Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Melancong ke eropah? Berbaloi ke? Mampu ke? Best ke? Itu semua bermain dalam fikiran saya. Mungkin ramai lagi yang memikirkan perkara yang sama bila ditanya soalan tentang melancong ke eropah ni. Pada mulanya saya tak pernah terfikir pun akan menjejakkan kaki ke negara eropah ni. Antara sebab utama adalah kos keseluruhan perjalanan. Memang tak dinafikan tiket flight je dah makan ribu-ribu ringgit. Tambah pulak currency yang tinggi mencanak. Penat kumpul duit punya la lama, seminggu dua je pergi dah habis semuanya. Ramai yang berpendapat macam tu, termasuklah saya. Tapi masa beredar begitu cepat sekali. Mindset saya sebelum ni yang merasakan buat rugi je pergi ke luar negara akhirnya hilang sedikit demi sedikit.
|
Eropah: Destinasi dunia.... (Ihsan Google Images) |
Setelah saya merantau ke Australia pada 2011, saya dah dapat rasakan sesuatu, iaitu pengalaman berada di negara orang. Dulu saya amat meminati aktiviti memanjat gunung, memancing dan yang sewaktu dengannya yang mana ramai berpendapat aktiviti tersebut membuang masa, membuang duit dan yang tak sedapnya, nak membuang air pun tak selesa. Hehe.. Tapi itukan minat dan hak masing-masing. Jika aktiviti tersebut memerlukan pinjaman duit dari kawan-kawan, memang patutlah kawan kita tu merungut. Tapi kalau menggunakan duit dari hasil titik peluh sendiri, nak buat apa dengar cakap orang lain, betul tak? Mungkin kawan-kawan kita ambil berat tentang kita. Think positive!. Sharing is caring. Terharu kalau dapat kawan-kawan macam tu. Hehe.. Minat manusia ni macam-macam. Minat yang menjangkau pemikiran yang waras pun ada!
|
Antara hobiku. Huhu.. |
Dulu masa saya tak pernah pun terpikir nak keluar negara, bila ada kawan-kawan yang bercerita tentang pengalaman mereka, kalau boleh saya taknak dengar langsung. Rasa macam berlagak je bila dia bercerita. Lagipun saya cuma mendengar, tak pernah merasainya. Buat apa nak amik tau, betul tak? Tapi bila dah mula merasa, barulah tau kenapa orang lain pulak taknak mendengar cerita saya. Hehe.. Sama seperti bisnes MLM dulu, kalau boleh nak lari je sebab tak minat langsung. Tapi pada yang berminat dan pernah merasai ganjarannya, pasti mendengar dengan penuh khusyuk. Realitinya, saya memang tak pernah minat bisnes MLM ni. Sorry....
|
Dulu pernah buat, tapi tak berjaya. Bukan rezeki ku disini.. (Ihsan Google Images) |
Apa pengalaman yang boleh dapat dengan keluar negara? Hmm, yang tak pernah pergi memang takkan tau. Bila dah pergi barulah tau segalanya. Post saya sebelum ni dah banyak menceritakan tentang nature dan culture negara orang. Hubungan antara manusia, haiwan dan alam sekitar. Bagaimana rakyatnya hidup berdisiplin dalam menjaga keharmonian negaranya dan bagaimana penerimaan mereka terhadap kaum lain yang pelbagai dan berbeza pendapat. Semuanya dapat dilihat jika berada di negara orang. Bolehlah dibuat perbandingan dengan apa yang ada di negara kita. Bukan nak megahkan negara orang, tapi sekurang-kurangnya yang baik bolehlah dijadikan teladan dan ikutan, manakala yang buruk bolehlah dielakkan sejauh yang mungkin.
|
No racism pleasee.. (Ihsan Google Images) |
Saya pun tak bolehlah nak bercerita panjang tentang ini kerana ilmu perantauan saya masih terlalu sedikit. Saya baru je merantau ke dua negara. Ramai lagi rakyat Malaysia yang dah merantau keliling dunia. Ilmu dan pengalaman mereka dah boleh buat buku setebal 1000 muka surat. Saya ni baru je nak bermula. Walaupun 'hobi' (boleh ke guna perkataan 'hobi'? Hehe) saya ni memakan kos yang tinggi tapi demi mendapat pengalaman hidup yang baru insyaAllah akan saya usahakan. Duit boleh dicari tapi pengalaman baru yang takkan dilupakan sepanjang hayat, itu yang lebih bermakna. Ibarat kata-kata orang bijak pandai, duduk dalam kepompong memang tak tau mana yang baik dan yang buruk. Banyak persoalan yang tiada penyelesaiannya. Maka, keluarlah merantau ke serata dunia ciptaan Allah, insyaAllah akan mendapat jawapannya.. Luaskan kuasamu....
|
Jauh perjalanan, luas pemandangan.... (Ihsan Google Images) |
No comments:
Post a Comment