Wednesday 21 October 2015

JJCP Korea: Day 06 (Part #2)

Tarikh:
13 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Namdaemun Market - K-League Official Store - Dongdaemun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 2.50 petang kami naik train Gyeongchun Line di Gapyeong Station dan turun di Mangu Station untuk transfer ke Line-7 menuju ke Cheongnyangni Station. Kemudian kami transfer pulak naik Line-1 untuk ke Dongdaemun Station. Sampai di Dongdaemun Station kami transfer lagi sekali ke Line-4 dan akhirnya turun di Hoehyeon Station. Jumlah masa yang diambil keseluruhannya untuk sampai ke destinasi hampir 2 jam!.. Fuhh, lama betul perjalanan kami. Huhu.. Layankan ajer la.. Kami sampai di Hoehyeon Station jam 4.45 petang..

Train/Subway route from Gapyeong (Gyeongchun Line) to Mangu (Line-7) to Cheongnyangni (Line-1) to Dongdaemun (Line-4) to Hoehyeon.
Signboard ke Namdaemun Market di Hoehyeon Station
@ Namdaemun Market

Kami keluar ikut Exit-5 sebab paling dekat dengan pintu masuk (Gate 5) Namdaemun Market. Kat sinilah tempatnya barang souvenir banyak dijual. Kami meronda melihat gerai jualan di sepanjang jalan. Lokasi pertama pencarian kami adalah tempat menjual kerongsang dan aksesori untuk wanita. Saya cari dalam internet, ada satu bangunan kat dalam Namdaemun Market ni yang amat famous dengan jualan kerongsang Korea. Nama tempat tu E-Lengddang. Sebelum cari barang souvenir lain, saya layan dulu permintaan wife saya. Dah la banyak bangunan arked jualan kat sini. Tak payah masuk dalam arked, kat luar pun dah cukup pening dengan gerai jualan. Dalam 10 minit kami berjalan, akhirnya jumpa jugak bangunan arked E-Lengddang. Wife saya mula excited nak naik ke Tingkat 2. Tengok macam takde orang pun yang naik turun tangga ni. Taknak kecewakan dia, saya ikut je la naik ke atas. Sekali betul, kedai tutup daa.. Kikiki.. Hampa je muka dia.. Takde rezeki. Turun balik dan jalan-jalan tengok barang souvenir. 

Gate 5 Namdaemun Market
Orang tak ramai sangat. Mudah nak berjalan..
Yeay.. Jumpa jugak akhirnya..
Tutup rupanya.. Tengok dari luar je lah ye. Hihihi..
Banyak betul barang souvenir kat sini. T-shirt 'I Love Korea' dah tentu ada punya. Hahah.. Cakap la apa benda nak. Set sudu Korea, mug, key-chain, fridge magnet, banyak lagi lah yang ada kat sini. Cuma kena pandai cari gerai yang murah. Saya tanya dua kedai harga jersi Korea, memang beza betul harganya. Padahal gred yang sama je. Biasalah, amik kesempatan kat tourist. Patutlah takde customer datang. Huhu.. Kami pun malas nak survey keseluruhan kedai yang ada kat sini. Letih nak berjalan lama-lama tengok benda yang sama. Kami cuma mencari gerai yang paling ramai customer datang. Nampak gerai yang agak bersepah sikit barang-barang dia kira murah la tu. Itu je indicator yang kami guna. Hahah.. Selain gerai souvenir, kami masuk juga gerai menjual beg Korean made. Rasa macam nak bagi kat mak mertua pulak beg ni. Amik hati.. Hihihi..

Kedai ni ramai customer. Kita cek dulu harga dia..
Set sudu dan chopstick pun nampak menarik juga..
Cantik pulak tengok beg Korea ni..
Tokey dia boleh speaking. Senang nak borak..
Ramai juga orang Malaysia kat sini. Kadang-kadang rasa macam kat Petaling Street je. Huhu.. Saya sempat berborak dengan dua orang student perempuan dari Malaysia. Bukan student universiti, tapi budak sekolah yang datang melawat sekolah di Korea. Sama kes macam rombongan budak sekolah saya. Cuma sekarang ni diorang dah berada di Busan, melawat sekolah di situ. Bestnya, masih sekolah lagi dah merasa ke luar negara. Kami ni umur 33 tahun baru merasa naik kapal terbang. Huhu.. Rezeki budak-budak tu. Tapi kena ingat, tak semua budak sebaya diorang dapat peluang ke luar negara. Takyah cerita budak, orang dewasa pun belum tentu lagi. Kepada yang dah merasa jangan la berlagak sangat. Kepada yang tak pernah pulak jangan la dengki dan cemburu ya.

Hari sudah gelap.. Cuaca pulak sejuk menggila.. Huh..
Selesai hal souvenir, kami keluar ke jalan besar untuk mencari lokasi makan malam kami. Kat jalan besar ada satu kedai yang menjual kebab halal. Kebab lagi ke? Huhu.. Tak kisah la, yang penting bukan kari. Dah selalu sangat makan kari kat KL tu. Ada bagusnya makan kebab kat sini, sebab kat Malaysia kami memang tak pernah makan walaupun ada gerai kebab pita dekat dengan rumah kami. Barulah terasa feel makan kebab. Hehe.. Kami order 2 royal kebab yang berharga KRW9,000. Tak sampai 5 minit kebab pun siap. Kami duduk makan kat kerusi yang disediakan.

Pabila makanan halal limited, maka terpaksalah terima harga kebab yang dijual..
Our dinner for tonite..
Alhamdulillah, kenyang perut kami untuk malam ni. Banyak isi ayam kat dalam kebab tu. Sedap sangat. Yang penting jangan mintak pedas. Takut jadi macam kat Myeong-dong kelmarin. Habis kebas bibir kami. Huhu.. Lepas makan terasa bertenaga pulak. Padahal tadi letih bukan main. Hihi.. Malam masih muda. Baru pukul 7.20 malam. Kami dah malas nak meronda lagi di Namdaemun Market. Cadang nak jalan-jalan di area Dongdaemun. Kalau penat boleh terus balik ke guesthouse. Lagipun malam ni je yang tinggal untuk kami explore Seoul. Esok malam dah kena bergegas naik train balik ke Busan.

Namdaemun Market Area Map
Kami turun ke Hoehyeon Station dan menunggu subway Line-4 untuk balik ke Dongdaemun HCP Station. Sampai di Dongdaemun HCP, kami terus balik ke guesthouse. Bukan untuk berehat dan tidur, tapi hanya nak letak semua barang yang dibeli hari ni. Kami keluar semula dan berjalan-jalan di kawasan sekitar Dongdaemun. Malam last kat Seoul, rugi tak meronda. Kami cuci mata tengok gerai jualan yang banyak kat sepanjang jalan. Saya mencari gerai yang menjual jersi bolasepak kelab Korea tapi tak berjumpa. Kalau kat downtown KL memang belambak. Cakaplah liga mana pun mesti ada punya. Hihi.. Ada sorang kawan saya pesan belikan jersi K-League. Tahun lepas kami ke Jepun pun dia pesan jugak. Tapi dia nak jersi original. Macam saya ni takde masalah, dapat yang pasar malam punya pun ok je. Tak kisah le team apa pun, janji jersi tu rare dan susah nak tengok orang pakai kat Malaysia. Heheh.. Sambil berjalan mencuci mata kami ternampak sign K-League Official Store kat dinding bangunan. Terus kami jalan ke sana.

Malam last baru kami perasan. Hihi..
@ K-League Official Store

K-League Official Store ni berada di Tingkat 4 dan terletak di bangunan sebelah guesthouse kami. Laaa, camna la boleh tak perasan sebelum ni. Kat tingkat bawah bangunan ada butik Nike. Memang rezeki kawan saya nak dapat jersi Korea. Hihi.. Banyak juga jersi K-League kat sini. Satu team pun saya tak tau pasal K-League ni. Brader yang jaga kat situ agak pandai speaking. Dia pun cerita la team mana yang tengah power dalam liga buat masa ni. Menarik jugak design jersi kelab Korea ni. Material kain pun cantik. Ye la kan, jersi original. Takde nak ikut gred macam kat downtown tu. Huhu.. Tapi kebanyakan jersi dah abis stok. Apa yang ada kat situ je yang available. Dalam stor dah clear katanya.

Mana-mana yang kosong tu kira takde stok la tu
Kebanyakan jersi yang ada kat sini tak pernah nampak orang pakai kat Malaysia. Itu yang saya suka tu. Bila pakai barulah nampak highlight sikit. Hehe.. Kalau setakat jersi Manchester United tu orang pun tak nak tengok dah sebab belambak jual kat pasar malam. Macam-macam gred lagi. Bangla buruh kasar pun pakai. Sakit hati juga bila beli original tapi orang kata beli kat downdown. Haishh.. Jersi K-League ni confirm takde kat downtown. Kalau ada pun mungkin team yang power je. Biar pakai jersi team tak terkenal, yang penting rare. Kikiki..

Team apa ni?. Huhu.. Cantik juga..
@ Dongdaemun

Selesai cuci mata tengok jersi, kami turun semula ke bawah. Kawan saya tak decide lagi nak jersi yang mana. Esok sempat lagi nak pergi lepas checkout dari guesthouse. Kedai tu tutup jam 9.00 malam. Kami sambung berjalan di kawasan sekitar Dongdaemun. Kami masuk di salah satu shopping complex yang terletak berdepan dengan Dongdaemun Design Plaza. Dari luar nampak grand, tapi bila masuk dalam view sama macam kat Kenanga Wholesale City. Huhu.. Pakaian yang dijual kebanyakannya untuk musim winter. T-shirt biasa susah nak jumpa. Bosan juga tengok baju winter je. Kami keluar dan masuk pula ke underground shopping centre. Pun lebih kurang sama je environment dia. Huhu.. Mungkin kalau datang time summer baru meriah kot pakaian yang dijual di sini.

Jalan-jalan kat area Dongdaemun di malam terakhir kami..
Susahnya nak menyebut nama shopping center ni. Huhu..
Sudah puas melayan suasana malam di Dongdaemun buat kali terakhir, jam 10.15 malam kami berjalan balik ke guesthouse. Badan dan kaki terasa amat letih. Kalau la ada kedai refleksologi kaki memang kami masuk terus. Dapat sejam urut kaki mesti layan ni. Hihi.. Tapi kami tak tau kat mana. Kaki pun dah terasa kecut je dalam kasut ni. Memang sejuk yang amat. Sampai di guesthouse kami bersihkan badan dan mula packing barang ke dalam beg. Esok confirm tak sempat nak kemas. Pagi-pagi lagi dah nak checkout dan tumpang letak beg kami kat kaunter. Esok ada masa lagi nak berjalan di Seoul sebab train kami ke Busan waktu malam. Selesai packing beg, jam 12.30 malam baru kami mula lelapkan mata. Esok masih banyak lagi tempat penting yang nak dilawati sebelum kami meninggalkan Seoul. Ada misi yang belum selesai. Harap sempatlah hendaknya. Wallahualam..

Dongdaemun Area Map
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Dinner  : RM28.80
  - Jumlah : RM28.80

**Day 06 Expenses: RM164.20

No comments:

Post a Comment