Sunday 18 October 2015

JJCP Korea: Day 06 (Part #1)

Tarikh:
13 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Nami Island

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi alarm smartphone berbunyi. Nasib baik boleh bangun. Selalunya kalau penat sangat memang terlajak sampai subuh gajah. Subuh gajah takpe lagi. Jangan subuh dinosaur, seminit dua lagi abis waktu subuh. Kikiki.. Kami bersiap-siap untuk aktiviti hari ni. Serunding masih ada lagi. Cukup la sebagai breakfast kami. Cadangan hari ni nak ke Nami Island, tempat yang menjadi kemestian untuk tourist yang datang ke Seoul. Rasanya majority travel agent pun akan bawak ke Nami Island ni. Menarik ke? Pada yang minat kat cerita Korea especially Winter Sonata memang semangat la nak ke sini. Kami ni satu episod pun tak pernah tengok. Huhu.. Pergi ni pun sebab tengok kat blog orang semuanya ke sini. Takpelah, jalan-jalan cari pengalaman. Harap seronok la kat sana nanti. Disebabkan misi kami agak santai pada hari ni, maka kami pun keluar dari guesthouse jam 8.40 pagi dan terus ke Dongdaemun HCP Station.

Bersedia untuk layan perjalanan yang panjang dalam train
Dari Dongdaemun HCP Station kami naik Line-2 dan turun di Wangsimni Station. Kemudian kami transfer naik Gyeongui Jungang Line hingga ke Mangu Station. Dalam subway mula kelihatan ramai orang Malaysia. Confirm nak ke Nami Island jugak la tu. Hihi.. Wife saya sempat berborak dengan group perempuan dari Malaysia. Diorang siap bawak map besar lagi. Hehe.. Teknologi zaman dulu tu. Diorang takut salah naik subway. Saya sempat beri info tentang app Jihachul yang amat membantu di Korea. Kan ke bagus kalau dapat borak-borak. Info penting pun dapat share. Khas ditujukan pada family kat Yang Good semalam. Huhu.. Sampai di Mangu Station kami transfer lagi sekali. Kami naik Gyeongchun Line menuju ke Gapyeong Station.

Awal pagi di dalam subway
Transfer train kat Mangu Station
Group perempuan dari Malaysia. Mesti peminat Winter Sonata ni.. Hehe
Ahjumma ni bawak trolley sambil jual barang dalam train
Boleh check senarai hentian kalau rasa dah terlepas. Huhu..
Sejam setengah kami travel dalam train dari Dongdaemun HCP Station ke Gapyeong Station. Kebanyakan masa dalam train berdiri pulak tu. Belum apa-apa dah rasa letih. Huhu.. Kami tiba di Gapyeong Station jam 10.20 pagi. Cahaya matahari amat terik tapi cuaca melampau sejuknya!.. Mula-mula cadangnya nak berjalan kaki dari Gapyeong Station ke Nami Island sambil tengok pemandangan tepi sungai. Tapi dah berdiri punya lama dalam train tadi terus tak jadi nak jalan. Hihi.. Selain dari Nami Island, kat sini ada banyak tourist spot yang lain. Shuttle bus disediakan untuk ke tempat-tempat menarik kat sini. Hanya bayar tiket KRW6,000, boleh la naik turun shuttle bus bila-bila masa sebab tiket tu valid untuk sepanjang hari.

Subway/Train route from Dongdaemun HCP(Line-2) to Wangsimni (Gyeongui Jungal Line) to Mangu (Gyeongchun Line) to Gapyeong
Nampak macam panas terik, tapi sejuk gila!..
Shuttle bus yang akan berhenti kat tempat menarik di sini..
Kami tak nak ke tempat lain selain Nami Island. Petite France tu adalah perkampungan mini di France. Boleh la bergambar dengan replika Eiffel Tower yang cute kat situ. Hihi. Kami dah merasa tengok Eiffel Tower yang sebenar, rasanya tak perlu nak ke Petite France. Nami Island dah le. Kami naik teksi yang sedang beratur panjang di luar Gapyeong Station. Sebut 'Namiseom' je driver tu dah faham. Perjalanan tak sampai lima minit pun, tapi kena bayar KRW3,300. Cekik darah betul la. Takleh nak komplen lebih-lebih. Nanti dia bawak gi island lain kang baru tau apa itu penyesalan. Huhu..

Tourist Information kat luar Gapyeong Station
First time naik teksi kat Korea
Laju betul ahjussi ni bawak teksi. Ada race ke? Huhu..
Kami turun di parking lot Nami Island. Masih awal lagi, tak perlu nak rushing pergi pulau. Dari jauh nampak macam ramai orang kat pintu masuk ke feri. Huhu.. Kami lepak sekejap kat depan convenient store. Ada 2 ekor kucing jinak datang kat kami mintak makanan. Gebunya bulu kucing ni. Ini kucing jalanan. Kalau kucing belaan tak tau la camna gebunya ye. Dekat Cat Cafe Myeongdong mesti super gebu rasanya. Hihi. Mungkin faktor cuaca sejuk buat kucing kat sini berbulu tebal kot. Kalau bawak kucing jalanan dari Malaysia mesti menggigil punya. Hihi.. Tengok weather forecast dalam smartphone, temperature sekarang -9 deg!.. Huhu.. Patutlah lain macam sejuknya.

Taxi route from Gapyeong Station to Nami Island Jetty
Rasa nak bawak balik Malaysia je. Sorok dalam jaket tebal. Hihi..
@ Nami Island

Jam 10.45 pagi kami berjalan ke entrance Nami Island. Ada dua cara untuk ke sana, naik feri ataupun ikut zipline ala flying fox. Kepada yang nak merasa adrenaline rush boleh la cuba zipline tu. Kalau nak save duit naik feri le macam kami. Hihi. Kos untuk naik zipline adalah KRW38,000. Thanks but no thanks. Hahah.. Panjang juga orang beratur nak beli tiket feri. Nami Island ni bukan terletak kat tengah laut. Ianya cuma pulau yang terletak di tengah Han River. Disebabkan Nami Island ni amat popular di kalangan tourist, maka pihak tourism Korea telah jadikan Nami Island ni sebagai negara baru iaitu Naminara Republic. Kiranya tiket yang kami beli ni adalah entry visa untuk ke Nami Island. Hehe.. Bukan setakat negara baru, matawang sendiri pun ada tau. Kepada yang suka sangat ke Nami Island boleh la beli passport yang berharga KRW25,000 dan valid selama setahun. Kami takde lah sampai nak datang banyak kali. Kami beli entry visa melalui feri yang berharga KRW8,000/person.

Untuk menghangatkan badan seketika
Tu dia starting point zipline..
Beratur untuk beli entry visa
Lambang bagi Naminara Republic
Setelah dapat entry visa, kami beratur pulak di pintu imigresen. Sama je macam nak masuk border. Tapi kat sini takdelah nak cek bagai amacam kat airport. Simbolik je letak sign imigresen tu. Huhu.. Kemudian kami kena beratur lagi untuk tunggu turn naik feri. Rasanya macam orang Malaysia je ramai kat sini. Die hard fans Winter Sonata semuanya. Hihi.. Kawan saya yang juga peminat tegar cerita tu bagitau kalau ke Nami Island jangan lupa bergambar kat pokok yang sebaris tu. Famous spot dalam citer Winter Sonata. Kami mana la penah tengok. Terjumpa kang kami bergambar je la.

Keadaan di sekitar pintu masuk ke Nami Island
Melepasi immigration dengan selamatnya.. Lega.. Hihi
Entry Visa to Nami Island. KRW8,000/person
Jangan lupa amik pamphlet ni. Ada guide map..
Nami Island Map
Jam 11.05 pagi baru kami dapat naik feri. Berebut jugak orang nak naik. Tak larinya feri tu. Oh, terlupa pulak ramai orang Malaysia kat sini. Hihi.. Tak jauh mana pun Nami Island dari sini. Berenang pun boleh sampai. Tapi saya confirm tak sampai sebab tak tau berenang. Huhu.. Perjalanan dalam feri cuma mengambil masa 7 minit je untuk sampai ke Nami Island. Dari jauh kelihatan agak crowded keadaan di jeti. Rupanya orang tunggu nak naik feri balik ke sana. Kami keluar dari feri dan bergambar di kawasan sekitar. Ramai juga orang kat Nami Island ni. Rasanya musim bunga dan luruh lagi ramai orang datang ke sini.

Sabar ye semua.. Jangan berebut. Muat lagi tu..
Bendera Malaysia di depan feri. Yeahh..
Jeti Nami Island. Kejap je dah sampai..
Time to explore Nami Island!
Bergambar kat sekitar jeti
Boleh guna matawang Nami Island di sini..
Dah puas bergambar kat sekitar kawasan jeti, kami mula explore jauh ke dalam. Kami refer pada map di mana letaknya attraction spot di pulau ni especially restoran halal. Rasanya tak dapat nak explore keseluruhan pulau walaupun ada disediakan basikal sewa untuk meronda. Jalan kaki je sampai mana yang terlarat nak melangkah. Nampak dah pokok yang sebaris tu. Hehe.. Kena amik gambar sebab nak tunjuk kat kawan. Takdelah cantik sangat. Daun pokok pun dah tinggal sikit sebab banyak yang luruh. Mungkin masa musim lain cantik kot. Tapi citer tu mesti dibuat time musim winter sebab tajuk pun Winter Sonata. Macam ni la kot view pokok dalam citer tu. Huhu.. Pokok kelapa sawit kat Malaysia pun lurus juga. Tapi Winter Sonata tak berlakon kat situ.. Kalau ada confirm kaya tokey ladang kelapa sawit. Hihi.. Sungguh kuat pengaruh citer Korea pada orang Malaysia ye. Fuyoo..

Ada gerai jualan souvenir
Naminara Republic guide map
Tak pasti episod ke berapa ada shot kat sini. Hihi..
Nampaknya balik Malaysia nanti kena tengok jugak cerita Winter Sonata ni. Hihi.. Bukan apa, bila tengok tv, scene pulak kat tempat yang kami dah pernah pergi, mesti tersenyum dan ingat balik kenangan lama. Hehe.. Sebenarnya saya dah lama tak jadi penonton setia cerita bersiri. Banyak kerja lain yang nak dibuat. Punyalah busy sampai astro-k pun kami dah unsubscribe sebab jarang sangat tengok tv kat rumah. Pernah sampai sebulan tak bukak tv. Buta-buta je bayar bil tapi tak tengok. Kalau lambat bayar bil, on-time line kena potong. Time takleh tengok sebab hujan takde pulak dia nak bagi diskaun. Huhu.. Takpe, astro-k dah kaya dah. Setakat sorang je unsubscribe, berjuta-juta lemon lagi customer dia yang setia.

Aik? Bendera Korea ngan Malaysia je kat sini..
Tak larat berjalan, naik train pusing pulau pun boleh..
Sah memang ramai orang Malaysia datang sini..
Pokok berbaris lagi..
Saya ada terbaca tentang makanan halal yang ada di Nami Island ni. Dalam buku Korea Tourism pun ada ditulis. Itu sebabnya saya yakin ramai orang Muslim especially dari Malaysia yang datang ke sini. Baguslah, boleh kami lunch kat sini. Tapi dah agak jauh berjalan masih tak jumpa lagi kedai makan tu. Antara yang selalu diceritakan dalam blog ialah nasi goyang halal yang popular kat sini. Macam mana rasa nasi goyang tu ye? Tapi yang tak bestnya bila ada yang kata kalau tak biasa makan memang takleh masuk langsung. Aduhh.. Problem ni. Kalau kimchi digoyangkan sekali memang tak makan le. Huhu.. Yang penting sekarang kat mana letaknya kedai makan tu. Sambung jalan sambil bergambar..

Jalan-jalan sambil cari kedai makan..
Petanda baik. Dah jumpa satu restoran. Hihi
Bendera Malaysia popular kat sini
Khabar baik-baik saja..
Hampir 50 minit berjalan di Nami Island, akhirnya kami sampai di kawasan yang penuh dengan kedai dan restoran. Sebelum makan kami singgah dulu ke kedai souvenir melihat barang-barang yang dijual. Agak mahal juga harga barang dalam kedai ni tapi berbaloi kalau nak dibuat kenangan di Nami Island seperti fridge magnet, mug etc.. Selesai exercise mata, kami keluar dari kedai untuk exercise perut pulak. Hihi.. Niat untuk makan nasi goyang terus tak jadi sebab rupanya banyak restoran halal di sini. Dari info yang saya dapat takde la sampai banyak camni. Mungkin info dari post lama. Restoran yang ada kat sini pun nampak macam baru bukak je. Alhamdulillah, banyak pilihan makanan halal kat Nami Island ni. Lepas makan boleh solat kat Musolla yang disediakan di situ. Nami Island ni memang muslim-friendly lah. Patutlah ada lambang bulan sabit dan bintang kat logo dia. Nice..

Kedai souvenir yang terdapat di Nami Island. Cuci mata dulu..
Asian Food Restaurant. Nasi goreng pun ada?
It's halal certified restaurant. Alhamdulillah..
Menu nampak menarik untuk dicuba
Tengok pada menu terus rasa lapar. Hihi.. Kami masuk ke dalam Dongmoon Restaurant. Keadaan dalam restoran amat bersih. Nampak macam baru je. Tak kisahlah, janji boleh makan kat sini. Kami order makanan yang nampak macam sedap dalam menu iaitu Dongmoon Salguksu dan Chuncheon Buldak (Dakgalbi). Pernah dengar nama dakgalbi sebelum ni tapi tak pernah makan. Perut memang lapar sangat. Serunding pagi tadi pun dah takde dalam perut. Heheh.. Cuaca sejuk memang cepat lapar. Tak sampai 10 minit makanan kami sampai. Nasib baik perut kami boleh terima makanan yang pelik namanya ni. Lunch time!..

Dongmoon Restaurant, Naminara Republic
Bukan setakat tengok je nampak sedap.. Memang sedap pun!.. Hihi
Alhamdulillah.. Sedap betul lunch kami hari ni. Jumlah harga makanan kami ngam-ngam KRW20,000. Kalau di Malaysia agak mahal la jugak untuk 2 menu ni. Huhu.. Takde banyak pilihan makanan kalau di luar negara melainkan main masak-masak kat dalam bilik hotel untuk dibuat bekal khasnya kepada yang cerewet bab makan. Tepat jam 1.00 petang kami keluar dari Dongmoon Restaurant. Kami jalan-jalan di sekitar restoran. Sebenarnya nak bagi perut selesa sikit. Kenyang sangat makan Dongmoon Salguksu tadi. Huhu.. Dah selesa barulah kami ke Musolla yang terletak di Tingkat 2 bangunan yang sama dengan Dongmoon Restaurant. Ramai juga orang dalam Musolla. Semuanya orang Malaysia. Siap speaking Kedah lagi. Hihi..

Lepas makan kami jalan-jalan dulu kat kawasan sekitar
Sign Musolla jelas kelihatan.
Musolla lelaki dan perempuan bersebelahan. Cover dengan kain je. Tempat solat agak luas..
Saya sempat berborak dengan sorang pakcik yang datang ikut tour. Dia sekeluarga baru sampai semalam dan teringin nak tengok salji turun. Haa, macam sama je dengan misi kami. Saya bagitau yang kami dah merasa semalam. Teruja pakcik tu dengar. Dia harap dapat la merasa jugak dalam 5 hari ni. My wife pulak, ada sorang kakak borak dengan dia. Kakak tu terkejut bila tau yang kami ni travel sendiri, tak guna agen. Korea kak, ramai yang datang ke sini sendirian berhad je. Self guide. Hehe.. Selesai solat jamak, jam 1.50 petang kami sambung jalan-jalan. Ada banyak tempat yang menjadi favourite location dalam citer Winter Sonata. Kepada diehard fans memang seronok le amik gambar. Tengok pada gambar pelakon citer tu memang hensem dan cantik. Tapi masalahnya dah 6 hari kat sini tak jumpa pun rupa macam tu. Huhu.. Mungkin ada kat tempat tertentu. Yelah, macam kat India diorang kata area Kashmir orangnya cantik-cantik belaka. Kat sini mungkin kat daerah lain kot? Hihi.. Selain dari poster Winter Sonata, patung replika pun banyak juga kat sini.

Mungkin kerusi batu ni famous dalam citer tu..
Ni dia pokok berbaris yang paling cantik kat sini
Patung couple dalam Winter Sonata..
Patung ni pun ada kat dalam citer tu ke? Hihi..
Rasanya dah cukuplah kami explore kat Nami Island ni. Tak larat nak jalan sampai ke hujung pulau. Kami berjalan balik ke arah jeti ikut jalan yang takde orang lalu sebab yang ada cuma pokok je di sepanjang jalan. Kepada yang melancong ke Seoul amat dialu-alukan untuk datang ke Nami Island ni walaupun bukan peminat citer Winter Sonata. Banyak juga attraction di sini. Yang paling penting ianya muslim-friendly sebab ada restoran halal dan tempat solat. Takde la nak kena solat kat tempat-tempat tersorok seperti di celah pokok atau belukar. Kami berpuas hati datang ke sini. Alhamdulillah..

Bergambar sambil berjalan balik ke jeti
Jam 2.25 petang kami tiba di jeti. Orang ramai dah mula beratur menunggu feri. 5 minit kemudian feri pun sampai. Kami meninggalkan Nami Island dengan perasaan yang puas. Merasa juga kami ke pulau yang popular di Seoul ni. Saya yakin peminat citer Winter Sonata mesti excited datang ke sini. Ada yang kumpul duit untuk datang ke Seoul semata-mata kerana citer Korea yang diorang suka tengok. Antaranya kawan saya yang mana dah 4 kali datang ke sini. Saya pun tak tau kenapa sampai banyak kali. Kalau atas urusan kerja takpelah jugak. Kalau la saya, baik pergi negara lain pulak. Pengalaman baru pun dapat. Minat masing-masing. My money my choice la. Heheh..

Masa untuk meninggalkan Nami Island..
Berakhir sudah pengalaman di Nami Island.
Orang naik zipline ke Nami Island.. Gayat!..
Turun je dari feri, kami terus ke jalan besar untuk naik teksi balik ke Gapyeong Station. Kali ni driver teksi bawak berhemah. Tambang KRW3,000, murah sikit berbanding waktu datang tadi. Driver pagi tadi tekan minyak lebih sangat la ni. Huhu.. Kami naik train jam 2.50 petang. Sempat lagi rasanya kami nak sampai ke Seoul ketika cuaca masih cerah. Perjalanan balik sama seperti pergi pagi tadi. Cuma kami turun di station yang lain. Tak ramai penumpang dalam train. Dapat juga kami duduk melayan perjalanan yang agak jauh. Lihat pada cuaca, rasanya salji tak turun hari ni. Tak kisah sangat sebab pengalaman merasa salji yang turun semalam dah cukup buat kami. Tapi kesian kat pakcik tadi. InsyaAllah esok lusa turun juga salji tu ye pakcik. Wallahualam..

Babai Nami Island & Winter Sonata!..
Cool je ahjussi ni bawak teksi..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Tambang teksi    : RM20.20
  - Nami Island Visa : RM51.20
  - Lunch                  : RM64.00
  - Jumlah                : RM135.40

No comments:

Post a Comment