Saturday 15 February 2014

JJCP Indonesia: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berakhirlah sudah pengembaraan mencari pengalaman di Bandung dan Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya sekeluarga merasa melawat negara jiran. Masa 4 hari dah tentunya tak cukup untuk melawat semua tempat menarik di sana. InsyaAllah satu hari nanti dapat peluang pergi ke sana bolehlah pergi ke Tangkuban Parahu, Chibaduyut dan lain-lain tempat yang menarik. Dengan harapan MAS ada offer tiket flight yang murah. Hehe..

Tangkuban Parahu. Tak sempat nak pergi.. (Ihsan Google Images)
#1. Kos
Kos wajib kami untuk keseluruhan trip adalah sebanyak RM1957.00. Rasanya berbaloi untuk family 5 beranak. Yang paling best adalah kerana dapat tiket flight yang amat-amat murah. Terima kasih MAS. Nanti offer lagi macam tu ye. Hehe.. Salah satu sebab lagi adalah currency rupiah yang begitu rendah. Inilah kali pertama saya ke negara yang rendah matawangnya berbanding ringgit Malaysia. Baru terasa macam jutawan. Hehe.. Masuk tandas bayar 5000 ringgit pun takde masalah. Tapi dalam rupiah la..

Jutaan rupiah.. Pakcik kayo!! (Ihsan Google Images)
#2. Kepuasan
4 hari berjalan di sana mungkin tak rasa kepuasan yang maksima. Dengan melayan kerenah anak-anak lagi dan ditambah dengan cuaca yang panas dan bahang. Huhu.. Bandung sejuk sikit berbanding Jakarta sebab Bandung terletak di kawasan bukit. Tapi pada saya macam sama je tahap kepanasannya. Nasib baik masa saya pergi ada waktu hujan turun. Sejuk sikit terasa. Yang datang semata-mata business minded mungkin akan terasa kepuasannya. Itupun kena pandai cari tempat atau supplier yang betul-betul murah dan berkualiti.

Pasar Baru Bandung. Shopping sehari pun tak puas (Ihsan Google Images)
#3. Mentaliti
Pada saya mentaliti rakyat Indonesia lebih kurang sama macam di Malaysia. Cuma peratusan rakyat yang hidup susah lebih tinggi. Ini membuatkan rakyat sanggup melakukan apa-apa kerja pun asalkan dapat duit untuk meneruskan hidup. Tak pasti sama ada ini berkait dengan sistem politik yang corrupt atau ada sebab yang lain. Saya tak berapa gemar sangat nak bercerita tentang politik. Cuma apa yang saya tau memang kerajaan memainkan peranan penting dalam menjana keuntungan dan kestabilan negara, dibantu oleh pihak-pihak NGO. Huhu.. Apa pun rakyat juga yang menjadi tonggak dalam memajukan negara. Kalau di Pasar Baru Bandung, memang sentiasa dikelilingi oleh penjual yang cuba memaksa kita untuk membeli barang mereka. Daripada yang menjual air sampailah yang menjual beg pun ada. Kalau tak layan kang dikata sombong pulak. Kenalah pandai-pandai menolak dari membeli. Senyum itu penting.. Hehe.. Dari aspek memandu pulak, jangan cakap la. Memang hebat orang Indonesia ni. Selamba je buat u-turn kat tengah jalan jem. Tapi yang peliknya tak pernah pulak saya tengok accident kat sana. Jelas skill yang tinggi ada pada setiap pengguna jalanraya di Indonesia. Hehe..

Kat tengah jalan pun boleh menjual.. (Ihsan Google Images)
#4. Shopping
Hmm.. Part ni wife saya je yang boleh komen. Kain telekung dan yang sewaktu dengannya memang murah. Kualiti pun biasa-biasa je. Tentang barang lain, hanya di Rumah Mode Bandung je yang nampak berkualiti sikit. Harga pun takdelah mahal sangat walaupun dah termasuk dalam kategori mahal di sana. Banyak factory outlet kat Bandung. Tapi bila dah tengok sendiri, pandai-pandailah menilai barang yang dijual. Saya yang tak berapa pandai nak shopping pun boleh tau berkualiti atau tak barang kat factory outlet di Bandung. Ikut citarasa masing-masing..

Antara barang yang berkualiti ada dijual di sini.. (Ihsan Google Images)
#5. Keseluruhan
Secara overall, saya rasakan trip ke Indonesia sesuai untuk orang yang betul-betul nak berniaga. Memang banyak barangan yang boleh dibeli dan dijual di Malaysia. Tentang makanan pulak, kepada yang tak pernah makan makanan Indonesia seperti masakan Sunda atau Minang, bersedia untuk masuk ke tandas berkali-kali. Silap haribulan dalam flight lagi lama duduk dalam tandas dari duduk kat kerusi. Tempat makan pun kena pandai cari yang bersih sebab kat sana banyak gerai-gerai di tepi jalan. Takde masalah pun kalau nak makan kat tepi jalan. Cuma berselera atau tidak je.. Hotel pulak, kalau boleh carilah yang class sikit. Seperti kata rakan saya yang selalu ke sana, inilah masanya rakyat biasa Malaysia nak merasa jadi orang kaya duduk kat hotel mewah. Hehe.. Dari segi kemudahan awam dan jalanraya, rasanya baik amik supir je. Bukan senang sikit tapi senang banyak.. Akhir sekali, jika merasakan Malaysia banyak yang kurang kemudahannya, cubalah melawat Indonesia. Pasti akan rasa bersyukur sangat-sangat jadi rakyat Malaysia. Even rakyat Indonesia sendiri pun ramai yang berhijrah dan bekerja di Malaysia. Wallahualam..

Jakarta.. Sentiasa crowded.. (Ihsan Google Images)
#Rating saya:

*People: 6/10
  - Ramai jugak yang friendly. Senang nak berbicara dan sedia membantu jika bertanya elok-elok.
*Language: 8/10
  - Masih lagi boleh faham apa yang dikata. Tapi kalau dia cakap laju kenalah mintak ulang slow-slow.
*View: 6/10
  - Tak banyak yang menarik. Gerai-gerai tepi jalan yang begitu banyak mencacatkan pemandangan. Cuma monumen yang banyak menceriakan kawasan sekitar.
*Cleanliness: 4/10
  - Kurang bersih. Sampah yang tersangkut di sungai tengah bandar antara view yang paling kotor.
*Public toilet: 5/10
  - Sama macam kat Malaysia termasuklah paip air serta bau-bauannya. Huhu..
*Public transport: 5/10
  - Tak dapat nak komen sebab sepanjang masa naik van pariwisata. Tapi dari pemerhatian saya, sistem public transport di sana agak kurang convenient.
*Accomodation: 6/10
  - Patutnya saya amik hotel yang mewah sebab kadar bayarannya sama macam hotel biasa kat Malaysia. Tapi still selesa. Boleh laa..
*Roadway: 6/10
  - Dapat rating 6 sebab jalanraya luar dari bandar memang cantik. Tapi bila masuk bandar.. Jem teruk!
*Islamic: 8/10
  - Banyak masjid dan musolla untuk umat Islam bersolat. Paling respect kat hentian highway pun ada masjid yang besar. Alhamdulillah..
*Currency: 9/10
  - Tinggi rating sebab matawang rendah. Jutawan tuu.. Hehe..
*Shopping: 7/10
  - Banyak tempat shopping dan factory outlet di sana. Pandai-pandailah memilih ye..
*Weather: 6/10
  - Sama macam Malaysia, panas.. Ditambah dengan rasa bahang satu badan. Tu yang tak tahan tu..
*Repeat: 4/10
  - Mungkin akan datang lagi jika ada business opportunity. Lagipun tiket flight tak mahal sangat..
*Overall: 5/10
  - Good for business. Still worth a visit. Lupakan tentang cuaca dan pemandangan, pasti layan..


2 comments:

  1. Hi bro,

    Biar betul total belanja utk 5 beranak hanya RM1957.00.. Betul ke ni ? Da inc penerbangan, penginapan, pengangkutan, makanan & semestinya shopping ke..? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bro,

      Ye betul, tapi tak termasuk shopping sebab ikut pada kemampuan masing-masing. Kadang-kadang RM10k pun belum tentu cukup! Hehe.. :)

      Delete