Tarikh:
14 November 2012
Lokasi kejadian:
Manchester City Centre
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nasib baik perjalanan dari Old Trafford ke hotel tak lalu tengah bandar Manchester. Tapi jalan tetap sesak. Sampai kat parking Premier Inn jam 2.20 petang. Ingatkan check-in time jam 3 petang. Bila tengok slip booking rupanya jam 2 petang dah boleh check-in. Parking di Premier Inn Manchester City Centre ni ada 2 tempat. Satu kat luar lobi, satu lagi kat dalam bangunan. Kat luar lobi parking space limited. Kebetulan ada satu parking kosong. Tak berani jugak nak parking dalam bangunan sebab nampak macam gelap je. Takut jadi perkara yang tak diingini. Kami angkat beg dan terus ke lobi hotel. Premier Inn ni nampak lebih ekslusif dari Travelodge. Sebab tu harga paling murah boleh dapat dalam GBP29, berbanding Travelodge yang hanya GBP19. Tapi itupun bergantung pada tarikh booking. Alhamdulillah kami dapat booking dengan harga GBP29 + GBP2 (credit card fee) = GBP31.
Booking slip |
Selesai hal check-in di lobi, kami terus ke bilik di tingkat 6. Bilik nampak lebih cantik dan selesa dari Travelodge. Patutlah harganya mahal sikit. Masih banyak masa lagi nak jalan-jalan kat bandar Manchester ni. Tak dapat nak ronda jauh sebab guna pengangkutan kaki sendiri je. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk berjalan kat area berdekatan hotel. Jam 2.45 petang kami dah berada kat lobi. Destinasi pertama kami ialah ke Hard Rock Cafe Manchester. Pae yang tolong jaga kereta dan hantar kami ke KLIA haritu pesan t-shirt HRC. Inilah first time kami masuk Rock Shop. HRC Kuala Lumpur yang dekat Hotel Concorde tu pun kami tak pernah pergi. Dari hotel ke HRC Manchester dekat je. Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Masa tengok design baju kat Rock Shop tu, kami pun mula berminat nak beli untuk buat koleksi. Cantik jugak design baju HRC ni. Kebanyakan t-shirt HRC gambar gitar, my favourite instrument. Rupanya t-shirt HRC yang tulis nama bandar tak dijual online. Yang jual kat online tu cuma t-shirt general je, takde tulis nama bandar. Maknanya t-shirt HRC Manchester memang hanya dijual kat Manchester je. Itu yang buat kami lagi teruja nak buat koleksi. Cuma kalau design classic HRC, kat pasar malam pun belambak. Saya pernah nampak orang pakai t-shirt HRC Cameron Highlands. Mana ada HRC kat situ. Hehe.. Dah alang-alang belikan untuk member, apa salahnya beli untuk diri sendiri. Bukan selalu datang sini pun. Mungkin inilah kali terakhir dalam hidup kami pergi Manchester.
Depan Hard Rock Cafe Manchester |
Our 1st HRC collection. Design classic (atas, kiri) banyak imitation kat uptown. Pae punya tu. Hehe.. |
Boleh tahan harga barang HRC ni. Fridge magnet pun melampau harganya. Yang penting ada sesuatu yang boleh dibuat kenangan. Seterusnya kami masuk ke Manchester Arndale Shopping Centre, depan HRC je. Sebelum ni kat depan shopping complex ni ada Wheel of Manchester. Macam Eye on Malaysia kat Titiwangsa dan Melaka tu. Tapi dah remove sejak April 2012. Kalau ada pun bukannya kami nak naik. Hehe.. Cuma nak bergambar je untuk kenangan. Besar dan banyak kedai kat dalam Arndale ni. Dan yang paling penting dalam Arndale ada kedai makanan halal. Dapatlah kami makan sedap sikit hari ni. Kami mencari kedai handphone yang boleh buat servis unlock phone. Tanya 2-3 kedai, semuanya mintak upah GBP10. Takde masalah nak bayar upah. Yang jadi masalahnya, phone unlock siap dalam masa sehari. Mana sempat nak amik. Esok kami dah nak ke tempat lain. Last solution, kami terpaksalah beli phone baru, selesai masalah. Banyak kedai yang jual phone mahal, yang murah takde stok katanya. Macam taknak jual je. Huhu.. At last, selepas 5 kedai kami survey, akhirnya berjumpa dengan phone yang murah. Kat sini kalau beli phone kena ikut network provider. Contohnya, phone berharga GBP20 untuk network O2. Kalau network lain harga pun lain. Disebabkan saya dah ada prepaid Lebara, so saya kena mencari phone yang bagi offer price untuk network Lebara. Yang paling murah, Nokia berharga GBP9 tapi takde untuk Lebara. Yang ada cuma Samsung yang berharga GBP12.50 + GBP10 untuk prepaid Lebara. Nak buat camna, beli jugaklah. Sekarang saya dah ada kredit GBP20 untuk dihabiskan sebelum balik Malaysia. Tak sabar nak call dan borak panjang dengan anak-anak esok pagi.
Model ni takde kat Malaysia tau. Ada radio dan camera lagi. Hehe.. |
Kami mencari kedai makanan halal yang saya dah google sebelum datang ke UK. Kedai tu berada kat area food court. Bukan menu nasi lemak atau nasi goreng kampung, tapi makanan dari middle-east. Nampak macam tak sedap je tapi daripada kami memecahkan rekod peribadi dengan makan megi untuk 4 hari berturut-turut, kami pun order la nasi berlauk kari kambing dan chicken falafel bersama air gas dalam tin. Tak teringat nak amik gambar makanan sebab perut memang lapar sangat time tu. Baca bismillah, terus masuk mulut. Hehe.. Dapat jugak makan nasi walaupun saiz butiran nasi dia punyalah besar. Lebih 2 kali ganda saiz beras siam. Huhu.. Rasa? Memang betul, tak sedap untuk tekak orang Malaysia tapi yang penting banyak sumber karbohidrat dan protein dalam badan. Brrpp.. Alhamdulillah.. Selesai makan, kami sambung meronda dalam Arndale, mencari makanan tambahan untuk dibawa esok pagi. Kedai yang menjadi sasaran, Poundland! Semua barang dalam Poundland berharga GBP1. Macam kedai RM5 kat Malaysia. Kami membeli coklat sebagai tenaga tambahan untuk perjalanan esok.
*Website yang membantu:
GBP1 untuk setiap barang di Poundland. |
Jam 5.30 petang kami meninggalkan Arndale dan menuju ke hotel. Cuaca gelap. Nasib baik hotel dekat je. Orang ramai dah mula keluar ofis. Tak pasti saya waktu bekerja kat UK ni. Yang saya tau gaji diorang seminggu sekali, dibayar setiap hari Khamis. So hari Khamis memang ramai orang melepak sambil mabuk berjemaah. Kalau sistem gaji macam kat Malaysia mesti diorang tension sebab boleh mabuk sebulan sekali je. Hehe.. Sambil berjalan tu saya pandang jugak sekeliling. Takut ada yang mengikut kat belakang. Manchester antara bandar kat UK yang paling tinggi kadar jenayahnya. Selalunya terjadi antara penyokong Manchester United dan Manchester City. Sebab tu jangan la pakai jersi bola MU atau MC kalau lepak waktu malam kat Manchester. Walaupun jarak antara Arndale dengan hotel cuma satu blok bangunan je, tapi kena la jugak berhati-hati. Racist berada di mana-mana. Kamera DSLR saya langsung tak pakai. Takut kejadian kat Cardiff berulang kembali.
Sempat bergambar sebelum masuk hotel |
Sampai di lobi hotel jam 6 petang. Kami singgah melepak di cafe dalam hotel sambil minum segelas coke yang berharga GBP2.10. Jangan convert, nanti pening sebab harga tak masuk akal punya. Hehe.. Walaupun hanya dapat beberapa jam meronda kat Manchester tapi kami cukup puas. Jam 6.30 petang kami mula masuk bilik hotel. Kali ni saya berpeluang nak layan tv yang banyak channel tu. Hati-hati bila browse channel tv tu kepada yang membawa anak kecil. Paham-paham je lah ye. Tapi channel tu berbayar dan start jam 11 malam. Make sure anak-anak dah tidur waktu tu. Tapi saya tak sampai pun jam 9 malam dah tidur. Menanti pengalaman hari esok yang lebih mencabar. Wallahualam..
Melepaskan penat seharian berjalan. Puas! |
Berjalan kaki dari Premier Inn ke Hard Rock Cafe dan Arndale Shopping Centre |
Day 04 : Total distance traveled = 265 km |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Dinner : RM37.50
- Handphone : RM62.50
- Prepaid : RM50.00
- Snacks : RM30.00
- Premier Inn : RM155.00
- Jumlah : RM335.00
**Day 04 Expenses: RM367.00
*Website yang membantu:
Premier Inn Manchester City Centre (MEN Arena/Printworks)
Manchester Arndale
Poundland
Hard Rock Cafe Manchester
No comments:
Post a Comment