Wednesday 22 June 2016

JJCP Western Europe: Day 10 (Part #2)

TARIKH:
28 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
MURREN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ MURREN

Sampai di Murren Station, lepas bergambar dengan train BLM kami keluar dari station. Tergamam kami apabila melihat keadaan pemandangan di Murren. Subhanallah cantiknya!.. Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata betapa cantik dan indahnya tempat ni. Walaupun cahaya matahari terik memancar, tetapi cuaca tetap sejuk dan salji penuh di atas jalan. Kelihatan tourist yang membawa alatan untuk bermain ski di sini. Anak-anak duduk atas sledge dan ditarik oleh ayahnya sepanjang perjalanan. Seronoknya jadi budak-budak. Hihi.. Kami mulakan aktiviti di Murren dengan bergambar di area station.

Kita bergambar dulu dengan train BLM yang klasik ni..
Jom kita tengok apa yang ada di Murren
MashaAllah, cantiknya pemandangan kat Murren ni
Baru kat area station dah berpuluh gambar yang kami ambil. Mana taknya, view gunung boleh dilihat sepenuhnya dari sini. Ada rupanya orang tinggal kat sini ye. Saya tak pasti macam mana keadaan tempat ni di luar musim winter. Adakah view yang sama sepanjang tahun kat sini sebab lokasinya yang terletak di atas gunung? Entahlah, yang pastinya musim winter di sini menjanjikan pengalaman yang menarik. Kebetulan sekarang ni holiday season di sini, sudah tentu ramai tourist dari negara luar yang datang ke sini untuk bermain ski. Cukuplah pengalaman kami bermain ski di Korea dulu. Huhu.. Tak main lagi pun takde masalah. Tiada penyesalan. Kalau ada rezeki bawak anak-anak, biar diorang je la yang main. Saya jadi penonton je. Huhu..

Masih di area station lagi. Tak puas bergambar. Hihi..
Kami dan Fa ikut haluan masing-masing. Nanti set jumpa balik kat station jam 2.30 petang. Kami teruskan berjalan di sepanjang lereng bukit. Sekejap berhenti amik gambar. Tak boleh tahan betul dengan pemandangan di sini. Datang bercuti kat sini memang seronok. Tapi kalau menetap di sini mesti terasa bosan sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat selain bermain salji dan ski. Nak shopping kena turun ke Interlaken. Huhu..

Asal nampak view menarik je kami berhenti bergambar. Hihi..
20 minit berjalan sambil bergambar tak ingat dunia, kami sampai di kawasan hotel, restoran dan kedai. Hotel di sini dah tentu mahal rate dia. Ada juga backpackers hostel untuk budget traveller. Restoran Singapore pun ada di sini, tapi takde sign halal pun. Alangkah sedapnya kalau dapat minum hot chocolate time sejuk macam ni. Hihi.. Layan kopi panas yang kami bawa pun dah cukup best. Kami masuk ke dalam beberapa kedai menjual pakaian winter. Kalau ada yang murah boleh la beli sehelai dua buat kenangan. Kedai souvenir masih tak nampak lagi untuk kami mencari fridge magnet Murren.

Air gunung yang fresh. Tak perlu tambah ais. Hihi..
Bestnya dapat minum dengan pemandangan macam ni..
Orang Singapore bukak restoran kat sini..
Belek baju kalau ada yang murah..
Walaupun ada diskaun pakaian yang dijual, tapi tak menarik minat kami sebab takde pun yang bertulisan Murren atau Switzerland untuk kami jadikan kenangan. Setakat baju plain je tak best pulak nak beli. Tak nampak ke'murren'annya. Hehe.. Kami berjalan terus ke depan. Masa masih panjang lagi untuk kami jalan-jalan di sini. Ais di jalanraya mula mencair membuatkan jalan menjadi licin. Terpaksalah jalan pelan-pelan.. Kelihatan rumah-rumah di lereng bukit yang dilitupi dengan salji. Macam mana la diorang ni adapt dengan cuaca sejuk macam ni ye. Mesti sepanjang hari pakai baju tebal dan duduk depan unggun api dalam rumah sambil gosok tangan bagi panas. Bila bercakap dah tentu keluar asap macam orang merokok. Hihi.. Diorang mungkin dah biasa. Macam kita ni confirm demam menggigil punya. Huhu..

Belanja gambar je lah ye.. Itu je yang free kat sini. Hehe..
Banyak sangat spot yang cantik untuk diambil gambar kenangan di sini. Saya nampak satu tempat yang agak lapang dan penuh dengan salji. Best juga dapat bergambar kat tempat ni sambil menghadap pergunungan Alps di depan mata. Tengah berjalan tetiba dengar bunyi orang terjatuh. Wife saya yang asyik melayan phone tergelincir rupanya. Itulah, sape suruh layan phone sampai tak tengok jalan yang licin tu. Hihi.. Saya pulak kena marah sebab tak pegang tangan dia, padahal kemain tak sabar nak upload gambar time tu juga. Terima je la kena marah pun. Marah sayang je tu. Cuba tahan gelak, tapi terlepas juga. Biasalah jatuh atas salji. Bila lagi nak merasa. Hehe..

Gambar tempat kejadian.. Tengok, mana ada luka pun kat tangan. Hihi..
Kita pujuk dia dengan gambar view paling cantik kat sini. Dah senyum balik. Hihi..
Kami teruskan berjalan, mencari kalau ada kedai souvenir di depan. Kedai sewa aksesori ski banyak kat sini. Boleh la nak main ski kalau tak bawak equipment sendiri. Akhirnya kami jumpa juga satu kedai souvenir. Dari luar kedai nampak macam-macam bentuk fridge magnet dan barang souvenir yang lain. Kami masuk ke dalam kedai dan melihat barangan yang dijual. Boleh tahan mahal juga harga fridge magnet kat sini. Nampaknya beli untuk diri sendiri je lah. Hehe..

Suka betul gambar pemandangan di Murren ni..
Kedai sewa ski equipment
Kelihatan trek tram menuju ke Brig di atas gunung
Kedai menjual souvenir. Boleh beli seketul dua fridge magnet kat sini..
Kedai souvenir ni menjadi point terakhir perjalanan kami di sini. Selesai urusan, kami patah semula ke arah Murren Station. Ada masa dalam sejam lagi untuk kami berkumpul semula di station. Selain dari menghabiskan memory card kami dengan bergambar tak henti-henti, kami masuk ke dalam kedai yang ada di sepanjang jalan. Puas rasanya dapat bergambar kat sini. Apa lagi yang boleh dijadikan kenangan dalam hidup selain fridge magnet dan souvenir kalau bukan gambar dan video kami di sini. Seperti papan tanda yang saya pernah lihat ketika hobi panjat gunung satu ketika dahulu: "Leave nothing but footprints, take nothing but pictures and kill nothing but time". Ayat yang pertama tu kena tambah sikit jadi footprints and souvenirs. Hehe..

Cuci mata tengok jaket dan pakaian musim sejuk
Air kopi habis, kita refill dengan air gunung
Bila tengok gerai ni mulalah terasa lapar. Huhu..
Kami sampai di kawasan Murren Station jam 2.15 petang. Masih tak nampak lagi kelibat Fa dan husband. Perut dah mula terasa lapar. Tak sabar rasanya nak turun ke Interlaken mencari makanan halal. Kami habiskan masa dengan bergambar, lagi dan lagi sementara Fa dan husband sampai. Hihi.. Lepas ni dah tak merasa view yang cantik macam ni. Hanya di Switzerland je boleh dapat pemandangan macam lukisan ni. Boleh buat kalendar gambar-gambar kat sini. Hehe.. Apa yang saya lihat dalam internet nampaknya terbukti benar Switzerland menjanjikan pemandangan yang amat cantik. Satu pengalaman manis dan berharga yang takkan kami lupakan dalam hidup. Alhamdulillah..

Pengalaman hidup yang bermakna buat kami di sini..
Jam 2.30 petang Fa dan husband muncul. Suka betul diorang kat sini. Diorang lagi la hebat bab bergambar ni. Macam-macam posing diorang bergaya. Takpelah, janji masing-masing puas hati. Kami harap diorang suka dengan trip yang kami arrange ni. Mungkin ada situasi atau keadaan di mana diorang rasa tak puas hati sebab masa yang agak limited untuk ke satu-satu tempat. Terpaksa rushing sikit untuk kejar masa. Harap diorang faham. Tapi ini adalah trip yang kedua diorang join kami selepas trip ke Jepun tahun 2013. Maknanya diorang puas hati la kot? Wallahualam.. Harapnya begitulah..

Mengabadikan kenangan kami berempat di Murren, Switzerland..
Menikmati keindahan buat kali terakhir di sini..
Selesai amik gambar kenangan terakhir di Murren, jam 2.40 petang kami masuk ke Murren Station dan menunggu train BLM bergerak balik ke Lauterbrunnen. Ada lagi sejam masa untuk kami kembali ke kereta. Takut tak sempat sebab nak jalan kaki lagi ke sana, kami amik keputusan untuk tidak singgah di Grutschalp. Dalam train kami dah standby siap-siap duduk di seat sebelah kanan sebab nak dapat view yang lebih menarik masa dalam perjalanan nanti. Nampaknya penumpang yang lain pun berebut nak duduk sebelah kanan. Jangan train senget sebelah sudah la. Hihi.. Jam 2.45 petang train BLM mula bergerak meninggalkan Murren. Kami melayan pemandangan cantik dalam train buat kali terakhir sebelum sampai di Grutschalp. Superb view!.. Bye Murren!..

Menunggu train BLM mulakan perjalanan
Semua penumpang dah set duduk seat kanan. Hihi..
Nice views of Alps from here..
Saya rekod video sepanjang perjalanan dalam train dan cable car
Train BLM sampai di Grutschalp Station jam 3.00 petang dan kami teruskan perjalanan menaiki cable car. 5 minit kemudian kami sampai di Lauterbrunnen Station dan berjalan pulang ke kereta. Dalam kepala masih teringat tentang pemandangan di Murren tadi. Rasa macam nak stay lama lagi tapi apakan daya. Trip kami bukan hanya ke sini je. Banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Yang penting perut kami yang dah lama berbunyi perlu diisi dulu. Huhu..

Pemandangan dari cable car
Kami sampai di parking kereta jam 3.30 petang. Nasib baik tak terlebih waktu parking. Kami bersiap-siap untuk meninggalkan Lauterbrunnen menuju ke Interlaken. Terima kasih Murren dan Lauterbrunnen kerana memberikan kami pengalaman yang cukup berharga. Sedih juga bila terpaksa meninggalkan tempat yang amat cantik ni. Huhu.. InsyaAllah ada rezeki lebih boleh datang sini lagi. Teringin juga nak sampai ke Top of Europe dan merasai pengalaman memandu di jalan yang tercantik di Europe. Wallahualam..

Sampai juga di kereta sebelum jam 3.48 petang..
Bye beautiful Lauterbrunnen!..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment