Thursday 9 June 2016

JJCP Western Europe: Day 08 (Part #1)

TARIKH:
26 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
VENICE - PONTE DI RIALTO - PIAZZA SAN MARCO - HARD ROCK CAFE VENICE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.30 pagi. Selesai kemas barang, kami sambung tidur balik. Memang tak larat sangat badan ni. Hari ni trip seharian ke Venice je. Pergi lewat sikit tak jadi masalah. Nak bagi tenaga betul-betul cukup baru nak mulakan pengembaraan mencari pengalaman. Kami bangun semula jam 8.45 pagi. Leganya bila dapat tidur yang cukup. Hehe.. Sebelum keluar kami breakfast mee segera dalam bilik dengan air kopi panas. Sedapnya makan maggi dalam cuaca sejuk macam ni.

Makan sambil tengok berita yang tak faham. Hihi..
Selesai makan, kami bersiap untuk check-out dan letak beg dalam kereta. Isu baru timbul kat hotel ni. Untuk letak kereta kat sini kami kena bayar lagi EUR7.00. Haduii, pelahap betul nak amik duit visitor hotel ni. Huhu.. Tak nak bayar kang takut kena kepung dengan geng bangla pulak. Kat Italy kena kepung dengan Bangla. Macam kelakar bunyinya. Hehe.. Takpelah, ikutkan je la rules Hotel Da Tito ni. Lagi sekali saya datang sini takkan amik hotel ni dah. Tapi ada ke lagi sekali tu? Huhu.. Lepas bayar duit parking, kami lintas jalan besar di depan hotel dan tunggu public transport untuk ke Venice. Atas jalanraya ada track untuk tram lalu. Saya terfikir camna la agaknya kalau saya tengah drive atas track tu tetiba tram lalu kat belakang time traffic jam. Agaknya tram tu berhenti tak? Harap tak berlaku situasi macam tu. Tak pernah lagi merasa didatangi tram dari belakang. Huhu..

Menunggu public transport di depan hotel
Tengok pada jadual kat tempat menunggu, ada banyak bas dan tram yang lalu sini. Cuma tak pasti yang mana satu ke arah Venice. Ramai juga orang yang sedang menunggu. Kami yakinkan diri yang diorang ni pun nak ke Venice jugak. Kami akan naik kalau semua orang naik. Hehe.. Hampir 15 minit menunggu, jam 9.40 pagi bas no. 7 sampai. Semua orang naik termasuklah kami. Keadaan dalam bas agak pack. Masa kat bus stop tadi tak nampak pulak mesin jual tiket. Bila masuk dalam bas pun tak jumpa juga sebab kami naik ikut pintu tengah bas. Mungkin tempat bayar kat belah depan atau bayar terus kat driver. Takpe, sampai Venice nanti saya bayar kat driver tu. Segan pulak nak berjalan sampai ke depan time bas bergerak. Hihi..

Pagi yang berkabus tebal. Sejuukk..
Berdiri di sepanjang perjalanan..
Tak sampai 5 minit bas bergerak dan berhenti, orang dah mula penuh dalam bas. Lagi menguatkan keyakinan saya yang bas ni akan menuju ke Venice. Mana lagi orang ramai ni nak pergi kalau bukan Venice. Kelihatan ramai juga muka-muka tourist dalam bas ni. Hebat betul saya, boleh cam muka tourist. Hehe.. Muka bangla pun ramai juga dalam bas ni. Bila terpandang diorang terasa macam kat Dhaka je, bukan Venice. Hahah.. Nak buat camna, Italy pun terima immigrant dari luar. Maka ramailah diorang ni kat sini mencari rezeki. Kalau rezeki halal baguslah. Ini ada yang kaki menipu tourist, tu yang tak boleh tahan tu. Huhu..

Bus route: Bus no. 7 from Via Cappuccina to Piazzale Roma
@ VENICE

Bila nampak bas lalu jambatan besar, maka betul la bas ni menuju ke Venice. Tak perlu la nak turun dan pening kepala memikirkan bas lain untuk ke Venice. Hehe.. Sampai di Venice, bas berhenti di Piazzale Roma. Kami turun dan saya ke pintu depan untuk bayar tiket. Driver bas tu geleng kepala dan senyum kat saya. Maknanya kami naik free bas ni. Hehe.. Terima kasih brader driver. Permulaan yang baik di bandar Venice untuk kami. Alhamdulillah.. Kami berjalan melintasi jambatan di Piazzale Roma dan mulakan perjalanan mencari pengalaman di bandar Venice yang terkenal dengan bangunan lama yang dikelilingi air. Katanya satu hari nanti bandar Venice akan tenggelam. Tak tau bila, mungkin lambat lagi. Nak tenggelam lagi seminggu dua pun takpe sebab kami dah sampai sini. Ishh, jahatnya mulut. Hahah..

Cadangan route perjalanan kami menggunakan kaki sendiri..
Selain dari jalan kaki, tourists yang datang ke sini boleh juga naik boat yang berhenti kat station yang ada di seluruh bandar Venice. Jalan kaki mungkin boleh sesat sebab banyak lorong kecil kat sini. Kami pilih untuk jalan kaki je. Ramai juga tourist yang jalan kaki sambil pegang map. Kami tak guna pun map. Kami cuma ikut orang ramai dan tengok signboard yang ada kat dinding. InsyaAllah tak sesat. Hehe.. Lagipun dengan berjalan kaki lagi banyak view cantik yang kami boleh amik gambar kenangan. Mungkin jauh perjalanan, tapi disebabkan hari ni aktiviti kami memang di sini je maka takde masalah untuk jalan pelan-pelan sambil explore bumi Venice yang cantik ni.

Tebal sungguh kabus kat sini..
Banyak juga jambatan yang kami lintas. Seronoknya bila tengok tourist naik gondola yang famous kat sini. Kami teringin juga nak naik tapi disebabkan kabus yang tebal dan kos yang agak tinggi, jadi kami guna khidmat kaki kami je jalan-jalan kat sini. Hehe.. Biarlah ada orang kata "rugi dah sampai Venice tapi tak naik gondola". Pada saya ayat yang depan tu lebih penting: "dah sampai Venice". Hahah. Sama la macam ayat "rugi dah pergi Nepal tapi tak naik sampai puncak Everest". Hehe.. Boleh runtuh Everest kalau semua yang datang Nepal mesti naik sampai puncak. Ikut la pada tujuan masing-masing, betul tak? Saya ke Venice sebab ada Hard Rock Cafe, maka saya akan sampai di Hard Rock Cafe Venice, percayalah. Hehe..

Banyak betul jambatan kat sini..
Orang akan kata "untunglah dapat naik gondola". Hahah..
Setiap simpang di lorong-lorong akan ada tanda arah untuk ke tempat yang paling popular di sini iaitu Ponte di Rialto dan Piazza San Marco. Jadi kenapa nak bawak map sedangkan kami cuma nak pergi dua tempat ni je. Mungkin diorang yang bawak map tu nak ke tempat lain kot. Ada diantara diorang yang rasa tak rugi pun kalau tak pergi dua tempat ni. Janji sampai sudah katanya. Hehe.. Banyak juga kedai yang dah mulakan perniagaan. Ada juga yang masih tutup. Sambung cuti Krismas sampai new year kot. Cuaca berkabus sepanjang masa di sini. Saya ada terbaca dalam blog, kalau pergi musim panas ada banyak lalat dan air agak berbau sebab tak mengalir. Entahlah, saya tak berminat nak jalan time summer. Kadang-kadang cuacanya lagi panas dari Malaysia. Bagi peluang la kami layan cuaca sejuk beberapa hari dalam masa setahun. Hihi..

Belanja gambar sekitar Venice.. Suram je sebab berkabus. Creepy jugak. Huhu..
Alert dengan tanda arah, insyaAllah tak sesat..
Punyalah banyak lorong sempit kat sini. Tak dapat saya bayangkan camna orang yang tinggal kat sini. Rate hotel dah tentu mahal. Hanya golongan korporat dan keparat yang minat pada opera je yang akan stay hotel di sini. Golongan marhain macam kami ni sesuai stay kat area Mestre je. Pastu naik public transport datang sini. Hihi.. Sesungguhnya cost living kat Europe ni memang tinggi. Setakat gaji cikgu yang dah di'convert' dalam euro, dikira termasuk dalam golongan susah kat sini. Hujan emas di negara orang. Baik layan hujan batu kat negara sendiri walaupun kadang-kadang batu konkrit yang jatuh atas kepala. Huhu..

Sedapnya tengok cookies tu. Yang tak sedap harga dia. Huhu..
Tak tau berapa jambatan yang kami dah lalui, berapa banyak lorong yang kami dah masuk, akhirnya kami sampai di kawasan kedai menjual souvenir. Terkejut juga kami bila tengok harga fridge magnet yang dijual di sini. Sebelum kami ke sini, kami dah set nak beli beberapa fridge magnet untuk kenangan kami sebab dalam fikiran kami kat Venice ni semuanya serba mahal. Rupanya fridge magnet kat sini antara yang termurah kami jumpa setakat ni. Bukan setakat fridge magnet, barang souvenir lain pun agak murah juga. Nampaknya boleh la beli banyak sikit untuk family dan kawan-kawan di Malaysia. Souvenir dari Venice tuu.. Jangan main-main. Hahah..

Wife saya selamber je jadi tour guide.. Pakar nih. Haha..
It's a souvenir heaven in Venice! Murah..
Untung kalau bayar pakai USD kat kedai ni
@ PONTE DI RIALTO

Makin ke depan makin banyak kedai menjual souvenir. Rupanya kami dah sampai di Ponte di Rialto atau Rialto Bridge, jambatan panjang yang famous di sini dengan kedai-kedai yang menjual macam-macam jenis barang dan souvenir. Makin galak la mata kami memandang barangan yang dijual di setiap kedai. Kami mencari juga souvenir yang sesuai untuk diberi pada bos kami. Beli jiwa bos la kononnya. Hahah.. Takdenya nak beli jiwa. Dah bos bagi kelulusan bercuti panjang, mesti la kena bagi sesuatu sebagai souvenir. Yang tak bertanggungjawab bagi kelulusan pun kami bagi jugak. Tapi bagi kat rakan-rakan terdekat je la. Tak dapat nak bagi kat semua orang. Belum mampu lagi nak buat kenduri souvenir ramai-ramai. Haha.. Souvenir bukan rasuah kan? Hehe..

Ponte di Rialto. Naik turun tangga atas jambatan. Banyak kedai menarik kat sini..
Di Ponte di Rialto ada Rock Shop yang hanya menjual t-shirt. Main shop terletak di area Piazza San Marco. Mungkin kerana di sini adalah tourist hotspot, diorang buat cawangan kat sini. Kami tengok juga design t-shirt yang dijual. Ada kawan yang pesan beli t-shirt HRC Venice design classic warna putih. Yang ada kat sini cuma tulisan Venezia. Staff kat sini kata kalau nak tulisan Venice ada di main shop. Kami memang akan ke main shop. So kami survey dulu t-shirt di sini. Andai kata tak berkenan design di main shop, kami boleh beli kat sini sebab kami akan lalu balik di Ponte di Rialto.

Rock Shop di Ponte di Rialto. Kita survey dulu ye..
Kami teruskan perjalanan ke Piazza San Marco. Dah tak jauh dah dari Ponte di Rialto. Ramai betul orang kat sini. Lorong pulak sempit. Kena jaga beg masing-masing. Risau jugak kalau ada yang amik kesempatan time tengah bersesak-sesak ni. Huhu.. Banyak kali nampak orang Bangladesh berniaga kat kaki jalan. Itu yang mencacatkan pemandangan cantik di Venice ni. Bukan sebab orang Bangladesh ye, tapi sebab berniaga secara illegal di kaki jalan. Statement kena betul. Nanti ada yang kata racist pulak. Huhu.. Bukan setakat jual kat kaki jalan, ada juga yang cuba memaksa orang ramai beli selfie stick. Itu yang tak suka tu. Sama macam kat Trocadero, Paris. Orang dari Senegal jual key-chain dan fridge magnet. Tapi yang tu saya suka la jugak sebab diorang jual murah dari kedai. Hehe.. Berniaga takde masalah. Jangan sampai ugut dan pau duit orang sudah la. Habis tercemar nama Venice yang sudah sedia maklum menjadi tumpuan seluruh dunia. Banyak filem hebat dibuat disini. Paling famous cerita James Bond walaupun tak ingat movie mana satu. Hehe..

Banyak betul kedai yang sale kat sini. Kedai jam pun banyak juga..
@ PIAZZA SAN MARCO

Jam 12.25 tengahari kami sampai di Piazza San Marco. Kami berdiri di tengah dataran sambil melihat senibina bangunan yang amat cantik di sekeliling kami. Ditambah pulak dengan cuaca yang masih berkabus, lagi nampak macam dalam cerita fairytale. Hehe.. Nama english bagi Piazza San Marco ialah St. Mark's Square. Ia adalah dataran umum yang utama di Venice, di mana pada zaman dulu, orang ramai berkumpul di sini untuk meraikan majlis dan acara utama. Lebih kurang macam Dataran Merdeka la. Ada acara besar je buat kat situ sampai habis jem teruk kat KL. Even tak buat pun dah sedia jem. Huhu.. Sebab tu saya suka naik motor je kalau jalan kat KL. Tak boleh tahan bila sangkut jem. Iman pulak takde la kuat mana. Mula la mulut tu cakap benda yang bukan-bukan. Hahah..

Cantik betul pemandangan kat Piazza San Marco ni. Superb!..
@ HARD ROCK CAFE VENICE

Dah puas bergambar di Piazza San Marco, kami berjalan hingga ke hujung dataran untuk mencari Hard Rock Cafe Venice yang terletak di bangunan sebelah dataran. Kami melalui satu lorong untuk keluar dari dataran dan dihujungnya kelihatan HRC Venice. Ini adalah antara lokasi HRC yang paling menarik sekali sebab di depannya ada jeti untuk bot dan servis gondola. Misi saya ke Venice tercapai apabila menjejakkan kaki ke dalam HRC. Hehe.. Barulah rasa puas hati bila sampai ke sini walaupun sebenarnya cukup sekadar beli t-shirt di Ponte di Rialto tadi. Macam tak complete mission tanpa ke HRC main shop. Ahh, macam-macam la saya ni. Hahah..

Sampai sudah di Hard Rock Cafe. Mission in Venice accomplished!..
Memang betul kat main shop ni je yang ada t-shirt classic putih tulisan Venice. Kami selesaikan kiriman dari kawan-kawan. Sambil beli boleh kumpul point. Hehe.. Saya tak berminat dengan design yang ada kat sini sebab semuanya dah ada dalam almari kat rumah. Saya nak pergi balik kat Ponte di Rialto sebab tadi ada nampak satu design city-tee yang menarik. Selalunya city-tee warna putih, tapi kat Venice ada dua warna. Salah satunya macam gambar kat atas tu. Menarik design city-tee Venice ni. Rare..

Shopping sakan beli untuk kawan-kawan..
Selesai urusan di Hard Rock Cafe Venice, kami berjalan semula ke Ponte di Rialto. Tadi dah survey kedai-kedai yang ada kat situ. Macam-macam yang ada dalam fikiran nak beli barang souvenir untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Kena kawal nafsu sikit. Hahah.. Walaupun murah tapi kalau tak sedar diri boleh habis banyak jugak. Macam pergi Daiso la. Harga RM5 je, tapi kalau dah sebakul keluar air mata jugak nak membayarnya. Huhu..

Iman kene teguh bila terjumpa kedai macam ni. Hahah..
Jom layan opera kat pintu masuk. Hihi..
EUR80.00 je naik gondola ni untuk 30 minit..
Jam 1.40 petang kami sampai semula di Ponte di Rialto. Masa untuk mencari barang yang sesuai dibawa pulang sebagai kenangan di Venice. Kedai pertama yang kami masuk dah tentu Rock Shop. Priority tu. Hahah.. Kami pilih design t-shirt yang berkenan di hati sebagai tambahan koleksi peribadi kami untuk HRC yang ke-23 dalam list travel kami. Fuhh, banyak dah koleksi t-shirt HRC kat rumah ni. Susah betul bila ada minat macam ni. Tapi sekurangnya ada la misi tambahan bila ke luar negara. Hihi.. Rasanya dah takde HRC lain yang kami nak pergi untuk trip kali ni. Habis sudah. Mungkin last day nanti kalau sempat nak repeat ke HRC Paris sebab wife tak puas hati beli t-shirt classic warna putih dulu. Hahah..

Tq Hard Rock Cafe Venezia!..
Selesai hal di HRC Venice, kami meronda tengok kedai yang lain. Sambil tu berkira-kira jugak barang yang nak dibeli. Takut terlebih beli kang membazir pulak. Maklumlah, kawan-kawan yang minat travel boleh kira dengan jari. Yang komen negatif memang ramai la. Buang duit katanya. Ada juga yang berminat tapi tak berani nak travel sendiri. Travel agent kan banyak. Diorang menunggu je orang bagi duit kat dia. Hendak seribu daya.. Pada saya, travel ni banyak membuka mata saya tentang kehidupan. Selain melihat negara orang, saya dapat banyak pengalaman. Pengalaman yang takkan dapat di negara sendiri. Ada satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila travel ni. Hanya orang yang mempunyai minat travel je yang tau perasaan itu. Duit boleh cari, tapi pengalaman hidup tu tiada nilainya. Eh, boleh berfalsampah pulak.. Huhu..

Ada jugak kedai ni kat sini. Cer teka kedai apa? Hihi..
Sesuai untuk anak dara kami ni..
Punya la jauh berjalan sampai terlupa nak makan. Huhu.. Masa datang pagi tadi ada ternampak satu kedai halal tapi tak bukak lagi masa tu. Dah pukul 2.30 petang ni takkan masih tutup kot. Setelah puas meronda kat Ponte di Rialto, kami berjalan balik ke stesen bas di Piazzale Roma. Alhamdulillah kedai halal tu bukak hari ni. Agak bersesak juga dalam kedai ni sebab ruang sempit. Takde meja dan kerusi kat kedai ni. Terpaksalah makan sambil berdiri je. Huhu.. Kami order makanan yang senang dimakan sambil berdiri iaitu 2 set hotdog dan air tin yang berharga EUR7.00. Nak makan nasi terpaksa pulak cari tempat duduk kat luar. Hotdog pun dah cukup sebagai alas perut sebab dalam perjalanan nanti kami nak singgah makan malam. Itu pun dengan harapan restoran tu bukak. Lokasi restoran tu agak isolated sikit, macam ada harapan untuk tutup. Huhu..

Layan hotdog je la. Banyak betul duit negara luar lekat kat dinding. Duit RM pun ada..
Selesai makan, kami sambung perjalanan ke Piazzale Roma. Rasanya dah cukup puas seharian di sini. Walaupun tak semua lorong kami masuk, yang penting main attraction di sini kami dah sampai. Letih la nak explore semua lorong. Hihi.. Dah boleh bawak balik kenangan yang terindah di Venice. Sebelum ni cuma dapat tengok Venice dalam tv dan internet je. Kali ni kami sendiri merasa menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah, dapat juga kami menikmati pemandangan yang cantik anugerah Tuhan yang maha Esa.

Tengok sungai kali terakhir di Venice..
Kami sampai di Piazzale Roma jam 3.30 petang. Saya ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas yang berharga EUR1.50/person. Takkan la nak naik free lagi kot. Hehe.. Kami mencari signboard bas no. 7 di lorong bas. Sambil menunggu bas sampai kami bergambar di kawasan sekitar, menghabiskan sisa saat terakhir berada di Venice. Mungkin takkan sampai di sini lagi. Banyak lagi bandar dan negara dalam dunia ni yang kami nak explore. Itupun bergantung kepada kewangan keluarga. Paling utama kesihatan diri. Duit banyak tapi tak sihat pun tak guna juga. Tak boleh nak travel sendirian berhad macam ni. Ada rezeki maka adalah bandar yang akan dituju nanti, insyaAllah..

Tiket bas. Boleh simpan buat kenangan
Keadaan stesen bas di Piazzale Roma
Jam 3.40 petang bas no. 7 sampai di platform. Dengan pantas kami naik sebab ramai juga yang nak naik bas ni. Lega betul bila dapat duduk. Rupanya sejak keluar dari Hotel Da Tito pagi tadi kami langsung tak duduk! Lebih 6 jam tuu. Huhu.. Patutlah bila dapat duduk dalam bas ni rasa sedap sangat. Bila dah duduk barulah terasa letih. Bas bergerak je saya terus lelapkan mata. Harap jangan terlajak sudah. Nanti susah nak cari bas balik ke area hotel. Huhu.. 

Gambar terakhir sebelum saya tertidur. Bye-bye beautiful Venice!..
Saya tersedar bila bas berhenti mengejut. Ganas jugak driver bas ni bawak. Nasib baik belum terlajak lagi. Jam 4.00 petang kami sampai di Via Cappuccina bus stop. Kami turun dan masuk ke dalam hotel di seberang jalan untuk amik kereta. Kami tumpang bilik air dalam hotel untuk kemaskan diri. Sambil tu kami berborak dengan staff hotel. Dah lama dia lari dari Bangladesh dan duduk di Venice kerana ada banyak peluang kerja kat sini. Kebetulan mak dan ayahnya sekarang duduk di Malaysia. Satu family kerja kat oversea rupanya. Hihi.. Itulah caranya diorang bekerja untuk kesinambungan hidup. Sanggup keluar dari negara sendiri untuk mencari rezeki. Orang Malaysia pulak bila kesempitan hidup dia pergi meragut dan mencuri. Taktau dari mana diorang di belajar mencuri. Mungkin ada mentor yang ajar cara mencuri kot? Hahah.. Itu membuatkan rakyat takut duduk di negara sendiri. Orang luar pun ramai yang masuk. Harap selamatlah hidupku sekeluarga di bumi tanah tumpah darahku ini, insyaAllah..

Hotel Da Tito.. Penuh dengan hidden charges. Huhu..
15 minit berehat dan berborak dengan staff hotel, jam 4.15 petang kami mula meninggalkan Venice dan Mestre menuju ke destinasi berikutnya iaitu kota fesyen Milan. Sebelum keluar ke jalan besar saya tengok dulu ada tak tram yang tengah lalu sebab saya nak lalu atas jalan tram. Kerisauan pagi tadi masih ada lagi. Bila takde tram yang lalu, dengan pantas saya drive dan keluar ke jalan motorway. Hehe.. Dalam perjalanan kami nak singgah makan malam di lokasi yang saya dah save dalam map. Here maps masih buat hal lagi, tapi saya tetap ikut jalan motorway walaupun map suruh saya keluar dari motorway. Takde masa nak godek option dalam map tu. Nampak macam dah pro memandu kat Italy ni. Jalan motorway, apa ada hal. Hehe.. Ikut je signboard arah ke Milano. Makin jauh kami meninggalkan Venice. Satu kenangan dan pengalaman hidup yang takkan dapat kami lupakan. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - PARKING      : RM16.50
  - BUS TICKET : RM14.10
  - JUMLAH       : RM30.60

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - LUNCH   : RM32.90
  - JUMLAH : RM32.90

No comments:

Post a Comment