Wednesday 29 June 2016

JJCP Western Europe: Day 11 (Part #2)

TARIKH:
29 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
McARTHURGLEN DESIGNER OUTLETS TROYES - TIZI SNACK & PIZZA - HOTEL PREMIERE CLASSE ROISSY-VILLEPINTE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ McARTHURGLEN DESIGNER OUTLETS TROYES

Kami sampai di McArthurGlen Designer Outlets Troyes jam 3.20 petang. Ruang parking amat luas walaupun banyak juga kereta yang parking di sini. Kami mencari parking yang paling hampir dengan pintu masuk ke McArthurGlen. Kami set untuk berada di sini dalam 3 jam dan jumpa semula di pintu masuk dalam pukul 6.30 petang. Banyak juga butik yang ada kat sini. Brand yang tak pernah dengar sebelum ni pun ada. Kedai pertama yang menjadi perhatian kami adalah butik Lafuma. Kedai sebelahnya lagi la menarik perhatian wife saya. Hihi.. Sebelum saya tunggu dia terjah kedai sebelah, biar dia teman saya kejap kat butik Lafuma ni. Harap adalah sale sempena Krismas dan tahun baru. Memang ada sale tapi tak banyak. Huhu.. Saya suka tengok beg dan kasut trekking walaupun dah lama tinggalkan dunia mountain trekking. Bila tengok harga lepas diskaun, rasanya lebih kurang sama je dengan harga kat butik Lafuma di Bangsar. Nampaknya cuci mata je lah tengok beg kat sini. Hihi..

Mari kita terjah McArthurGlen Troyes..
Besar juga designer outlet di sini. Boleh letih berjalan. Hihi..
Kejap je kat butik Lafuma. Yang sebelah tu confirm lama saya kena tunggu. Huhu..
Sekejap je kami di dalam butik Lafuma. Geram je tengok beg kaler hijau dan oren tu. Huhu.. Kami keluar dari butik dan saya pulak jadi penungggu kat luar kedai. Tak kuasa saya nak tengok barang dalam Pandora tu. Hihi.. Biarlah wife saya je yang masuk. Dia lebih arif tentang Pandora. Siap ada group whatsapp Pandora lagi. Huhu.. Hampir 20 minit menunggu kat luar, wife saya keluar dengan muka tersengih. Suka la tu. Hehe.. Dia siap amik gambar dan post dalam group whatsapp, bagi kawan-kawan peminat Pandora tengok. Kalau ada yang pesan boleh la belikan dulu. Harga adalah rahsia. Hihi.. Wife saya kata harga charm Pandora kat sini amat murah. Tak pasti pulak saya berapa ringgit kategori murah tu. Maka sesi bisnes dalam whatsapp pun bermula sambil kami berjalan ke butik-butik yang lain di sini.

Belum masuk lagi dah tersengih. Hehe..
Dah duduk luar, nak buat apa lagi. Amik gambar kawasan sekitar je lah..
Kami masuk ke butik Columbia, antara brand yang saya minat. Manalah tau ada kasut yang murah, boleh ganti kasut kami yang dah hampir 4 tahun kami pakai. Setiap kali trip ke luar negara sejak ke Australia tahun 2011 lagi kami pakai kasut Columbia yang sama. Masih elok lagi sampai sekarang. Cuma sekali je hantar kedai jahit tapak. Sekali pun tak pernah rasa sakit kaki bila pakai kasut ni. Selesa sangat. Saya ni kalau dah pakai satu jenama dan rasa puas hati memang tak cari brand yang lain dah. Kira percaya seumur hidup dengan brand tu. Hihi.. Kemeja Columbia pun selesa bila pakai. Eh, dah macam duta Columbia pulak. Saje je nak kongsi pengalaman pakai brand Columbia. Nampaknya cuci mata lagi sebab takde design kasut yang kami berminat. Harga diskaun pun takdelah banyak sangat. Kebanyakan pakaian winter yang banyak sale. Tak minat, sebab Malaysia takde winter season. Hehe..

Giliran saya pulak tersengih kat butik Columbia. Hehe..
Kami teruskan ke butik seterusnya yang menjadi idaman pelancong Malaysia iaitu Clarks. Hahah.. Masa kat UK dulu asal masuk butik Clarks je mesti jumpa orang Malaysia. Tapi kat sini tak jumpa pulak. Mungkin travel agent takde buat trip sampai ke sini kot. Kalau tak saya amat yakin diorang mesti serbu butik Clarks ni sebab brand Clarks agak terkenal kat Malaysia dan memang dah sedia maklum dengan harganya yang mahal kemain. Ada sale pun masih ratus-ratus harganya. Huhu.. Kami tengok harga kasut yang dijual kat sini. Nampaknya masih mahal juga selepas diskaun, tapi still murah berbanding di Malaysia. Kasut Clarks saya kat rumah pun masih elok lagi. Ingat kalau ada yang murah boleh la beli dan jual kat mudah.my. Hehe.. Nampaknya tak boleh lawan dengan harga di UK yang jauh lebih murah.

Sale up to 30%.. Takde yang harga sama macam GBP20.00 kat UK dulu. Hihi..
Kami teruskan berjalan di setiap butik. Butik yang tak pernah dengar kami hanya tengok dari luar je. Tak dapat nak masuk semua butik kat sini. Mau sampai tutup tempat ni kalau nak masuk semuanya. Hahah.. Antara butik lain yang kami masuk adalah Geox, Kickers for Kids, Furla dan beberapa butik yang lain termasuklah kedai jam. Brand Fossil paling murah di sini tapi kami tak berminat sebab dah ada. Banyak juga jenama jam lain yang kami tak pernah dengar dan harganya boleh tahan murah jugak sampaikan kami tak tau yang mana satu nak beli. Akhirnya kami tak beli langsung jam padahal masa datang ke sini cadangnya nak beli sepasang untuk menggantikan jam Tissot saya yang hilang kat tandas opis. Sedih jugak time tu. Siap buat announcement satu bangunan lagi. Huhu.. Dah takde rezeki nak dapat balik. Hilang time bulan puasa pulak tu. Dah la pekerja kat opis semuanya Melayu. Mungkin jam saya tu dah kena jual buat belanja raya beli rempeyek kacang dhal. Alahai..

Tak banyak pun sale kat sini. Buat segarkan mata je lah..
Kat Malaysia saya tak masuk butik ni. Kat sini kasut paling murah EUR45.00. Ok la..
Sampai ke hujung kami meronda
Hampir semua butik kami dah lalu kat sini. Cuaca dah mula gelap. Kami pergi balik ke butik Pandora sebab wife saya dah dapat banyak order dari group whatsapp dia. Bisnes tetap jalan. Hihi.. Boleh la buat menampung belanja kami kat sini. Sekurangnya ada jugak la barang yang dibeli kat McArthurGlen ni. Kami buat kesimpulan, kalau nak shopping baik pergi UK dari Western Europe. Saya yang tak minat shopping pun dapat rasakan barang di UK lebih murah berbanding di sini walaupun matawang pound tinggi. Bukan setakat butik, carboot sale kat UK pun meriah. Teringat kisah kami beli kasut Clarks untuk anak-anak di carboot yang berharga GBP1.00 sepasang. Kasut preloved tapi nampak macam baru, tapak pun tak jejas. Siap bagi dalam kotak lagi. Memang heaven betul shopping kat UK. Hihi..

Ada banyak charms dalam paperbag tu. Hihi..
Dah la tu.. Moh kita balik. Hihi..
Kelihatan Fa dan husband dah menunggu kami di pintu masuk. Jam 6.20 petang kami mulakan perjalanan meninggalkan McArthurGlen Troyes menuju ke Paris. Bila dah meronda cuci mata hampir 3 jam mulalah perut terasa lapar. Saya set pada here maps restoran halal Le Mandarin yang terletak di Drancy, Paris. Kami masuk semula ke jalan motorway dan bayar tol buat kali yang terakhir. Sampai di Paris keadaan jalan raya mula sedikit sesak tapi perjalanan masih lancar. Agak pening juga route yang kami lalu untuk ke Drancy. Ada juga la kejadian terlepas simpang dan terpaksa patah balik ke jalan yang benar. Hehe.. Sampaikan kami masuk lorong kawasan perumahan di kawasan Drancy. Betul-betul jalan shortcut here maps ni bagi route. Hihi..

Driving route: From McArthurGlen Troyes to Le Mandarin, Drancy
Saham terakhir kami di tol europe. Yeayy..
Kami sampai di area Drancy jam 8.40 malam. Kami mencari signboard restoran Le Mandarin tapi tak jumpa. Samada restoran ni tutup hari ni atau tutup untuk selamanya. Haduii.. 2-3 kali kami lalu jalan yang sama untuk pastikan lokasi restoran ni tapi tetap tak nampak signboard restoran. Yang kami nampak restoran halal yang lain. Jadilah, janji ada restoran halal di sini. Takde rezeki nak makan di Le Mandarin nampaknya. Saya amat yakin restoran ni dah tak wujud. Mungkin zabihah.com tak update senarai restoran yang masih beroperasi agaknya. Huhu.. Tapi dalam google map masih ada lagi lokasi Le Mandarin. Macam mana tu? Takkan google map pun tak update kot? Entah la.. Dah memang rezeki kami untuk makan di restoran halal yang lain di sini. Saya parking kereta betul-betul kat depan lokasi Le Mandarin. Mungkin restoran ni renovation tukar signboard, tak sempat nak pasang yang baru. Hihi..

Lokasi Le Mandarin dan Tizi Snacks & Pizza di Drancy
Street view from Google Maps. Saya parking betul-betul kat depan restoran ni. Huhu..
@ TIZI SNACKS & PIZZA

Kami ke restoran halal lain yang terletak berhampiran Le Mandarin iaitu Tizi Snacks & Pizza. Dari luar kedai kelihatan harga makanan yang dijual. Agak murah juga harga pizza di sini. Kedai tak besar, hanya boleh memuatkan 3 meja je dalam kedai. Ramai juga orang dalam kedai ni. Satu meja dah ada pelanggan dan yang lain hanya berdiri menunggu pizza dan burger untuk take-away. Kami tengok menu makanan yang dijual. Teringin pulak nak makan selain dari pizza. Kami order set beef burger dan chicken cordon bleu kebab beserta 2 air tin yang berharga EUR10.50. Bila tengok portion makanan yang sampai, agak murah juga la harga makanan kat sini. Sedang elok portion makanan tu dengan perut kami dah lama kosong sejak pagi tadi. Sedapnya beef burger dia. Alhamdulillah..

Tizi Snacks & Pizza @ Drancy
Affordable price. Great taste.. 
Disebabkan hotel kami malam ni dekat je dari sini, lepas makan kami berehat dan berborak tentang pengalaman masing-masing sepanjang trip ni. Macam-macam pengalaman yang kami dapat. Ada yang best dan ada juga yang tak best. Biasalah, adat mengembara. Takkan perfect semuanya. Tapi secara keseluruhannya amat menyeronokkan, dan juga meletihkan. Hihi.. Bila ada peluang ke luar negara dah tentu masa digunakan sebaik mungkin. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan kita, walaupun secara zahirnya kami memang dah dewasa pun. Hihi.. Habis berborak dan perut pun dah kenyang, tepat jam 10.00 malam kami beredar dari Tizi Snacks & Pizza menuju ke hotel.

Driving route: From Le Mandarin to Hotel Premiere Classe Roissy-Villepinte
@ HOTEL PREMIERE CLASSE ROISSY-VILLEPINTE

Kami sampai di Hotel Premiere Classe Roissy-Villepinte jam 10.20 malam. Saya pilih hotel ni ada sebabnya. Antaranya hotel ni terletak berdekatan dengan Charles de Gaulle Airport, memudahkan kami untuk return kereta awal pagi esok dan hotel ni juga dekat dengan train station untuk ke airport masa balik nanti. Takdelah jauh sangat nak tarik beg. Hihi.. Parking di luar hotel limited dan penuh. Saya tunggu di kereta sementara wife saya uruskan check-in hotel. Dari luar hotel ni nampak menarik. Harap isi dalam bilik juga menariklah hendaknya. Huhu.. Selesai check-in, kami kena parking kereta di bahagian basement. Sama macam kes di Ibis Zurich, kami dikenakan bayaran untuk parking. Kali ni lagi melampau harganya. Kami kena bayar EUR15.00/night! Haduii, melampau sungguh. Boleh pulak harga parking asing dengan harga bilik hotel. Huhu.. Kami stay 2 malam di hotel ni. Kadar kedua-dua hari berbeza. Hari pertama EUR30.60 dan hari kedua mahal sikit, EUR40.50. Jadi kami kena bayar EUR71.10 plus tourist tax sebanyak EUR2.65. Bayarkan aje la..

Kadar bilik berbeza ikut hari. Huhu..
Untuk buka pagar basement, saya kena tekan nombor pin. Dah la masa check-in tadi tak bagitau nombornya. Terpaksa cakap ikut interkom yang tak berapa jelas bunyi speaker dia. Berkali-kali staff dalam interkom tu ulang nombor pin sampai menjerit-jerit marah. Hahah.. Saya saja je buat tak dengar sebenarnya, suruh dia ulang banyak kali. Geram sebab kena bayar parking. Hihi.. Selesai parking kereta di basement kami naik ke bilik. Harap bilik lebih selesa berbanding Hotel Premiere Classe di Metz haritu yang bentuk macam kabin. Yang ni nampak eksklusif sikit dari luar tadi. Bukak je pintu bilik, kelihatan ruang bilik dan toilet yang agak luas. Alhamdulillah. Lega sikit. Dua malam tau nak stay kat sini. Hehe..

Bilik amat selesa di sini. Part bayar parking tu yang buat sakit hati sikit. Huhu..
Kami bersihkan diri dan bersiap-siap untuk tidur. Esok aktiviti kami adalah jalan-jalan seharian di Paris. Kami dah pernah ke sini tahun 2012 yang lalu. Jadi takde masalah tentang public transport dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Fa dan husband dah tentu teringin nak tengok Eiffel Tower punya. Kami pun memang nak ke sana sebab ada benda yang kami nak beli kat Trocadero. Ikut pada pengalaman dulu la ni. Hehe.. Letak je kepala atas bantal terus tidur dan menantikan pengalaman kali kedua di Paris esok hari. Harap adalah pengalaman yang baru dalam hidup kami di bumi Paris. Wallahualam..

Day 11 estimated driving mileage: 624 km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TOLL      : RM22.60
  - HOTEL   : RM381.90
  - JUMLAH : RM404.50

**DAY 11 COMPULSORY EXPENSES: RM611.50

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - DINNER  : RM49.40
  - JUMLAH : RM49.40

**DAY 11 MEALS EXPENSES: RM49.40

No comments:

Post a Comment