Monday 24 August 2015

JJCP Korea: Day 03 (Part #2)

Tarikh:
10 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Wagaengi Restaurant - Seongsan Ilchulbong - Manjanggul Lava Tube - Jungang Shopping Mall - Chilsungro Shopping Town - Bagdad Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dari Seongeup Folk Village kami ikut simpang ke kanan dengan harapan jalan yang kami pilih betul untuk sampai ke Wagaengi Restaurant. Tengok kat dalam buku tu terliur jugak menu dia. Huhu. Selain dari restoran, kat situ boleh try baju tradisiounal Korea dengan percuma dan ruang solat pun disediakan sekali. Memang terbaiklah!..

@ Wagaengi Restaurant

Akhirnya jalan yang kami pilih betul rupanya. Tak sampai 10 minit perjalanan dari simpang tadi, kelihatan bangunan restoran di sebelah kiri jalan. Ada 3 tour bus di situ. Mesti ada geng melayu dari Malaysia nih. Boleh berkenalan. Kalau kat luar negara bila nampak orang Malaysia mesti tegur. Kalau tak tegur pun senyum sudah semestinya. Silap haribulan boleh jadi rakan traveller. Hehe.. Tengok kat signboard takdepun tulis Wagaengi Restaurant. Yang ditulis adalah Korea Traditional Culture Center. Bila refer kat buku memang betul ianya tempat yang sama. Kami park kereta dan berjalan masuk ke kedai. Tourists yang naik bas ramai berkumpul di luar. Dah selesai makan agaknya. Saya tak nampak pulak ada orang melayu dalam ramai-ramai tu. Diorang pulak yang nampak pelik tengok kami kat situ. Huhu.. Perut dah lapar, kami masuk ke dalam restoran. Saya cuba mencari signboard tanda halal kat kaunter tapi takde. Dah la menu makanan dalam buku tu kata restoran ni guna daging halal. Takde pekerja kedai yang datang kat kami. Kami keluar balik dan mencari owner restoran. Nampak sorang lelaki tengah melayan tourist yang mula naik bas. Wife saya bertanya pada lelaki tu adakah restoran ni halal. Nasib baik owner tu tau sikit-sikit english. Dia geleng kepala dan kata "no more".. Tak puas hati takut dia tak faham, wife saya tanya lagi sekali. Dia jawab benda yang sama dan kata "new management, no more".. Huhu.. Kecewa sungguh kami bila tau yang restoran tu dah tak diiktiraf halal. Mungkin management baru. Kepada Korea Tourism Organisation yang publish buku tu, harap dapat betulkan balik ye.. "Wagaengi Restaurant is NOT HALAL anymore". Daripada ramai yang kecewa, biar kami je la yang terkena. Hmmm..

Driving route from Seongeup Folk Village to Wagaengi Restaurant
Nampak signboard ke Ilchul Land.. Betul dah jalan yang kami pilih..
Ini la nama tempat untuk Wagaengi Restaurant
Gambar ni sama macam kat dalam buku tu.. Huhu..
Bukan setakat kecewa sebab tak dapat makan, nak bergambar dengan pakaian tradisional Korea pun tak dapat. Mungkin boleh kalau nak try, tapi disebabkan tak dapat makan, terus hilang mood. Nampaknya solat kat tepi jalan je la.. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Nasib baik orang Islam ada amalan berpuasa, jadi boleh la tahan lapar sikit. Hihi.. Dari situ kami teruskan perjalanan ke destinasi utama kami di Jeju Island ni iaitu Seongsan Ilchulbong yang terletak di bahagian timur. Saya setkan pada Waze untuk ke sana. Dalam kereta kami tak banyak cakap, sebab tension tak dapat makan. Huhu..

Driving route from Wagaengi Restaurant to Seongsan Ilchulbong
@ Seongsan Ilchulbong

Hampir setengah jam memandu, jam 2.45 petang kami tiba di kawasan Seongsan. Kelihatan banyak kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke Seongsan Ilchulbong. Dari tadi tak cakap apa-apa dalam kereta, akhirnya perbualan bermula. Hehe.. "Harap-harap kat sini ada Lotteria". Kami parking di kawasan lapang memandang ke arah bukit yang amat cantik. Sebelum beli tiket untuk ke bukit tu, kami berjalan di kawasan kedai mencari Lotteria atau kedai roti atau apa sahaja kedai yang kami boleh beli makanan. Mula-mula terjumpa Starbucks. Apa lagi, koleksi citymug laa. Hehe.. Kemudian kami berjalan ke bawah sikit. Akhirnya kami jumpa Lotteria kat simpang jalan. Terus masuk, order makanan yang sama seperti di Jeju Airport semalam dan bayar KRW11,600. Makan time!..

Keadaan amat senyap ketika ini.. Krik.. krik..
Kawasan parking menghadap Seongsan Ilchulbong
Nampak tak orang ramai kat kaki bukit tu?
Citymug ada dijual di sini. Yeay!..
Tulisan yang kami amat harapkan ketika ini. Hehe..
Agak pantas makanan ini dihabiskan.. Huhu..
Bila dah kenyang barulah ceria sikit. Heheh.. Kami berjalan semula ke kaunter tiket Seongsan Ilchulbong. Agak crowded tempat ni. Tempat ni adalah antara tourist spot yang paling popular di Jeju Island. Rugi kalau ke Jeju Island tapi tak singgah ke sini. Seongsan Ilchulbong juga dikenali sebagai "Sunrise Peak" di mana waktu yang paling sesuai untuk datang melawat adalah ketika matahari terbit. Tak kisah nak datang time bila pun. Tetap cantik di pandangan mata. Hehe.. Ianya adalah kesan dari gunung berapi yang meletus dari permukaan laut pada zaman dulu hingga berbentuk seperti kawah yang besar jika dipandang dari atas. Kalau google tentang Jeju Island, gambar Seongsan Ilchulbong mesti akan ada sebab pandangan dari udara tempat ni amat cantik sekali. Kedudukannya yang mengunjur ke laut membuatkan ia nampak menarik.

Ceria sebab dah kenyang. Hehe..
Gambar ihsan google images sebab kami tak sewa helikopter. Hehe..
Kami beratur untuk membeli tiket. Kali ni agak ramai tourist. Harga tiket untuk masuk ke Seongsan Ilchulbong ni adalah KRW2,000/person. Tak mahal bayarannya kalau nak dibandingkan dengan kecantikan pemandangan di sini. Cahaya matahari terik tapi angin yang bertiup amat sejuk. Orang ramai bergambar di kawasan sekitar. Mengagumi bumi ciptaan yang maha Esa.. Subhanallah..

Beli tiket pun nak posing. Hihi..
Simpan tiket ni buat kenangan..
Penjaga kawasan mengawal pintu masuk
Bergambar di pintu masuk dulu..
Selain dari trek untuk ke puncak, di sini juga boleh tengok pertunjukan dari women diver di bahagian bawah. Tapi jadual untuk pertunjukan cuma 2 kali sehari iaitu jam 1.30 petang dan 3.00 petang. Nasib kurang baik sebab kami sampai di situ jam 3.40 petang. Kalau sampai tadi terus masuk insyaAllah sempat. Tapi makan lagi penting waktu tu. Hehe.. Kami cuma dapat tengok lokasi pertunjukan tu je. Di tepi lokasi pertunjukan tu ada bangunan kedai menjual fresh seafood. Kepada yang teringin nak naik kuda pusing-pusing kat kawasan lapang di sini pun boleh.

Nak jalan ke puncak boleh ikut trek ke kanan tu..
Tunggang kuda kat padang yang luas
Tempat pertunjukan women divers. Tepi tu kedai jual fresh seafood
Tak larat nak naik ke puncak. Kat bawah pun layan juga..
Dah tentu kami tak berjalan sampai ke puncak. Kejap lagi cuaca nak gelap dah. Ada satu lagi tempat yang memang kami teringin nak pergi. Setakat bergambar kat bahagian bawah dah memadai. Lebih kurang 20 minit berada di situ, kami mula melangkah keluar. Sebelum keluar, kami nak bergambar kat batu replika di situ. Ada satu group tourist ni agak kurang menghormati orang lain. Dah la bercakap punya la kuat, diorang selamba je bergambar kat replika tu bermacam-macam gaya. Punya la lama orang ramai menunggu untuk amik gambar di situ, tapi diorang buat tak tau je. Cukup-cukup la tu. Orang lain nak bergambar jugak. Takyah la cerita group tourist dari negara mana ye.. Rasanya boleh agak bangsa apa. Tulis kang dikatakan racist pulak. Sensitif manusia sekarang ni. Ada je point nak cari pasal. Apa yang saya ceritakan di sini adalah realiti dan ada kebenarannya. Ishh, tak suka la orang yang racist ni. Hidup aman damai kan ke bagus untuk semua?.. Huhu..

Seongsan Ilchulbong telah diiktiraf sebagai 'New 7 Wonders of Nature'.. Agreed..
Gambar kenangan terakhir sebelum meninggalkan Seongsan Ilchulbong
Sebelum meninggalkan Seongsan Ilchulbong, kami singgah sebentar di kedai menjual souvenir. Macam-macam souvenir yang boleh dibeli untuk dibuat kenangan. Antara yang menjadi favourite adalah t-shirt, coklat dan fridge magnet. Sesuai untuk dijadikan souvenir buat sedara mara dan kawan-kawan. Pastikan survey harga dulu kat setiap kedai kerana agak banyak jugak bezanya walaupun kedai bersebelahan. Takut menyesal bila dah beli kat satu kedai, tengok kat kedai sebelah lagi murah. Sakit hati kan? Heheh..

Teruja sungguh.. Pastikan check budget anda ye.. Hihihi..
Kami meninggalkan Seongsan Ilchulbong tepat jam 4.20 petang. hari dah semakin senja. Ada satu lagi tempat penting yang kami teringin nak lawat. Dari info yang saya dapat, tempat tu tutup jam 6.00 petang dan last admission pada jam 5.10 petang. Kami ada masa 50 minit untuk sampai ke tempat tu. Saya takut juga kalau waze tak dapat nak tunjuk arah. Saya cuba godek GPS in Korea tu. Saya tekan simbol telefon dan masukkan no telefon tempat tu. Akhirnya GPS tunjuk arah ke lokasi tujuan. Haha.. Dah nak malam baru tau cara guna GPS ni. Sebab tu saya save semua nombor telefon tempat yang saya nak pergi dalam itinerary. Berguna rupanya. Walaupun awek yang bercakap dalam GPS tu berbahasa Korea, yang penting arah yang ditunjukkan betul. Dalam GPS tertulis jarak ke destinasi sejauh 22.5 km dan kami dijangka sampai jam 5.07 petang. Nampaknya kena bawak laju sikit supaya sampai lebih awal. Harap tak kenalah speed trap sepanjang perjalanan. Hihi..

Tekan button icon telefon tu dan key-in nombor. Tadaa!.. Hehe..
Saya memandu agak laju mengikut arah yang ditunjukkan. Makin lama makin cepat jangkaan sampai ke destinasi. Kebetulan jalan pun agak smooth, kurang kereta dan traffic light. Destinasi seterusnya adalah ke Manjanggul Lava Tube, one of the UNESCO World Heritage, sama seperti Seongsan Ilchulbong. Harap sempatlah sampai sebelum pintu gua ditutup..

Driving Route from Seongsan Ilchulbong to Manjanggul Lava Tube
@ Manjanggul Lava Tube

Jam 4.50 petang kami sampai di kawasan parking Manjanggul Lava Tube. Cepat jugak kami sampai di sini. Kami mencari kaunter tiket. Rupanya dari situ nak ke tempat tiket agak jauh. Terpaksalah jalan dengan super pantas. Huhu.. Sampai di kaunter tiket, akhirnya dapat jugak kami beli tiket berharga KRW2,000/person. Nampak beberapa tourist baru keluar dari gua. Kami menuruni tangga yang makin gelap untuk masuk ke dalam Manjanggul Lava Tube. Di dalam gua ada lampu untuk memudahkan kami berjalan. But it still feels dark and spooky. Huhu.. Dengan lantai gua tidak rata dan lembap, bahaya jugak kalau tak berhati-hati. Agak luas juga ruang dalam gua ni. Manjanggul Lava Tube ni adalah sebuah gua yang terhasil dari lava gunung berapi yang mengalir membentuk seperti tunnel. Walaupun gua ni sepanjang 13.4 km, tapi yang dibuka untuk orang ramai cuma 1 km je. Tak dapat bayangkan kalau berjalan sejauh 13.4 km dalam gua ni. Mesti jumpa macam-macam punya. Huhu..

Ticket to Manjanggul Lava Tube
Sempat jugak beli tiket. Yeay!..
Turun tangga untuk masuk ke dalam gua.. Spooky.. Huhu
Time to explore the beauty of the tube!..
Pengalaman di Manjanggul Lava Tube yang takkan dapat dilupakan..
Di hujung gua ada struktur lava column yang dikatakan paling tinggi di dunia. Kami tak jalan sampai ke hujung. Separuh jalan je. Huhu.. Wife dah tak larat nak berjalan. Sakit kaki katanya. Kasut yang dibeli masa kat UK dulu dipakainya lagi. Dulu pakai kat Paris pun sakit juga. Tiada kesedaran rupanya. Hihi.. Beli murah kat Primark, memang sakit le. Setakat nak bergaya je boleh la. Heheh.. Biar kasut mahal dan tak cantik, asalkan tahan lama dan selesa memakainya. Kami patah balik untuk keluar dari gua. Kami keluar dari gua jam 5.20 petang. Hanya 20 minit je dalam gua sudah cukup memuaskan hati kami walaupun tak dapat nak tengok lava column yang tertinggi di dunia tu. Kaki wife saya lebih penting. Sakit teruk lagi susah nak berjalan.

Cuaca dah mula senja di luar..
Rehat jap kat luar. Letih jugak berjalan dalam gua ni. Huhu..
Kenangan sebelum meninggalkan Manjanggul Lava Tube
Akhirnya kasut Columbia jugak yang selesa.. Hihi..
Tepat jam 5.30 petang kami meninggalkan Manjanggul Lava Tube. Sebelum sampai ke sini tadi kami lalu di depan Maze Park. Ada cadangan nak pergi juga sebenarnya. Tapi dah tak sempat. Kena korban salah satu destinasi. Pilihan ke Manjanggul Lava Tube adalah lebih baik. Hehe.. Kami menuju ke bandar Jeju dengan keadaan cuaca yang semakin gelap. Selesai sudah trip siang hari di Jeju Island. Esok pagi-pagi dah nak hantar kereta. Huhu.. Ada banyak juga kawasan di Jeju yang agak happening di waktu malam. Untuk menambah aktiviti di malam terakhir, kami bercadang untuk jalan-jalan di kawasan bandar. Lokasi kami adalah ke area Tap-dong, di mana ada underground shopping mall dan shopping street yang berdekatan. Sambil cuci mata dapatlah cari souvenir sikit untuk dibawa pulang dari Jeju Island.

Maze Park.. Cuma lalu je tapi tak singgah..
Driving route from Manjanggul Lava Tube to Tap-dong
Masuk bandar je jalan terus jem. Huhu..
Jam 6.30 petang, kami dah masuk ke bandar Jeju. Jalan agak sesak juga. Kalau selalu drive kat KL tak jadi masalah jem macam ni. Boleh handle lagi. Hehe.. Nasib baik kami dah pandai setting pada GPS. Ikut je la mana yang diarahkan GPS. Sampai je di lokasi, kami mencari parking yang sesuai. Kat bandar Jeju ni parking agak limited. Kebanyakannya parking berada di persimpangan jalan dan di lorong-lorong belakang bangunan. Takut jugak nak parking kat tempat yang tersorok. Dah la macam tak cukup cahaya lampu je kat Jeju ni. Huhu.. Kami parking di tepi persimpangan jalan Tap-dong sebab cahaya lampu jalan agak terang.

Our night activities @ Jeju Town
Signboard ke Tap-dong. Tq Mr GPS in Korea!.. Hihi
Harap tak jadi apa-apa kat kereta kami. InsyaAllah..
@ Jungang Shopping Mall

Setelah yakin kereta kami parking kat situ, kami berjalan di Gwandeong Street menuju ke Jungang Shopping Mall. Mall ni terletak di bawah tanah di sepanjang Gwandeong Street. Ada banyak pintu masuk ke mall ni dari atas jalan. Kat Korea memang banyak underground shopping mall. Kami masuk ke dalam mall. Ramai juga orang kat bawah tanah ni. Hihi.. Kami cuci mata melihat barangan yang dijual di setiap kedai dalam mall ni. Kebanyakannya kedai menjual pakaian winter. Mungkin kedai-kedai di sini jual barang ikut season. Susah nak cari kedai yang menjual t-shirt biasa. Takkan nak beli sweater pulak kan. Bukan boleh pakai selalu kat Malaysia. Kalau boleh nak pakai t-shirt nipis je kat KL. Panas.. Huhu.. Kami masuk ke kedai menjual beg. Ingat nak beli beg sekolah untuk anak-anak. Bila tengok harga, terus tak jadi beli. Beg yang kualitinya macam kat pasar malam Taman Melawati harga punyalah mahal!.. Rasanya harga tu boleh beli 4 beg kat Kenanga Wholesale City. Huhu.. Maka, cuci mata je lah aktiviti kami di Jungang Shopping Mall.

Salah satu pintu masuk ke Jungang Shopping Mall
Keadaan di dalam Jungang Shopping Mall
Kebetulan isteri bos wife saya ada pesan belikan CD lagu K-Pop untuk anaknya. Kami jumpa kedai CD dan terus cari CD yang dipesan. Kira ada jugaklah barang yang kami beli kat Jungang Shopping Mall ni. Hehe.. Peminat fanatik K-Pop anak bos wife saya nih.. Mesti menjerit-jerit bila band K-Pop keluar TV kan? Huhu.. Masing-masing punya minat. Biarkan le.. Jangan buat maksiat sudah.. Tak tau nak sebut nama band dan album yang mana satu, wife saya tunjuk terus gambar CD yang berkenaan dalam phone. Ada pun CD tu. Selesai.. Satu CD sudah ditapau bawak balik Malaysia.. Hihi..

Setakat ni tak jumpa lagi muka macam kat poster tu. Huhu..
Agak bosan dengan pemandangan kedai yang menjual pakaian winter, kami keluar dari mall. Cuci mata kedai kat luar pulak. Agak jauh juga kami berjalan. Tengah berjalan tu, dari jauh nampak macam kenal je butik yang terletak kat satu simpang besar di hujung. Bila makin dekat , memang betul tekaan saya. Ada butik Columbia la kat sini!. Yeay.. My favourite brands. Masuk jangan tak masuk. Hehe.. Nak juga tengok murah ke tidak barang yang dijual dalam butik tu. Sekali tengok harga, better beli kat butik Columbia e-Curve. Huhu.. Items for sale pun tak menarik minat kami. At least kat e-Curve ada jugak baju longgok sale 40%..

Tengok melalui cermin je lah ye.. Hihi
I love Columbia!..
Dari segi harga, kat e-Curve jauh lebih murah. Huhu..
@ Chilsungro Shopping Town

Kami teruskan berjalan kaki dan terjumpa pulak Chilsungro Shopping Town. Tempat ni lebih kurang macam shopping arcade seperti di Jepun. Kami berjalan tengok butik dan kedai yang ada di situ. Banyak jugak butik branded kat shopping arcade ni. Malas nak tengok harga, jalan-jalan kat luar lebih selesa. Hihi..

Antara butik branded yang ada di Chilsungro Shopping Town
Selesai mencuci mata, jam 7.50 malam kami berjalan ke arah parking kereta. Destinasi terakhir untuk malam ni adalah mencari tempat dinner kami. Rasanya restoran Bagdad Cafe tu dekat je dengan kawasan ni. Untuk kepastian saya key-in nombor telefon restoran tu. Memang betul, tak sampai 10 minit untuk ke Bagdad Cafe. Saya memandu mengikut arahan GPS. Dalam hati saya berkata janganlah Bagdad Cafe ni jadi macam Wagaengi Retaurant sebab cafe ni saya refer kat buku yang sama. Huhu.. InsyaAllah status halal masih ada di Bagdad Cafe.

Landmark untuk ke tempat parking kereta kami
Driving route from parking @ Tap-dong to Bagdad Cafe
@ Bagdad Cafe

Jam 8.10 malam kami sampai di kawasan Bagdad Cafe. Nak dijadikan cerita, kami tak jumpa pun cafe tu. Huhu.. Dahla kena masuk ikut lorong yang sempit dan kawasan tu pulak banyak disko dan pub. Terpaksa jalan perlahan elak orang ramai yang berdiri kat tepi jalan. Sekali yang mabuk tetiba lintas jalan susah pulak kalau terlanggar. Huhu.. Saya tak puas hati. Lorong pulak sehala, muat untuk sebuah kereta lalu. Kami keluar balik ke jalan besar dan refresh GPS. Memang betul dah tempat tadi. Kali ni kami masuk lorong sebelah pulak. GPS tetap bagitau kat lorong tadi. Lagi sekali keluar ke jalan besar dan masuk semula kat lorong tadi. Wife saya keluar dari kereta dan cuba bertanya kat kedai disitu. Belum sempat bertanya, wife saya nampak signboard Bagdad Cafe kat belakang kereta kami, sebelah kedai tu. Haduii.. Camna boleh tak perasan signboard cafe ni. Yelah, kami lalu tepi restoran, tak nampak tulisan halal dalam jawi kat dinding atas kedai. Huhu.. Saya pun keluar dari kereta. Tetiba orang kedai sound kami, tak boleh parking kereta kat depan kedai dia. Saje je la orang tua ni. Kami masuk balik dalam kereta dan cari parking kereta yang lain. Nasib baik jumpa kat hujung lorong. Ngam-ngam ada satu je space parking yang kosong. Keluar je dari kereta, hujan renyai turun. Dengan pantas kami berjalan ke Bagdad Cafe. Haishh.. Susahnya nak pegi cafe ni. Sepatutnya 10 minit perjalanan, terus jadi setengah jam. Jangan makanan tak sedap sudah. Huhu.. Time for dinner!..

Tanda halal besar cenggini pun boleh tak perasan. Huhu..
Suasana amat cozy dan lampu pun romantik je cerahnya.. 
Bagdad Cafe ni juga ada dalam cerita KKKK, time Myo kalah game dan kena makan kat kereta. Hehe.. Waiter yang melayan kami amat fasih berbahasa inggeris dan sungguh friendly orangnya. Dia kata memang susah nak cari restoran halal kat Jeju Island ni. Baguslah kami dapat jumpa cafe ni. Hihi.. Kami tanya apa specialty yang ada di cafe ni. Makanan yang paling favourite kat sini ialah ayam tandoori bersama apa lagi kalau bukan kari. Hehe.. Kami pun order apa yang disyorkan waiter tu. Sambil menunggu tu kami tengok ramai juga orang Korea makan kat sini. Suka makan kari rupanya. Kalau kat Malaysia tersangatlah mudahnya nak makan kari. Kat sini dah dikira international food. Unik. Harga pun 'unik' jugak le. Huhu.. Tak sampai 15 minit menunggu, makanan yang kami order pun sampai. Makan sampai kenyang!..

Menu di Bagdad Cafe. Tandoori je la yang kami pernah makan..
Amekau.. Tandoori satu pinggan kami order..
Hampir sejam jugak kami duduk dalam Bagdad Cafe. Lagipun tak pergi mana-mana dah malam ni. Lepas ni terus balik ke guesthouse. Saya pulak tak boleh nak jalan jauh kalau dah pekena kari. Mengantuk jadinya.. Huhu.. Jam 9.30 malam kami mula meninggalkan Bagdad Cafe. Terima kasih kerana hidangkan kami ayam tandoori yang sungguh sedap dan berharga KRW35,000.. Masa kami berjalan balik ke kereta, kami perasan macam ada seseorang ikut kami dari belakang. Nampak macam mabuk je. Masa datang tadi jalan laju sebab hujan. Kali ni lagi laju kami berjalan ke kereta. Hihi.. Keselamatan kena jaga. Walaupun mungkin orang tu pun parking kereta kat tempat kami, tapi tengok pada muka dan cara berjalan agak mencurigakan. Masuk kereta terus kunci pintu. Huhu.. Berakhir sudah pengalaman seharian di Jeju Island. Masa untuk pulang ke Art Airport Guesthouse untuk beradu..

Bergambar kenangan sebelum tinggalkan Bagdad Cafe
Itu la dia pakcik kedai sebelah tu.. Eksyen je rupa dia. Huhu..
Kami sampai di Art Airport Guesthouse jam 9.50 malam. Bersihkan diri dan menyiapkan beg. Esok pepagi lagi dah nak check-out. Dah tak sempat nak jalan-jalan di Jeju Island lagi. Sebelum tidur kami makan buah Hallabong orange yang dibeli kat Jusangjeolli Cliff. Wife saya kata rasanya agak lain dari buah oren yang biasa. Amat manis. Pada saya sama je rasanya, sebab saya tak berapa suka makan buah oren. Huhu.. Yang penting dapat merasa makan oren keluaran Jeju Island. Alhamdulillah.. Selesai packing barang dalam beg, kami bersiap untuk tidur. Menantikan pengalaman hari esok di destinasi yang lain pula. Wallahualam..

Driving route from Bagdad Cafe to Art Airport Guesthouse
KRW10,000 untuk buah oren sebanyak ni
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lotteria                         : RM37.10
  - Seongsan Ilchulbong      : RM12.80
  - Manjanggul Lava Tube : RM12.80
  - Bagdad Cafe                 : RM112.00
  - Jumlah                          : RM174.70

** Day 03 Expenses: RM278.70

No comments:

Post a Comment