int'l Airport, Paris
Tak sampai 10 minit kami akan mendarat. Sukanya.. Hihi
Cuaca dah gelap di luar..
Seat untuk executive class. Memang khelass gitu..
Kami berjalan menuju ke security checkpoint. Dalam hati rasa risau juga kalau kena periksa satu-persatu. Selepas tragedi Paris massacre, katanya security kat airport diperketatkan. Mesti lama kena beratur. Jangan tanya lebih-lebih sudah. Dah standby nak jawab pi holiday je. Muka kena releks sikit. Barulah diorang tak suspek apa-apa. Hihi.. Walaupun tak buat salah, tapi disebabkan kami Islam dan wife pulak bertudung, takut kena tahan dan soal macam-macam. Harap urusan kami lancar di security checkpoint. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TAMBANG TEKSI : RM22.00
  - JUMLAH              : RM22.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - BURGER KING : RM18.00
  - CHOCOLATES : RM22.60
  - JUMLAH         : RM40.60

4 comments:

  1. Salam Tuan,

    Bila nak release next update ni..xsabar..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Alamak, ada yang menunggu ke? Hehe.. Tengah cuba mencuri masa ni. Asal ada masa terluang terus mengadap pc. Sabor ye.. Tq for reading my blog.. and tq sebab sabar menunggu.. :)

      Delete
    2. Yea Tuan, setia menunggu.. bagi saya ni diantara blog yang terbaik untuk rujukan pergi ke Europe. penuh informasi

      xsabar sebab saya pun merancangi ke europe 16 march nanti, mane tau blh copy itinerary tuan dan tips2. plan saya driving trip dari paris --> belgium --> amsterdam --> Frankfurt --> swiss --> paris. dari paris naik eurostar ke london.

      Delete
    3. Tq atas pujian. Hehe.. Laa, lagi 3 minggu nak pergi dah tu. Memang tak sempat saya nak abiskan cerita. Apa-apa pun kalau ada benda nak tanya, dipersilakan. InsyaAllah saya cuba bantu. Terbaik cadangan driving trip tuan tu. Ending kat London memang paling best.. Heheh..

      Delete