Friday 17 June 2016

JJCP Western Europe: Day 09 (Part #2)

TARIKH:
27 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
AUTOGRILL VILLORESI EST - SWISS BORDERS - PIAN SAN GIACOMO REST AREA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 12.40 tengahari kami mulakan perjalanan keluar dari P&R Molino Dorino. Destinasi seterusnya adalah nak ke Switzerland, negara yang paling saya teringin untuk sampai dalam trip ni. Pada saya Switzerland negara paling sesuai untuk kami yang lebih sukakan pemandangan yang cantik daripada shopping 24/7. Hehe.. Makan hari jugak saya mencari info tentang Swiss. Kalau boleh nak singgah kat semua tempat menarik di sana. Tapi memang takkan dapat la. Yang penting dapat cover beberapa tempat dah cukup memadai. InsyaAllah..

Melayan motorway Italy menuju ke Swiss Borders
Banyak sangat dah tol yang kami lalu kat Italy ni. Huhu..
Saya masuk ikut lorong Self-Service. Bayar terus kat mesin sebab takde tollgate girl. Hihi..
Motorway di Swiss takde tol tapi kena ada sticker Vignette seperti di Austria. Kat Austria ada Vignette untuk 10 hari, tapi kat Swiss takde. Maka terpaksa la beli Vignette yang valid untuk setahun!. Huhu.. Memang tak berbaloi langsung bila guna motorway kat Swiss untuk 2 hari je. Sebenarnya boleh kalau taknak beli Vignette, tapi tak boleh guna motorway. Kena ikut jalan kampung yang dah tentu makan masa perjalanan yang lebih panjang. Mohon pihak Swiss buat Vignette untuk kegunaan jangkamasa pendek seperti Austria. Barulah tak rasa sakit hati sangat nak membelinya. Hihi..

Driving route: From Molino Dorino to Villoresi Est Rest Area
Singgah sebentar di rest area untuk membeli Swiss Vignette
@ AUTOGRILL VILLORESI EST

15 minit memandu akhirnya kami sampai di Villoresi Est Rest Area. Walaupun perjalanan ke Swiss Borders masih jauh lagi, baik siap-siap beli Swiss Vignette. Takut terlupa beli sampai border kang jadi hal lain pulak. Huhu.. Di sini ada Autogrill yang besar. Wife saya dah jadi fans pada Autogrill ni sebab macam-macam benda yang dijual kat sini. Suka kemain dia bila nampak lambang Autogrill dari jauh. Hehe.. Kami parking kereta di depan kedai. Ini kali pertama saya masuk dalam Autogrill. Nak tengok juga apa barang yang dijual kat dalam Autogrill ni yang membuatkan wife saya suka sangat tu. Nampaknya Autogrill telah membuatkan wife saya hilang trauma pasal beg tadi. Hihi..

Besar juga Autogrill kat sini. Suka la tu..
Patutlah wife saya suka. Memang macam-macam ada kat dalam Autogrill ni.
Toilet kat sini ada saiz tau. Ikut la mana yang sesuai dengan saiz badan masing-masing. Hehe..
Bahaya kalau duduk lama dalam Autogrill ni. Tujuan utama nak beli Swiss Vignette je. Huhu.. Disebabkan hari ni cuma buah berangan je yang kami makan, jadi boleh la beli snacks untuk alas perut. Masa bayar saya bertanyakan tentang Vignette pada cashier. Nasib baik dia faham. Harga untuk Swiss Vignette adalah CHF40.00 tapi saya bayar guna Euro bernilai EUR38.50. Bila saya convert dalam RM, guna Euro saya kena bayar extra RM5.00 sebab CHF1 = RM4.40. Kira extra EUR1.00 la.. Takpe, janji sticker Swiss Vignette tu dah ada kat tangan saya. Maka selamatlah perjalanan kami kat Swiss motorway nanti. Hehe..

Ni dia Swiss Vignette. Walaupun saiz kecil tapi harganya besar. Huhu..
Selesai urusan di Autogrill, kami kembali ke kereta dan teruskan perjalanan. Terus lekat Swiss Vignette kat cermin depan kereta. Sticker Austrian Vignette saya cabut pelan-pelan dan simpan buat kenangan. Hihi.. Masa amik kereta sewa haritu, saya berharap juga kereta yang kami dapat dah sedia ada Swiss Vignette ni. Manalah tau orang yang sewa sebelum ni pergi Swiss dan terlupa nak cabut ke. Tak payah la beli dah sebab mesti masih valid lagi. Banyak boleh save kalau dah ada sticker. Tinggi betul harapan saya ye. Heheh.. Rasanya kalau ada pun orang Avis dah cabut. Dengki betul la diorang ni. Hahah..

Babai Autogrill. Banyak dah kami invest kat dalam tu tadi. Huhu..
Diesel masih ada suku lagi. Sempat rasanya kalau nak isi kat Swiss. Tapi disebabkan nak merasa kehebatan diesel kat Italy, kami singgah di stesen minyak. Kami cuma isi diesel sebanyak EUR20.00 je. Tak nak isi full sebab kat Swiss nanti boleh isi lagi. Takde kerja lain ke sampai nak isi minyak banyak kali. Huhu.. Teringin nak try diesel Italy. Pengalaman juga tu. Hehe..

Ok, cukup isi EUR20.00 je dulu..
Perjalanan diteruskan ke Swiss Borders. Cuaca amat baik. Dah takde kabus macam kat Milan tadi. Pemandangan tak perlu nak explain lagi, sudah semestinya cantik dan indah belaka. Ingatkan dah takde tol yang kena lalu, rupanya ada lagi yang terakhir sebelum sampai di sempadan. Banyak betul kami invest kat motorway Italy ni. Huhu.. Kat Malaysia bukan main merungut banyak jalan kena bayar tol. Dah sampai Italy baru padan muka bayar tol dalam Euro. Hihi.. Tapi saya kurang merungut sangat pasal tol kat Malaysia. Tak banyak yang saya invest sebab saya naik motor pergi kerja. Hihi.. Kalau naik kereta jumlah sehari bayar tol RM13.50. Dalam sebulan kerja 20 hari total RM270.00. Itu baru sebulan. Kalau setahun? Huhu.. Belum kira duit petrol lagi. Naik motor kapcai kos petrol dalam RM4.00 je sehari. Tapi sakit pinggang le nak sampai tempat kerja. Naik motor lebih mudah terdedah pada bahaya, especially time hujan. Biasalah, ada pro dan cons hidup dalam dunia ni. Tapi kalau naik kereta boleh menjamin keselamatan 100%, esok juga saya jual motor. Hihi.. Duit yang saya save dari bayar tol ni boleh la buat beli tiket flight untuk trip berikutnya. Eh, boleh main kira-kira ilmu hisab pulak kat sini.. Hahah..

Driving route: From Villoresi Est to Swiss Borders
Mari kita beratur bayar tol. Lalalala.. Hmmm
Lepas bayar tol, perjalanan kami dah hampir sampai ke Swiss Borders. Saya dah tak gunakan here maps sebab dah makin mengarut route yang dia suruh lalu. Asyik suruh keluar motorway je. Mungkin default setting avoid motorway atau tol kot? Takpelah, selagi kuota internet masih ada, kami gunakan waze untuk assist perjalanan kami. Kadang-kadang saya guna juga here maps bila lalu jalan dalam. Penat tau saya cari dan save semua location dalam trip ni kat here maps. Huhu.. Motorway kat Europe ni banyak sangat terowong dan jambatan. Rasanya dah lebih 50 terowong dan jambatan yang kami lalu sejak sewa kereta haritu. Apa-apa pun view tetap menarik.

Dalam masa 5 minit kami lalu 4 terowong ni.. Huhu..
Dah hampir sampai di Swiss Borders
@ SWISS BORDERS

Tepat jam 2.05 petang, kami sampai di Swiss Borders. Sempadan kat sini berbeza dari yang lain. Sempadan yang kami lalu sebelum ni semuanya hanya ada tanda signboard je. Tapi kat sini siap ada bangunan seperti imigresen. Pelik juga saya sebab Switzerland sama seperti negara Eropah yang lain, maka tak perlulah nak kene check dengan imigresen. Ada undang-undang khas ke nak masuk Switzerland ni? Mungkin diorang nak limitkan kemasukan orang luar, ataupun hanya nak check sticker Vignette kat cermin kereta. Entah la. Banyak betul benda yang bermain di fikiran. Special betul nak masuk sempadan kat sini. Tak mustahil juga sebab Switzerland masih guna currency sendiri iaitu Swiss Franc. Risau juga kami nak lalu Swiss Borders ni. Takut kena tahan je. Huhu..

Pastikan masa ni sticker Swiss Vignette dah ada kat cermin kereta..
Di hujung lorong ada sorang officer yang buat pemeriksaan kat setiap kereta yang lalu. Nampak macam dia berborak dengan driver kereta di depan kami. Takde pulak kena tunjuk passport atau bukak boot kereta. Tapi saya suruh jugak wife standby semua passport kami. Mana la tau dia tengok rupa orang Asia je terus soal banyak. Huhu.. Sampai giliran kami, saya buka tingkap dan officer tu tanya kenapa datang ke Switzerland. Saya jawab holiday. Pastu dia tengok cermin kereta. Check vignette kot? Kemudian dia bagi kami jalan. Alhamdulillah. Takde soal banyak dan tak perlu keluar kereta. Dan secara officialnya kami dah masuk negara ke-8 dalam masa lapan hari di Europe ni. Yezzaa.. Misi kami ke 9 negara dalam 9 hari hampir berjaya. Hehe..

Ada factory outlet kat borders tapi kami tak sempat nak singgah..
Motorway di Switzerland memberikan pemandangan gunung yang cantik di sepanjang perjalanan. Kalau yang kaki shopping memang kurang appreciate sikit view macam ni. Diorang tak kisah sangat tengok pemandangan macam ni berbanding beg berjenama di butik-butik. Hihi.. Inilah perkara yang paling saya utamakan bila travel ke luar negara. Melihat keindahan bumi ciptaan Tuhan. Subhanallah cantiknya.. Nampaknya memory card kamera confirm penuh dengan gambar kat Switzerland je. Hihi..

Pemandangan di motorway Switzerland..
Destinasi seterusnya yang kami nak pergi adalah masuk ke negara yang terakhir dalam trip kami. Negara yang keenam terkecil di dunia iaitu Liechtenstein. Dah alang-alang sampai di Switzerland, rasa rugi kalau tak singgah dan jejak kaki di Liechtenstein. Sekurangnya tambah bilangan negara yang kami dah lawati dalam diari travel kami. Hehe.. Harap sempatlah sampai sana sebelum gelap. Kami ikut pada arahan map menuju ke Vaduz, ibu negara Liechtenstein. Banyak terowong yang kami lalui sampailah kat satu tempat ni. Terkejut kami bila keluar je dari terowong, pemandangan sekeliling penuh dengan salji!.. Padahal sebelum masuk terowong tadi langsung takde salji pun. Unik betul la tempat kat Switzerland ni. Dari hari pertama kami tak jumpa langsung kawasan bersalji, sampai kat sini baru dapat merasa. Hehe.. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang tak pernah ada salji, pemandangan macam ni memang cukup mengujakan. Macam jakun pun ada, tapi biarlah orang nak kata apa. Hahah..

Tetiba sampai kawasan yang bersalji. Putih mata memandang..
Lepas kami lalu kawasan yang bersalji, kami masuk terowong lagi. Keluar je dari terowong terus tak nampak salji balik. Memang pelik betul. Salji ni boleh pilih pulak kat mana dia nak turun ye. Hihi.. Sebenarnya semua tempat kat sini bersalji, cuma kawasan tadi terlindung dari cahaya matahari sebab dikelilingi gunung yang tinggi. Sebab tu la salji tak cair lagi dan masih kelihatan di atas jalan. Makin jauh perjalanan, kami dibawa ke jalan yang berbukit mengelilingi gunung. Lagi lah cantik pemandangan sekeliling. Tak berhenti mulut kami memuji keindahan tempat ni.

Lepas terowong takde salji dah sebab ada cahaya matahari..
@ PIAN SAN GIACOMO REST AREA

Perjalanan kami melalui lereng bukit yang tinggi. Kami singgah sekejap kat rest area yang terletak di selekoh puncak bukit di kawasan Pian San Giacomo. Berhenti sebab tak tahan nak tengok view yang cantik dari atas bukit. Hihi.. Saya dapat bayangkan betapa seronoknya kalau dapat ride superbike layan corner naik dan turun bukit kat sini. Kami berehat sambil menikmati udara yang sejuk dan segar. Macam tak percaya kami dah jejak kaki di Switzerland. Itulah yang bestnya kalau sewa kereta dan drive sendiri. Ikut sukalah nak berhenti kat mana pun. Dapat tengok pemandangan kawasan kampung yang cantik di lereng gunung. Alhamdulillah..

Driving route: From Swiss Borders to Pian San Giacomo Rest Area at E43 road
Rest Area di Pian San Giacomo. Subhanallah cantiknya pemandangan dari sini..
Rasa macam nak lepak kat rest area ni lama-lama sebab tak puas melihat keindahan pemandangan sekeliling. Tapi disebabkan target nak sampai Vaduz sebelum gelap, maka dapat rehat dalam 10 minit pun dah memadai. Jam 3.20 petang kami sambung perjalanan menuju ke Vaduz. Sama macam tadi, kami lalu kawasan salji dan panas setiap kali lalu terowong. Boleh switch cuaca ikut terowong je. Hehe.. Bila lalu tempat yang bersalji kena hati-hati sebab jalan licin. Company sewa kereta akan provide tayar yang boleh dibawa dalam keadaan salji setiap kali musim winter. Kalau tak pakai tayar tu boleh kena saman. Rantai yang dililit pada tayar pun diberi sekali in-case kami lalu jalan yang tebal dengan salji. Saya siap study kat youtube cara pemasangan rantai pada tayar. Mana la tau tetiba kena pakai ke. Silap pasang kang ada pulak rantai yang tertinggal kat tengah jalan. Huhu..

Driving route: From Pian San Giacomo Rest Area to Vaduz
Memang betul la seperti apa yang saya baca dalam internet tentang jalan kat Switzerland ni. No wonder di sini ada banyak laluan yang dikatakan tercantik di Europe malah di dunia!.. Kami yang lalu ikut jalan biasa ni pun dah cukup kagum habis dengan pemandangan yang amat superb. Kalau jalan yang tercantik tu tak tau la camna pemandangannya. Silap haribulan melepak kat tepi jalan sambil bergambar la jawabnya. Huhu.. Wife saya tak berhenti amik gambar pemandangan sampai habis bateri. Nasib baik bawak extra bateri. Kat tempat cuaca sejuk bateri lagi cepat habis. Takpe, amiklah berapa banyak pun untuk kenangan dalam hidup kami.

Mengagumi bumi ciptaan Tuhan.. MasyaAllah cantiknya pemandangan..
Melalui kawasan tasik dan ski resort
Lebih sejam memandu, jam 4.40 petang kami sampai di kawasan sempadan Switzerland-Liechtenstein. Hanya jambatan sungai memisahkan kedua-dua negara ni. Takde pulak bangunan imigresen macam kat sempadan Italy tadi. Huhu.. Keadaan jalan di Liechtenstein amat lengang. Macam takde orang je kat sini. Harap ada lagi la kedai yang bukak di area Vaduz. Boleh la nak cuci mata dan cari souvenir. Cuaca dah mula senja. Sempat lagi rasanya nak mencari parking dan bergambar di Vaduz sebelum gelap. Wallahualam..

Keadaan waktu senja di Liechtenstein. Lengang dan tenang je..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - SWISS VIGNETTE : RM90.50
  - TOLL                   : RM12.20
  - DIESEL                 : RM47.00
  - JUMLAH              : RM149.70

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - SNACKS  : RM36.70
  - JUMLAH : RM36.70

No comments:

Post a Comment