Saturday 10 October 2015

JJCP Korea: Day 04 (Part #1)

Tarikh:
11 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Jeju International Airport - Air Busan - Gimpo International Airport - Able Guest House

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seawal jam 6.00 pagi lagi kami dah bangun. Tak nak terlepas flight walaupun tak jauh mana airport dengan guesthouse kami. Kami menyiapkan beg dan pastikan takde barang yang tertinggal. Sebelum checkout kami breakfast dulu. Roti cicah serunding dan milo 3-in-1 sudah memadai. Baki buah oren yang kami beli semalam kami tinggalkan di atas meja. Sememangnya begitu kalau duduk di hostel ataupun guesthouse. Daripada bawak dan tak tentu lagi makan atau tidak, lebih baik sedekahkan pada guesthouse. InsyaAllah ada keberkatan di situ.

Nice guesthouse. Recommended to all travelers..
Jam 7.45 pagi kami dah berada di front desk untuk checkout. Takde orang yang jaga. Kami tinggalkan kunci bilik. Tak dapat nak bergambar kenangan dengan staff yang melayan kami masa sampai haritu. Kami masukkan beg ke dalam kereta dan check semua keadaan kereta. Takut jugak tetiba ada calar ke. Kena pulak bayar penalti. Huhu.. Alhamdulillah, kereta yang kami sewa akan dipulangkan seperti keadaan asal, cuma kotor je la. Hihi.. Kami bergambar kenangan sebelum meninggalkan Jeju Art House. Thanks for the nice bedroom and comfortable bed except the towels. Huhu..

TQ Jeju Art House!..
Sebelum ke Jeju Auto House, kami singgah di petrol station untuk isi minyak. Dalam perjanjian, pick-up full dan return pun kena full. Semalam langsung tak isi minyak. Ye lah, bukannya besar sangat Jeju Island ni. Kami mencari petrol station yang paling dekat dengan Jeju Auto House. Baru minyak betul-betul full time return nanti. Hehe.. Kami isi minyak di S-Oil Petrol Station. Saya mintak wife amik gambar time saya tengah isi minyak. Sekali staff kat situ sound kami. Dia geleng kepala tanda tak bagi amik gambar. Muka pun sombong je. Adik-beradik penjaga kedai sebelah Bagdad Cafe kot. Huhu.. Tapi betul la, orang Korea tak seperti orang Jepun. Kalau diikutkan slang bahasa, memang kedua-duanya nampak kasar bila bercakap, tapi at least orang Jepun senyum je bila bercakap. Ini dah la kasar, muka pun serius je. Tak kisah la, apa-apa pun wife saya sempat snap gambar saya tengah isi minyak. Time isi minyak pun nak bergambar. Uishh, pengalaman juga tu. Hehe..

Gambar yang sempat diambil sebelum kena sound. Hihihi
Harga minyak di Korea KRW1675/liter. Kalau convert dalam RM5.30/liter. Fuhh, syukur menjadi rakyat Malaysia. Hehe.. Korea bukanlah negara pengeluar minyak, sebab tu harga minyak mahal. Itu yang selalu orang katalah kan. Hihi.. Selesai isi minyak penuh sebanyak KRW28,000, kami meneruskan perjalanan ke Jeju Auto House yang terletak tak berapa jauh dari situ. Confirm takde isu kurang minyak punya. Hehe..

Driving route from Art Airport Guesthouse to Petrol Station and Jeju Auto House
Kami sampai di Jeju Auto House jam 8.05 pagi. Lewat 5 minit dari yang dijanjikan. Tapi takde masalah sebab orang pun tak ramai di situ. Kalau kat Jepun tak tau la camna ye. Mesti kena sound punya. Huhu.. Staff datang check condition kereta dan aksesori yang lain. Semuanya dalam keadaan yang baik dan seperti asalnya. Alhamdulillah, selamat sudah kami menyewa kereta di Korea selama tak sampai 2 hari. Huhu.. Walaupun sekejap, tapi banyak pengalaman baru yang kami dapat. Antaranya adalah pengalaman pertama saya memandu di sebelah kiri. Memang kalut masa mula-mula bawak. Tapi lepas setengah jam terus rasa macam biasa. Jangan bawak balik skill memandu sebelah kiri kat Malaysia sudah. Huhu.. Nanti marah netizen dalam facebook. Terus jadi viral. Hahah..

Thanks Kia Morning for the precious moments in Jeju Island!..
Selesai sudah.. What a great experience!..
@ Jeju International Airport

Selesai semuanya, kami dibawa naik bas untuk ke Jeju International Airport. Flight kami berlepas jam 9.30 pagi. Ada banyak masa lagi untuk kami jalan-jalan di dalam airport. Perjalanan dalam bas menuju ke airport cuma mengambil masa tak sampai 10 minit. Driver bas amat baik, tolong turunkan beg untuk kami dengan senyuman. Kami ucap Gamsahamnida (dah itu je yang kami tau cakap, hehehe) kat driver tu. Sebelum masuk ke dalam terminal kami bergambar dulu. Masa sampai aritu tak dapat nak bergambar kat luar airport sebab dah gelap. Kami masuk ke dalam terminal dan perkara pertama yang kami buat adalah check-in flight. Selesai check-in kami jalan-jalan cuci mata kat sekitar kawasan airport yang besar ni.

Layan.. Walaupun tak sampai 10 minit perjalanan.. Huhu..
Layan bergambar kat luar airport dulu..
Selesai check-in luggage kami
Tak ramai orang pagi-pagi nih..
Nak withdraw duit dulu lah.. Hihi..
Dah puas kat dalam, dok luar pulak. Hehe..
Hmm.. Ada port rupanya.. Zass..
Lama jugak nak menunggu masa untuk boarding. Kedai pulak banyak yang tak bukak lagi. Cuci mata kat roller shutter kedai buat pe. Huhu.. Kat dalam dah, kat luar pun dah, last-last kami duduk je la tunggu sampai boarding gate bukak. Itulah, bila orang yang travel cara budget ni memang terasa buang masa duduk tak buat apa-apa. Kan ke best kalau dapat curi masa jalan-jalan kat bandar Jeju dulu, then sampai airport, check-in dan terus boarding. Huish, macam fight sendirian berhad je kan. Boleh je kalau nak buat camtu, rushing style. Bila kena tinggal dengan flight baru padan muka. Huhu..

Penantian satu penyeksaan. Huhu..
Our boarding pass..
Sebenarnya tak sampai sejam pun kami menunggu. Tapi disebabkan tak tau apa nak buat, itu yang terasa lama sangat tu. Huhu.. Jam 9.00 pagi boarding gate bukak. Kami beratur untuk immigration check. Disebabkan ianya domestic flight, takde la strict sangat diorang check. But, still kena scan semuanya. Orang tak ramai, sebab tu rasa smooth je proses pemeriksaan kat imigresen. Kami terus berjalan ke gate 11. Jam 9.20 pagi pintu gate 11 bukak dan kami beratur untuk naik flight Air Busan BX8026 ke Seoul.

At immigration counter
Ada pameran bonzai Korea kat sini. Comel..
Menunggu untuk masuk ke dalam flight BX8026 ke Seoul
@ Air Busan

Tak ramai penumpang dalam flight kami. Tak nampak pun tourist dari Malaysia. Masa beratur kat imigresen tadi ada juga nampak orang Malaysia dan group dari Indonesia. Saya sempat berborak dengan sorang tourist dari Indonesia. Diorang pun nak ke Seoul. Tapi diorang naik flight lain kot. Ada banyak flight yang menuju ke Seoul dari Jeju Island. Tapi saya rasa Air Busan dah offer harga tiket yang amat murah untuk kami. Alhamdulillah.. Dah tiba masa untuk berlepas ke Seoul. Maka berakhirlah sudah pengalaman kami menjejaki Jeju Island. Sememangnya tak cukup trip selama 2 hari di sini. Ada rezeki lain kali nak datang sini at least seminggu. Baru puas meronda seluruh pulau. Yang penting pengalaman yang ada sedikit tu kami akan buat sebagai kenangan hidup kami. Thank you Jeju Island!.. Seoul.. Here we come!..

Inside Air Busan flight no. BX8026. About an hour to reach Seoul..
Takde apa yang boleh dibuat di dalam flight melainkan tengok gambar dalam majalah Korea. Huhu.. Flight time pun dalam sejam je. Nak tidur pun tak puas. Kami cuma diberikan fresh orange. Tak bagi pun takpe. Hehe.. Tapi seriously amat selesa naik flight ni. Ruang kaki agak luas kalau nak dibandingkan dengan Air Asia. Sebab tu hanya Air Asia je yang boleh bagi tagline 'Now Everyone Can Fly'. Harga murah, so terimalah apa condition yang ada tanpa banyak soal ye. Hehe.. Tapi pada saya, tak kisah lah sempit macam mana pun, yang penting murah dan selamat sampai. As I told my wife before, kalau flight dari Malaysia ke London harga RM500 tapi kena duduk bersila pun saya sanggup. Pengalaman juga tu. Hahah..

Fresh orange segelas sudah memadai.. Tq..
Cuaca agak baik hari ni..
Kelihatan bandar Seoul yang amat besar.. Yeay!..
@ Gimpo International Airport

Jam 10.25 pagi flight mula turun dan bersedia untuk mendarat. Alhamdulillah flight BX8026 mendarat dengan selamatnya di Gimpo International Airport. Di Seoul, airport yang terbesar adalah Incheon International Airport. Mungkin kerana kami naik domestic flight, ia tak turun di Incheon. Tak kisahlah, yang penting dua-dua airport kat Seoul. Hehe.. Turun dari flight, kami terus ke area baggage claim. Selesai amik beg, kami keluar ke terminal. Macam biasa, keluar dulu amik angin Seoul buat pertama kali. Matahari agak terik tapi suhu tetap sejuk. Kami berjalan di kawasan terminal mencari pamphlet atau apa-apa info tambahan tentang Seoul. Seterusnya kami mencari arah ke subway station.

Air Busan flight no. BX8026 from Jeju Int'l Airport to Gimpo Int'l Airport
Menunggu beg kami keluar
Agak-agak kalau rembat satu diorang perasan tak? Hehe..
Seperti biasa, amik angin Seoul dulu..
Suasana di Gimpo International Airport. Tak crowded sangat..
Bertanya di mana letaknya subway station
Agak jauh juga lokasi subway station dari terminal. Nasib baik sepanjang perjalanan ada disediakan travelator. Takdelah penat sangat kaki nak melangkah. Hampir 10 minit kami berjalan, akhirnya kami sampai di subway station untuk ke bandar Seoul. Ticket machine di sini lebih kurang sama je dengan di Busan. Kami guna cashbee untuk naik train di sini. Rangkaian subway di Seoul agak besar dan complicated. Kalau kat Busan tu teramatlah mudahnya sebab tak banyak station. Tapi semuanya akan jadi mudah jika dah study awal-awal pasal subway map. Kami dah pernah merasa naik subway yang besar di Tokyo, so takde masalah sangat di Seoul ni. InsyaAllah tak sesat. Paling teruk pun terlajak station je kot. Huhu..

Lega ada travelator. Hihi..
Kita reload cashbee card dulu.. Dah pro nampaknya. Hehe..
Ruang legar Gimpo International Airport Subway Station
Ada banyak sign supaya kita tak silap naik subway
Seoul Subway Map. Nampak complicated tapi senang je sebab ada tulisan Roman. Hihi..
Jam 11.30 pagi, train yang ditunggu pun tiba. Kami naik Subway Airport Line menuju ke Hongik University Station. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Sampai di Hongik University Station, kami transfer ke Line 2 menuju ke Dongdaemun History and Culture Park (HCP) Station. Kalau refer pada map, ada 3 line yang berhenti di Dongdaemun HCP Station iaitu Line 2, 4 dan 5. Kami naik Line 2 sebab exit dia dekat dengan guesthouse kami. Itu la sebabnya kena study betul-betul subway map. Takde masalah kalau nak naik Line 4 tapi agak jauh juga nak menapak ke guesthouse. Huhu..

Seoul Subway from Gimpo Int'l Airport (Airport Line) to Hongik Univ (Line 2) to Dongdaemun HCP.
Keadaan di dalam subway
Info tentang station yang berikutnya. Mudah nak faham..
@ Able Guesthouse

Kat dalam subway pun boleh tengok info station yang akan dilalui. Bukan setakat tu, siap ada announcement lagi untuk setiap station yang akan sampai. Sepatutnya takde lah isu terlepas station melainkan sedang kusyuk melayan phone atau tertidur. Ada pengalaman sebelum ni. Huhu.. Kami sampai di Dongdaemun HCP Station jam 12.25 t/hari. Kami keluar ikut Exit-3 dan tak sampai 5 minit kami dah berada di depan pintu Able Guesthouse. Lega bila nampak signboard guesthouse ni sebab ianya terletak di belakang bangunan di jalan besar. Kami terpaksa tengok setiap lorong kecil disepanjang jalan untuk mencari guesthouse ni. Kami masuk ke dalam untuk berjumpa dengan tuan punya guesthouse. Manager guesthouse ni bernama Mr. Hong. Muda dan peramah orangnya. Agak famous Mr. Hong ni dikalangan tourists dari Malaysia. Dia kata ramai juga orang Malaysia yang stay di Able Guesthouse. Memang betul sebab di dinding kaunter kelihatan banyak gambar orang Malaysia yang pernah sewa di sini. Kami diberi bilik yang terletak di bangunan lain di lorong sebelah. Rupanya guesthouse ni ada dua bangunan. Di tempat kami check-in ni adalah hostel dan di bangunan lagi satu adalah untuk private room. Selesai urusan pembayaran bilik sebanyak KRW180,000 untuk 3 malam, kami dibawa oleh sorang staff ke bangunan di lorong sebelah untuk tunjukkan bilik sewa kami.

Walking route from Dongdaemun HCP Station Line 2 (Exit-3) to Able Guesthouse
Sampai sudah di Able Guesthouse
Landmark ke Able Guesthouse, lorong di sebelah butik Nike
Able Guesthouse thru Booking.com @ KRW180,000 for 3 nights
Nak masuk ke dalam bangunan kena tekan passcode di pintu. Kalau salah tekan keluar bunyi alarm. Yelah kan, bukannya ada guard yang jaga bangunan. Cuma yang menyewa je dapat passcode tu. Kami dapat bilik di tingkat 2. Tangga nak naik ke atas punyala sempit. Beg pulak berat. Agak terseksa jugakla nak mengangkut beg naik ke atas. Takpe, hanya time check-in dan check-out je kena angkut. Huhu.. Bilik yang kami dapat takde la besar mana, tapi cukup selesa untuk kami berdua. Jadilah untuk mandi dan tidur. Bukan nak melepak lama dalam bilik pun. Kami berehat sekejap sebelum keluar mencari pengalaman baru di bumi Seoul. Wallahualam..

Namecard Manager Able Guesthouse
Bilik yang agak sempit tapi selesa untuk kami berdua.
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Petrol                  : RM 86.90
  - Able Guesthouse  : RM576.00
  - Jumlah                 : RM662.90

10 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Cashbee tu sama macam T-money ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mawar_merah
      Cashbee sama je macam T-money. Student yang tolong belikan untuk saya kat 7-11 Gimhae Airport tu kata fungsinya sama.
      Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam sis, nk tnye petrol krw28,000 tu leh cover 1 jeju ke?
    Atau brp anggran ornggunaan petrol kat sane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ema Hairani..
      Alamak, saya bro.. Bukan sis. Hahah.. Saya just drive untuk perjalanan seharian kat Jeju. Masa amik kereta petrol full. Sebelum hantar saya fill up sampai KRW28,000. Jauh atau tak perjalanan saya boleh cek dalam post saya ye. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. Salam, saya ingin bertanya..Saya baru bookings Able Guesthouse Hongdae..So, saya ingin bertanya pendapat tentang guesthouse nie..Adakah dekat dengan subway? Exit mana dari subway yang paling dekat dan senang dengan guesthouse nie..Setahu saya,Paris Baguette juga dekat dengan guesthouse nie..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Able Guesthouse Hongdae tak jauh dengan Hongik University subway station. Dalam 10 minit jalan kaki dah sampai exit 7 station tu. Tentang Paris Baguette tu saya tak pasti. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. Salam..saya nak bertanya,utk sewa kat jeju auto house..dye perlukan credit card sahaja atau boleh pakai debit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hafiz Rifqi,
      Kedua-dua jenis kad boleh dipakai untuk sewa kereta di Jeju Auto House. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  5. SALAM, sy nk tya.. mcm mna cara nk sewa kereta di seoul. memandangkan kami ade ank kcil riisau akan memenatkan.. sbb sy bce blog semua guna kemudahan awam.. ade cadangan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Saya dah terangkan cara untuk menyewa kereta di Korea. Sama je di Jeju dan juga Seoul. Agak mudah juga cara untuk booking dan pickup kereta. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete